23 Dec 2025

Hilton Garden Inn, Daxing - Fly back to Malaysia

 

Sambungan dari --> Qianmen Street, Beijing

Hari terakhir di Beijing, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. Maka selamat tinggal Beijing Zhongan Hotel yang telah menjadi rumah kami selama 5 hari. Sebenarnya macam tersilap percaturan pulak, tak payah pindah pun takpe sebab jarak dari hotel nak ke airport cuma 40 minit je punn.

Di Daxing ni, kami stay di Hilton Garden Inn. Ini merupakan kali pertama aku menginap kat hotel Hilton tau, padahal kat Malaysia tak pernah merasa pun.

Sebaik sampai, kami disambut oleh jejaka handsome yang menghulurkan air teh berry. Pastu kakak dengan abang aku pergi buat urusan check in. Kami book 3 bilik (2 person). Totalnya lebih kurang RM800 plus minus untuk ketiga-tiga bilik tu. 

Ingatkan harga satu malam kat Hilton ni cecah RM500 per room. Rupanya harga dia agak reasonable jugak! Next time boleh la try menginap kat Hilton Malaysia pulak, haha tibahh!

Room dia memang sangat spacious. Duduk 2 orang pun rasa terlalu banyak space kosong. Untuk washroom, dia asingkan antara toilet membuang hajat dan bilik mandi. Sangat selesa dengan semua kemudahan di sini.

Ada seterika jugak

Memandangkan hotel ni sejengkal je jaraknya dengan airport, mereka menyediakan perkhidmatan bas shuttle. So Jimatlah duit kami daripada guna DiDi. Shuttle ni akan datang setiap 30 minit sekali selama 24 jam tau. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 April 2025

Kami bertolak keluar dari hotel seawal 8 am menuju ke airport. Ikutkan, flight akan berlepas pada pukul 11.30 pagi gitu, tapi tiba-tiba delay jadi ke pukul 1 pm pulak. Kalau tahu nak delay, baik aku golek-golek atas katil hotel lagi tau, haha.

Daxing airport yang berkonsepkan honeycomb. Tapi yang ni aku nampak macam ibu jari tengah thumbs up pulak
proses check in yang sangat mudah untuk berurusan

Melangutlah duduk taktau nak buat apa kat airport tu, sampailah boleh masuk ke perut kapal terbang. Kami akan transit di Shenzen Bao'an airport selama 3 jam. Untuk aku, mak dan adik, ni airport yang baru lah untuk kami. Abang, ayah dengan kakak aku transit kat sini masa hari pertama. Diorang kata teringin nak nak tengok suasana kat airport Guangzhou macam kitorang, ahaks.

ceiling airport diorang yang unik. tapi cam geli sikit sebab berlubang-lubang gini
mak nak bergambar dengan gambar kartun comel dan ceiling lobang ni
Makanan untuk 2 kali flight. Sedikit bland but couldn't complain much la since ini je yang ada untuk muslim meal.

Kami terbang dari Shenzen ke KLIA, yang memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. berlepas pukul 8.40 pm, sampai Malaysia sekitar pukul 12 am gitu. Sampai rumah pukul 4 pagi, dan pukul 8 pagi tu aku terus masuk office. Mata macam kena tumbuk dengan panda..

Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti trip Spring Raya Beijing ni dari awal sampai akhir. Best jugak ye beraya kat luar negara, hehe. Maaf jika penulisan syok sendiri, kesemua entry pun panjang berjela dan penuh dengan gambar. Nama pun travelog dan kenangan kan, haruslah segalanya ku curah dengan penuh jiwa dan raga gituhh! Harap sedikit sebanyak memberi info pada semua yang membaca.

Boleh baca entry yang lepas di;

Thanks for reading! Next ke mana kita?


46 comments:

  1. best betul u dpt cuti2 bersama family tersayang! murah la rate hotel tu sbb kat china..kalau kat msia, hilton ni mcm mahal jugakkkkk per nite stay...masa i mula2 sampai london pun, i dok hilton express jugak sbb dekat dgn airport...ni kisah 2010 daaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak ingat exact price, tapi dalam notes saya, sorang kena bayar RM143+- lepas dah bahagi 6 orang. Per room tu tak sampai 300 laa. Memang selesa!

      Delete
  2. Best dapat travel 1 family.. siap beraya dekat luar lagi..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup ahli sebenarnya. Kakak sulung saya takdakk

      Delete
  3. thanks! https://sintrabloguecintia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Luas jugak biliknya tu. Senang kalau tempat mandi & membuang diasingkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luass. Rasa berselera sikit nak mandi sbb tak nampak jamban, hehe

      Delete
  5. Seronok Mazni dapat bercuti satu keluarga. Terima kasih atas perkongsian Mazni, boleh jadi rujukan bila perlu.
    Rasanya Hilton kat Malaysia macam mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak nur baca dari awal sampai habis! Saya pun tktau rate per night hilton malaysia ni berapa. Ke ada beza antara hilton dgn hilton garden inn ek?

      Delete
  6. wahhh.. travel2 kita ye. As i know, Hilton ni kira reasonable. last time stay kat Hilton di area Chow Kita. reasonable sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kat malaysia pun okay ye. Saya je tak pernah menginap situ lagi 😁

      Delete
  7. Terima kasih Maz berkongsi cerita dan pengalaman.
    Gambar-gambar semua cunz dan terang.
    Next story plizzzzzzzz 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ibu rawiwa. hehe saya memang pentingkan gambar yg cantik utk letak kat blog!

      Delete
  8. Bagusnya hotel di China tulah…rata-rata asingkan tandas dan shower room.
    Mazni fobia benda bulat-bulat, ada nama fobia tu apa entah.
    Seronok tengok Mazni satu family travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel yg saya duduk 5 hari tu, dia tak asingkan toilet ngan tandas. tapi still selesa duduk.
      hmm nak kata fobia tu takla sangat. tapi tak suka xD
      terima kasih kak ujie!

      Delete
  9. Best la trip anak beranak camni ... More to come hopefully ya 🤲🏻
    Hilton ni ada membership kan... Try la regi nx time

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, more to come!
      wahh ada membership ke. tula sebab tak pernah gi before ni..

      Delete
  10. Ishhh siling airport ngape buat lubang2. Geli tengoknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aesthetic kot sebab nampak hitam putih hahaha

      Delete
  11. Memang best trip ni Mazni, thanks for sharing. Moga kami sampai sana nanti.
    Hotel Hilton mesti nya bersih kemas cantik dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! insyaAllah nanti sampai tanah besar china.
      betull, memang best dan selesa

      Delete
  12. luas biliknya siap ada sofa antara katil tu ye....cantik view ceiling airport

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak dan duduk2 kat situ sambil tgok tv haha. jadi tmpt letak beg jela

      Delete
  13. Alhamdulillah. Selesai sudah pengembaraan ke negara China. Insya Allah kita berjumpa pada episod akan datang pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. took me almost 9 months nak habiskan citer china ni ahaa

      Delete
  14. Hebatnya pelancongan ke Cina yang sangat menarik..alhamdulillah jadi Duta Malaysia ke Cina seketika kan..

    ReplyDelete
  15. Subahanallah..sunnguh menakjubkan..alhamdulillah sampai kesana, Cina ni negara maju dek..selain Jepun, Eropah, Cina the best one untuk di lawati kepada yang mampu..Mengembara itu rasanya Sunnah nabi juga..sebab Nabi kan banayk mengembera dakwah Islam ke serata dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, dapat tgok salah satu 7 keajaiban dunia. betul, china antara negara cantik yg kosnya tak terlalu mahal

      Delete
  16. bestnya...lawa nampak hotelnya. tak pernah lagi dapat melancong ke sana. boleh baca entri lain untuk tambah info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best pegi beijing ni. Dpt tgok banyak tinggalan sejarah lama 😆

      Delete
  17. Selalu orang cakap sepelaung... ini sejengkal... Betul2 dekat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuish sepelaung tu saya tak pernah guna uncle! saya geng2 sejengkal je

      Delete
  18. Dekat betul hotel dengan airport yer..

    ReplyDelete
  19. Bestnya trip dia dan keluarga ke Beijing😍KSarie baca semua kisah Beijing dari mula sampai habis. Terasa macam KSarie ikut berjalan sama ke Beijing. Keep on sharing yar😍

    ReplyDelete
  20. yg ada trypophobia mmg tak boleh tgk siling mcm ni trs seram.sejuk dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha macam saya okay lagilah tengok lobang2 ni. geli sikit je xD

      Delete
  21. hotel yg sediakan shuttle ni mmg bagus wpn pd awalnya kita kena byr lbh sikit... lbh2 lg kalau kite pegi dgn warga emas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baikla dapat free airport shuttle. sebab mmng dekat sangat dgn airport!

      Delete
  22. Saya datang lagi baca komentar kawan2 blogger kat sini..bahagianya Blogger ni mengembara jauh..Tahniah ya dek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah cikgu etuza. best berjalan kat china ni!

      Delete
  23. tapi beberapa hotel hilton, masih ada yg mahal juga... saya rasa tergantung negaranya juga lah... cuma memang ciri khas hotel dia, space nya luaaaaas... saya pernah menginap yg di Amerika waktu itu.. memang luas walaupun vintage.. namanya pun hotel lama kan :D

    boleh juga nih referensi hotelnya, nanti saat cari hotel transit di beijing bisalah saya masukkan hilton

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga, depends pada negara kan. yg kat china ni bagi saya murah. ada org komen, kat malaysia punya pun affordable jugak. tapi bilik dia memang selesa dan luasss!

      Delete

Nak komen apa? silakan~