11 Nov 2025

Spring Raya : Silk Street

 

Sambungan dari --> Spring Raya : Solat dan lunch di Niujie

Bila masih berbaki 2 hari sebelum pulang ke Malaysia, mestilah kena shopping! Dari Niujie, kami ke Silk Street yang terletak di Yonganli. Jumpa tempat ni pun lepas rujuk blog sis Helda. Boleh juga datang ke Silk Street ni dengan menaiki underground metro Line 1, kemudian turun di Yong'anli station.

Masa DiDi drop depan ni kan, aku macam terkesima jap. Kenapa luaran tempat ni nampak macam mewah je.. Barang-barang dalam ni mahal ke? Aku datang kat tempat yang salah ke..

Ada perkataan luxuries trading center pulakk. seram nak masuk

Bila masuk dalam pulak, sunyi je.. Sumpah macam takde orang sangat. Umpama tempat shopping mati. Tapi bila google, memang katanya tempat ni antara spot shopping femes kat Beijing, huhu.

Shop yang jual barangan branded preloved. Ada Prada, LV, Chanel, Coach

Apa yang bestnya kat sini, setiap barangan tu dah di label untuk setiap tingkat. Contohnya kalau nak beli teh atau souvenir berasaskan makanan, dia duduk kat level 1. Level 2 ada baju-baju, level 3 penuh dengan silk. Sangat memudahkan lah sebab semua benda diletak dalam mall yang sama. Jimat masa!

Okay, mesti korang pernah dengar pengalaman tak best bila shopping kat Cina ni kan? Antaranya, kalau kita tanya harga, siap tawar menawar bagai.. End up tak jadi beli, anda akan dimaki. Ada jugak penjual yang agresif sampai tarik-tarik tangan masuk kedai. 

Kat sini korang kena tunjuk skill tawar menawar. Memang pekedai sengaja letak harga tinggi, pastu trylah tawar sampai harga yang kita nak. Ikut nasiblah. Kalau dapat rezeki, kalau tak dapat kena maki. Aku sebenarnya tak berapa pandai bargaining harga ni. Tapi mujurlah datang dengan family, especially ayah aku. Kita serahkan pada yang pakar.

Kalau aku yang datang sorang, alamatnya kena buli dengan pekedai kat sini semua, hahaha.

Pure silk. Tanya harga selendang tu, pekedai cakap 300¥. Takdelah nego harga sebab tak target nak beli silk pun

Aku nak cari fridge magnet dan t-shirt je. Naik dekat level 3 tak silap, berderet lah kedai souvenir. Pastu semua pekedai kat situ dah hello hello please come in. Aku sedaya updaya cuba elakkan eye contact ye, hati pun kena kering buat derk je!

Oh kat sini, they can speak english really well. Tak payahlah susah-susah nak berkomunikasi guna google translate.

Kedai jual macam-macam jenis teh

Pastu ternampak shop ni jual barang souvenir, dalam tu pun macam banyak je barang best-best. Tengok-tengok tapi tak sentuh pun, nohh penjual tu tarik tangan kita. Dia bercakap-cakap sampai tersembur air liur kat tangan aku. Yihh scared!

Dia jual fridge magnet murah yang ada 5 keping tu, harga sampai 50¥! Aku nego sampai dapat harga 30¥ gitu kot. Tapi ayah aku dapat harga 20¥. Bila cakap nak harga macam ayah aku, kena marah wehh!

Okay fine, bayar jelah. Beli ni sebab nak keluar dari kedai dia jeee.

Tengah sesi nego-menego

Selang 2 kedai, kakngah nak beli luggage with laptop compartment. Kalau harga online lebih kurang RM300+, kotla dekat sini boleh dapat murah kan. Bila tanya kedai amoi ni, dia bukak harga 2000¥ (around RM1000++).

Kakngah nak harga dalam lingkungan 500¥ - 600¥, of course la tak boleh dapat kan kalau awal-awal lagi pekedai dah letak harga tinggi camtu. So kami pun nak keluar dari kedai tu, kena halang bebb. Dia suruh letak harga yang kita nak. Bila dah bagi harga, dia kutuk depan muka cakap Malaysian people blablabla dalam bahasa dia, bahahaha.

Bedding pun ada

Then jumpa orang jual souvenir kat celah-celah tangga ni. Ingatkan bila jual kat tepi tangga camni murahlah sikit berbanding harga peniaga yang ada shoplot. Tak pun, harganya sama je. Sebab dah malas nak tawaf kat setiap kedai, kami beli jela kat sini.


Mula-mula akak ni garang, taknak kasi harga murah tau. Dia cakap kalau beli t-shirt beli 20 ke atas, baru boleh dapat sehelai harga 35¥. Kami beli nak dekat 30 helai jugak kot. Tu belum lagi termasuk beli pouch bag, handbag kecil dengan benda-benda lain.

Daripada awal letak harga mahal, tiba-tiba boleh dapat semua barang harga murah. Nampak tak sebenarnya diorang boleh je nak turunkan harga sampai tak masuk akal. Tapi kita kena beli dalam kuantiti yang banyaklah :p

Sakan menyopping.

Total shopping kat ceruk tangga ni je dah cecah RM1000 lebih gitu. Barang semua cantik-cantik sampai rambang mata!

Akak tu cakap, you pray me to get rich. So i can open a shop in Malaysia. LOL!


Sebab kakngah memang aim nak jugak luggage. Kami naik kat tingkat 4 tak silap, kedai tu duduk betul-betul kat hujung. Shop kat situ pun memang tak ramai orang lalu lalang, so bolehlah dapat harga murah. 

Uncle ni lembut hati dengan ayah aku rasanya. Bila abah nego harga je dia cam redha, hahaha. The power of bapak-bapak giteww. Adik aku pun terjebaklah beli beg kat sini.

Dapat beli dengan harga RM300 lebih! Memang sturdy beg ni
muka manyak happy, dapat jugak beg yang dia nak xD

Overall, puas hati dapat shopping sakan. Mungkin dari segi harga tu, aku rasa kat tempat lain (especially traditional markets) boleh dapat lagi murah. Tapi kalau nak shopping di gedung yang ada macam-macam barang, bolehlah try datang sini. 


Macam kesian pulak ada 1,500 shop dalam ni, tapi tempatnya sunyi je. Adakah Silk Market ni dah hilang zaman kegemilangannya?


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~