Sambungan dari --> Qianmen Street, Beijing
Hari terakhir di Beijing, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. Maka selamat tinggal Beijing Zhongan Hotel yang telah menjadi rumah kami selama 5 hari. Sebenarnya macam tersilap percaturan pulak, tak payah pindah pun takpe sebab jarak dari hotel nak ke airport cuma 40 minit je punn.
Di Daxing ni, kami stay di Hilton Garden Inn. Ini merupakan kali pertama aku menginap kat hotel Hilton tau, padahal kat Malaysia tak pernah merasa pun.
Sebaik sampai, kami disambut oleh jejaka handsome yang menghulurkan air teh berry. Pastu kakak dengan abang aku pergi buat urusan check in. Kami book 3 bilik (2 person). Totalnya lebih kurang RM800 plus minus untuk ketiga-tiga bilik tu.
Ingatkan harga satu malam kat Hilton ni cecah RM500 per room. Rupanya harga dia agak reasonable jugak! Next time boleh la try menginap kat Hilton Malaysia pulak, haha tibahh!

Room dia memang sangat spacious. Duduk 2 orang pun rasa terlalu banyak space kosong. Untuk washroom, dia asingkan antara toilet membuang hajat dan bilik mandi. Sangat selesa dengan semua kemudahan di sini.
 |
| Ada seterika jugak |
Memandangkan hotel ni sejengkal je jaraknya dengan airport, mereka menyediakan perkhidmatan bas shuttle. So Jimatlah duit kami daripada guna DiDi. Shuttle ni akan datang setiap 30 minit sekali selama 24 jam tau.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8 April 2025
Kami bertolak keluar dari hotel seawal 8 am menuju ke airport. Ikutkan, flight akan berlepas pada pukul 11.30 pagi gitu, tapi tiba-tiba delay jadi ke pukul 1 pm pulak. Kalau tahu nak delay, baik aku golek-golek atas katil hotel lagi tau, haha.
 |
| Daxing airport yang berkonsepkan honeycomb. Tapi yang ni aku nampak macam ibu jari tengah thumbs up pulak |
 |
| proses check in yang sangat mudah untuk berurusan |
Melangutlah duduk taktau nak buat apa kat airport tu, sampailah boleh masuk ke perut kapal terbang. Kami akan transit di Shenzen Bao'an airport selama 3 jam. Untuk aku, mak dan adik, ni airport yang baru lah untuk kami. Abang, ayah dengan kakak aku transit kat sini masa hari pertama. Diorang kata teringin nak nak tengok suasana kat airport Guangzhou macam kitorang, ahaks.
 |
| ceiling airport diorang yang unik. tapi cam geli sikit sebab berlubang-lubang gini |
 |
| mak nak bergambar dengan gambar kartun comel dan ceiling lobang ni |
 |
| Makanan untuk 2 kali flight. Sedikit bland but couldn't complain much la since ini je yang ada untuk muslim meal. |
Kami terbang dari Shenzen ke KLIA, yang memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. berlepas pukul 8.40 pm, sampai Malaysia sekitar pukul 12 am gitu. Sampai rumah pukul 4 pagi, dan pukul 8 pagi tu aku terus masuk office. Mata macam kena tumbuk dengan panda..
Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti trip Spring Raya Beijing ni dari awal sampai akhir. Best jugak ye beraya kat luar negara, hehe. Maaf jika penulisan syok sendiri, kesemua entry pun panjang berjela dan penuh dengan gambar. Nama pun travelog dan kenangan kan, haruslah segalanya ku curah dengan penuh jiwa dan raga gituhh! Harap sedikit sebanyak memberi info pada semua yang membaca.
Boleh baca entry yang lepas di;
 |
| Thanks for reading! Next ke mana kita? |
best betul u dpt cuti2 bersama family tersayang! murah la rate hotel tu sbb kat china..kalau kat msia, hilton ni mcm mahal jugakkkkk per nite stay...masa i mula2 sampai london pun, i dok hilton express jugak sbb dekat dgn airport...ni kisah 2010 daaaaa
ReplyDeleteSaya pun tak ingat exact price, tapi dalam notes saya, sorang kena bayar RM143+- lepas dah bahagi 6 orang. Per room tu tak sampai 300 laa. Memang selesa!
DeleteBest dapat travel 1 family.. siap beraya dekat luar lagi..kikiki
ReplyDeleteTak cukup ahli sebenarnya. Kakak sulung saya takdakk
Deletethanks! https://sintrabloguecintia.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks for dropping by!
DeleteLuas jugak biliknya tu. Senang kalau tempat mandi & membuang diasingkan.
ReplyDeleteLuass. Rasa berselera sikit nak mandi sbb tak nampak jamban, hehe
DeleteSeronok Mazni dapat bercuti satu keluarga. Terima kasih atas perkongsian Mazni, boleh jadi rujukan bila perlu.
ReplyDeleteRasanya Hilton kat Malaysia macam mahal.
Terima kasih kak nur baca dari awal sampai habis! Saya pun tktau rate per night hilton malaysia ni berapa. Ke ada beza antara hilton dgn hilton garden inn ek?
Deletewahhh.. travel2 kita ye. As i know, Hilton ni kira reasonable. last time stay kat Hilton di area Chow Kita. reasonable sangat.
ReplyDeleteOhh kat malaysia pun okay ye. Saya je tak pernah menginap situ lagi 😁
DeleteTerima kasih Maz berkongsi cerita dan pengalaman.
ReplyDeleteGambar-gambar semua cunz dan terang.
Next story plizzzzzzzz 🥰
terima kasih ibu rawiwa. hehe saya memang pentingkan gambar yg cantik utk letak kat blog!
DeleteBagusnya hotel di China tulah…rata-rata asingkan tandas dan shower room.
ReplyDeleteMazni fobia benda bulat-bulat, ada nama fobia tu apa entah.
Seronok tengok Mazni satu family travel.
hotel yg saya duduk 5 hari tu, dia tak asingkan toilet ngan tandas. tapi still selesa duduk.
Deletehmm nak kata fobia tu takla sangat. tapi tak suka xD
terima kasih kak ujie!
Best la trip anak beranak camni ... More to come hopefully ya 🤲🏻
ReplyDeleteHilton ni ada membership kan... Try la regi nx time
insyaAllah, more to come!
Deletewahh ada membership ke. tula sebab tak pernah gi before ni..
Ishhh siling airport ngape buat lubang2. Geli tengoknya.....
ReplyDeleteaesthetic kot sebab nampak hitam putih hahaha
DeleteMemang best trip ni Mazni, thanks for sharing. Moga kami sampai sana nanti.
ReplyDeleteHotel Hilton mesti nya bersih kemas cantik dan selesa.
terima kasih! insyaAllah nanti sampai tanah besar china.
Deletebetull, memang best dan selesa
luas biliknya siap ada sofa antara katil tu ye....cantik view ceiling airport
ReplyDeletekami tak dan duduk2 kat situ sambil tgok tv haha. jadi tmpt letak beg jela
DeleteAlhamdulillah. Selesai sudah pengembaraan ke negara China. Insya Allah kita berjumpa pada episod akan datang pula..
ReplyDeletetook me almost 9 months nak habiskan citer china ni ahaa
DeleteHebatnya pelancongan ke Cina yang sangat menarik..alhamdulillah jadi Duta Malaysia ke Cina seketika kan..
ReplyDeletejauh sangat jadi duta tu cikgu xD
DeleteSubahanallah..sunnguh menakjubkan..alhamdulillah sampai kesana, Cina ni negara maju dek..selain Jepun, Eropah, Cina the best one untuk di lawati kepada yang mampu..Mengembara itu rasanya Sunnah nabi juga..sebab Nabi kan banayk mengembera dakwah Islam ke serata dunia..
ReplyDeletealhamdulillah, dapat tgok salah satu 7 keajaiban dunia. betul, china antara negara cantik yg kosnya tak terlalu mahal
Deletebestnya...lawa nampak hotelnya. tak pernah lagi dapat melancong ke sana. boleh baca entri lain untuk tambah info.
ReplyDeleteBest pegi beijing ni. Dpt tgok banyak tinggalan sejarah lama 😆
DeleteSelalu orang cakap sepelaung... ini sejengkal... Betul2 dekat ni!
ReplyDeletewuish sepelaung tu saya tak pernah guna uncle! saya geng2 sejengkal je
DeleteDekat betul hotel dengan airport yer..
ReplyDeleteya dekat sangat!
DeleteBestnya trip dia dan keluarga ke Beijing😍KSarie baca semua kisah Beijing dari mula sampai habis. Terasa macam KSarie ikut berjalan sama ke Beijing. Keep on sharing yar😍
ReplyDeletetq ksarie sudi baca sampai habis!
Deleteyg ada trypophobia mmg tak boleh tgk siling mcm ni trs seram.sejuk dibuatnya
ReplyDeletehahaha macam saya okay lagilah tengok lobang2 ni. geli sikit je xD
Deletehotel yg sediakan shuttle ni mmg bagus wpn pd awalnya kita kena byr lbh sikit... lbh2 lg kalau kite pegi dgn warga emas...
ReplyDeletenasib baikla dapat free airport shuttle. sebab mmng dekat sangat dgn airport!
DeleteSaya datang lagi baca komentar kawan2 blogger kat sini..bahagianya Blogger ni mengembara jauh..Tahniah ya dek..
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah cikgu etuza. best berjalan kat china ni!
Deletetapi beberapa hotel hilton, masih ada yg mahal juga... saya rasa tergantung negaranya juga lah... cuma memang ciri khas hotel dia, space nya luaaaaas... saya pernah menginap yg di Amerika waktu itu.. memang luas walaupun vintage.. namanya pun hotel lama kan :D
ReplyDeleteboleh juga nih referensi hotelnya, nanti saat cari hotel transit di beijing bisalah saya masukkan hilton
mungkin juga, depends pada negara kan. yg kat china ni bagi saya murah. ada org komen, kat malaysia punya pun affordable jugak. tapi bilik dia memang selesa dan luasss!
Delete