25 Oct 2025

Spring Raya : Solat dan lunch di Niujie

 

Sambungan dari --> Yuyuantan Park

Dari Yuyuantan Park, kami nak makan tengahari dan sekaligus solat di masjid tertua di Beijing. Iaitu di Niujie. Beberapa kali jugaklah kami singgah kat Niujie ni walau hakikatnya tempat ni tak dekat dari hotel pun. Datang untuk solat sambil-sambil cari makanan.

Street food yang sentiasa padat dengan manusia

Selalu kalau datang Niujie ni, asyik tapau street food je. Kali ni first time nak makan sini. Banyak pilihan restoran halal, masuk je mana-mana yang anda mahu. Tapi tulah, bila banyak sangat, sampai tak tau nak makan mana pulakk.

Mula-mula ingatkan nak makan steamboat, tapi sebab harga per person hampir RM70, takpela makan mi tarik jelaa, hahaha. Kami pun random jela masuk satu kedai ni sebab nampak dia jual sate, dan dalam tu pun ada pilihan mi tarik.

Masuk dalam tu, ramai jugak orang sebab kedainya pun tak besar mana. Seat pun terhad, kami terpaksa pecah duduk 3 orang untuk satu meja. Problemnya di sini, menunya cuma ada kat papan tanda je, takde buku menu disediakan. 


Macam aku senang je, tunjuk gambar mi tarik dengan sate kambing yang ada kat menu tu je. Tapi ayah dengan abang aku pulak nak makan nasi, ambil masa sikitla untuk diorang nak scan translation kat setiap menu tu.

Kedai ni pun macam serabut sebab ramai orang. Waiter dia pulak datang kat meja asyik push push tanya "kenapa tak order lagi, nak makan apa". Geram betul ye sebab kitorang mana lah faham bahasa dia. Pastu bebel-bebel macam muntot hayam. 

Dia nampak ada customer lain tengah menunggu turn, dia nak suruh kita cepat-cepat makan dan cepat keluar gitulah kot. Eh sukati aku laa, orang baru sampai, nak tengok-tengok menu and ambil masa nak fahamkan tulisan menu tu. Tiba-tiba kena marah pulak.

Last-last parents dengan abang aku keluar dari situ sebab menyampah dengan waiter tu. Makanan yang kami 3 orang order dah selamat sampai kat meja dah. Terpaksa makan cepat-cepat sebab rasa macam kena pressure je sepanjang duduk kat kedai ni, yihhh! Dislike nya dia punya service!

mi tarik dan sate kambing

Keluar kat area street food tu, pergi cari makanan untuk diorang bertiga yang kena 'halau' tadi. Kami beli street food yang macam roti daging, sate kambing gitu-gitu jelah. Membeli kat sini pun mencabar jugak. Kalau kita lambat translate sikit je, terus kena bebel dengan pekedai.

Binawe betul orang-orang kat sini. Sangat tidak berbudi pekerti dengan tourist clueless seperti kami ni, haha. Sorry lah sebab tak pandai cakap cina..

mesti best kalau duduk kat Orange Hotel ni, senang nak cari makanan halal

Abang aku terjumpa kedai yang jual nasi, dia pun tak sempat nak translate nasi tu berlaukkan apa.. Dia cakap kedai tu tak ramai orang, so dia main beli je. Pastu dia beli jugak air yang disangka soya. Turns out, 2 makanan yang dibeli abang aku tu merupakan makanan paling aneh yang kami pernah makan di dunia ni.

nasi lauk kurma

Dia ingatkan nasi ni lauk daging sebab warna hitam-hitam, tu confident main beli je. Bila try makan rasa manis, rupanya nasi ni berlaukkan kurma! Yang warna oren dengan kuning aku taktau apa benda, tapi manis. Menggigil kami nak habiskan sebab serious tak boleh masuk betul makan nasi, tiba-tiba lauknya benda yang manis?? Aku taktau lah benda ni sebenarnya dessert ke apa. Ngeri bila ingat balik rasa makanan ni.

Bukan nasi ni je pelik, dia pun terbeli air berwarna hijau yang disangkakan soya perisa pandan. One sip, terus rasa nak tersembur minuman tu sebab rasanya BUSUK GILA! Aku pun google lah apakah nama air pelik ni, rupanya itu adalah fermented mung bean.

Si bertuah tu pergi beli sampai 2  cup, serious tak mampu nak telan. Kami terpaksa siram air tu kat tanah sampaikan tanah tu pun berbau busuk, hahaha. Sangat malang sungguh lunch kali ni. Nasib baiklah ada beli roti daging dengan sate kambing. Ada jugaklah makanan yang normal untuk dimakan.

roti daging sebagai penyelamat. tapi rasa roti ni biasa-biasa je dan berminyak sikit
Aiskrim harga 5¥ je

Lepas dah makan, kami pun pergi solat di Masjid Niujie. Tapi sayang, masjid tu tengah renovation pulak. Tak dapat solat di dalam ruang solat utama

akan ambil masa 3 tahun untuk siap proses baikpulih di masjid ni

Sedikit info, masjid Niujie merupakan masjid paling tertua di Beijing. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 ketika pemerintahan Dinasti Liao. Akan tetapi, masjid ni pernah musnah ketika diserang oleh askar Gengis Khan pada tahun 1215 dan telah dibina semula pada tahun 1443 ketika dinasti Ming.

Nama masjid ini disebut sebagai Lǐbàisì yang diberikan oleh Maharaja Chenghua pada tahun 1474. Memandangkan masjid ini terletak di Ox Street (Niú bermaksud Lembu dan jiē bermaksud jalan), maka melekatlah namanya sebagai Niujie. Ia kini merupakan salah satu masjid utama di utara China.

ruang solat alternatif bagi jemaah lelaki

Kalau tengok gambar ruang solat utama kat masjid ni, lagi luas tau. Boleh memuatkan 1,000 jemaah. Memang sayang sangat tak dapat tengok suasana asal masjid ni. Kena repeat lepas 3 tahunlah nampaknya.

walaupun bukan di main prayer hall, tapi interior dalamnya tetap cantik!
pintu luar masjid

Masa tengah ambil gambar depan pintu masjid ni, tiba-tiba ada chinese muslim lady berhijab ajak ambil gambar. Dia dok cakap pioliang, pioliang. Hehe thanks puji kak! Aku lah tukang tolong snapkan gambar. Tapi silap sebab lupa nak ambil gambar tu guna phone sendiri. Kalau tak, dapatlah buat gambar kenangan dengan chinese muslim yang friendly ni huhu.

Semoga lepas diselenggara, rupa asal masjid ni masih kekal sama seperti dulu. Memang tak mudah nak maintain bangunan yang usianya dah beratus-ratus tahun. Pastinya masjid ni akan sentiasa jadi tarikan utama di Niujie oleh kerana sejarahnya yang dah lama bertapak di sini!

46 comments:

  1. Tak suka makan dekat tempat crowded dan kena makan laju² sbb nak kena bagi laluan dekat org lain. Stress 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong mood nak makan sebab ras macam kena halau huhu

      Delete
  2. Nasi makan dengan buah kurma. Adoi la pelik2 je. Air busuk tu macam mana orang sana minum ye 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya kat situ ada bubur mung beans tu. Antara breakfast yg famous kt beijing

      Delete
  3. Pernah baca ada makanan tauhu busuk.. rupanya soya busuk pun ada juga.
    Cantik sangat interior dalam Masjid Niujie.
    Agaknya kebanyakan masjid cina ni akan tetap mengekalkan warna merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stinky tofu tu orang cakap sedap! Teringin nak cuba 😆
      Betul, masjid2 kat sana kena ada elemen cina

      Delete
  4. Memang stres makan dalam suasana gitu. Tapi gitulah travel kan, ada cerita indah dan ada cerita tak best. Semuanya jadi kenangan. Mazni sekeluarga pun tentu akan ketawa bila kenang balik nasi kurma dan air busuk tu 😆

    Chinese muslimah tu mesti excited jumpa Mazni sekeluarga sampai ajak bergambar. Makin banyak la koleksi gambar Mazni tersebar di alam China sana 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah tiba2 sangat kena marah sebab nak makan. Tacink weolls 😭 pengalaman unik betul makan nasi kurma n terminum air busuk tu haha

      Dia excited nampak muslim lain paki baju colorful heheh

      Delete
  5. Tragis pula kisah lunch pada hari kejadian ye. Memang terpleot rasa nak makan bila kena push dan kena bebel. Rasa tercekik pun iya. Lama renovasi masjid sampai 3 tahun ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan pun kena cepat2 huhu. Tula, tak expect lama cmtu kan

      Delete
  6. Ada juga pengalaman buruk ya, stress juga makan macam tu, waiter asyik dok tekan. Kena cari tempat makan halal yang kurang orang kot. Biarlah harga mahal sikit, asal selesa makan dengan aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Patut kami gi cari kedai yg tak ramai orang sangat. Ni bila ramai org, diorang pun layan kita mcm orang local haha

      Delete
  7. Kalau saya di sana, saya pun akan kluar. Batal beli 😅. Memang tak suka kalo di push sangat begitu. Salah mereka juga tak buat menu dlm bahasa inggris. Dah tahu pun turis . Dia harap kita semua harus paham bahasa dia apa 🤣.

    Penasaran pula rasa fermented mung bean tuh. Sebab saya rutin minum kombucha (fermented tea) atau apple vinegar daily. Kimchi atau Sauerkraut (fermented kubis) pun saya rutin makan. Jadi lidah memang terbiasa dengan makanan fermentasi. Tp fermentasi mung bean saya blm pernah coba 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan saya memang nak keluar je, tapi makanan kitorang dah sampai pulak. Tu yg terpaksa makan cepat2 sebab kesian kat abang ngan parents dah keluar dulu huhu.

      Saya rasa makanan yg akak sebutkan ni okay lagi kot. Yg air mung bean ni sumpah bau dia boleh putus selera.. bau dia macam petai + soya kak hahaha

      Delete
  8. Nampak kering je sate kambing tu...?
    Dia takde kuah kacang ke untuk sate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde makan gitu jee. Tapi sedap sbb juicy!

      Delete
  9. Jika travel ni , mesti cari Masjid untuk solat dan sujud syukur minta perlindungan dari bala bencana..Allah dengar doa hambaNya yang meminta padaNya. Alhmadulillah jauh berjalan banyak pengetahuan, iman kian tebal..subahanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu. Lagi2 negara yg bukan kategori sebagai negara islam. Lagi seronok bila jumpa masjid!

      Delete
  10. ada menu tu, pernah tgk dlm drama cuma taktau lah kehebatan apa yg dorang ada sampai dorang boleh telan.
    lauk kurma? ergh... sungguh tak samaa dgn masak kurma di Malaysia.
    tapi begitulah di negara orang, belajar silang budaya. terima kasih berkongsi pengalamannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya taktau nasi lauk kurma tu dessert ke apa. Kalau dessert berasaskan nasi, selalu rasa pulut. Ni nasi dia mcm nasi biasa je tau haha

      Delete
  11. spoil mood betul la waiter tu ye...saya tak boleh bayang macam mana minum air busuk tu..huwaaa

    ReplyDelete
  12. eee rasa nak tampar je waiter tu
    tak reti nak sabar agaknya?
    kang tourist tu! x kan laa x kenal... eee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Pastu cakap dalam bahasa dia. Sekali saya cakap wo ting bu dong terus garu kepala hahaha

      Delete
  13. sayangnya tak dapat masuk masjid...
    bukan selalu kan dpt tgk masjid tertua kat beijing ni...
    tak dpt solat fardu dpt solat sunat pun dah rs bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat solat kat masjid niujie ni tapi solat kat ruang sementara je. tmpt solat utama yg cantik tu yg tgh renovation rasanya

      Delete
  14. Menariknya sate kambing!
    Kalau saya sampai sini memang kenyanglah HP saya duluan.... ahaks!
    Ya ampun! Geramnya dapat minuman busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang nampak sate kambing ni mesti nak beli!
      Bau minuman tu mmg camtu.. takleh tahan dgn bau dan rasa dia

      Delete
  15. Masjid kat sana memang unik. Diorang kekalkan seni bina budaya diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah tgok tiktok EatAi, masjid2 zaman dulu mesti kena blend in dgn senibina cina kalau taknak kena roboh. Contohnya macam masjid kat dazhuang.. siap ada animal carvings lagi kat depan pintu masuk

      Delete
  16. Eeiii tak suka betul servis macam tu. Kalau saya pun turn off dibuatnya. Nak bagi orang cepat2 order kena la buat menu dwi-bahasa atau letak gambar supaya senang tourist nak faham menu tu tak la ambik masa nak order makanan.

    Haha, maaf tergelak baca part beli makanan street food sebab description makanan paling pelik di dunia tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Kalau taknak buat dwibahasa, buh gambar seketul2 kat setiap menu tu, yihh!

      Sangat tak boleh masuk makanan tu 😭

      Delete
  17. Sate kambing, mesti sedap kan. Oh tengah renovation ya, dapat juga tengok sebahagian. Nasi lauk kurma, betul nampak macam daging. Kalau manis, hhmm memang rasa kurang lah kan. Air fermented mung bean tu macamana lah rasa ya Mazni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembung perut makan sate kambing je hehe. Haah dpt masuk tgok sebahagian masjid tu pun dh syukur sangat. Dpt juga solat kt ruangan alternatif yg disediakan.

      Bau mcm petai, rasa dia macam petai blend dgn soya hahaha

      Delete
  18. best dpt singgah mana2 masjid bila travel abroad

    ReplyDelete
  19. mencabar betul nak order makanan kat sana. Mmg x mesra pelanggan tul. Kalau sy memang blah je dari kedai tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, sangat tak mesra pelanggan. agaknya kedai ni mmng khas utk orang local jekot..

      Delete
  20. ler nasi tu dgn buah kurma rupanya..mmg rare sungguh

    ReplyDelete
  21. Bab merentan push2 ni akak cukup tak suka..kalau akak akan buat mcm ayah Mazni tu..blah je dari situ...diorang mmg gitu kalau kita lambat sket...allah pengalaman makan benda yang pelik ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan kami pun nak keluar, tapi makanan dah sampai atas meja pulak.. tu yg kita makan cepat sbb nak keluar dri situ. sampai hati buat mak ayah kita camtu!
      pergi negara orang, merasalah makan benda yg kita tak pernah jumpa hehe

      Delete
  22. Pernah juga ke masjid Niujie ni tahun 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh saya ingatkan kak ezna pegi beijing masa dania kecik2 dulu. 2019 6 tahun yg lepas je

      Delete
  23. Agak serabut juga nak makan kat kedai macam ni. Dahlah susah nak communicate. Pastu nak kena makan cepat-cepat sebab nak bagi orang lain duduk makan. Aiyooo...Confirm lah orang menyampah kan.
    Aduh, pengalaman yang tak best macam ni. Makanan dan minuman pun pelik. Susah juga kalau tak dapat translate.
    Cantik masjid ni. Tak dapat solat di ruang utama, dapat masuk dan tunaikan solat pun dah bersyukur dah ni kan. Dah siap renovate nanti mesti lagi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, cakap pun bertempik-tempik eee.
      Mmng tak dapat telan makanan dgn air tu. Terlalu unik rasanya.

      Harap lepas renovate jadi lebih kukuh, especially minaret yg duduk bahagian luar tu. Risau roboh

      Delete

Nak komen apa? silakan~