Assalamualaikum
Sambungan dari --> Mutianyu Great Wall part 1
Berdiri sepanjang 21,000 km serta merupakan binaan manusia yang paling terpanjang di dunia.. Ya, itulah dia Great Wall of China. Tapi tahukah anda, disebabkan binaan ini terlalu panjang, ia menyukarkan tembok ini untuk dipelihara. Mengikut hasil kajian, hanya 8.2% daripada bahagian tembok ini yang berada dalam keadaan yang baik. 74.1% daripadanya berada dalam keadaan yang teruk dan ada jugak yang sudah musnah. Dikatakan hanya 8851km daripada tembok ini yang berdiri teguh. (credit)
Antara beberapa bahagian tembok besar cina yang terpelihara dan sering mendapat kujungan pelancong adalah di Simatai, Badaling, Jiayuguan dan Mutianyu. Disebabkan aku pergi di bahagian Mutianyu, so kita highlight pasal Mutiayu jelah.
Di Mutianyu pass ni mempunyai 23 watchtowers yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu east. west dan middle section. Disebabkan kami ni takdelah beria nak jalan jauh sangat, kita explore di middle section je. Panjang keseluruhan bagi Mutianyu Great Wall ni adalah 5.4 km dimana ia merupakan the longest section of Great Wall. Tapi hanya 2.25 km saja yang boleh diakses untuk pelancong. (credit)
Bukan tu je, malah di section Mutianyu ni juga dikatakan antara Great Wall yang paling cantik selepas Jinshaling, terutama jika datang pada musim autumn!
![]() |
ni suasana waktu musim spring! |
Masa pertama kali pijak kaki kat Great Wall ni, rasa goosebump betul like, wow aku dah sampai dekat 7 Wonders of The World laa! View dekat situ menyajikan pemandangan gunung ganang yang sangat cantik, tambah pulak dengan langit yang biru dan cerah. Perfect untuk ambil gambar! Tapi terik dia tak rilek jugakla.. Rasa nak hangus je kulit aku.
Kami tak jalan jauh sangat pun sebabnya lagi jauh kita berjalan, nanti lagi jauh kena panjat anak tangga. So weolls malas. Sudahnya bergambar jela kat mana-mana ceruk pun untuk buat syarat, lantak jela backgroundnya ada orang lalu lalang pun, huhu.
Mehla tatap sikit gambar-gambar kat sini yepss.
makin jauh aku tengok Great Wall ni, makin tak boleh fikir macam mana manusia sanggup buat tembok yang panjang macamni dekat atas gunung? |
ni best spot area untuk bergambar. Haruslah dikerumuni manusia |
time kakak aku bergambar tiba-tiba semua manusia hilang ye.. Tak aci! |
![]() |
ni namanya posing acah. hahaha |
![]() |
Gunung-ganang di sekitar. Taktau kenapa, tapi bentuk gunung kat China ni mesti tajam bercacak macam kulit dragon.. |
fun facts, lebih kurang 3,873,000,000 bricks digunakan untuk bina keseluruhan Great Wall of China ni |
![]() |
di dalam salah satu watchtowers |
![]() |
again, posing acah |
![]() |
dik, warna kamu ni dah nak sebati dengan warna tembok pulak. Nak jadi tembok ke? |
![]() |
The Great Wall : a national Pride of China |
Aku sebenarnya nak je panjat jauh sikit sebab kita dah sampai sini kan.. Mestilah nak explore tempat ni seboleh-bolehnya. Tapi memikirkan kami hanya dapat spend 1 jam je kat sini, terpaksalah lupakan hajat murni tu...
Bayangkan lah, kitorang sampai atas ni pukul 1 pm gitu, lepastu pukul 2 pm dah kena start turun ye sebab nak kena que untuk toboggan pulak. Huaa serious tak puas duduk atas ni sejam je :( Memang timing haritu banyak dihabiskan dengan beratur je nyah!
![]() |
layan jem sambil tengok munge-munge |
Mak dengan abah turun guna cable chair je, so diorang sampai bawah awallah. Kitorang berempat ni agak melepetlah kena que sampai 40 minit semata-mata nak naik mende ni je, yihhh!
Oh lepastu taktaulah ni cerita sedih atau cerita lawak, tapi abah kena scam dengan penjual air kat Great Wall.
Kisahnya, abah pegi beli air kat pakcik ni, tapi dia tak reti guna alipay.. (kitorang yang anak-anak waktu ni dah takde dengan mak abah sebab tengah que untuk turun) Pastu dengan yakinnya abah bagi phone kat penjual tu suruh key in harga air. Penjual tu bantai harga sebotol sampai 30 yuan! Padahal dekat pasaraya yang kitorang selalu pergi tu boleh dapat harga 8 yuan je. Melampau betul engko markup harga ye pakcikk.
Disebalik ayah aku kena scam, kitorang yang anak2 dia ni tengah rancak ambil gambar sementara tunggu turn. hahaha
![]() |
anak-anak bertuah! |
![]() |
me + white peach blossom + instruction main benda ni |
Excited first time main toboggan! Nak kawal pun senang je, tolak handbrake kedepan untuk jalan, pastu kalau nak stop, tarik ke belakang saja. Yang penting kena jaga jarak, jangan sampai terlanggar orang depan pulak dah.
![]() |
bahagian corner camni yang paling best sebab dia menurun lajuuu |
Turun guna toboggan untuk sampai bawah, ambil masa lebih kurang 10 minit je.
Walaupun beratur lama, tapi worth it la untuk first experience. Kalau you all pergi Great Wall dan teringin nak merasa naik benda ni, pergi dekat Mutianyu ok. Great Wall section lain takde tau benda ni.
Kami sampai bawah belum pukul 3 lagi, macam terawal sangatlah pulak. Si Peter tu cakap pukul 4 pm baru boleh naik bas.
Abah dah pergi usha tempat sementara kitorang turun tu, so solatlah kami kat tempat buang sampah yang takde orang ni haha. Tapi ni sampah daun kering dengan kotak-kotak je, bukan sampah sarap busuk berbau tu.
![]() |
berjalan kaki pergi balik tempat bas |
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~