3 Nov 2024

Taiwan Last Minute - Qingjing Farm (Skywalk)

 Assalamualaikum

Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Arrived at Taiwan & Qinjing Farm 1

Lepas hujan dah berhenti, kami terus pergi ke Skywalk tu. Nak masuk dalam ni kena redeem tiket dulu.

Kat sini memang literally berjalan dan bergambar saja. Agak bosan but we still enjoyed the view and weather. Skywalk ni panjangnya 1.2 km dan berketinggian 1700 - 2000 meter dari aras laut. Apa yang aku suka kat Skywalk ni adalah ianya tidak bertangga. Kalau kena naik tangga nak jalan sepanjang 1.2 km tu rengsek jugaklah.

ladang untuk perah susu biri-biri kot

Qingjing (清静) membawa maksud Kedamaian (peace) dan Ketenangan (quietness). Memang tempat ni sangat tenang, suasana tak bising serta kawasan yang dikelilingi beberapa view gunung-ganang yang cantik. Antaranya Mount Wushe dan Hehuanshan.

Walaupun ni tempat tarikan pelancong, aku still rasa macam tempat ni tidak terlalu packed dengan manusia. Tapi boleh jadi juga sebab weolls datang melawat time musim tak popular. Kalau musim spring lagi rancaklah kot.


Tapi sayang cuaca berkabus. Kalau tak, mesti lagi lawa dengan view gunung-ganang. Memang bukan rezekilah masa datang sini langit gloomy memanjang. Bila-bila masa je langit bakal memuntahkan hujannya. 

Since kami dah masuk skywalk ni daripada entrance bawah, masa ralit berjalan tu, tau-tau je dah termasuk balik dalam farm. Skywalk ni dah connected dengan farm tadi, cuma dia potong separuh jalan jelah. Kalau nak pergi entrance farm kena naik atas, kalau nak tengok sheep show kena berjalan turun bawah semula. 

Masa kami tengah duduk-duduk sambil abang aku navigate cara nak balik hotel, tiba-tiba staff farm ni halau kitorang suruh pergi tengok show dan diorang terus tutup laluan. So kami tak boleh naik ke atas, nak taknak kena turun balik bawah tu. Kalau nak naik atas, kena pusing jauh sikit. Masa ni risau dah sebab langit gelap sangat dan nak hujan semula. Kitorang macam nak cepat balik hotel, tapi abah nak tengok sheep show tu. Dah alang-alang katanya.

sekumpulan biri-biri yang dah ready nak ber-parteyhh

So kami pun tunggu. Aduh janji Taiwan pun macam janji melayu, dah 2.30 show tak mula-mula. Malangnya hujan pun start turun. Orang lain semua berpayung, berbaju hujan, kitorang satu family je yang takde perlindungan..... Dahla tempat ni langsung takde bumbung. Sudahnya ambil seat bawah pokok je.

Malang sekali, hujan kali ni tak rilek betul, lebat mencurah-curah. Takleh blahnya sepanjang show pulak hujan tu. Kesian biri-biri, kesian lagi kat kami xD Memang takleh fokus tengok show tu dalam keadaan yang hujan. Padahal comel je gelagat biri-biri kena kejar dengan anjing tu.

wet dog, wet sheep & wet human

Lepas hujan dah reda, kami terus keluar walaupun show tak habis lagi. Dengan harapan adalah bas untuk naik ke atas menghala entrance farm tu. Kami perlu tunggu di entrance untuk naik bas ke hotel. Malang sekali, takde bas yang naik atas. Yang banyaknya bas turun je.

Then kami trylah tanya acik teksi ni. Inilah cerita lawaknya.

Kami tanya dia boleh tak hantar sampai our hotel. Siap tunjuk gambar hotel tu lagi serta communicate guna google translate. Ha sini aku ringkaskan conversation kami.

Us : Can u take us to this hotel? *tunjuk gambar hotel dan alamat* How much fare?

Acik teksi : Where are you from and where are you going?

Us : We are from Taichung, now we want to go to egmont hotel *tunjuk lagi gambar

Acik Teksi : Okay2, now i will take you to Taichung

Eh bukan, bukan! Orang nak tidur kat sini, bukan balik Taichung!

Aku taktaulah google translate ni tersalah translate ke apa. Banyak kali dah kami duk gaduh suruh hantar balik hotel, bukan pergi Taichung. Orang suruh dia hantar pergi entrance farm tu pun dia dok cakap "kamu dari farm nak balik Taichung kan?"

Kitorang cam Ya Allah pakcikkk! Takde orang cakap nak pergi Taichung tau. Engko yang salah faham. Dahla dia nya bercakap bahasa cina je, kita translate bahasa english pergi cina by speaking, typing and verbal pun dia tak faham. Sudahnya ayah aku pergi cakap melayu dengan dia sebab geram tak faham bahasa. xD

Akhirnya setelah tiada kesepakatan dalam komunikasi. Kami memutuskan untuk berjalan kaki pergi ke entrance farm, dengan mendaki anak-anak tangga..... Mak aku lah paling nak pengsan sekali. Memang dia bebel-bebel dah takleh terima penyeksaan kaki ni. Ayah aku pun kena bebel sekali sebab dia yang nak sangat tunggu sheep show tu sampai kitorang terperangkap dalam hujan. Weolls bersalah dalam hal ini xD

ni view daripada atas
Ni view daripada bawah. Haa goodluck lah panjat tangga-tangga ni semua

At last, berjaya jugaklah naik sampai atas setelah pelbagai cobaan. Syukur rahmat sangat staff kaunter ni ada yang boleh cakap english. Dia cakap bas dah tak naik waktu-waktu sekarang ni, apatah lagi nak pegi area hotel kami tu. Kalau ada pun bas turun je. Mind you, masa tu baru pukul 3 lebih. Nak pergi hotel tu memang jauh untuk berjalan kaki.

Staff tu tolong book kan teksi untuk kami dan suruh hantar sampai hotel. Fare dalam 400NDT (RM54+). Pejam mata jela bayar. Finally selamat dah sampai. Hotel ni tersangatlah cantik, bilik luas dan selesa. Bentuk rumah dia berkonsepkan cottage ala-ala orang putih. 

view from our room

Tempat ni namanya Egmont Hotel. Harga per malam RM700++ untuk 5 orang. Kat sini disediakan breakfast meal juga.

Hotel ni bagi aku sangat lengkap dan perfect. Tapi slack sikit tang air panas untuk mandi tu kena tunggu setiap 30 minit. Kalau malas nak tunggu setengah jam tu, mandilah engko air sejuk dari gunung, haha.

Lepas check in, kami just makan RTE food je, pastu mak and abah terus pengsan sebab keletihan xD Rasanya kalau ada kereta atau public transport ni, memang dah keluar merayap jalan-jalan keliling bandar Qingjing ni. 

Tapi kami yang anak muda hensem2 ni keluar jugalah malam tu pergi singgah family mart and 7E untuk cari-cari snek. Suasana malam di Qinjing agak sunyi dan sangat sejuk. Aku rasa malam tu around 8 - 10 celcius jugakla. Kat sini jelah dapat merasa cuaca sejuk sepanjang di Taiwan walaupun kita datang time summer :p

ambik angin malam

So malam tu sekadar beli jajan-jajan je. Dekat convenient store diorang ni ada je makanan yang safe for muslim to eat. Korang kalau pergi Taiwan, pastikan download apps Halalin. Kat situ ada di-listkan  makanan convenient store yang safe for muslim, tempat solat, list restoran makanan halal dan kat mana boleh beli groeceries halal. Sangat convenient!

cute kan family Mart dia? macam bentuk roti
slope yang mencuram 60 darjah. Rasa nak tergolek xD

Thanks for reading, akan bersambung di next entry!

6 comments:

  1. sy g dini semata2 nina nak main dgn biri2 tp biri2 terpaksa dikuarantin kan x igt sbb apa masa tu...
    so kami merayau2 je kat situ dlm sejam.then blk semula ke taipei
    dtg kejap je sbb nakng tmpt lain lps tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa sayangnya dtg qingjing tkde biri2, padahal tu dia punya tarikan kan. Uish dtg sejam pastu trus balik taipei? Jauh tuu

      Delete
  2. sama eh dgn family yg lain mat tanah tinggi... auto jd kaler cekelat

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal kat kawasan tanah tinggi je mmng signboard FM jadi coklat ke? Haha saya pun tak perasan 🤣 suka tgok bentuk dia je, comel

      Delete
  3. Subhanallah, cantiknya dekat situ, sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  4. Ternyata cantik sekali pemandangan alam di Taiwan ini, Mbak.
    Membaca entry nya serasa saya diajak jalan-jalan ke Taiwan.

    Btw. Salam kenal Mbak. Ini kunjungan pertama ke blog Mbak Mazni.

    Salam dari saya di Sukabumi, west java, INA

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~