11/6/2024
Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Qingjing Farm 2, Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan
Hari ketiga, seawal 6 pagi kami dah bergerak keluar untuk ke destinasi seterusnya. Pagi tu cuaca hujan juga, tapi renyai-renyai sahaja. Sad that we have to leave this beautiful place :( Semoga ada rezeki kita repeat lagi Taiwan dan pergi other attraction di Nantou County ni.
|
jalan yang masih basah-basah dengan hujan |
|
engko nak terbang ke buat gaya camtu? |
Bas akan berhenti di depan family mart ni untuk turun ke bawah. Dari Qingjing, kami perlu bertukar bas di Puli Station untuk ke Taichung Main Station. Perjalanan untuk hari ketiga ni, 9 jam dihabiskan dengan menaiki public transport sahaja.
Masa otw turun ke Puli tu tiba-tiba bas berhenti mengejut di tepi jalan, dahlah delay sampai 20 minit. Sampai aircond pun kena tutup. Kami pun tertanya-tanya kenapa stop? Habis minyak ke? Rehat ke? Tukar pemandu ke?
|
view dari dalam bas selepas turun dari gunung |
|
while waiting our next bus, ambil gambar duluu |
Kecil je Puli Bus Station ni. Lupa pula nak ambil gambar dalam station tu, tapi memang tak besar pun. Di sini lah orang akan tukar bas untuk pergi ke Sun Moon lake atau Qingjing.
I just realised yang motorcylist kat sini semuanya guna skuter sahaja. Diorang takde motor-motor biasa yang kita selalu nampak di Malaysia. Daripada kawasan kampung hingga ke bandar semuanya guna motor skuter.
Anyone yang pernah ke Taiwan, korang pernah tak nampak abang-abang rider yang pakai motorsport besar-besar tu? Buatnya kalau ada rider nak keliling satu pulau Taiwan ni guna motor, macam tak sesuai je pakai skuter kan.
Setelah 40 minit perjalanan dari Puli ke Taichung station, kami terus claim ticket HSR direct di kaunter. Kalau ikutkan, tiket ni sepatutnya pada pukul 12.15 pm. Tempat duduk pun telah di-reserved mengikut tiket tu. Masalahnya kami ni tersampai awal dalam pukul 10.30 am, takkanla nak tunggu sampai 12.15 pm. Macam buang masa pulak.
The next train akan sampai pada pukul 11 am macam tu, so kami decide nak naik je train yang pukul 11 am ni. Petugas situ kata boleh naik train tu, cuma tempat duduk ikut nasiblah. Kalau takda free seat, berdiri jelah sampai Taipei Station xD
Korang tengok line beratur untuk naik Speed Train ni, ramai orang. Biasanya kalau train laju macam ni kita expect harga tiket mesti mahal atau tempat duduknya terhad kan? Tapi HSR di Taiwan ni harganya sangat marhaen hinggakan orang-orang biasa pun boleh naik. Dia punya penuh tu macam naik train harian untuk ke tempat kerja je, bukan train long distance trip.
Daripada Taichung untuk ke Taipei cuma berharga RM82 sahaja. Buat apa nak naik bas yang lambat kalau train yang lebih laju ni pun harganya dah macam tiket bas kan. Dalam train pun siap ada orang bawak kucing lagi tau. Bagus kan?
|
macam ni lah rupa bila kena berdiri di sepanjang aisle xD mak duduk atas beg je |
Sampai je di Taipei Station, terus cari prayer room. Lokasi prayer room ni betul-betul di hujung dunia dan takde sign macam di Taichung Station. Kena pandai-pandai cari sendiri. Bila nak guna surau tu macam biasalah kena call operator untuk bukakan pintu.
Lokasi kami seterusnya ialah di Jiufen. Sebenarnya
nak ke Jiufen ni ada 2 cara sama ada menaiki train atau pun bas. Macam kami ni terus ambil direct bas yang berhenti di Jiufen Old Street. Kalau naik train, perlu turun di Ruifang station, pastu perlu naik bas untuk ke Jiufen Old Street.
|
tengah berpusing dan tersesat masa cari Station bas, haha |
Sekitar hampir sejam menaiki bas, kami pun tiba di Jiufen Old Street. Sampai sini agak lewat jugaklah, dalam pukul 3.40 pm. Tapi yang untungnya, hotel kami kalini betul-betul kat dalam Jiufen Old Street ni. Senanglah sikit nak jalan-jalan.
|
view from bus stop |
Hotel kami ni berkonsepkan cafe sebenarnya. Tingkat bawah tu restoran di mana orang luar yang tak menginap di hotel ni pun boleh je masuk untuk makan. Di atas pula penginapan.
Disebabkan kami ni berlima, so terpaksa book 2 bilik which is aku rasa membazir. Max bilik dia cuma terhad untuk 4 orang saja. So kami yang perempuan ni tidur bilik untuk 4 orang, ayah dengan abang aku tidur bilik berdua.
Kalau tengok bilik yang berempat tu, luas je sebenarnya. Muat sangat kalau kami berlima ni book 1 bilik je. Tapi policy dia tak boleh pulak. Kita ni jenis tak kisah kalau tidur atas sofa pun. Patutnya pihak hotel ni boleh je sediakan option extra tilam atau kasi tidur atas sofa tu je. Sedikit pembaziran lah kalau datang datang berlima nombor tak genap ni, haha.
Korang boleh tengok kat booking.com untuk book hotel ni --->
Chiu Chunt Dint
|
tandas dia ni ada bidet. Really muslim friendly |
Kitorang rehat-rehat sekejap lepas check in. Jauh benau perjalanan harini. Before keluar tu aku cuma makan tea eggs yang beli kat 7 eleven je. Telur ni kalernya macam telur pindang, setiap kali kalau singgah Family Mart atau 7E memang wajib beli telur ni je. Dia je yang nampak meyakinkan, haha.
Akan bersambung di next entry!
Impian SA nak ke Taiwan ni...setakat ni pernah sampai Guangzhou je...
ReplyDeleteorang taiwan baik2, bandar pun bersih je :D recommend sgt utk kesini since taiwan pun dh banyak sediakan facilities utk muslim traveller
DeleteTea egg tu sedap kan. Tak sempat ke Jiufen jugak. Moga dapat repeat Taiwan trip ni.
ReplyDeletesedap, mmng rasa mcm telur pindang hehe
Deleteorg selalu masukkan jiufen dalam list jika ke taiwan sbb tmpt ni mmng instagrammable
Telur tu jer yang nampak meyakinkan? ye ke yakin hahahaha :D
ReplyDeletejauh jugak perjalanan nak ke Taipei tu dari Puli tu.. Train laju RM82 jer not bad la.. marhean la jugak dari Osaka ke Kyoto pun RM200.00 lebih hahaha :D
HAHA saya yakin! dia rendam guna tea, rasa mmng hangit2 mcm telur pindang. sedapp
Deleteya kalau dri puli tu kne by bus, pastu baru naik speed train utk pegi taipei.
haah shinkansen mmng mahal. dulu kami amik dri tokyo ke osaka pun 300 something jugakla xD tapi laju betul
Nak naik awal boleh tapi seat ikut nasib .. maka nya berdiri la dalam train .. berjam jugak la kan.. Aduh kurang bernasib baik.. Hotel tu lawa bawa restoran mcm zaman dahulu pulak design luaran dia..
ReplyDeletekalau dari taichung nak ke taipei tu sekitar 40 minit je naik speed train ni. masa train berhenti kat station lain tu ramai passenger turun, kami duduk jela kat mana2 seat kosong. klau kena berdiri sampai taipei tu lemah lutut jugak rasanya hahaha
Deletehotel tu mmng one of our favourite sbb duduk betul2 kt attraction spot, paling penting ada bidet :P
tinggal kan jejak kat sini dlu.. nanti nak baca balik sebab nak plan bercuti ke sana juga
ReplyDeletehai nana :D tq sudi singgah!
DeleteWah! seronoknya travelling bersama keluarga.
ReplyDeleteMenarik rupanya Taiwan ni ya tak pernah terfikir nak ke Taiwan
saya pun takdela teringin sangat nk pergi ke negara yg belah2 china/cakap mandarin ni. tak sangka best juga :D
DeleteWah..menarik trip sis ni. Ada masa, nak kena baca dari awal sebab saya teringin nak explore nature di Taiwan.
ReplyDeleteTandas ada bidet..uiii senang hati! 😀
hehe jemput jemput!
Deletebidet ni paling syurga sekali kalau jumpa kat hotel atau tandas2 awam di negara non muslim.
Susah ke senang nak cari makanan atau kedai halal kat sana?
ReplyDeletekalau di belah taipei dan taichung ada banyak. tpi kawasan kampung susah sikit. kami memang bawa RTE food je. makanan local pun ambil option vege saja
DeleteSaya pernah dibagi tahu teman, memang kereta cepat di taiwan ini muraaah. Jadi teringin juga. Iyalah kak, kalo harga tak jauh beda dengan bus, better naik speed train kan 😄.
ReplyDeleteTapi Krn tukar jam, jadi tak dapat tempat duduk pula yaa. Teringat saat saya ke Nagasaki Jepang, tempat duduknya tak pakai number. Jadi memang berdiri lah, Krn ramai 🤣.
Isshhh, memang pemborosan 🤭... Sayang pula number tak genap yaa, jadi terpaksa pesan 1 bilik lagi ..
Ya bagi saya harganya murah, dari segi ketepatan masa pun punctual 👍🏻
DeleteAwal2 je kami tk dapat tempat duduk, lepastu ramai yg turun di next station, dapatlah duduk sekejap 🤣 train yg di nagasaki tu jenis speed train juga ke?
Itulah. Kalau ikutkan rebel, nak je book 1 bilik sbb bilik ber-4 tu selesa je utk 5 org duduk. Tpi nnti kena tindakan pula...
HSR tu sy beli tix sebaik je sampai taipei
ReplyDeletetu pun q panjang
seronok sgt ms tu
dah siap membayangkan bakal naik shinkansen
alhamdulillah... tercapai juga...
Masa kami dri taipei nk ke taichung haritu tk ramai sgt org. Mungkin sbb duduk di reserved seat.
DeletePengalaman dh try naik hsr taiwan, shinkansen. Next speed train mana pula ni? :p
TMS masih tak berubah...
ReplyDeletesaya suka vibe kat sini...
masa mula2 smpi dulu heran jg kenapa byk sgt skuter kat sini...
hehehe
Besar TMS ni, banyak sangat pintu masuk sampai tersesat 🤣
ReplyDeleteMmng sana pakai skuter jekannn
Train tu tak pernah naik tapi Jiufen tu pernah pergi. Sebenarnya bila pergi Taiwan rasa bersihnya bandar mereka.
ReplyDeleteBetul, mmng bersih dan teratur 👍🏻
DeleteNaik keretapi laju harga marhaen, bokeh sangat tu..
ReplyDeletePerjalanan yg patutnya 2 jam naik bas boleh potong jadi 40 minit je. Baik pilih train 🤣
Delete