Assalamualaikum
Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Arrived at Taiwan & Qinjing Farm 1
Lepas hujan dah berhenti, kami terus pergi ke Skywalk tu. Nak masuk dalam ni kena redeem tiket dulu.
Kat sini memang literally berjalan dan bergambar saja. Agak bosan but we still enjoyed the view and weather. Skywalk ni panjangnya 1.2 km dan berketinggian 1700 - 2000 meter dari aras laut. Apa yang aku suka kat Skywalk ni adalah ianya tidak bertangga. Kalau kena naik tangga nak jalan sepanjang 1.2 km tu rengsek jugaklah.
ladang untuk perah susu biri-biri kot |
Since kami dah masuk skywalk ni daripada entrance bawah, masa ralit berjalan tu, tau-tau je dah termasuk balik dalam farm. Skywalk ni dah connected dengan farm tadi, cuma dia potong separuh jalan jelah. Kalau nak pergi entrance farm kena naik atas, kalau nak tengok sheep show kena berjalan turun bawah semula.
Masa kami tengah duduk-duduk sambil abang aku navigate cara nak balik hotel, tiba-tiba staff farm ni halau kitorang suruh pergi tengok show dan diorang terus tutup laluan. So kami tak boleh naik ke atas, nak taknak kena turun balik bawah tu. Kalau nak naik atas, kena pusing jauh sikit. Masa ni risau dah sebab langit gelap sangat dan nak hujan semula. Kitorang macam nak cepat balik hotel, tapi abah nak tengok sheep show tu. Dah alang-alang katanya.
sekumpulan biri-biri yang dah ready nak ber-parteyhh |
So kami pun tunggu. Aduh janji Taiwan pun macam janji melayu, dah 2.30 show tak mula-mula. Malangnya hujan pun start turun. Orang lain semua berpayung, berbaju hujan, kitorang satu family je yang takde perlindungan..... Dahla tempat ni langsung takde bumbung. Sudahnya ambil seat bawah pokok je.
Malang sekali, hujan kali ni tak rilek betul, lebat mencurah-curah. Takleh blahnya sepanjang show pulak hujan tu. Kesian biri-biri, kesian lagi kat kami xD Memang takleh fokus tengok show tu dalam keadaan yang hujan. Padahal comel je gelagat biri-biri kena kejar dengan anjing tu.
wet dog, wet sheep & wet human |
Lepas hujan dah reda, kami terus keluar walaupun show tak habis lagi. Dengan harapan adalah bas untuk naik ke atas menghala entrance farm tu. Kami perlu tunggu di entrance untuk naik bas ke hotel. Malang sekali, takde bas yang naik atas. Yang banyaknya bas turun je.
Then kami trylah tanya acik teksi ni. Inilah cerita lawaknya.
Kami tanya dia boleh tak hantar sampai our hotel. Siap tunjuk gambar hotel tu lagi serta communicate guna google translate. Ha sini aku ringkaskan conversation kami.
Us : Can u take us to this hotel? *tunjuk gambar hotel dan alamat* How much fare?
Acik teksi : Where are you from and where are you going?
Us : We are from Taichung, now we want to go to egmont hotel *tunjuk lagi gambar
Acik Teksi : Okay2, now i will take you to Taichung
Eh bukan, bukan! Orang nak tidur kat sini, bukan balik Taichung!
Aku taktaulah google translate ni tersalah translate ke apa. Banyak kali dah kami duk gaduh suruh hantar balik hotel, bukan pergi Taichung. Orang suruh dia hantar pergi entrance farm tu pun dia dok cakap "kamu dari farm nak balik Taichung kan?"
Kitorang cam Ya Allah pakcikkk! Takde orang cakap nak pergi Taichung tau. Engko yang salah faham. Dahla dia nya bercakap bahasa cina je, kita translate bahasa english pergi cina by speaking, typing and verbal pun dia tak faham. Sudahnya ayah aku pergi cakap melayu dengan dia sebab geram tak faham bahasa. xD
Akhirnya setelah tiada kesepakatan dalam komunikasi. Kami memutuskan untuk berjalan kaki pergi ke entrance farm, dengan mendaki anak-anak tangga..... Mak aku lah paling nak pengsan sekali. Memang dia bebel-bebel dah takleh terima penyeksaan kaki ni. Ayah aku pun kena bebel sekali sebab dia yang nak sangat tunggu sheep show tu sampai kitorang terperangkap dalam hujan. Weolls bersalah dalam hal ini xD
At last, berjaya jugaklah naik sampai atas setelah pelbagai cobaan. Syukur rahmat sangat staff kaunter ni ada yang boleh cakap english. Dia cakap bas dah tak naik waktu-waktu sekarang ni, apatah lagi nak pegi area hotel kami tu. Kalau ada pun bas turun je. Mind you, masa tu baru pukul 3 lebih. Nak pergi hotel tu memang jauh untuk berjalan kaki.
Staff tu tolong book kan teksi untuk kami dan suruh hantar sampai hotel. Fare dalam 400NDT (RM54+). Pejam mata jela bayar. Finally selamat dah sampai. Hotel ni tersangatlah cantik, bilik luas dan selesa. Bentuk rumah dia berkonsepkan cottage ala-ala orang putih.
view from our room |
Tempat ni namanya Egmont Hotel. Harga per malam RM700++ untuk 5 orang. Kat sini disediakan breakfast meal juga.
Hotel ni bagi aku sangat lengkap dan perfect. Tapi slack sikit tang air panas untuk mandi tu kena tunggu setiap 30 minit. Kalau malas nak tunggu setengah jam tu, mandilah engko air sejuk dari gunung, haha.
Lepas check in, kami just makan RTE food je, pastu mak and abah terus pengsan sebab keletihan xD Rasanya kalau ada kereta atau public transport ni, memang dah keluar merayap jalan-jalan keliling bandar Qingjing ni.
Tapi kami yang anak muda hensem2 ni keluar jugalah malam tu pergi singgah family mart and 7E untuk cari-cari snek. Suasana malam di Qinjing agak sunyi dan sangat sejuk. Aku rasa malam tu around 8 - 10 celcius jugakla. Kat sini jelah dapat merasa cuaca sejuk sepanjang di Taiwan walaupun kita datang time summer :p
ambik angin malam |
So malam tu sekadar beli jajan-jajan je. Dekat convenient store diorang ni ada je makanan yang safe for muslim to eat. Korang kalau pergi Taiwan, pastikan download apps Halalin. Kat situ ada di-listkan makanan convenient store yang safe for muslim, tempat solat, list restoran makanan halal dan kat mana boleh beli groeceries halal. Sangat convenient!
sy g dini semata2 nina nak main dgn biri2 tp biri2 terpaksa dikuarantin kan x igt sbb apa masa tu...
ReplyDeleteso kami merayau2 je kat situ dlm sejam.then blk semula ke taipei
dtg kejap je sbb nakng tmpt lain lps tu
Alaa sayangnya dtg qingjing tkde biri2, padahal tu dia punya tarikan kan. Uish dtg sejam pastu trus balik taipei? Jauh tuu
Deletesilap2
Deletebkn balik taipei tp terus ke sun moon lake lps tu...
kami kejar bas masa tu takut tiba lewat...
sama eh dgn family yg lain mat tanah tinggi... auto jd kaler cekelat
ReplyDeleteasal kat kawasan tanah tinggi je mmng signboard FM jadi coklat ke? Haha saya pun tak perasan 🤣 suka tgok bentuk dia je, comel
Deletekawasan nature... kat mt fuji kawasan biasa je tp sebab kelilingnya nature jd FM tukar cekelat hehehe
DeleteSubhanallah, cantiknya dekat situ, sejuk mata memandang
ReplyDeletesangat cantik kan..
DeleteTernyata cantik sekali pemandangan alam di Taiwan ini, Mbak.
ReplyDeleteMembaca entry nya serasa saya diajak jalan-jalan ke Taiwan.
Btw. Salam kenal Mbak. Ini kunjungan pertama ke blog Mbak Mazni.
Salam dari saya di Sukabumi, west java, INA
ya, memang cantik pemandangan di sini, nyamann lagi :D
Deletemakasih mas Asa sudi berkunjung ke blog saya! nanti saya mampir di blog ya!
Memang cantik view dia.. Berbaloi sgt kalau jalan sepanjang 1.2 km tu.. Okla tak ada tangga nak kena naik turun tu yg best hahaa.. Cuaca sejuk menambahkan lagi aroma keindahan :D
ReplyDeletehaha memang syukur rahmat sepanjang kat skydeck tu tkde tangga. tapi bila masuk farm nak naik sampai main entrance tu kena jugak ngadap tangga2 ni. gara2 ketiadaan bas xD
DeleteSerius la janji taiwan mcm janji melayu hahaha.. bertabah la..
ReplyDeleteAdu pakcik tu.. tak boleh nak salahkan dia sebab bahasa ayam dgn itik kan. time ni la pulak google translate tak membantu .. bertabah la.. last2 jalan kaki jugak yer..
lewat jugaklah dalam 10 minit camtu baru show nak mula xD tapi fahamla sebab time tu nk start hujan. cuma kita nilah yg tgh rushing ni tak memasal terperangkap dalam hujan sebab tunggu show biri2
Deleteiyeerr last2 kena jugak jalan kaki naik sampai atas tu. kesian kat mak je sebab tak larat manjat tangga. bas takde T^T
Dulu tak sempat nak ke Qinjing ni.. Tak tahu bila nak repat semula Taiwan ni huhu..
ReplyDeleteKita pegi dulu sebelum zaman Salam Taiwan Mira Filzah lagi haha.. okla next boleh la guna apps Halalin ni. Thank for sharing
kalau mira filzah tu around 2016-2017 la kan? masa tu saya igt ramai influencer gadis2 pegi taiwan dengan hashtag salam taiwan tu hehe
Deleteapps halalin tu mmng function utk muslim yg datang ke taiwan
🤣🤣🤣 kakaaaak, maafkan saya sempat tergelak pula. Tapi kasian lah lihat biri2 lagi hujan dipaksa tetep perform. Suka nampaknya mereka ya.
ReplyDeleteTapi saya pun tak akan bisa fokus menonton kalo hujan lebat begitu. Pakai payung sekalipun tak akan nyaman.
Kalo dah ketemu orang lokal tak bisa bahasa inggris walau dah pakai google translate, macam sakit kepala memang 🤣🤣.syukurlah ada staff yg paham yaa.
Hotel eggmont ini memang perfect kaaak 😍😍😍😍. Cantiiik sangat, saya suka dengan jendela yg menghadap keluar .. memang best pasti stay di sana.
ya saya pun kasian tengok biri-biri dah basah pastu kena kejar dgn anjing masa hujan lebat xD cuma kami memang takleh fokus dan enjoy tengok show tu sebab lebat sangat hujannya.....
Deleteitulah, kita cakap lain, dia faham lain. saya sudah translate bahasa inggris ke mandarin pun masih tak faham. kitanya tak faham mandarin langsung
memang cantik sangat hotelnya, jendelanya besar, puas tengok view dari bilik
Tenang setenangnya ..
ReplyDeleteRasa nak duduk situ je. Dapat kerja jadi tukang mandikan biri2 pun jadilah🤣
DeleteSyok la, kena repeat Taiwan ni.
ReplyDeletesaya pun plan nk repeat lagi ni hehe
DeleteMemang tenang tengok kawasan pergunungan tu.
ReplyDeletelagi2 baru lepas hujan. cuaca segar
DeleteKat farm ni tak pernah pergi. Lawa juga permandangannya tu. Geramnya tengok kambing tu lahai. Geboo semuanya.
ReplyDeleteView mmng cantik bergunung ganang! Tapi biri2 banyak yg sombong, kena ada makanan baru diorang nak berkawan dgn kita haha
Delete