Assalamualaikum
Untuk entry lepas boleh baca kat sini --> Arrived at Taiwan - Taichung
10/6/2024
Pagi tu kami bangun pukul 4 am sebab dah subuh. Sementara nak tunggu gap masa untuk naik bas tu lambat lagi, kami pun pergilah jalan-jalan di sekitar hotel. Jumpa Taichung Park tempat pakcik makcik bertaichi je haha. Tapi park ni lawa dan bersih je. Jadilah kan pergi melawat taman riadah je.
2 gambar di atas ni diambil pada pukul 6 am. 6 am kat sana umpama dah pukul 8 pagi dah. Tapi aku still bitter sebab diorang ni tak bukak kedai awal. Macam mana orang nak cari sarapan?
Dalam pukul 8 am kami terus ke Taichung Main Station untuk ambil bas menuju ke Qinjing (sebutannya Cinjing). Taichung Main Station ni sangat besar. Station ni menjadi tumpuan kerana disini merupakan salah satu stop HSR. Biasanya orang yang nak ke Nantou County akan stop di sini untuk ambil bas.
Macam biasalah, tiket apa semua dah book online. Cuma perlu pergi booth untuk collect kad ala-ala touch n go sepanjang menaiki bas ke Qingjing. Kat perhentian bas ni ada lah bas yang pergi ke tempat-tempat yang famous seperti di Sun Moon Lake.
Pukul 9.30 am bas pun sampai dan kami pun terus bertolak. Sedikit info, Qingjing ni merupakan kawasan tanah tinggi di daerah Nantou dan antara famous spot bagi pelancong melawat ladang biri-biri. Tempat ni ala-ala Cameron Highland atau Kundasang lah.
Perjalanan sekitar 2 jam menaiki bas. Dalam pukul 11.40 camtu kami sampai di Qingjing Farm. Sepanjang perjalanan tu ada juga nampak ladang-ladang strawberry dan boleh melawat rasanya. Cumanya kami susah sikit nak ke sana sebab naik bas je. Sini public transport dia cuma bas atau teksi sahaja.
Cakap pasal teksi, aku ada cerita lawak pasal ni. Nanti aku cerita.
Kat Qinjing Farm ni biri-biri berkeliaran merata. Ada yang friendly, ada yang introvert. Aku baru ingat nak benamkan muka dalam bulu biri-biri yang gebu ni, tapi bulu diorang kotor sikit. Maklumla Qinjing ni selalu hujan, aku syak diorang ni dok berguling-guling kat tanah sampai melekat kekotoran pada bulu putih diorang tu. Yih.
Oh btw kat Farm ni ada disediakan locker letak beg tau. Free sikitlah bahu ni sebab dah trauma kejadian semalamnya usung beg dari pagi sampai ke malam.
So tataplah gambar farm ni serta biri-biri yerr.
Pusing-pusing kat ladang ni lebih kurang sejam dah settle sebab takde buat apa sangat. Masuk pukul 12, habis 12.50 pm. Sebenarnya, antara tarikan farm ni adalah show biri-biri & friends. Tapi show nya lambat, 2.30 pm baru start. Kami ni malas nak tunggu lama sebab tak buat apa-apa. So terus jelah turun sebab nak pergi Skywalk Bridge. Nak kesana perlu keluar dari farm dulu.
Ngam-ngam sampai bawah tu, hujan pulak. Cerita kelakar pertama, kitorang ada payung dalam beg, tapi semua tak teringat nak bawak, maka berteduhlah kat kedai-kedai sekejap. Kat bawah ni ada jual-produk-produk makanan, buah. Kalau tengok buah-buah dia, semua nampak fresh. Kami beli glutinous corn. Cantik jagung ni, dia campuran warna kuning dan purple.
Rasa jagung ni sedikit sticky dan rasa pulut2 sikit. Bila gigit tu, isi jagung tu rasa padat-padat macam makan sticky rice. Dia tak manis macam jagung biasa. Aku tak berapa suka sebab agak muak dan rasanya terlalu plain.... Tapi selalunya benda yang tak sedap camni baik untuk kesihatan kan? Korang boleh search purple waxy corn untuk health benefits :p
Lepas hujan dah berhenti, kami terus pergi ke Skywalk tu. Tapi aku rasa macam dah panjang sangat entry ni, so aku akan sambung dalam next entry ye. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~