22 Nov 2024

Taiwan Last Minute - Qingjing - Jiufen

 11/6/2024

Hari ketiga, seawal 6 pagi kami dah bergerak keluar untuk ke destinasi seterusnya. Pagi tu cuaca hujan juga, tapi renyai-renyai sahaja. Sad that we have to leave this beautiful place :( Semoga ada rezeki. kita repeat lagi Taiwan dan pergi another attraction di Nantou County ni.

jalan yang masih basah-basah dengan hujan
engko nak terbang ke buat gaya camtu?

Bas akan berhenti di depan family mart ni untuk turun ke bawah. Dari Qinjing, kami perlu bertukar bas di Puli Station untuk ke Taichung Main Station. Perjalanan untuk hari ketiga ni, 9 jam dihabiskan dengan menaiki public transport je.

Masa otw turun ke Puli tu tiba-tiba bas berhenti mengejut kat tepi jalan, dahlah delay sampai 20 minit. Sampai aircond pun kena tutup. Kami pun tertanya-tanya kenapa stop? Habis minyak ke? Rehat ke? Tukar pemandu ke?

view dari dalam bas selepas turun dari gunung
while waiting our next bus, ambil gambar duluu

Kecil je Puli Bus Station ni. Lupa pula nak ambil gambar dalam station tu, tapi memang tak besar pun. Di sini lah orang akan tukar bas untuk pergi ke Sun Moon lake atau Qingjing.


I just realised yang motorcylist kat sini semuanya guna skuter sahaja. Diorang takde motor-motor biasa yang kita selalu nampak di Malaysia. Daripada kawasan kampung hingga ke bandar semuanya guna motor skuter.

Anyone yang pernah ke Taiwan, korang pernah tak nampak abang-abang rider yang pakai motorsport besar-besar tu? Buatnya kalau ada rider nak keliling Taiwan ni guna motor ni, macam tak sesuai je pakai skuter kan.

Setelah 40 minit perjalanan dari Puli ke Taichung, kami terus claim ticket HSR direct di kaunter. Kalau ikutkan, tiket ni sepatutnya pada pukul 12.15 pm. Tempat duduk pun telah di-reserved mengikut tiket tu. Masalahnya kami ni tersampai awal dalam pukul 10.30 am, takkanla nak tunggu sampai 12.15 pm. Macam buang masa pulak. 

The next train akan sampai pada pukul 11 am macam tu, so kami decide nak naik je train yang pukul 11 am ni. Petugas situ kata boleh naik train tu, cuma tempat duduk ikut nasiblah. Kalau takda free seat, berdiri jelah sampai Taipei Station xD


Korang tengok line beratur untuk naik Speed Train ni, ramai orang. Biasanya kalau train laju macam ni kita expect harga tiket mesti mahal atau tempat duduknya terhad kan? Tapi HSR di Taiwan ni harganya sangat marhaen hinggakan orang-orang biasa pun boleh naik. Dia punya penuh tu macam naik train harian untuk ke tempat kerja je, bukan train long distance trip.

Daripada Taichung untuk ke Taipei cuma berharga RM82 sahaja. Buat apa nak naik bas yang lambat kalau train yang lebih laju ni pun harganya dah macam tiket bas kan. Dalam train pun siap ada orang bawak kucing lagi tau. Bagus kan?

macam ni lah rupa bila kena berdiri di sepanjang aisle xD  mak duduk atas beg je

Sampai je di Taipei Station, terus cari prayer room. Lokasi prayer room ni betul-betul di hujung dunia dan takde sign macam di Taichung Station. Kena pandai-pandai cari sendiri. Bila nak guna surau tu macam biasalah kena call operator untuk bukakan pintu.


Lokasi kami seterusnya ialah di Jiufen. Sebenarnya nak ke Jiufen ni ada 2 cara sama ada menaiki train atau pun bas. Macam kami ni terus ambil direct bas yang berhenti di Jiufen Old Street.

tengah berpusing dan tersesat masa cari Station bas, haha

Sekitar hampir sejam menaiki bas, kami pun sampai di Jiufen Old Street. Sampai sini agak lewat jugaklah, dalam pukul 3.40 pm. Tapi yang untungnya, hotel kami kalini betul-betul kat dalam Jiufen Old Street ni. Senanglah sikit nak jalan-jalan.

view from bus stop

Hotel kami ni berkonsepkan cafe sebenarnya. Tingkat bawah tu restoran di mana orang luar yang tak menginap di hotel ni pun boleh je masuk untuk makan. Di atas pula penginapan. 

Disebabkan kami ni berlima, so terpaksa book 2 bilik which is aku rasa membazir. Max bilik dia cuma terhad untuk 4 orang saja. So kami yang perempuan ni tidur bilik untuk 4 orang, ayah dengan abang aku tidur bilik berdua.

Kalau tengok bilik yang berempat tu, luas je sebenarnya. Muat sangat kalau kami berlima ni book 1 bilik je. Tapi policy dia tak boleh pulak. Kita ni jenis tak kisah kalau tidur atas sofa pun. Patutnya pihak hotel ni boleh je sediakan option extra bed ke, extra tilam ke. Sedikit pembaziran lah kalau datang datang berlima nombor tak genap ni, haha.

Korang boleh tengok kat booking.com untuk book hotel ni ---> Chiu Chunt Dint

tandas dia ni ada bidet. Really muslim friendly


Kitorang rehat-rehat sekejap lepas check in. Jauh benau perjalanan harini. Abang aku demam pulak masa sampai sini. Before keluar tu aku cuma makan tea eggs yang beli kat 7 eleven je. Telur ni kalernya macam telur pindang, setiap kali kalau singgah Family Mart atau 7E memang wajib beli telur ni je. Dia je yang nampak meyakinkan, haha.



Akan bersambung di next entry!


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~