Assalamualaikum
Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Otw to Jiufen, Qingjing Farm 2, Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan.
So malam tu kami keluar untuk jalan-jalan. Kiri dan kanan penuh kedai souvenir dan makanan. Aku terjebak beli lantern kecil comel dengan magnet je untuk kawan-kawan, rambang mata tengok! Harga pun okay-okay lah sebab choice banyak juga.
Jiufen Old Street ni merupakan antara destinasi a-must-place-to-visit jika anda berada di Taiwan. Jaraknya yang tidak berapa jauh dari Bandar Taipei pun menjadikan ia sentiasa padat dengan kunjungan tourist. Tempat ni pun sangatlah picturesque.
Sedikit sejarah tentang Jiufen, dahulunya tempat ni merupakan tapak gold mining during world war II. Nama Jiufen ni pula dapat daripada perkataan "nine portion" dimana town yang terpencil ni hanya dihuni oleh 9 keluarga sahaja. Everytime ada shipment barang atau makanan, villagers hanya akan request "nine portion". Nombor 9 dalam bahasa mandarin disebut sebagai jiǔ, hence namanya dipanggil Jiufen.
Selepas aktiviti perlombongan tamat, Jiufen terus jadi bandar mati sehinggalah ada penggambaran filem bertajuk "A City of Sadness" yang mula naikkan nama tempat ni.
Selain filem tersebut, Jiufen Old Street jadi semakin popular setelah sering dikatakan sebagai real life location bagi anime Spirited Away. Walaupun Hayao Miyazaki menafikan yang dia ambil Jiufen ni sebagai inspirasi untuk anime tersebut, orang yang datang sini tetap akan nampak tempat ni as a glimpse of Spirited Away dimana banyak lantern bergantungan, shoplot yang penuh di kiri kanan serta alleyways sempit yang menghidupkan vibes anime tersebut.
Lorong yang paling padat dengan manusia ni adalah di Amei tea house. Walaupun di sini banyak je kedai teh, tapi Amei tea house ni yang paling popular kerana persamaannya yang hampir seperti anime tersebut. Alleyway sini selalu padat dengan tourist, berebut-rebut orang nak bergambar.
Anyway tea house tu boleh je masuk. Tapi rasanya perlu buat reservation awal sebab tempat viral kanss.
Dahla panas pastu ramai orang. Lepas dah settle bergambar, kami pun ingat nak pergi makan taro ball, rice cake dan shopping-shopping. Sekali bile nak pergi semua tempat-tempat tu, tutup dah ye. Padahal masa lalu awal-awal tadi meriah je kedai-kedai buka.
Tak expect pula tempat yang penuh dengan lambakan tourist ni tutup awal.. Waktu operasi di sini buka pukul 9 am dan tutup 8 pm. Kalau tahu tadi, kami pergi je makan dan shopping dulu, pastu barulah bergambar sakan :') Dahlah kami ni nak gerak ke tempat lain pulak esok pagi. Sedey tak dapat makan taro ball tu.
|
kat sini banyak souvenir anime spirited away. bersepah keychain hantu takde muka tu xD |
Malam tu, aku dengan adik sajalah buang tebiat nak jalan-jalan ambil gambar lagi sebab tadi macam tak puas bergambar. Keluar je daripada hotel, makk... creepy gila ye. Lorong yang meriah dengan tourist tu terus mati dan tinggal lampu lantern warna merah je yang menyinari alleyway tu. Aku terbayang hantu cina melompat je xD
Ingatkan nak pergi sampai teahouse tadi, tapi tiba-tiba rasa takut sebab sunyi sangat haha. Akhirnya kami cuma singgah family mart je beli jajan.
|
dalam gambar nampak je macam cerah, tapi kalau jalan kebelakang sikit gelap dan creepy |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12/6/2024
Alang-alang pagi tu masih berada di Jiufen, aku sekalikan jelah dalam satu entry ye.
Disebabkan our hotel betul-betul berada di dalam Old Street, maka kami lah yang conquer kawasan ni, orang lain semua tak bangun solat subuh haha. Semalam kan tak puas bergambar dek kerana ramai orang, pagi inilah masanya untuk berposing sakan tanpa di judge oleh orang ramai. Tapi yang boringnya kedai masih tak bukak jelah.
|
sunyi je lorong ni, tunggu pukul 9 pagi nanti nak jalan pun rasa rimas |
Layan jelah gambar-gambar ni dulu ya :D
The famous Amei Tea House. Bergambar sampai lebam sebab pagi ni kita yang conquer!
|
Jiufen yang signifikan as gold mining |
Cakap pasal gold mining, kat sini pun ada muzium gold mining tu tau. But tempatnya jauh ke atas sikit. Lagipula Jiufen ni tempatnya berbukit, tak larat rasanya mendaki tangga nak explore semua tempat-tempat disini.
Selepas dah puas bergambar, kami balik semula ke hotel. Otw balik tu, nampaklah kedai glutinous rice cake yang kami nak beli semalam tu dah buka. Tapi dia tengah masak-masak dan bungkus kuih lagi, so aku tanyalah aunty pekedai tu, boleh ke kalau nak beli awal. Macam biasalah aunty tu tak faham. Tiba-tiba muncul staff Indonesian yang tolong serve aku. Happy betul dapat jumpa orang yang boleh faham my malay language. Thank you mbak!
Ah-Lan Glutinous rice cake ni antara yang glamour di Jiufen. Intinya memang berasakan kekacang dan sayuran sahaja. Kami cuma beli flavour red beans dan kacang hijau je. Harga pula cuma NDT 10-12 each.
Tapi flavour kacang hijau tu..... I was expecting rasa dia sweet macam bubur kacang hijau lah kan, tapi sumpah tak sedap! Kacang tu macam diletak halia or herba gitu, pastu ada rasa masin-masin. Rasa nak muntah bila ingat balik flavour tu. Tokojot lidah den makan benda aneh.. Better beli perisa red beans jela....
|
belum bukak kedai lagi dah ada 2 manusia yang tak menyabar nak beli rice cake xD rezekiii |
Sampai hotel tu, mak cakap geraklah lambat sikit. Kita ni dah berapa hari rushing sangat sampai selalu skip breakfast yang hotel dah sediakan. Rasa rugi bayar mahal-mahal. Maka pagi tu kami pun pergilah breakfast dengan tenangnya. Disini tiada option makanan halal, makanya request vegeterian option sajalah.
|
menu sihat dan terpaksa jadi kambing. Makan macam ni pun dah kenyang. |
Lepas makan, kami terus check out daripada hotel dan tunggu bas untuk balik ke Taipei. Sepatutnya awal plan nak ke Jiufen dan Shifen, tapi dah semalam sampai pun lambat, dan pagi ni pun gerak lambat. Maka kami tak pergilah ke Shifen yang popular spot tu.
|
mengekek sikit aku tengok ni. Sebabnya negara lain yang jauh dari Taiwan pun dia letak je jarak berapa km, tapi China yang duduk negara sebelah tu langsung takde dalam list. Memang benci betul Taiwan ni kat China xD |
|
Jiufen town yang manghadap laut |
Stay tuned for next entry!
Ini bukan kamera beshe2 ni.... warnanya vibrant dan pilihan lense yang betul...
ReplyDeletepakai phone je ni :p untung tmpt ni lawa je, amik gambar kat mana2 sudut pun tetap onz
DeleteMenarik juga suasana malam disana Mbak.
ReplyDeleteItu yang bergantung dan bercahaya, lampu lampion ya Mbak? Menarik sekali dengan warnanya yang merah.
Disana tak ada option makanan halal, pilihan vegetarian sangat tepat Mbak.
Foto terakhir cantik sekali Mbak...
Salam,
ya benar, kalau bahasa inggrisnya dipanggil lantern. merah2 vibes macam nyambut tahun chinese new year, hehe
Deletecantik sangat, town yg menghadap laut. hari-hari pun tak bosan tengok view segini
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteHahahaa... gelak sendiri saya baca terbayang hantu cina melompat!
boleh pulak masa tgh nak ambil gambar, tu tiba2 shutter door satu kedai ni buka slow2 mcm dalam citer hantu tu........... seram kitorang T^T nasib baik yg buka tu memang betul2 manusia
DeleteMenarik. Memang terasa vibe Spirited Away. Kemas sungguh depan kedai waktu tutup tu.
ReplyDeletebetul, mmng takde sampah langsung walaupun tmpt ni ramai orang datang
DeleteSeronok dapat pergi tengok negara orang.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok 😁
Deletecantiknya
ReplyDeleteCantik 😁
DeleteTea house tu boleh terlupa nak cari masa pergi tu. Dan....masa tengah tangkap2 gambar tu ada seekor anjing. Akak takut dan anjing tu pun serba salah nak lalu ke tak. Kesian pulak kat anjing tu dan akak yang sememangnya allergic dengan anjing sebab pernah kena kejar....akhirnya anjing tu berlalu pergi. Baik je anjing tu. Hehe
ReplyDeleteAkak tak menginap kat area Jiufen ni tapi kat bandar jadi bila melawat mana2 balik la ke bandar balik sebab ikut tour.
Alaa sayangnya sebab tea house tu dia punya hotspot kat sini. Cuma jem sikitlah kat area situ. Haha comelnya anjing serba salah, bagus ye dia beralah je tak banyak bunyi.
DeleteMasa saya kat jiufen ni nampak jgk org malaysia yg ikut tour. Habis ke jiufen ni terus balik bandar 😆
tq sbb sudi drop komen kat my lil blog. menariknya entries blog u ni..i dh letak dlm my bloglist, senang nak click2 nanti. salam perkenalan yer
ReplyDeleteterima kasih MZ, done letak dalam bloglist jugak! ^^
Deletedia guna kacang hijau jenis lain kotttt
ReplyDeletetaktaula kacang hijau apa, tpi sumpah dahsyat rasa dia hahaha. takleh terima! T__T
Deletedulu ada plan nak ke sini
ReplyDeletetp tgk gmbr cam padat je manusia
trs x jadi...
pergi yg dekat2 je hehehe
laah sayangnya tak pergi jiufen, ni antara yg dekat dgn town dah ni hahaha
Deletekalau ada perkataan lain selain benci dah lama dah taiwan guna utk gambarkan perasaan diorg terhadap china... hehehe
ReplyDeleteAda baiknya taiwan ni benci cina. kita takkan jumpa barangan yg 'made in china'. Kitorang beli payung murah2 pun tulis made in taiwan tau. Barulah original 🤭
DeleteView siang malam cantik .. of course laa kena bergambar banyak-banyak ni sebagai kenangan akan datang ..
ReplyDeleteTulah, saya igt malam je cantik, pagi pun cantik jugak. Mmng bergambar puas2!
DeleteCantiknya Jiufen <3 Akak memang suka sangat tengok gambar orang dekat Jiufen. Bak kata orang sekarang, "It's my dream, mas." Hehe
ReplyDeleteSaya kenal pun lps tau kononnya ni tmpt anime spirited away, tpi saya tktau tmptnya kat taiwan. Igtkan di china. Mmng kena pergi sini kalau datang taiwan! 😁
Delete