22 Nov 2024

Taiwan Last Minute - Qingjing - Jiufen

 11/6/2024

Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Qingjing Farm 2, Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan

Hari ketiga, seawal 6 pagi kami dah bergerak keluar untuk ke destinasi seterusnya. Pagi tu cuaca hujan juga, tapi renyai-renyai sahaja. Sad that we have to leave this beautiful place :( Semoga ada rezeki kita repeat lagi Taiwan dan pergi other attraction di Nantou County ni.

jalan yang masih basah-basah dengan hujan
engko nak terbang ke buat gaya camtu?

Bas akan berhenti di depan family mart ni untuk turun ke bawah. Dari Qingjing, kami perlu bertukar bas di Puli Station untuk ke Taichung Main Station. Perjalanan untuk hari ketiga ni, 9 jam dihabiskan dengan menaiki public transport sahaja.

Masa otw turun ke Puli tu tiba-tiba bas berhenti mengejut di tepi jalan, dahlah delay sampai 20 minit. Sampai aircond pun kena tutup. Kami pun tertanya-tanya kenapa stop? Habis minyak ke? Rehat ke? Tukar pemandu ke?

view dari dalam bas selepas turun dari gunung
while waiting our next bus, ambil gambar duluu

Kecil je Puli Bus Station ni. Lupa pula nak ambil gambar dalam station tu, tapi memang tak besar pun. Di sini lah orang akan tukar bas untuk pergi ke Sun Moon lake atau Qingjing.


I just realised yang motorcylist kat sini semuanya guna skuter sahaja. Diorang takde motor-motor biasa yang kita selalu nampak di Malaysia. Daripada kawasan kampung hingga ke bandar semuanya guna motor skuter.

Anyone yang pernah ke Taiwan, korang pernah tak nampak abang-abang rider yang pakai motorsport besar-besar tu? Buatnya kalau ada rider nak keliling satu pulau Taiwan ni guna motor, macam tak sesuai je pakai skuter kan.

Setelah 40 minit perjalanan dari Puli ke Taichung station, kami terus claim ticket HSR direct di kaunter. Kalau ikutkan, tiket ni sepatutnya pada pukul 12.15 pm. Tempat duduk pun telah di-reserved mengikut tiket tu. Masalahnya kami ni tersampai awal dalam pukul 10.30 am, takkanla nak tunggu sampai 12.15 pm. Macam buang masa pulak. 

The next train akan sampai pada pukul 11 am macam tu, so kami decide nak naik je train yang pukul 11 am ni. Petugas situ kata boleh naik train tu, cuma tempat duduk ikut nasiblah. Kalau takda free seat, berdiri jelah sampai Taipei Station xD


Korang tengok line beratur untuk naik Speed Train ni, ramai orang. Biasanya kalau train laju macam ni kita expect harga tiket mesti mahal atau tempat duduknya terhad kan? Tapi HSR di Taiwan ni harganya sangat marhaen hinggakan orang-orang biasa pun boleh naik. Dia punya penuh tu macam naik train harian untuk ke tempat kerja je, bukan train long distance trip.

Daripada Taichung untuk ke Taipei cuma berharga RM82 sahaja. Buat apa nak naik bas yang lambat kalau train yang lebih laju ni pun harganya dah macam tiket bas kan. Dalam train pun siap ada orang bawak kucing lagi tau. Bagus kan?

macam ni lah rupa bila kena berdiri di sepanjang aisle xD  mak duduk atas beg je

Sampai je di Taipei Station, terus cari prayer room. Lokasi prayer room ni betul-betul di hujung dunia dan takde sign macam di Taichung Station. Kena pandai-pandai cari sendiri. Bila nak guna surau tu macam biasalah kena call operator untuk bukakan pintu.


Lokasi kami seterusnya ialah di Jiufen. Sebenarnya nak ke Jiufen ni ada 2 cara sama ada menaiki train atau pun bas. Macam kami ni terus ambil direct bas yang berhenti di Jiufen Old Street. Kalau naik train, perlu turun di Ruifang station, pastu perlu naik bas untuk ke Jiufen Old Street.

tengah berpusing dan tersesat masa cari Station bas, haha

Sekitar hampir sejam menaiki bas, kami pun tiba di Jiufen Old Street. Sampai sini agak lewat jugaklah, dalam pukul 3.40 pm. Tapi yang untungnya, hotel kami kalini betul-betul kat dalam Jiufen Old Street ni. Senanglah sikit nak jalan-jalan.

view from bus stop

Hotel kami ni berkonsepkan cafe sebenarnya. Tingkat bawah tu restoran di mana orang luar yang tak menginap di hotel ni pun boleh je masuk untuk makan. Di atas pula penginapan. 

Disebabkan kami ni berlima, so terpaksa book 2 bilik which is aku rasa membazir. Max bilik dia cuma terhad untuk 4 orang saja. So kami yang perempuan ni tidur bilik untuk 4 orang, ayah dengan abang aku tidur bilik berdua.

Kalau tengok bilik yang berempat tu, luas je sebenarnya. Muat sangat kalau kami berlima ni book 1 bilik je. Tapi policy dia tak boleh pulak. Kita ni jenis tak kisah kalau tidur atas sofa pun. Patutnya pihak hotel ni boleh je sediakan option extra tilam atau kasi tidur atas sofa tu je. Sedikit pembaziran lah kalau datang datang berlima nombor tak genap ni, haha.

Korang boleh tengok kat booking.com untuk book hotel ni ---> Chiu Chunt Dint

tandas dia ni ada bidet. Really muslim friendly

Kitorang rehat-rehat sekejap lepas check in. Jauh benau perjalanan harini. Before keluar tu aku cuma makan tea eggs yang beli kat 7 eleven je. Telur ni kalernya macam telur pindang, setiap kali kalau singgah Family Mart atau 7E memang wajib beli telur ni je. Dia je yang nampak meyakinkan, haha.


Akan bersambung di next entry!


26 comments:

  1. Impian SA nak ke Taiwan ni...setakat ni pernah sampai Guangzhou je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang taiwan baik2, bandar pun bersih je :D recommend sgt utk kesini since taiwan pun dh banyak sediakan facilities utk muslim traveller

      Delete
  2. Tea egg tu sedap kan. Tak sempat ke Jiufen jugak. Moga dapat repeat Taiwan trip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, mmng rasa mcm telur pindang hehe
      org selalu masukkan jiufen dalam list jika ke taiwan sbb tmpt ni mmng instagrammable

      Delete
  3. Telur tu jer yang nampak meyakinkan? ye ke yakin hahahaha :D
    jauh jugak perjalanan nak ke Taipei tu dari Puli tu.. Train laju RM82 jer not bad la.. marhean la jugak dari Osaka ke Kyoto pun RM200.00 lebih hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA saya yakin! dia rendam guna tea, rasa mmng hangit2 mcm telur pindang. sedapp
      ya kalau dri puli tu kne by bus, pastu baru naik speed train utk pegi taipei.
      haah shinkansen mmng mahal. dulu kami amik dri tokyo ke osaka pun 300 something jugakla xD tapi laju betul

      Delete
  4. Nak naik awal boleh tapi seat ikut nasib .. maka nya berdiri la dalam train .. berjam jugak la kan.. Aduh kurang bernasib baik.. Hotel tu lawa bawa restoran mcm zaman dahulu pulak design luaran dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari taichung nak ke taipei tu sekitar 40 minit je naik speed train ni. masa train berhenti kat station lain tu ramai passenger turun, kami duduk jela kat mana2 seat kosong. klau kena berdiri sampai taipei tu lemah lutut jugak rasanya hahaha

      hotel tu mmng one of our favourite sbb duduk betul2 kt attraction spot, paling penting ada bidet :P

      Delete
  5. tinggal kan jejak kat sini dlu.. nanti nak baca balik sebab nak plan bercuti ke sana juga

    ReplyDelete
  6. Wah! seronoknya travelling bersama keluarga.
    Menarik rupanya Taiwan ni ya tak pernah terfikir nak ke Taiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takdela teringin sangat nk pergi ke negara yg belah2 china/cakap mandarin ni. tak sangka best juga :D

      Delete
  7. Wah..menarik trip sis ni. Ada masa, nak kena baca dari awal sebab saya teringin nak explore nature di Taiwan.
    Tandas ada bidet..uiii senang hati! 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jemput jemput!
      bidet ni paling syurga sekali kalau jumpa kat hotel atau tandas2 awam di negara non muslim.

      Delete
  8. Susah ke senang nak cari makanan atau kedai halal kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di belah taipei dan taichung ada banyak. tpi kawasan kampung susah sikit. kami memang bawa RTE food je. makanan local pun ambil option vege saja

      Delete
  9. Saya pernah dibagi tahu teman, memang kereta cepat di taiwan ini muraaah. Jadi teringin juga. Iyalah kak, kalo harga tak jauh beda dengan bus, better naik speed train kan 😄.

    Tapi Krn tukar jam, jadi tak dapat tempat duduk pula yaa. Teringat saat saya ke Nagasaki Jepang, tempat duduknya tak pakai number. Jadi memang berdiri lah, Krn ramai 🤣.

    Isshhh, memang pemborosan 🤭... Sayang pula number tak genap yaa, jadi terpaksa pesan 1 bilik lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bagi saya harganya murah, dari segi ketepatan masa pun punctual 👍🏻

      Awal2 je kami tk dapat tempat duduk, lepastu ramai yg turun di next station, dapatlah duduk sekejap 🤣 train yg di nagasaki tu jenis speed train juga ke?

      Itulah. Kalau ikutkan rebel, nak je book 1 bilik sbb bilik ber-4 tu selesa je utk 5 org duduk. Tpi nnti kena tindakan pula...

      Delete
  10. HSR tu sy beli tix sebaik je sampai taipei
    tu pun q panjang
    seronok sgt ms tu
    dah siap membayangkan bakal naik shinkansen
    alhamdulillah... tercapai juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami dri taipei nk ke taichung haritu tk ramai sgt org. Mungkin sbb duduk di reserved seat.
      Pengalaman dh try naik hsr taiwan, shinkansen. Next speed train mana pula ni? :p

      Delete
  11. TMS masih tak berubah...
    saya suka vibe kat sini...
    masa mula2 smpi dulu heran jg kenapa byk sgt skuter kat sini...
    hehehe

    ReplyDelete
  12. Besar TMS ni, banyak sangat pintu masuk sampai tersesat 🤣
    Mmng sana pakai skuter jekannn

    ReplyDelete
  13. Train tu tak pernah naik tapi Jiufen tu pernah pergi. Sebenarnya bila pergi Taiwan rasa bersihnya bandar mereka.

    ReplyDelete
  14. Naik keretapi laju harga marhaen, bokeh sangat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan yg patutnya 2 jam naik bas boleh potong jadi 40 minit je. Baik pilih train 🤣

      Delete

Nak komen apa? silakan~