15 Dec 2022

Recap 2022


 Assalamualaikum

Sempena 2022 bakal melabuhkan tirainya, aku rasa nak list sikitla recap 2022 sepanjang 12 bulan. Let see adakah tercapai apa yang aku azamkan bagi tahun ini? 

Kita list highlight of the month jela. Yang biasa-biasa tu tolak tepi dulu

Januari

Menghadiri sesi interview di one of company yang aku target nak masuk. Since zaman study lecturer selalu dok mention engkorang nanti dah habis belajar try lah masuk sini. Banyak benda boleh belajar, great environment.

Aku excited but at the same time, nervous gilakk. Maklomla, kita ni jarang pergi interview kat company besar-besar. Apapun, bukan rezeki aku untuk bekerja kat sana. Mungkin masih belum bersedia atau ada calon lain yang jauh lebih baik dari aku.

Februari

Pegi ambil jubah untuk nak konvo. Kononnya nak konvo bulan 3, tapi tangguh maa. Anyway ni macam mini reunion sebab dapat jumpa balik kawan-kawan masa belajar. Hehe

preconvo tak cukup bajet. Depan dewan pun boleh

Mac

Taktahu lah ni layak dikategorikan highlight of the month ke tak, tapi ni merupakan kali pertama aku masuk ke dalam Pavillion Bukit Bintang. Padahal orang muda, duduk Selangor lak tu, jejak kaki kat Pavi pun tak pernah lagi hahaha.

Aku ni cam takut sikit nak masuk Pavi sebab tanggapannya ialah Pavi ni tempat lepak orang have-have. Barang-barang kat dalam tu semua branded and mesti ada kedai mahal-mahal je kat situ. Dulu masa zaman Facebook around 2010-2013 kan glemer dengan gelaran dak-dak Pavi kan. Kalau korang ingatlah gerangan yang bernama Hafiz Rahim tu tak habis-habis lepak Pavi hahaa. So ni bukan level-level aku lah nak jadi dak-dak Pavi kan.

Hekeleh rupanya dalam tu ada je kedai biasa-biasa. Idokler semua yang ada kat dalam tu kedai mahal-mahal. Tak rasa kena pandang atas bawah pun xD Btw aku masuk situ pun sebab nak makan kunafa yang sedap kat foodcourt Pavi tu je. Ni jelah level aku kalau gi situ. Tak mainlah dior Gucci ni. Kita cari makan :p

April

Bulan 4 kita menyambut bulan Ramadan. Awal Ramadan tu berlaku tragedi jari aku terkoyak sebab terhiris kaca. Fuh rasa dia memang mantap sekali, dalam betul luka tu haha. Sampai harini masih ada kesan, haihh tak lawa dah jari ku berparut. 

Oh lepastu, first time aku dapat duit raya dari boss setelah 2 tahun bekerja. Before ni dia tak bagi aku fahamlah sebab PKP kan. Alhamdulillah rezeki

Mei

Sambut hari raya Aidilfitri kat kampung setelah 2 tahun tak beraya kat kampung. Opah nampak happy sangat, boleh dikatakan hampir lengkap one big family. Cuma keluarga Chu je yang takde. Memang raya tahun ni aku all out beli baju lawa-lawa ye hahah. Siap beli mercun bunga api lagi sebab ni kali pertama anak buah aku yang 2 orang tu beraya kat kampung Nyang dia. Before-before ni PKP jeee.

Anyway, raya tahun ni meriahlah. Ni pun pestime aku bagi duit raya kat abah mak, opah dan makcik serta anak-anak buah aku. Ye sebelum ni tak pernah bagi duit raya lagi. Aku pun banyak je gi beraya rumah kawan-kawan. Raya kan sebulan?

Jun

Akhirnya penantian selama 2 tahun, iaitu tunggu turn bila nak konvo ni tiba jua! Ni kira one of pencapaian terbesar dalam hidup jugaklah. Aku berjaya dapat Anugerah Naib Canselor dan pakai selempang pink yang menjadi idaman sejak dulu lagi. Cerita konvo korang boleh baca KAT SINI

Julai

Dengar talk daripada Imam Omar Suleiman. Muslim scholar yang disegani. Aku pergi ni pun sebab tempat kerja adik aku bagi tiket free. Kawan adik aku yang sepatutnya pergi sini tak dapat ikut pula, so kita ganti jelah tempat dia daripada rugi.

Rasa lain betul seketul Mazni yang jarang join majlis ilmu ni tiba-tiba jadi behave pulak. Tapi input yang disampaikan memang menarik. Penyampaiannya mudah difahami, cara Imam Omar bercakap pun Subhanallah, lembut tutur bicaranya.

Oh lepastu Lisa Surihani, one of my favourite Malaysian actress duduk sebelah aku weiii! Memula tak perasan dia duduk sebelah, pastu adik aku cakap "Oi Lisa Surihani duduk sebelah kaulah" terus aku cam berzikir jap jantung rasa nak terkeluar! Girl crush kita kott duduk kat sebelah!

Ogos

29 Ogos dapat panggilan dari kampung yang opah tiba-tiba sesak nafas dan rebah sampai tak sedarkan diri. Opah kena jangkitan kuman pada paru-paru. Mak suruh aku call adik beradik yang lain balik rumah sebab malam ni jugak nak gerak kampung.

Kitorang semua macam pelik sebab opah tak pernah ada penyakit yang serious. Dia memang jaga pemakanan, jarang keluar rumah berjumpa dengan orang ramai musim-musim covid ni. Pernah dapat hadiah warga emas paling sihat lagi few years back. Tu macam pelik mana datangnya jangkitan kuman tu..

September

Pada 1/9/2022, masa aku baru bersiap nak gerak pergi kerja dapat whatsapp dari cousin yang opah dah pergi buat selama-lamanya. Kitorang yang baru je sampai rumah malam sebelumnya terus shoot balik kampung semula pagi ni untuk tengok opah buat kali terakhir.

Sekarang aku langsung takde atuk atau nenek yang tinggal. 2 minggu lepas raya haritu pakcik aku meninggal, opah menangis masa cium arwah pakcik. Tak sangka sekarang opah pulak pergi tinggalkan kami semua.

Aku tak pernah tengok jenazah yang tersenyum depan-depan tau. Tapi masa tengok jenazah opah, memang nampak betul wajah opah seakan tersenyum. Semua orang cakap benda yang sama. Menangis weh bila sampai je sana tengok opah aku terbaring kaku. Selalu kalau kitorang balik kampung, opah selalu sambut kitorang dengan dia punya senyuman tu. 

Takde dah sparks setiap kali balik kampung lepasni. Kita balik kampung pun sebab nak lawat opah. Tinggal makcik aku je jaga kampung tu. Aku tau makcik aku sunyi lepas takde opah. Alhamdulillah, opah pergi dengan cara yang baik, muka bersih tenang je. Semoga opah ditempatkan di dalam syurga paling tertinggi. Terima kasih sebab besarkan adik beradik abah sampai 10 orang dengan kasih sayang, tak pernah langsung opah marah cucu cucu dia ni dan sayang anak menantu cucu cicit sepenuhnya. Alhamdulillah opah direzekikan umur panjang, dapat tengok cicit dia 4 orang. Susah tau nak jumpa 4 keturunan ni.

Opah antara warga emas yang paling lama ada kat kampung tu. She left us at 88. Truly a gem to our kampung. Selamat jalan opah.

Oktober

Selain konvo, highlight of the year aku adalah pergi mendaki Gunung Kinabalu. Trip hiking ni dah diperam selama 2 tahun atas alasan yang samalah. Covid covid covid manjang. Maka pada tarikh 15/10/2022 hingga 17/10/2022 adalah misi menawan Kinabalu. 

Cerita Kinabalu masih ongoing lagi tapi korang boleh baca Persiapan mendaki Kinabalu dan Pertama kali jejak kaki ke Sabah

November

Tahun ni merupakan kali pertama aku pergi mengundi. Sampai sekarang ink kat jari still ada lagi. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, aku pergi tapau semua fnb yang buat promo mengundi. Aku gi claim promo pizza hut, kopi-kopi, sushi king. Satu hari je nak tunjuk kita tu untuk dapat diskaun.

Anyway, aku mengharapkan yang baik-baik je untuk masa depan Malaysia. Harap lepasni takdelah dengar rasuah haram jadah, menteri buat ikut pala dia, tak utamakan rakyat tapi gaji puluh ribu buat habis duit cukai rakyat je. Semoga tiada lagi pemimpin zalim yang sampai rakyat menyumpah nyumpah.

Disember

Start tahun ni aku dah start manage financial. Yang sebelum-sebelum ni pun memang buat juga, cuma tahun ni macam lagi berdisiplin kot. Tahun lepas asyik lopong-lopong jee.

Aku berjaya buat simpanan 3 bulan gaji this year. Ikutkan nya aku target lebih lagi, tapi apalah gunanya hidup kalau keje kau menyimpan je dan kedekut nak spend benda best-best untuk diri sendiri? 

Ni nasihat kewangan yang gagal tau hahah. Aku memang tetapkan setiap bulan simpan amoun sekian-sekian. Kadang-kadang tu adalah terguna sikit, kalau ada lebih, aku masuk lebih. Taknaklah pressure diri sendiri. Menyimpan ikut kemampuan, yang penting berdisiplin. Setiap bulan wajib simpan sekurang-kurangnya RM100.

Semoga tahun depan dapat kumpul lebih banyak lagii. Aminnn!

Aku kira.. Sebenarnya banyak jugak benda best yang berlaku untuk tahun ni. Yang tak best tu malas jelah nak cerita haha buat sakit otak je. Anyway, antara target yang tak tercapai tahun ni adalah cari jodoh xD Failed betullah bab-bab nak berkenalan ni. Awkward nawww.

So... Azam tahun 2023 aku adalah malas nak berazam, nanti takut keciwa. Semestinya harapkan yang baik baik jelah untuk diri ni. Yang penting aku cuma nak perjalanan hidup dipermudahkan dan rezeki tak pernah putus. InsyaAllah!

Korang dah capai something untuk tahun 2022 ni?


13 comments:

  1. yg penting tu dpt selempang pink n convo kan? alhamdulillah. semoga yg baik2 sahaja utk 2023

    sy biasa2 je utk thn ni. alhamdulillah, masih tak dijangkiti covid meski org keliling sy dah dijangkiti. tu rs nya highlight utk 2022

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yeppp Alhamdulillah!
      Wahhh itu memang betul2 flex tu kak! 😆 sekarang kalau siapa yg belum pernah kena covid ni memang level2 warrior laa hahaha

      Delete
    2. hehehe x de laa smpi warrior gitu... alhamdulillah... tp tu laa kite tak tahu kan masa depan mcm mn. kena berjaga2 selalu. mendealah ni masih ada di mana2...

      Delete
    3. Tulah covid ni mcm takkan pernah abis. Kawan saya skrg pun kena covid. Memang kena berjaga jaga jugak sebab kes haritu naik balik

      Delete
    4. ya ke? syakillah buat kawan tu... kes bertambah means bilangan kematian jg mungkin boleh bertambah... so mmg kena berjaga2 selalu

      Delete
  2. semoga Opah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. aminn..

    ada kawan kerja dkt karagkraf, siap offer lagi tu kalau ada lobang2 kerja. tapi tu la, macam jauh pulak nak ulang alik kerja. hahaha alasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn terima kasih :)

      Untungnya dia keje sana. Position as apa tuu? Hahah saya masa iv tu pun agak risau jugak kalau katakan saya dapat offer, sebab jauh dari rumah. Satu hal pulak nak kena menyewa 😂

      Delete
  3. Tahniah! Banyak pencapaian berharga tahun 2022 ni.

    ReplyDelete
  4. Boleh dikatakan setahun yang menarik dan banyak event. OK akak pun nak buat jugaklah entri gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah banyak juga hal yang berlaku tahun ni. Lepastu jemputan kahwin dari kawan2 pun banyak jugak hahah

      Buatla kak, nanti saya baca!

      Delete
  5. Alhamdulillah, your 2022 sounds quite happening. Hopefully your 2023 will be better, insya Allah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Cuma sedih tahun ni sebab last beraya dengan arwah opah. Tahun depan takde dah..

      Amin, insyaAllah. Same goes to you too kak farah ^^

      Delete

Nak komen apa? silakan~