Assalamualaikum
Aku ni anak jati Semenanjung. Semua negeri kat Semenanjung Malaysia telahku tawan. Memang dah lama sangat nak pergi Sabah atau Sarawak bagi melengkapkan title anak Malaysia dan tawan kesemua 13 negeri dalam Malaysia ni. Maka pada Oktober 2022, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau Borneo!
Touchdown di Kota Kinabalu. Makkkk, sa suda sampai Sabah! |
Sabah negeri di bawah bayu, menurut aku adalah negeri paling tercantik di Malaysia. Pulau-pulau nya yang cantik, kaya dengan adat dan budaya, orangnya ramah, cantik handsome lagi :p Anyway aku ke Sabah ni bukan pergi bercuti kat pulau pun. Misi aku untuk menawan Gunung Kinabalu.
Akhirnya one of my bucket list sejak kecil iaitu untuk panjat gunung yang tertinggi kat Malaysia ni tercapai juga. Wait... tapi betul ke ni dah tercapai? Haaa baca dulu naa.
15/10/2022
Seawal 4.30 pagi aku, kakak, adik dan abang dah gerak keluar ke KLIA 2. Kitorang parking kereta kat Salak Tinggi pastu naik train 2 station je sampai KLIA 2. Idokla nak parking kete kat airport sana maheii. Tiket train sehala RM4.9 sahaja. Sampai KLIA tu jumpa kak Dila kawan kakak aku dan kitorang terus settlekan urusan untuk check in.
Flight kitorang dalam pukul 8.30 am dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Sampai KKIA (Kota Kinabalu Airport) dalam 11 am camtu.
KKIA merupakan airport kedua paling sibuk di Malaysia selepas KLIA |
Oh lupa nak gitau, kitorang ni ikut trip under Gunung Hub kat IG. Diorang ni memang selalu buat trip2 hiking. Ni baru pestime join. Yang bagusnya ikut trip diorang ni, takyah pening-pening fikir pasal transport dan accommodation. Semua dah tersedia.
Kalau ikutkan trip ni dari 2020. Tapi sebab banyak kali sangat PKP, maka 2022 adalah tahun keramat untuk kita realisasikan impian yang tertangguh ni.
Okay sambung cerita. After sampai KKIA, kitorang naik van untuk lunch dulu kemudian singgah Jambatan Tamparuli. Dulu selalu dengar pasal Jambatan ni. Biasalah benda-benda sejarah. Rasanya zaman 80 ke 90 an ada lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah. Korang pernah dengar tak?
Pak... pak... kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku
Masa sampai tu kami disambut dengan alunan muzik daripada Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA). Yang main muzik ni tengok rupanya macam remaja umur belasan tahun je.
Diorang guna peralatan muzik yang diperbuat daripada buluh, kayu dan pemukul dia tu guna selipar getah je. Adik tu cakap asalnya pemukul tu guna kayu, tapi pakai seliapar getah lebih best bunyinya.
Aku tak ingatlah apa nama spesifik alat muzik yang diorang guna ni. Ada 4 jenis je haritu, Tapi salah satunya adalah Kulintangan (macam caklempong). Aku suka bunyi muzik tradisional Sabah sebab memang syok dengar since peralatan muzik dia pun banyak memang menggunakan bahan semulajadi seperti buluh.
Lepas habis persembahan tu, kami pun merentasi lah jambatan ni untuk pergi ke seberang. Sebab pemandu kitorang tunggu kat belah sana.
Okay kita story mory sikitlah apa yang ada sebenarnya kat jambatan ni. Rupanya disebalik Jambatan Tamparuli ni, ada legenda tragis yang menjadikan jambatan ni utuh hingga ke hari ini. Kisahnya bermula dengan seorang pegawai British yang bernama Robinson membina semula jambatan ni sekitar tahun 1950. Beliau terjatuh cinta dengan sumandak Dusun yang sangat cantik bernama Solungkoi. Robinson ni memasang impian untuk jadikan Solungkoi sebagai kekasih hatinya, dan pada masa yang sama Solungkoi juga mempunyai perasaan terhadap orang British tu.
Yang dua orang tu dah elok saling cinta mencintai, tapi rupanya ada insan yang tersakiti dek melihat kebahagiaan Robinson dan Solungkoi ni. Rupanya seorang jejaka bernama Intang turut menyimpan perasaan cinta pada Solungkoi dalam diam. Tapi dia mampu cemburu jelah melihat Solungkoi memilih Robinson sebagai buah hatinya.
Jambatan Tamparuli yang dibina ni seringkali runtuh. Asal bina semula je runtuh dan tak pernah utuh. Seolah-olah macam Jambatan ni dahagakan 'sesuatu'. Robinson pun meminta Intang untuk mencari punca masalah apa yang menyebabkan jambatan ni selalu runtuh.
Intang pun berjumpa dengan seorang bomoh yang dikenali sebagai Odu (nenek) dan bomoh tersebut memberitahu bahawa Tombuakar (hantu air) tersebut sangat marah kepada manusia kerana membuat tapak pembinaan Jambatan Tamparuli yang mengganggu kawasan tempat tinggalnya. Bomoh tersebut menyarankan agar mereka melakukan satu upacara sebagai tanda permohonan maaf atas kerosakan rumah Tombuakar tersebut. Oleh itu, Tombuakar mahukan nyawa seorang gadis cantik sebagai korban, dan sememangnya tiada gadis lain yang lebih cantik selain Solungkoi pada ketika itu.
Dengan adanya rasa perasaan cemburu dan dendam dalam diri Intang kerana cintanya telah ditolak oleh Solungkoi. Intang pun menghasut Robinson untuk menjadikan Solungkoi sebagi korban di Jambatan Tamparuli untuk Tombuakar. Robinson yang dalam dilema untuk memilih antara jambatan ataupun buah hatinya itu akhirnya terpaksa membuat keputusan melepaskan Solungkoi sebagai korban demi tugasan, demi jawatan dan demi Jambatan Tamparuli.
Robinson memberi minuman kepada Solungkoi yang membuatnya mabuk. Dalam keadaan mabuk, kaki dan tangannya diikat dan kemudian dibawa ke tiang jambatan untuk membuat upacara tersebut. Dalam ritual ini, Solungkoi ditanam secara hidup dengan cerucuk besi yang ditanam pada tiang jambatan. Segala tangisan dan bantahan Solungkoi tidak dihiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung lain. Solungkoi yang merasa dikhianati bersumpah buat kali terakhir,
“JAMBATAN TAMPARULI TIDAK AKAN KUKUH SELAGI NYAWA DAN DARAH ROBINSON TIDAK BERSAMA DALAM JAMBATAN INI!”
Robinson merasa amat kesal akan tindakannya. Dia mengukir nama Solungkoi di atas plat besi dan melekatkan plat besi itu di cerucuk tempat Solungkoi ditanam. Dia akhirnya membunuh diri di Jambatan tersebut.
Kisah ini masih menjadi bahan cerita masyarakat sehingga hari ini yang dikaitkan dengan Jambatan Tamparuli yang masih kukuh sehingga hari ini.Ada masyarakat yang mengatakan bahawa cerita legenda ini hanyalah mitos, namun seperti yang disahkan oleh orang-orang yang pernah menyelam di bawah jambatan Sungai Tamparuli mendapati plat besi terukir nama Solungkoi masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Sungai Kiulu. Agaknya Tombuakar tu masih jaga sungai ni lagi ka? |
Habis lawat Tamparuli ni kitorang terus gerak ke tempat penginapan di Ranau. Masa otw tu jalan berkabus sebab hujan renyai-renyai. Kalau cuaca cantik mesti nampak view yang lawa tu. Dari dalam kereta dah nampak dah Gunung Kinabalu tapi tertutup dengan kabus pulakk. Excited ye nampak Kinabalu tapi at the same time kecut perut jap. Taktau kenapa tapi aku cam takut gila mengenangkan esok nak panjat gunung ni. Mampukah aku? xD
Ingatkan lepas selesai drop barang ni adalah pergi jalan-jalan sekitar sini, naik Maragang Hill kee atau paling busuk pun melawat Kinabalu Park tu untuk pendaftaran nama. Aku siap dah pakai bedak bagai dah. Sekali dia ketuk pintu bilik mintak ic je untuk tujuan pendaftaran hahaha.
Cuaca petang tu pun memang hujan renyai, kalau nak pergi memana pun bukan boleh ambil gambar pun. kabus semacam jehh. Untuk tidak membazirkan mekap ni, aku pun berposinglah dekat luar beranda ni. Tunggu sampai sunset menjelma.
Maghrib sini kan pukul 6 petang, so lepas dah mandi, solat semua pukul 7 tu dah boleh start makan. Ui dia punya sejuk tuu, keluar-keluar bilik je macam culture shock jap dengan cuaca sejuk camni! Tapi nasib baik kat bilik air tu mandi ada water heater.
Ini kucing manja betul ye. Gemok bulu tebal kucing-kucing kat sini. Sian dia sejuk maka aku pun peluklah dia macam bayi. Tapi kenapa ko kucing Sabah nda bilang bah bah bah ya? xD |
Selamat melancong ke Sabah
ReplyDeleteterima kasih. balik dah..
DeleteWahhh bestnya..
ReplyDeletehehe bestt
DeleteBestnya, kagum tengok sesape yg tawan puncak GK ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberikan kesihatan yg baik utk naik kinabalu
DeletePernah pergi skali je kat sabah. Tu pun sebab ada konference zaman degree dulu. Sempatlaa jgk singgah jambatan tamparuli tuu.
ReplyDeleteBestnya time belajar ada trip jauh2 camnii. Saya tk pernah merasa hahah
DeleteSalam kenal. Hai! Tak pernah jejak sana. semoga ada rezeki nanti
ReplyDeleteSalam kenall! Ni pun saya rasa nak repeat lagi sabah xD
Deletewahhh bestnya dapat singgah Tamparuli! dulu sy dtg cuma lalu je sbb cuaca tak mengizinkan
ReplyDeleteSebenarnya tkde apa sangat pun kat situ, tpi menarik sbb jambatan ni mcm ikon kat kawasan tu saja :D
DeleteTereksaited baca kisah Jambatan Tamparuli tuh
ReplyDeleteSedih kan kisah tuu. Haraplah cuma mitos. Kesian pulak dekat solungkoi yg terkorban kalau cerita tu kisah benar huhu
Deletebaca entri ni tiba2 rasa ke alam lain. alam cerita dongeng.. kalau buat film mesti best
ReplyDeletekalau pergi kota kinabalu.. perghhh panas
Sesetengah tempat mesti ada legenda tersendiri 😆
DeleteHaah kota kinabalu panassss. Tapi makanan sedap!
Untung dah dapat ke sana. Saya belum ada rezeki lagi.
ReplyDeleteMemang berbaloi cuti2 malaysia kalau pegi sabah ni. Tempat cantik
DeleteRindu nak ke Sabah lagi. Memang negeri yang cantik dan unik.
ReplyDeleteKalau tiap2 tahun pegi pun takpe kan :p
DeletePertama kali baca kisah pasal Jambatan Tamparuli. Kalau tak, memang tak tahu.
ReplyDeleteSedih kan kalau tu kisah benar :(
Delete