20 Feb 2020

Penantian itu adalah hadiah dari Tuhan


Assalamualaikum

I remember I'm at my lowest point a few months ago.

I cried a lot. I'm broken. Weight loss drastically within 2 months. Cry myself to sleep almost every night. Feeling hopless, useless and not good at everything. Rasa benci diri sendiri and takleh nak maafkan diri sendiri.

Rasa cam nak hilangkan diri waktu tu jugak, sebab taknak hadap hari-hari yang penuh dengan kesedihan. Nak buat apabenda pun rasa tak semangat. Dahla waktu tu nak masuk sem baru, lagilah down teruk mood aku. Pastu bila fikir balik habis belajar nanti dah kena fikir pasal perancangan masa depan. Dah menginjak ke alam dewasa, tapi aku ni masih begini, seorang yang tak pernah yakin pada diri sendiri.

Memang nasib tak baik sungguhla sebab sedih teruk masa final sem kan hahah. Apapun yang berlaku, memang kena kuatkan semangat je dan biarkan masa itu berlalu. Jangan disebabkan kesedihan yang melampau ni sampai aku takleh nak buat yang terbaik untuk pelajaran aku kan.

Aku rasa aku tak pernah bagus dalam apapun, tapi aku ada target dan aku nak cuba buktikan yang aku pun boleh buat. Dari diploma, teringin sangat nak dapat ANC (Anugerah Naib Canselor) tapi kecundang 2 sem. Bila masuk degree lagilah tak yakin sebab degree level ni tinggi sikit dari diploma. Tapi first sem degree dapat dean list. Terkejut jugak, lalu masuk sem seterusnya pun sama... Dan next pun sama... hinggalah ke final sem.....
.
.
.
Alhamdulillah, i was awarded with ANC which is first class degree!

Bayangkan bila korang dah lama gila nak benda tu, lepastu Tuhan kabulkan? Tahu tak aku tunggu nak dapat ANC ni dari zaman diploma lagi nak dekat 5 tahun dah T__T Alhamdulillah, baiknya Allah. Dia tahu aku banyak sangat menangis sepanjang degree ni. Dia tahu aku penat. Lalu dia gantikan segala kesedihan aku dengan benda yang paling aku impikan.

Selesai habis belajar, dah semestinya fresh grad macam aku ni dah masuk dalam fasa job hunting kan? Aku memang nak sangat habis belajar, tapi aku takut nak masuk alam pekerjaan. Lepas 3 minggu menganggur, Alhamdulillah dapat interview dan next weeknya terus masuk bekerja. Paling suka sebab kerja aku berkaitan dengan bidang yang aku belajar kat U. Takdalah sia-sia knowledge 5 tahun belajar course printing technology sebab at least dapatla jugak apply kat tempat kerja.


Alhamdulillah untuk semua yang Allah kurniakan.

Aku rasa macam baiknya Tuhan ni, aku perasan apa yang aku nak kan, memang Dia akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je.

Ingat lagi masa form 1 dulu aku dah target nak dapat 5A dalam SPM. Ko taktahu masa form 4, form 5 aku kena campak pegi kelas seni tau, kelas ketiga dari belakang hahah! Tapi aku tak kisah pun, sebab aku memang minat seni, cuma kadang2 geram sikitla dengan mulut orang kan. Disebabkan aku rasa aku tak pandai, macam mustahil untuk nak dapat 5A tu. Tapi Allah dengar doa aku tu, pappp! SPM betul-betul dia bagi result yang aku nak. Walaupun ada orang cakap "Alah kau duduk kelas seni, memangla senang nak dapat result bagus". Hehe ye aku tak nafikan, tapi kalau aku tak usaha, aku takkan dapat apa yang aku target ye dok?

Sama macam sekarang, aku target nak dapat first class tapi belum rezeki untuk merasa time diploma dulu. Tapi naik degree, Dia bagi apa yang nak tu. Bab kerja pun sama, aku selalu doa nak sangat kerja dalam bidang. Tak kisah beso ke kecik ke syarikatnya, aku nak apply knowledge yang aku ada. Dan Alhamdulillah, Dia bagi apa yang aku nak.

Serious airmata tu jangan cakaplah dah berapa banyak jatuh ha. I think i deserve this after a lot of sacrifice. Dan semestinya dengan izin Dia!

Tetapkan target kita, put effort untuk apa yang kita nak tu dan banyakkan berdoa. Sentiasa cakap yang baik-baik untuk diri kita sebab setiap kata-kata tu semua adalah doa. Tuhan sentiasa dengar :) 

Thanks for reading!


15 comments:

  1. alhamdulillah.. rezeki dr Allah SWT..
    syukurrr.. =')

    ReplyDelete
  2. betul tu, aturan Allah sebaik2 aturan. Lambat atau cepat je, pasti ada hikmahnya.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Pernah alami patah sangat masa final semester final degree. Masa tu rasa berhempas pulas.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kak tumpang gembira bila baca post ni 😍

    ReplyDelete
  5. Congratulations, Mazni. So proud of you. Onwards and upwards, insya Allah :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada pengajaran yg baik untuk kita kan. Good luck mazni.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tahniah Mazni. Semoga terus berjaya di alam pekerjaan :)

    ReplyDelete
  8. I believe that you worked really hard to get to where you are now. Thank you for inspiring us with your story!

    ReplyDelete
  9. Tahniah :)
    I tak pernah rasa dean's list. Pass tu bersyukur dah. I pun selalu nangis sebelum tidur, rasa diri macam useless gila.

    ReplyDelete
  10. Aturan Allah tu cantik sangat kan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Tahniah kak mazni! Betul, Allah tetap akan beri. Semestinya pada waktu yang paling tepat. Surely, Allah knows best. :)

    ReplyDelete
  12. so proud of you mazni!! terkeluar air mata baca post ni :') dah nak dekat 5 tahun follow dlm blog, ikut perkembangan hidup mazni & there you go, you did it!! congrats!! you have work hard mazni and you layak dapat semua ni! good luck untuk perjalanan mazni yg seterusnya and jgn pernah mengalah and teruskan langkah ke hadapan. really proud of you,seriously ❤️

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah. tahniah mazni!! seronok baca your achievements. bilalah turn fiqa pulak :/ hahaha. good luck :)

    ReplyDelete
  14. He is indeed The Best Planner. insyallah apa yang Dia atur adalah yang terbaik. cepat atau lambat kita serahkan padaNya insyallah..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~