9 Feb 2020

Degree is done!


Assalamualaikum

Hai semuaa! Rindunya nak menulis kat blog, last update entry masa bulan 9 tahun lepas. Tak sangka sekarang ni dah 2020 kann. How time flies~ And yes, 2020 is a new chapter for me, I've completed my bachelor's degree! 


Rasa tak sangka lak, dulu nangis-nangis takmau masuk degree, at last habis juga. Daripada tak dapat sesuaikan persekitaran baru, akhirnya dah biasa juga. Daripada susah nak berkenalan dengan orang baru, akhirnya boleh rapat jugak. Inilah lumrah hidup, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Setiap yang kita tinggalkan, pastinya akan ada secebit memori. I'll miss my degree life walaupun pada mulanya aku rasa aku takkan rindu, tapi sedihla juga dah habis belajar ni.

Akan rindu suasana belajar walaupun kejung mata hadap komputer, letih badan sebab terkejar-kejar nak siapkan final project, serabut nak siapkan thesis, habis duit nak bayar itu ini, selalu tak sempat makan, tak cukup tidur macam zombie, tengok kengkawan buat lawak bodo dalam kelas walaupun masing-masing tengah stress :p




Sama macam diploma, kami kena buat exhibition dan jemput orang awam untuk tengok pameran kami ni. Btw, boleh baca entry diploma show kat sini --> CLICK HERE! Cuma degree ni rasa macam lagi banyak kerja sikit sebab nak kena siapkan thesis. Aku memang tak suka dengan kerja-kerja yang melibatkan research writing ni, tapi i put so much effort untuk siapkan benda ni. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab sanggup pegi KL untuk cari bahan, sanggup pegi UiTM Shah Alam untuk dapatkan data. 


Benda yang paling I terharu sekali is, kawan-kawan dari diploma sudi datang untuk support degree show kitorang. Mak dan abah pun datang juga sebab this will be my last exhibition as a student hehe. Overall, degree show berjalan dengan lancar, masa final presentation pun aku takdala kena hentam teruk sangat sebab aku kaki goreng boek punyaa haha!

Alhamdulillah for everything!


Memang banyak betul penghargaan yang aku nak buat untuk semua orang sebenarnya ni. Tapi at first memang aku akan ucapkan terima kasih untuk clientku, Andalusia Cawangan Bandar Baru Bangi sebab sudi menjadi client saya. Kemudian ucapan terima kasih buat supervisor saya yang paling banyak membantu dan juga kawan-kawan yang banyak memberikan kerjasama untuk kita tamatkan degree ni. We made it guys! 

Result will be out on 14th February. Yes, 14 Febuari ni valentines day, tapi kitorang dapat surat cinta dari UiTM ya. Taktahu nak rasa apa haha but wish us luck! And oh btw, aku akan start bekerja esok. Alhamdulillah, dapat kerja pun dekat je dengan rumah and dapat kerja di syarikat printing. Walaupun syarikat kecil, tapi at least kita cuba cari pengalaman kan? Doakan aku ya! :)

Taknak update panjang-panjang tapi aku ada banyaak benda nak diceritakan kat sini. I'll update later okiess. Banyak betul pending entries yang tak tercerita tapi aku akan ambil masa untuk update entry nanti hehe


Thank you for reading!

33 comments:

  1. Tahniah!! Berbanggalah dengan diri sebab perjalanan sepanjang nak habiskan degree tu memang perit. Tapi bila kita dah sampai penghujung baru teringat perjalanan tu ada manisnya juga 😊

    Singgah juga: http://willyou-readthis.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess betul tu. memang drained teruk haha tapi manisnya kenangan dgn kawan2. zaman belajar jugak balik best ^^

      Delete
  2. Wahh.. Tahniah kak mazni! Bestnya dah habis degree! Kita baru nak mula. >.< Anyway, selamat maju jaya dalam bidang pekerjaan pula ya akak. I'm looking forward for your new entries. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou niena!
      wahh dah masuk degreee! rasa mcm terharunya tengok perkembangan kawan2 blog sebab kita start blogging masa sekolah menengah, zaman pramatang lagi xD sekarang semua dah step into new journey hehe

      Delete
  3. bestnya awak mazniii! cepat perjalanan awak habiskan degree. sy masih ada 3 tahun lagi :3 tapi it's ok, syukur dpt study

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya degree 2 tahun sebab fastrack dari diploma. skip setahun degree :p
      hargai zaman belajar sebab walaupun stress tapi pengalaman tuu

      Delete
  4. uishh dah habis dh degree? all the best for futuree.. btw since awak terer kan bab2 printing ni, korg mesti terer kan bab photoshop dan adik beradik adobe lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa sudah habiss xD nak kata terer tu idokler sangat tpi pandailah guna haha. memang tu je tools kitorang zaman belajar haha

      Delete
  5. Assalamualaikum Wrmbth Sis Mazni.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah, nanti saya bw semula :D

      Delete
  6. All the best in your new job!!! And congratulations for completing your degree!

    ReplyDelete
  7. WAHHHHH bestnya dah habisssssss :') congrats mazniii! you have work so hard and be proud of yourself! good luck untuk masuk journey pekerjaan pulak. semoga dimurahkan rzeki utk dpt kerja yang baik hehe you can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou!! awak pun gudluck habiskan degree!

      Delete
  8. tahniah :)
    semoga lepas ni dpt kerjaya yg ohsem ye. good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn hehe
      terima kasih kak!

      Delete
  9. good luck mazni:)
    doakan sy utk dpt habiskn bljr setahun je lagi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou ^^
      setahun tu tak lama hehe goodluck awak!!

      Delete
  10. Alhamdulillah. congratulations.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~