1 Jan 2017

It's a brand new year


Assalamualaikum


Aku akui, 2016 bukanlah tahun yang baik bagi aku, haha. Semua benda jadi malas, update blog pun malass. Yang bestnya tahun ni sebab banyak berjalan-jalan dan banyak shopping kot, ni pun menggunkan hasil titik peluh sendiri okayy.

Walaupun diuji dengan macam-macam dugaan serta drama, diuji dari segi kewangan(lol), berjaya jugak aku habiskan tahun 2016 ni dengan jayanya dan tamatlah juga umur saya sebagai 'teen'. Yang tu yang paling sedih sekali sebab tak percayanya dah nak masuk 20 tapi perangai cam budak-budak T__T

Start blogging dari umur 14 tahun sampailah sekarang ni dah 20 tahun. Title tu benar-benar sudah berubah, ahahaha. 

Apapun, 2017 ni aku ada goals yang tersendiri, iaitu....

 MENABUNG sebab aku rasa dah banyak membazir sepanjang tahun lepas, so tahun ni aku dah insaf dan nak focus menabung banyak-banyak supaya bahagia di dunia.

p/s: Sekarang masih dalam process menabung, tak sabar nak tunggu hasilnya!

image FOKUS DALAM KELAS a.k.a rajin belajar. Sifat yang perlu ditanamkan dalam diri setiap student. Semoga ianya bukan sekadar sembunk :p

 NAK TUKAR DESIGN BLOG sebab last tukar design blog ni masa disember 2014.. Korang pun terpaksa hadap design blog aku ni selama 2 tahun kan? InsyaAllah jika diberikan kerajinan aku akan tukar secepat yang mungkin!

 RAJIN UPDATE BLOG. Taktaulah benda ni sekadar sembang ke tak.... Tapi akan aku usahakan untuk rajin update blog tahun ni, haha.

 NAK JAGA KULIT MUKA dan amalkan gaya hidup sihat. Sekarang ni aku dah selalu usha tips-tips skincare routine. Rimas dah dengan muka berminyak + blackheads ni.

 OF COURSE NAK JADI LEBIH BAIK tu azam semua orang untuk setiap tahun kot. Kena perbanyakkan buat amalan sebab makin tua bumi ni, makin dekat juga kita dengan kiamat. Semoga dunia ni sentiasa berada dalam keamanan.

Semoga berjayalah semua goal 2017 ni.

Anda pula bagaimana?

Thanks for reading!


46 comments:

  1. goal sy tahun ni pun nak menabung jugak haha,inshaallah dapat. tak sbar nak tgk design baru blog ni,sbb slama ni mmg tak pernah tak cantik,lawa kot hihi. anyway,happy new year mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay kita ada goal yg sama! Tulah, saya pun x sabar nk tengok design apa yg bakal diubah nnti.hahaha

      Happy new year too!

      Delete
  2. my new year resolution basically untuk tebus balik azam 2016 yang tak berjaya dicapai atas sebab-sebab tertentu. cisss sentiasa recycle azam tahun baru T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha me pun lebih kurang je tu xD acah je azam baru padahal azam yg sama setiap tahun kehkeh

      Delete
  3. happy new year!
    semoga tahun baru ni kita semua berjaya dan jadi lebih baik dari tahun lepas

    ReplyDelete
  4. Azam tahun ni nak kurangkan berat badan,bukan sebab nak kurus cuma nak bmi normal balik hahahahaha.Jaga kulit muka is must! Sbb tadi akk cashier watsons panggil kita "akk" padahal dia lagi tua kot dari kita dalam 20an camtu,nanti kalau muka mcm baby face rasanya benda mcm ni tak jadi lagi kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lagi tu dia panggil akak, mcm kita ni, tahun lepas pegi burger king pastu cashier tu panggil kita "puan". haha melampau gila dia punya tersalah panggilan tu! Agakla panggil aku dgn gelaran mak orang punn T__T
      ni mesti kes taktau nak panggil kita apa ni

      Delete
  5. Replies
    1. Haha bolehh,tu mmng azam semua org :D

      Delete
  6. Most of your goals sama jgak dgn akak. Haha. And, welcome to 20's club. Haha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tak sangka dh masuk club 20 :')

      Delete
  7. happy new year! moga azam 2017 tercapai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year too! InshaAllah :)

      Delete
  8. betul tu, tahun 2016 penuh dgn drama dan dugaan dan semestinya kewangan jugak. hahhahaa
    sama je kita punya goals, mesti menabung dan jimat duit tahun 2017. :D

    all the best ya, semoga tahun 2017 dipenuhi dengan kebahagiaan. cewahhh :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai yg asik komplen tahun 2016 dia x best kan haha

      Amin inshaAllah, you too! :D

      Delete
  9. kita mempunyai azam yg sama iaitu rajin update blog. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga azam tu terlaksanalah xD

      Delete
  10. uhuhu antara goal saya nk cantikkn kulit, doakan kita dua berjaya aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti dh berjaya share tips penjagaan kulit kt blog okayy

      Delete
  11. Ada jugak berazam nak menabung. Yang lain lain just go on with the flow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat tabung kawenla kak nani, haha :p

      Delete
  12. happy new year mazni :)
    good luck 2017 ni

    ReplyDelete
  13. Happy new year? (eh lewat 4 hari ;p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, asalkan masih dalam bulan januari haha
      pi nu yerr!

      Delete
  14. Akak punya azam 2017 ni...semoga hbs la degree akak! Lama sangat dahhh rasanyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best kak sally! :D semoga dapat habis degree dgn jayanya

      Delete
  15. I know its late but HAPPY NEW YEAR :) hehe goodluck dengan semua azam tuuuu

    ReplyDelete
  16. hehe akak pun lama dah tak tukar template tapi malas and tak reti..
    kena upah orang.. hehe..

    Happy New Year.. semoga dimurahkan rezeki and sihat ceria sentiasa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni sbb malas je, haha :p

      same goes to you too! semoga tahun ni akak dpt travel banyak2 mcm tahun lepas, hehe

      Delete
  17. Moga resolutions tahun ni tercapai dengan jayanya 😊

    ReplyDelete
  18. wish u gud luck dik!

    alaa relex arr baru 20..muda yakmat kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks!

      haha tapi dah kira dewasaaaaaa ><

      Delete
  19. zety pun nak menabung utk 2017 ni jgk...asyik boros je..

    xsabar nk tgok blog skin baru =)

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kite berjaya dgn misi menabung ni, hehe

      sampai sekrang still xde idea nk tukar rupa macam mana :p

      Delete
  20. 2016 setahun jadi fulltime housewife & blogger. huhuhuhu..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~