Assalamualaikum
Disebabkan dah beberapa bulan tak pegang kucing, kami kelab pecinta kucing sanggup pegi seksyen 7 bagi mengisi kekosongan jiwa serta melepaskan rindu. Ewahh! Kat Kampus Puncak Alam ni mana pernah nak jumpa kucing.
Lagipun, sebab ada kawan yang buat topik kucing untuk project magazine dia, alang-alang mengusik kucing, boleh buat kerja sekali. Habis semua kucing jadi model haritu, haha.
selamat datang ke House Of Cat! |
Bayaran masuk cuma RM 5 seorang untuk 1 jam. Kira berbaloi jugaklah kan? Tempat lain selalunya 1 jam RM 10.
Dalam ni ada lebih kurang 20 ekor kucing tak silap. Nampak je macam sikit tapi 1 jam tu tak cukup untuk gomol-gomol kesemua 20 ketulan kucing nii.
Jom berkenalan dengan semua bulu-bulu kehidupan ni!
|
selepas itu tangan beliau pun digigit tanpa perikekucingan |
Dan ni pulak kucing yang paling besar. Baka maine coon cat dan namanya ialah Bagheera.
Ingatkan si Bagheera ni garang sebab selalu kalau kucing saiz besar macam ni garang-garang. Tapi dia ni baik je tau, takde pun cubaan nak mencakar mahupun mengigit orang. Orang peluk, gomol, dukung dia pun mukanya seakan-akan merelakan jee. Tak macam hakak kucing yang kat atas tuu, haha.
Eh aku ni mengumpat kucing pulak :p
Munchkin cat, pikachu (credit picture; jiji)
British shorthair. Paling favourite sebab bulu dia lembut yang melampau! (credit picture; liya)
|
|
Yang sphynx cat tu nama dia Ludwig, sekor lagi yg cantik tu war. Dua2 ni kucing mahaii oiii. Jangan pandang rendah yang takde bulu tu pun harga dah sampai 6k tahu?
Akak ni beli umpan kucing RM 3. Kucing akan datang berpusu-pusu kalau kite beli umpan ni.
|
|
bersihkan mata kucing |
Akhir kata, aku suka tempat ni sebab harga dia berpatutan dan banyak kucing comel! Ni boleh jadi tempat lepak favourite setiap kali datang seksyen 7 kot :p Siapa pecinta kucing bolehlah mai sini!
Walk in : Isnin - ahad (isnin tutup)
Waktu operasi : 11 AM - 9 PM
Lokasi : No23B Jalan Plumbum R7/R Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia 40000.
instagram house of cat
http://www.houseofcat.com.my/
Thanks for reading!
**update
Dukacita dimaklumkan bahawa House Of Cat telah tamat beroperasi pada hari ahad, 22/5/2017. Premisnya telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan owner dan kucing2 sakit :'( cerita full boleh baca di link ini --- FB HOC
Semoga owner HOC tabah menghadapi dugaan yang berat ni dan harap semuanya berada dalam keadaan yang baik.. Terima kasih sebab sudi kasi kami semua(customer) kawan dengan kucing-kucing ni. Lepasni mesti rindu dengan semua kucing..
yang nama frosya tu kaler bulu dia cantik gilaaaa, greyyy. i don't know why kucing yg tak berbulu tu mahal sampai mcm tu,tak adalah comel mana seram adalah hahaha
ReplyDeletekannn saya mmng suka kucing jenis british shorthair tu sbb bulu dia mmng cantik! mata lak kaler oren hahaha comel sangat
Deletetapi kucing takde bulu tu paling jinak sekali antara kucing2 lain :D
kalau datang sini mau taknak balik
ReplyDeletesebab semua kucing comel comel TT^TT
Kitorang ni pun kalau boleh nak tambah masa lagi 1 jam kott. Rasa tak puas je main dgn kucing2 nii
Deletenanti nak pergi lawat yang macamn atuk2 tu la. hahaha :P
ReplyDeleteYa Allah gebus gebasnyaaaa kucing dekat sini Mazni. Sukanyaaa tengok 😍
ReplyDeletekita nak pergilah..*insyaaAllah.. tak pernah tahu pula dekat sana ada HOC. Dah dekat sangat dengan Klang.
ReplyDeleteTapi kita takut kucing walaupun suka kucing.. huhu.. tapi sebab comel ,lupakan ajalah rasa takut.
nama diaorang pelik2 kan,mentang2 duduk tengah bandar shah alam.. susah betul nak sebut.. huhu..
pernah pergi johan and his cat studio? hahaha..
ReplyDeleteokay, lepas ni set date nak pergi yg kat seksyen 7 pulak. haha
Aaaaaa. Comelnyaaa semuaa! Gerammm tengok, rasa nak picit2!! Haha
ReplyDeleteheee ecah tak berpeluang nak pi lagipun iols takut kucing haha. i should give a try lah then
ReplyDeleteeeeeee semua gebuuuuu. rasa macam nak picit sekor2. T^T
ReplyDeletebest kalau stress2 pergi tempat macam nie. rasa tenang dan geram tengok kecomelan kucing2 yang gebu dan pelbagai perangai. cewahhhh. hahahhaa :D
Tak sampai lagi, geramnya tengok kucing-kucing comel..
ReplyDeleteBestnyeeee. Gile gebu kucing. Comel gile babenggg! Hahaha.
ReplyDeleteCOMELNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAASDFGHJ
ReplyDeleteCutenya!!!
ReplyDeleteyg grey tu comeilllll, dekat je tak perasan hari tu lalu sini
ReplyDelete