22 Jan 2017

House of cat seksyen 7 Shah Alam


Assalamualaikum

Disebabkan dah beberapa bulan tak pegang kucing, kami kelab pecinta kucing sanggup pegi seksyen 7 bagi mengisi kekosongan jiwa serta melepaskan rindu. Ewahh! Kat Kampus Puncak Alam ni mana pernah nak jumpa kucing. 

Lagipun, sebab ada kawan yang buat topik kucing untuk project magazine dia, alang-alang mengusik kucing, boleh buat kerja sekali. Habis semua kucing jadi model haritu, haha.

selamat datang ke House Of Cat!

Nak ke rumah kucing ni senang je. Kalau korang selalu pegi seksyen 7 naik bas, tempat ni memang dari bus stop je dah boleh nampak. Sebaris dengan JAKEL. Tapi lebih berdekatan dengan Subway dan JM Bariani House(sama jugak sebaris jakel). Rumah kucing ni duduk kat tingkat 2 and papan tanda dia kaler hijau.

Bayaran masuk cuma RM 5 seorang untuk 1 jam. Kira berbaloi jugaklah kan? Tempat lain selalunya 1 jam RM 10.

Aku suka dengan ruang dalam tempat ni. Maklumla nama pun 'teratak kucing' haruslah konsepnya berkampung kayu kayan sikit.

Dalam ni ada lebih kurang 20 ekor kucing tak silap. Nampak je macam sikit tapi 1 jam tu tak cukup untuk gomol-gomol kesemua 20 ketulan kucing nii.

Jom berkenalan dengan semua bulu-bulu kehidupan ni!

pandangan maut seketul kucing

Pompuan ni garang nak mampuih! Dia ni daripada kitorang datang sampailah nak balik memang asyik duduk depan pintu je. Jadi penyambut tetamu pun garang tauu. Nama dia Burlesque dan tersangatlah diva kucingnya. Maklumlah kucing cantik macam ni memang divalah gayanya.

selepas itu tangan beliau pun digigit tanpa perikekucingan

Dan ni pulak kucing yang paling besar. Baka maine coon cat dan namanya ialah Bagheera. 


Ingatkan si Bagheera ni garang sebab selalu kalau kucing saiz besar macam ni garang-garang. Tapi dia ni baik je tau, takde pun cubaan nak mencakar mahupun mengigit orang. Orang peluk, gomol, dukung dia pun mukanya seakan-akan merelakan jee. Tak macam hakak kucing yang kat atas tuu, haha.

Eh aku ni mengumpat kucing pulak :p

Munchkin cat, pikachu (credit picture; jiji)


British shorthair. Paling favourite sebab bulu dia lembut yang melampau! (credit picture; liya)

my name is frosya, i love sleeping, don't mind me.

freddie main dgn typewriter antik

ini nemo. Seketul yang sangat fotogenik! Persian cat.



Yang sphynx cat tu nama dia Ludwig, sekor lagi yg cantik tu war. Dua2 ni kucing mahaii oiii. Jangan pandang rendah yang takde bulu tu pun harga dah sampai 6k tahu?

 Akak ni beli umpan kucing RM 3. Kucing akan datang berpusu-pusu kalau kite beli umpan ni.

muka dia ni macam atuk2. sentiasa nampak letih je hahaha

kucing yang sangaaaattt cantik! Tapi dia ni tak mau turun pun, tak dapat gomol2 beliau

Btw, owner rumah kucing ni lelaki tau. Ada dalam 3 orang tak silap dan diorang ni sangat baik. Selalu share info pasal kucing-kucing kat sini. Rasa macam impressed sangat bila lelaki yang style macam kpop-kpop pun tau banyak pasal kucing, haha

bersihkan mata kucing

Akhir kata, aku suka tempat ni sebab harga dia berpatutan dan banyak kucing comel! Ni boleh jadi tempat lepak favourite setiap kali datang seksyen 7 kot :p Siapa pecinta kucing bolehlah mai sini!
Walk in : Isnin - ahad (isnin tutup)
Waktu operasi : 11 AM - 9 PM
Lokasi :  No23B Jalan Plumbum R7/R Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia 40000.
instagram house of cat
http://www.houseofcat.com.my/
Thanks for reading!

**update
Dukacita dimaklumkan bahawa House Of Cat telah tamat beroperasi pada hari ahad, 22/5/2017. Premisnya telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan owner dan kucing2 sakit :'( cerita full boleh baca di link ini --- FB HOC

Semoga owner HOC tabah menghadapi dugaan yang berat ni dan harap semuanya berada dalam keadaan yang baik.. Terima kasih sebab sudi kasi kami semua(customer) kawan dengan kucing-kucing ni. Lepasni mesti rindu dengan semua kucing..






16 comments:

  1. yang nama frosya tu kaler bulu dia cantik gilaaaa, greyyy. i don't know why kucing yg tak berbulu tu mahal sampai mcm tu,tak adalah comel mana seram adalah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn saya mmng suka kucing jenis british shorthair tu sbb bulu dia mmng cantik! mata lak kaler oren hahaha comel sangat
      tapi kucing takde bulu tu paling jinak sekali antara kucing2 lain :D

      Delete
  2. kalau datang sini mau taknak balik
    sebab semua kucing comel comel TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang ni pun kalau boleh nak tambah masa lagi 1 jam kott. Rasa tak puas je main dgn kucing2 nii

      Delete
  3. nanti nak pergi lawat yang macamn atuk2 tu la. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. Ya Allah gebus gebasnyaaaa kucing dekat sini Mazni. Sukanyaaa tengok 😍

    ReplyDelete
  5. kita nak pergilah..*insyaaAllah.. tak pernah tahu pula dekat sana ada HOC. Dah dekat sangat dengan Klang.
    Tapi kita takut kucing walaupun suka kucing.. huhu.. tapi sebab comel ,lupakan ajalah rasa takut.
    nama diaorang pelik2 kan,mentang2 duduk tengah bandar shah alam.. susah betul nak sebut.. huhu..

    ReplyDelete
  6. pernah pergi johan and his cat studio? hahaha..

    okay, lepas ni set date nak pergi yg kat seksyen 7 pulak. haha

    ReplyDelete
  7. Aaaaaa. Comelnyaaa semuaa! Gerammm tengok, rasa nak picit2!! Haha

    ReplyDelete
  8. heee ecah tak berpeluang nak pi lagipun iols takut kucing haha. i should give a try lah then

    ReplyDelete
  9. eeeeee semua gebuuuuu. rasa macam nak picit sekor2. T^T
    best kalau stress2 pergi tempat macam nie. rasa tenang dan geram tengok kecomelan kucing2 yang gebu dan pelbagai perangai. cewahhhh. hahahhaa :D

    ReplyDelete
  10. Tak sampai lagi, geramnya tengok kucing-kucing comel..

    ReplyDelete
  11. Bestnyeeee. Gile gebu kucing. Comel gile babenggg! Hahaha.

    ReplyDelete
  12. COMELNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAASDFGHJ

    ReplyDelete
  13. yg grey tu comeilllll, dekat je tak perasan hari tu lalu sini

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~