Assalamualaikum
Salam 20 Ramadhan, salam 7 Julai.
Macam biasa, bolehlah klik sikit xD Thanks!
*KLIK *KLIK *KLIK
Salam 20 Ramadhan, salam 7 Julai.
Macam biasa, bolehlah klik sikit xD Thanks!
*KLIK *KLIK *KLIK
Hai koraaangg! Lamanya tak jumpa hewhewhew. Sedar-sedar dah sebulan dah blog ni ditinggalkan uhukzss. Dan sedar-sedar, dah sebulan aku bergelar sebagai siswi. Wuuu eksited sikit, hehe. Actually entry ni dah taip minggu lepas, tapi terkelam-kabut nak pegi class masatu sampai terlupa nak publish entry. Akibatnya, terperamlah ia sehingga minggu ni~
Saja nak habaq, aku dah ada laptop sendiri, so InsyaAllah lepasni bolehlah update blog selalu. Takde alasan nak bermalas-malasan taknak active blog dah. Ahh, Acah je macam ada orang nak baca blog kite ni, phuiii :p
Untuk entry kali ni aku dilemma nak cerita pasal apa. Nak cerita pasal minggu MDS ke, atau students life aku. Tapi disebabkan belum ada gambar dengan classmates aku lagi, so kite cerita dulu pasal MDS. Aku janji aku tak cerita banyak. Sebab aku sendiri pun dah lupa sikit dah pasal minggu MDS tu, haha.
Kan aku ada bagitau korang haritu yang aku ni kat Puncak Alam, tapi di-transitkan ke Shah Alam kan? Ingatkan duduk Shah Alam ni sampai selesai MDS tapii... aku salah. Duduk sini sampai habis sem 1. Bulan 11 nanti baru pindah Palam. Maka kami pun berhuhuhu lah.
Oh lupa nak bagitau, MDS 4 hari je rupanya. Baca blog senior2 ada yang kata seminggu. Bersyukur gila cuma 4 hari je.
So, mari kita mengimbau 'kenangan manis' sepanjang minggu MDS ni!
Aishhh ni biasa sangat. Memang rutin harian setiap harilah. Tidur pukul 12/1 bangun pukul 3 pagi. Muka masing-masing dah macam haperr dah. Pastu pagi tu time tengah ada ceramah, semua pakat tidur dalam dewan. Siapa tidur, abang/kakak PM ambil gambar pastu masukkan dalam slideshow masa hari penutupan MDS tu. Hahahaha keji gila. Nasib baik gambar aku takde. Tapi kalau nak diikutkan, situasi kitorang ni takdelah penat mana. Akak2 dengan abang2 PM tu lagi penat. Ada yang siapkan assignment sampai tak tidur malam, pagi tu pulak kena bangun awal nak kena handle kitorang. So, rasa bersalah jugakla... Tapi terima kasih sebab sudi jaga kitorang selama 4 hari ni. Kalau kakak dgn abang tu takde, mungkin kitorang belum bergelar siswa/siswi lagi sekarang ni. :))
Ingatkan aku sorang je yg selalu tersenguk-senguk ni. Bila tengok orang lain diorang pun sama jugakk. Ada yang dah selamat beradu dah pun. Aku setiap kali dah start rasa-rasa mengantuk tu, aku penumbuk sikit pipi aku ni. Time program tu diorang bagi penerangan penting kott takkan nak tidur pulak kan. Tapi.. akhirnya mataku tewas jua. So, selamat malamlah. Haha T__T
Haaa ni paling aku benci. Aku paling tak suka bila aku makan, orang suruh cepat. Kitorang baru je duduk meja, then makan sesuap nasi tiba-tiba akak PM kata "siswi, makan tu pantas sikit". Tersedak iolls tau. Tapi aku makan je ikut cara aku, lantok lerr. Kang kalau makan laju nanti ada yang termuntah, haaaa satu hal pulaklah.
Setiap kali nak pegi mana-mana memang kitorang sentiasa rushing. Kadang tu kalau lambat kena berlarilah. Memang kelam kabut. Berpeluh tu jangan katalah~ Tapi takpe, 4 hari je pun rasa kelam kabut ni.
Bangun pukul 3 pagi, balik bilik pukul 12 malam. Bila ada masa nak mandi? T__T Sumpah takleh naik bilik langsung doo. Badan dah banjir semacam dah, hahaha. Tahan jelah ye
Penyeksaan kedua selepas bangun awal tidur lambat, berhimpit dalam bas. Bayangkan 2 sit kerusi tu kena duduk 3 orang. Kitorang yg pompuan ni pulak ramai, tu pasal yg 2 sit kena duduk 3 orang tu. Yang berdiri pun sama. Padat sangat bas tu. Dinasihatkan sebelum naik bas time MDS, silalah ambil oksigen terlebih dahulu :p
Biasalah tu kan. Kalau tak garang, budak-budak mana reti nak berdisiplin. Tapi akak2 dengan abang2 PM kitorang ni tahlah, aku rasa diorang baik sangat. Tak berapa garang. Taktaulah kalau uitm lain garang dia macam mana kan. hehe
So ini jekot yang aku ingat. Kalau dah baca mestilah kena ada gambar kan? hahaha okay. Tapi tak banyak pun, sorryla
roomates masa kat kolej mawar. sekarang dah tak sama bilik dah kat kolej seroja. kecuali budak kedah yg baju biru tu.
masa malam kebudayaan. comel akak2 ngan abang PM tu menari. kahkah!
Disebabkan kitorang ni kat uitm shah alam, maka minggu penutupan MDS kat UiTM SA ditayangkan diseluruh uitm 1 Malaysia. Uuu bangga iolls duduk shah alam ni~
Thanks for reading!
|
Akak dulu duduk kat kolej melati... :) kos ape adik ambil?
ReplyDeleteoh melati dkt je dgn mawar, hehe. kos art & design :)
Deletekakakaka bab tersengguk2 tu betul sangat. lelagi time dengar talk natang apa tah kat dewan. layankan aje. bederett buat benda yang sama haha
DeleteHaha tulah. Tpi rasa bersalah gak kalau tido. Penat org kat depan tu bagi ceramah kita yg kat blakang ni tido lak xD
Deleteseronok eh MDS ni Mazni? Hazy dulu serious tak suka MDS ni. hahaaa. Lagi-lagi bila part pakai tudung purple UiTM tu. asyik senget je.
ReplyDeleteTapi so far takdelah teruk sangat kan? heheee
btw tahniah dah bergelar siswi sekarang ! all the best for your studies =)
Boleh tahan jugaklah. Hahaha omgg saya rasa saya je yg pelik kata mds ni best xD samala saya pun benci gila tudung tu. Dah campak campak kemana tah :p
DeleteThanks kak hazy! ^^
Letih gak yer baca citer tu... Nasib Mazni orang yang sabar. Hehe...
ReplyDeleteTulah, hehehe. Nasib baik sekejap je mds ni
DeleteAlhamdulillah la kan...
DeleteSelemat menempuh campus life! So, skrg ni settle down 1 sem kat Shah Alam lah ye :)
ReplyDeleteHaah sem 1 kat shalam :D
Deletehahha... selamat maju jaya... :D Entah dapat rasa peluang macam ni ataupun tak. Hhahah. *tengok slip periksa*
ReplyDeleteThanks! :D ishh mesti boleh punyaaa. Yakin dgn diri sndiri
DeleteOh baru sem1 eh dikk? Gdluck lah yee. Bljr leklok 😊
ReplyDeleteHaah baru sem 1 kak. Thankyouuu 💕💕
Deleteminggu MDS..minggu suai kenal eh..Mazn ambil Dip or Dgree nih...selamat belajar...mcm sis JM ni dh alama tinggah campus..kalau nk masuk semula x kot..dah malas nk perah2 otak hihihi..good LUCK!!!
ReplyDeleteHaah minggu suai kenal, atau nama lainnya minggu destini siswa. Thanks kak JM!!
Deletetapi minggu cenggini yang best =) hhehe kenangan.. skali je go thru minggu ni..
Deletehahahha tergelak bila baca yang part tak mandi tu & kene berhimpit mcm sardin dlm bas.. haih tough jugak ye hidup sbagai mahasiswi ni.. ina yang sekolah mnengah ni pun kadang mengeluh..belum lg kene tempuh mcm korang..
ReplyDeleteHaha penyeksaan ni sekejap je pun xD zaman sekolah zaman yg paling seronok ina. Nnti dah masuk U msti rindu dgn suasana persekolahan. X sama mcm kat universiti :)
Deletehahhahaa, teringat pengalaman first masuk belajar dulu :)
ReplyDeleteMcm ni juga ke situasinya? Smpai tak mandi? Kehkehkeh :p
DeleteHi junior! Hahahaha...welcome to UiTM! (≧∇≦)/
ReplyDeleteHai senior!! Yeahh thankyouu :B
Deletehaaaa alumni dah =)
DeleteNampaknya Mazni ada geng ramai kat UiTM yer...
ReplyDeletehehe bolehla~ Alhamdulillah.
DeleteSyukur... belajar rajin2 yer...
Deletetu laaa bagus gitu Zumal.. buat kawan ramai2..
DeleteKalau boleh dah masuk u ni nak cari ramai kawan berbanding skolah dulu. Hehe :D
DeleteSemoga dipermudahkan la yer Mazni ^-^
Deletekenangan yg tak boleh dilupakan tu,hehehe
ReplyDeleteboleh je kalau nk lupakan, kahkah! :p tpi sbb ni kali pertama dkt U kan, so pengalaman tu akan ingat smpai bila2 lah. hehe
Deletehaha seronoknya mds. moga sukses yeee mazni :D
ReplyDeleteHaha 'seronok' sangat :p mmng suka sebenarnya bangun awal tido lambat ni kehkeh. Terima kasih! :D
Deletekalau pasal tersengguk tuh, samalah mcm akk pon... kalau xcukup tido, mesti tersnegguk2...tpi kan akk selalu segan, sebab akk selalu ter-berdengkur...malu giler bila org dengar....ahhahahah nasib baik 4 hari mazni, kalau seminggu, boleh trun berat badan, abes sume benda kena laju2 ni, gaya mcm bersukan :D hihihihi :D
ReplyDeleteSaya jarang berdengkur hehehe xD tulah nasib baik 4 hari je
Deletetingat zaman jadi student pulak tngk gmbr2 ni..
ReplyDeleteMsti rindu nk merasa jadi students balik kan :)
Deletebetull.. adus trasa cepat sngt masa berlalu.. tua dah skarnag =P
DeleteUishh 3 pagi sampai 12 malam. Mesti penat gila kan XD Takpe, tuu laa yang akan jadi manis akhirnya :) In shaa Allah. All da best for you dear. Haa dah ada laptop, update aa selalu :) Okeng !
ReplyDeleteHaruslah penattt T__T bila boleg balik bilik jumpa katil tu, perghh heaven gila. X pikir apa dah terus mati atas katil tu hahahah. InsyaAllah kalau ada masa xD
DeleteKite pernah jadi pm masa mds dulu hehe. And, me too student puncak alam. Hi 😃
ReplyDeleteWahh hakak pm. Hehehe 😁😁 masih di palam ke sekarang? Manatau kot2 terjumpa ke, hihi
DeleteKalau akak masuk UiTM dulu, akak kena duduk dekat Kolej Melati. But yaaa, I don't even know how the place looks like.
ReplyDeleteOhh akak ni pernah diterima tawaran ke uitm rupanya. Saya pun x pernah masuk dlm kolej melati tu hewhew.
Deletemazni... belajaq leklok noh.. ai dah jadi alumni... hekhek
ReplyDeletemazni... belajaq leklok noh.. ai dah jadi alumni... hekhek
ReplyDeleteAll the best dear! Untungnya sekejap je MDS. I dlu 5 6 hari jugaklah makan hati bila nak habis MDS sebab ditransitkan kat Jengka before ke Kuantan. After MDS baru pegi UiTM Kuantan. Hihii.
ReplyDeleteits a real life as an university student.....welcome to campus life...enjoy it!hahahhaahahahahah.......semua yg Mazni rasa,kita pon dah pernah rasa :'(
ReplyDeleteUntunglah 4 hari..... jelesnyaaaaa
ReplyDelete