7 Jul 2015

Throwback MDS


Assalamualaikum
Salam 20 Ramadhan, salam 7 Julai.

Macam biasa, bolehlah klik sikit xD Thanks!
*KLIK  *KLIK  *KLIK


Hai koraaangg! Lamanya tak jumpa hewhewhew. Sedar-sedar dah sebulan dah blog ni ditinggalkan uhukzss. Dan sedar-sedar, dah sebulan aku bergelar sebagai siswi. Wuuu eksited sikit, hehe. Actually entry ni dah taip minggu lepas, tapi terkelam-kabut nak pegi class masatu sampai terlupa nak publish entry. Akibatnya, terperamlah ia sehingga minggu ni~

Saja nak habaq, aku dah ada laptop sendiri, so InsyaAllah lepasni bolehlah update blog selalu. Takde alasan nak bermalas-malasan taknak active blog dah. Ahh, Acah je macam ada orang nak baca blog kite ni, phuiii :p

Untuk entry kali ni aku dilemma nak cerita pasal apa. Nak cerita pasal minggu MDS ke, atau students life aku. Tapi disebabkan belum ada gambar dengan classmates aku lagi, so kite cerita dulu pasal MDS. Aku janji aku tak cerita banyak. Sebab aku sendiri pun dah lupa sikit dah pasal minggu MDS tu, haha.

Kan aku ada bagitau korang haritu yang aku ni kat Puncak Alam, tapi di-transitkan ke Shah Alam kan? Ingatkan duduk Shah Alam ni sampai selesai MDS tapii... aku salah. Duduk sini sampai habis sem 1. Bulan 11 nanti baru pindah Palam. Maka kami pun berhuhuhu lah.

Oh lupa nak bagitau, MDS 4 hari je rupanya. Baca blog senior2 ada yang kata seminggu. Bersyukur gila cuma 4 hari je.

So, mari kita mengimbau 'kenangan manis' sepanjang minggu MDS ni!

  • Bangun awal tidur lambat
Aishhh ni biasa sangat. Memang rutin harian setiap harilah. Tidur pukul 12/1 bangun pukul 3 pagi. Muka masing-masing dah macam haperr dah. Pastu pagi tu time tengah ada ceramah, semua pakat tidur dalam dewan. Siapa tidur, abang/kakak PM ambil gambar pastu masukkan dalam slideshow masa hari penutupan MDS tu. Hahahaha keji gila. Nasib baik gambar aku takde. Tapi kalau nak diikutkan, situasi kitorang ni takdelah penat mana. Akak2 dengan abang2 PM tu lagi penat. Ada yang siapkan assignment sampai tak tidur malam, pagi tu pulak kena bangun awal nak kena handle kitorang. So, rasa bersalah jugakla... Tapi terima kasih sebab sudi jaga kitorang selama 4 hari ni. Kalau kakak dgn abang tu takde, mungkin kitorang belum bergelar siswa/siswi lagi sekarang ni. :))

  • Tersenguk-senguk time program

Ingatkan aku sorang je yg selalu tersenguk-senguk ni. Bila tengok orang lain diorang pun sama jugakk. Ada yang dah selamat beradu dah pun. Aku setiap kali dah start rasa-rasa mengantuk tu, aku penumbuk sikit pipi aku ni. Time program tu diorang bagi penerangan penting kott takkan nak tidur pulak kan. Tapi.. akhirnya mataku tewas jua. So, selamat malamlah. Haha T__T


  • Makan kena rushing

Haaa ni paling aku benci. Aku paling tak suka bila aku makan, orang suruh cepat. Kitorang baru je duduk meja, then makan sesuap nasi tiba-tiba akak PM kata "siswi, makan tu pantas sikit". Tersedak iolls tau. Tapi aku makan je ikut cara aku, lantok lerr. Kang kalau makan laju nanti ada yang termuntah, haaaa satu hal pulaklah.


  • Kena jalan laju/berlari nak ke satu tempat

Setiap kali nak pegi mana-mana memang kitorang sentiasa rushing. Kadang tu kalau lambat kena berlarilah. Memang kelam kabut. Berpeluh tu jangan katalah~ Tapi takpe, 4 hari je pun rasa kelam kabut ni.


  • Bau badan 'harum semerbak'

Bangun pukul 3 pagi, balik bilik pukul 12 malam. Bila ada masa nak mandi? T__T Sumpah takleh naik bilik langsung doo. Badan dah banjir semacam dah, hahaha. Tahan jelah ye


  • Kena berhimpit macam sardin setiap kali naik bas

Penyeksaan kedua selepas bangun awal tidur lambat, berhimpit dalam bas. Bayangkan 2 sit kerusi tu kena duduk 3 orang. Kitorang yg pompuan ni pulak ramai, tu pasal yg 2 sit kena duduk 3 orang tu. Yang berdiri pun sama. Padat sangat bas tu. Dinasihatkan sebelum naik bas time MDS, silalah ambil oksigen terlebih dahulu :p


  • Kakak dengan abang PM garang
Biasalah tu kan. Kalau tak garang, budak-budak mana reti nak berdisiplin. Tapi akak2 dengan abang2 PM kitorang ni tahlah, aku rasa diorang baik sangat. Tak berapa garang. Taktaulah kalau uitm lain garang dia macam mana kan. hehe

So ini jekot yang aku ingat. Kalau dah baca mestilah kena ada gambar kan? hahaha okay. Tapi tak banyak pun, sorryla 

    
roomates masa kat kolej mawar. sekarang dah tak sama bilik dah kat kolej seroja. kecuali budak kedah yg baju biru tu.

masa malam kebudayaan. comel akak2 ngan abang PM tu menari. kahkah!


Disebabkan kitorang ni kat uitm shah alam, maka minggu penutupan MDS kat UiTM SA ditayangkan diseluruh uitm 1 Malaysia. Uuu bangga iolls duduk shah alam ni~

Thanks for reading!


51 comments:

  1. Akak dulu duduk kat kolej melati... :) kos ape adik ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh melati dkt je dgn mawar, hehe. kos art & design :)

      Delete
    2. kakakaka bab tersengguk2 tu betul sangat. lelagi time dengar talk natang apa tah kat dewan. layankan aje. bederett buat benda yang sama haha

      Delete
    3. Haha tulah. Tpi rasa bersalah gak kalau tido. Penat org kat depan tu bagi ceramah kita yg kat blakang ni tido lak xD

      Delete
  2. seronok eh MDS ni Mazni? Hazy dulu serious tak suka MDS ni. hahaaa. Lagi-lagi bila part pakai tudung purple UiTM tu. asyik senget je.
    Tapi so far takdelah teruk sangat kan? heheee
    btw tahniah dah bergelar siswi sekarang ! all the best for your studies =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugaklah. Hahaha omgg saya rasa saya je yg pelik kata mds ni best xD samala saya pun benci gila tudung tu. Dah campak campak kemana tah :p
      Thanks kak hazy! ^^

      Delete
  3. Letih gak yer baca citer tu... Nasib Mazni orang yang sabar. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, hehehe. Nasib baik sekejap je mds ni

      Delete
  4. Selemat menempuh campus life! So, skrg ni settle down 1 sem kat Shah Alam lah ye :)

    ReplyDelete
  5. hahha... selamat maju jaya... :D Entah dapat rasa peluang macam ni ataupun tak. Hhahah. *tengok slip periksa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! :D ishh mesti boleh punyaaa. Yakin dgn diri sndiri

      Delete
  6. Oh baru sem1 eh dikk? Gdluck lah yee. Bljr leklok 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah baru sem 1 kak. Thankyouuu 💕💕

      Delete
  7. minggu MDS..minggu suai kenal eh..Mazn ambil Dip or Dgree nih...selamat belajar...mcm sis JM ni dh alama tinggah campus..kalau nk masuk semula x kot..dah malas nk perah2 otak hihihi..good LUCK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah minggu suai kenal, atau nama lainnya minggu destini siswa. Thanks kak JM!!

      Delete
    2. tapi minggu cenggini yang best =) hhehe kenangan.. skali je go thru minggu ni..

      Delete
  8. hahahha tergelak bila baca yang part tak mandi tu & kene berhimpit mcm sardin dlm bas.. haih tough jugak ye hidup sbagai mahasiswi ni.. ina yang sekolah mnengah ni pun kadang mengeluh..belum lg kene tempuh mcm korang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha penyeksaan ni sekejap je pun xD zaman sekolah zaman yg paling seronok ina. Nnti dah masuk U msti rindu dgn suasana persekolahan. X sama mcm kat universiti :)

      Delete
  9. hahhahaa, teringat pengalaman first masuk belajar dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm ni juga ke situasinya? Smpai tak mandi? Kehkehkeh :p

      Delete
  10. Hi junior! Hahahaha...welcome to UiTM! (≧∇≦)/

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Mazni ada geng ramai kat UiTM yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bolehla~ Alhamdulillah.

      Delete
    2. Syukur... belajar rajin2 yer...

      Delete
    3. tu laaa bagus gitu Zumal.. buat kawan ramai2..

      Delete
    4. Kalau boleh dah masuk u ni nak cari ramai kawan berbanding skolah dulu. Hehe :D

      Delete
    5. Semoga dipermudahkan la yer Mazni ^-^

      Delete
  12. kenangan yg tak boleh dilupakan tu,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau nk lupakan, kahkah! :p tpi sbb ni kali pertama dkt U kan, so pengalaman tu akan ingat smpai bila2 lah. hehe

      Delete
  13. haha seronoknya mds. moga sukses yeee mazni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha 'seronok' sangat :p mmng suka sebenarnya bangun awal tido lambat ni kehkeh. Terima kasih! :D

      Delete
  14. kalau pasal tersengguk tuh, samalah mcm akk pon... kalau xcukup tido, mesti tersnegguk2...tpi kan akk selalu segan, sebab akk selalu ter-berdengkur...malu giler bila org dengar....ahhahahah nasib baik 4 hari mazni, kalau seminggu, boleh trun berat badan, abes sume benda kena laju2 ni, gaya mcm bersukan :D hihihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang berdengkur hehehe xD tulah nasib baik 4 hari je

      Delete
  15. tingat zaman jadi student pulak tngk gmbr2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msti rindu nk merasa jadi students balik kan :)

      Delete
    2. betull.. adus trasa cepat sngt masa berlalu.. tua dah skarnag =P

      Delete
  16. Uishh 3 pagi sampai 12 malam. Mesti penat gila kan XD Takpe, tuu laa yang akan jadi manis akhirnya :) In shaa Allah. All da best for you dear. Haa dah ada laptop, update aa selalu :) Okeng !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah penattt T__T bila boleg balik bilik jumpa katil tu, perghh heaven gila. X pikir apa dah terus mati atas katil tu hahahah. InsyaAllah kalau ada masa xD

      Delete
  17. Kite pernah jadi pm masa mds dulu hehe. And, me too student puncak alam. Hi 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh hakak pm. Hehehe 😁😁 masih di palam ke sekarang? Manatau kot2 terjumpa ke, hihi

      Delete
  18. Kalau akak masuk UiTM dulu, akak kena duduk dekat Kolej Melati. But yaaa, I don't even know how the place looks like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akak ni pernah diterima tawaran ke uitm rupanya. Saya pun x pernah masuk dlm kolej melati tu hewhew.

      Delete
  19. mazni... belajaq leklok noh.. ai dah jadi alumni... hekhek

    ReplyDelete
  20. mazni... belajaq leklok noh.. ai dah jadi alumni... hekhek

    ReplyDelete
  21. All the best dear! Untungnya sekejap je MDS. I dlu 5 6 hari jugaklah makan hati bila nak habis MDS sebab ditransitkan kat Jengka before ke Kuantan. After MDS baru pegi UiTM Kuantan. Hihii.

    ReplyDelete
  22. its a real life as an university student.....welcome to campus life...enjoy it!hahahhaahahahahah.......semua yg Mazni rasa,kita pon dah pernah rasa :'(

    ReplyDelete
  23. Untunglah 4 hari..... jelesnyaaaaa

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~