7 Aug 2015

Kehidupan disini


Assalamualaikum
#KLIK  #KLIK  #KLIK


Hai apa khabar. Akhirnya setelah sebulan baru dapat menaip balik kat blog ni. Aku rasa aku ni penipu besar, katanya blog ni akan kembali aktif, tapi... korang tengoklah macam mana, nak update entry baru pun kena tunggu setiap satu bulan jugak.. MUAHAHAHAHA!

Assignment melambak gilaaa sampai takde masa nak bukak blog. Bab tidur tu takyah cakaplah. Memang tidur pukul 4/5 pagi je tiap-tiap hari. Sape tidur pukul 12 atau 1 pagi tu kira melampau sangat, hahaha. Bila pegi kelas mata masing-masing dah macam kena tumbuk dengan panda jee. 

Harini class takde so aku curilah masa sikit nak update blog. heh, padahal assignment bersepah lagi doo.

aku tengoklah, perspective orang ramai terhadap students art & design ni adalah course kitorang ni agak santai dan taklah se sesusah sperti yang ambil course science, law, engineering,archi semua2 tu. Hakikatnya kitorang mengalami tekanan jiwa yang sangat dahsyat. Setiap minggu wajib ada project art yang nak kena buat dan perlu hantar ikut daadline yg ditetapkan. Kalau bernasib baik sikit, lecturer tanguhkan tarikh.

FND110, FND111. Ni subjek yang paling sakit sekali. Dahla kelas sampai 5 jam, dia punya keje yang paling banyak lak tu sampai tenggelam assignment utk subjek lain. Kadang tu aku sampai nasihat kat adik aku, "kau jangan ambil art & design bila dah masuk U nanti." hahhaha. 

Sebenarnya, semua course susah. Takde yang senang bila dah masuk belajar ni. Kalau ada orang berpendapat yg budak art ni peluang pekerjaan tak banyak, maybe korang silap. Aku ambil printing technology. Belajar graphic design dan akan belajar cara untuk gerakkan mesin printing yang harga 5 juta tu. Kitorang mungkin boleh jadi graphic designer, tempat2 printing atau kerja kat penerbitan buku2.

Sama jugalah yang ambil industrial design, fine art, ceramic, textile, fashion, photography dan lain2 lagi. Kalau korang masuk fakulti aku, tengok sendiri apa yang students hasilkan. Memang lawa gilaa and rasa macam bukan students je yang buat semua tu. Yang course aku ni tunggulah dalam entry lain nanti aku ceritakan apa yang kitorang buat.

So janganlah pandang budak art ni macam, "kau amek course art je, takdelah susah macam course aku". Kecik hati mak tau.. Kitorang sampai tak tidur nak siapkan projek yg datang tiap-tiap minggu ni, duit pulak nak kena pakai banyak sebab tiap-tiap minggu kena beli barang utk art. Serious. 

Nak tahu rupa bilik kitorang tiap2 minggu camne? camni haa

Ni baru kawasan aku je, belum masuk kawasan kawan2 aku yang lain. xD Bilik ni sentiasa bersepah dengan kertas-kertas kat lantai. Dah takleh beza ni bilik pompuan ke tak. Nak masuk bilik kitorang, kau pijak jelah kertas-kertas yang bersepah kat lantai tu, lols sangat.

So, aku nak cite sikit pasal roommate dengan classmates aku
muka penat baru lps habis kelas dan terus pegi berbuka kat luar. 1 missing in action

roommate baru. nama dia Sophie. 

Diorang ni kepala macam dah tercabut skru dah. Suka sangat berhuha huhu. Aku pun dah mula ikut-ikut perangai diorang yang kuat bercakap ni xD Nak nak pulak aku ni sebilik dengan penyanyi dan pelawak tersohor dari Perak. Lagilah bising~

Untuk classmates pulak, diorang semua memang baik gila. Terutamanya bebudak lelaki. Adakah mungkin kerana kelas kitorang cuma ada 9 orang lelaki dan 10 perempuan so kejahatannya belum terserlah lagi sebab jumlahnya terlampau sikit? hahahaha. Tapi ada jugak yang suka buat lawak, suka buat kacau. Kalau semua baik+pendiam je dalam kelas tu, mereputlah aku kebosanan.

Aku suka gila duduk sekelas dengan diorang ni sebab semuanya baik-baik. Lect pun puji kelas kitorang ni baik je semua. Terharu kami semua tauu~

Tapi disebabkan diorang ni terlampau baik, so diorang tak berapa mesra alam sangat. Nak ajak bergambar satu kelas pun susah benar. Nak ajak yang perempuan tu no hal, ni yang lelaki ni. So aku terpaksalah ambil gambar curi2 masa dalam kelas. Sebab masa ni pun kelas tengah santai sikit. Ingat senang ke nak duduk dalam satu bulatan bila dalam kelas camni? haha


Time ni kelas ELC. Lect suruh kitorang tulis apa yang kita tau tentang sikap classmates kita. Time nilah nak mengutuk, nak puji apa bagai semua tu, haha. Pastu bila dah dapat kertas, semua gelak bila baca apa yang orang describe pasal kita.

Diorang semua describe aku baik2. Haha syukur makk. Tapi aku rasa diorang tak kenal aku dengan lebih mendalam lagi kott *emoji ketawa sampai mencurah air mata*
maaflah kalau ada yg terbroken english. Asalkan kitorang gumbira.

Part org kata aku suka selfie tu tidak sahih. Aku selalu bukak front camera sebab nak betulkan tudung je, bukan nak selfiaq punn.

Itu jekot yang aku nak cerita. Yang pasti, aku sangat seronok berada disini walaupun dibebani dengan assignment yang sangat menimbun.

Thanks for reading! kita bertemu lagi selepas 1 bulan. HAHA!

Salaam~

24 comments:

  1. Biasa lahh tuuu nama pn belajarrr assignment belambak tahap gaban . Streesss diaaa jgn ceritalah huhu . Btw , goodluck :DD

    ReplyDelete
  2. 'mesra alam'? dorang malu kot sebab belum panas enjin lagi
    .
    good luck on your new life..bagi sis JM dh x mampu lagi na berjaga malam siapkan assignment, dunia study..zaman tu dah lama berlalu..so all the best dear

    ReplyDelete
  3. Selamat melunaskan assignment, Mazni :)

    ReplyDelete
  4. sy tak mampu stay up sangat even nak exam pun. terpaksalah hari saya bermula di awaaaall pagi :D

    ReplyDelete
  5. Betul tu Mazni. Belajar apa-apa pun course pun semuanya ada kesusahan masing-masing. Sekeh je kepala orang yang cakap art tu senang la apa la. hehehehe.

    Moga bergembira dengan kehidupan di university.

    ReplyDelete
  6. Moga tabah dalam menjalani dunia ipt yer Mazni. All the best ^-^

    ReplyDelete
  7. Good luck with your assignment :) dan smoga tknan jiwa tu cepat pulih, kekeke :p

    ReplyDelete
  8. bestnya. serius teringin gila nak ambik course nie dulu, tapi sayang takdak rezeki. :D
    all the best mazni!! :D

    ReplyDelete
  9. Setiap bidang ada cabaran masing masing kan. Hehe All da best tauu.

    Alaa, jangan laa jarang sangat update T_T Nanti ada yang rindu rinduan :P

    ReplyDelete
  10. Perghhh budak art design.. Akak salute dengan budak-budak art ni... Memang superb lah korang. Kerja korang pun.. Akak ada kawan yang ambil arkitek pun dia kata hari-hari mesti ada projek art.. kadang duduk kat studio tu sampai xbalik sebab nak siapkan kerja. tak tidur 1 hari 2 hari tu perkara biasa.. XD

    Apa pun.. akak doakan kamu semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga berjaya sayang. Tabahkan jiwa ! :D Allah sentiasa bersamamu ^_^

    ReplyDelete
  11. hahaha. saya dah tahu kehidupan budak AD hahaha

    ReplyDelete
  12. entah mazni ni.. tipu je... ckp nk aktif.. hehe.. xpe.. study first... amik course libatkan art &design wajib la tido lmbt kann... hahaha

    ReplyDelete
  13. Selamat menempuh alam assignment yang belambak lambak. Hahaha.
    Ehh akak rasa macam dah lama tak datang sini. hehehe

    ReplyDelete
  14. teringat masa sekolah dulu kaau baca entry adik ni...hhiihi

    ReplyDelete
  15. hye adik manish.. kalau ada masa entry2 pendek pun hokay.. boleh hakak2 datang hembus2 habuk hehe..
    syoknyaaa masuk uni.. tak ada course yang senang.. semua ada cabaran2.. akak pun penah ada ketika smpai sminggu x ckup tido.. makan pun tak lalu.. balik terus tido atas lantai semua adalah.. tapi tu yang bakal dikenang2..

    take care ya..

    ReplyDelete
  16. Best kan student life Mazni? Hihi. Have fun, tu semua memories tau! <3

    ReplyDelete
  17. hahahhahahaa..........enjoy ur hectic life to the fullest.....saya doakan kejayaan Mazni Munawwar ...bukan seng nak berjaya :)

    ReplyDelete
  18. Semoga berjaya menyiapkan assignment :-)

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum,
    Mazni akak datang menyinggah. Selamat Hari Raya Qurban. Cuti raya lama tak?

    ReplyDelete
  20. betul. tak semua kos senang. sst kos susah tang otak , sst kos susah tang skills , sst kos sakit tang jiwa..heheheh. All the best mazni!! Suka tengok hasil seni bebudak art n design nih. terutama kat Lendu tu.. perghh macam2 seni sis penah tengok. Rasa kagum gilaaa.

    Sekarang ni tunggu turn Mazni tunjuk hasil kat blog pulak ye. Sis pun dah lamaaa tak blogging nih.. huhuh

    ReplyDelete
  21. hi adik junior... dont worry belajar apa pon sama je...semua penat lelah tu sama..akk penah utk diploma show tido 3 jam je utk 3 hari...lalu makan roti je..sbb tk sempat nk g beli makanan..masa itu emas..uhuhhuhuhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. trueee! saya pun dh habis diploma, mmng betul kadang2 tk sempat makan pun. tido pun tk cukup. sekarang semua tu tinggal kenangan je :)

      Delete

Nak komen apa? silakan~