15 Jul 2026

Hudaibiyah - Masjid Hudaibiyah & Muzium Alamoudi

Sambungan dari --> Ziarah Mekah - Ladang unta

Selepas dari lawatan unta, kami pergi ke Hudaibiyah untuk berniat miqat dan sekaligus ziarah tapak tinggalan masjid lama di sini.

Sebut je nama tempat ni, mesti semua pernah dengar pasal perjanjian Hudaibiyah.

Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata bersejarah yang dimeterai pada Mac 628 M (Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah) antara Nabi Muhammad SAW dan musyrikin Quraisy Mekah. Dinamakan sempena lokasi ia ditandatangani, perjanjian ini pada awalnya dilihat berat sebelah namun menjadi titik tolak penyebaran Islam dan Pembukaan Kota Mekah. (AI Overview)


Apa yang aku ingat, asalnya kumpulan Nabi dan para sahabat tengah otw ke Kaabah untuk menunaikan umrah, lalu dihalang oleh mereka-mereka ni.

Isi kandungan perjanjian Hudaibiyah ni dilihat sebagai berat sebelah oleh para sahabat pada ketika itu. Antaranya;
  1. Umat Islam tidak dibenarkan memasuki Mekah tahun ini, tetapi mereka boleh kembali pada tahun berikutnya selama tiga hari sahaja.
  2. Gencatan senjata selama sepuluh tahun antara umat Islam dan Quraisy.
  3. Jika ada penduduk Mekah yang memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah, mereka mesti dikembalikan kepada Quraisy, tetapi jika ada orang Islam yang murtad dan kembali ke Mekah, Quraisy tidak perlu memulangkannya kepada umat Islam.
  4. Suku-suku Arab lain bebas untuk memilih sama ada berpihak kepada Quraisy atau kepada umat Islam.
Tapi Rasulullah kata perjanjian ni bukan satu bentuk kekalahan, malah ianya kemenangan tersirat. Buktinya perjanjian ini membuka jalan kepada Pembukaan Kota Mekah 2 tahun kemudian.


Anyway, yang berpagar tu adalah tinggalan tapak masjid lama Hudaibiyah. Di situlah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan Bai'ah al Ridwan. Jika di zaman Nabi, tempat ni cuba ada pokok je.. Kemudian barulah mereka bina masjid ni (bukan pada zaman Nabi) dan usianya pun mencecah ribuan tahun.

Sekarang mereka dah buat masjid baru bersebelahan dengan tinggalan masjid lama ni. Masjidnya warna putih tapi macam biasalah, aku lupa ambil gambar, huhu. So kami pun niat ihram kat sini siap-siap sebab lepasni nak buat umrah ketiga pula.

Chuppp sebelum terus ke Masjidil Haram, kita singgah ke muzium dulu untuk posing-posing!


Muzium Alamoudi terletak di El-Shimeisi, laluan sempadan antara Mekah dan Jeddah. Beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam, muzium ni mempamerkan peradaban masyarakat arab pada zaman dahulu. Banyak replika menarik yang korang boleh sentuh dan bergambar sebagai prop.

Dia bukan typical muzium bosan yang hanya mampu tengok disebalik kotak kaca je. Bawak budak-budak, memang sakanlah dorang bergaya. Masalahnya orang tua macam kitorang ni pun busy jugak bergaya sana sini :p


Rumah-rumah lama di arab semuanya berwarna coklat yang diperbuat daripada tanah bercampur jerami. Bahan-bahan ni yang menjadikan rumah kekal berasa sejuk walaupun suhu siang sangat panas.

Btw, curator ni boleh cakap Melayu dengan fasih, tak silap aku nama dia Muhammad. Ayat dia tak habis-habis dok "mantap" dari awal sampai habis hahaha. Dia tak pernah ke Malaysia. Belajar bahasa melayu pun dari jemaah-jemaah nusantara yang datang dan dalam masa setahun, dah pandai cakap melayu! 


Tapi seronoklah dengar dia bercerita dan tunjukkan setiap benda yang ada kat luar muzium tu. Ada ditunjukkan botol minum air yang diperbuat dari kulit kambing, alatan pertukangan, dapur memasak dan macam-macam lagilah.

Korang layanlah dulu gambar-gambar ni.

Kedai untuk membeli barangan keperluan
Contoh replika kedai zaman dulu
Muzium ni berlatarkan bukit padang pasir
Feeling-feeling macam berjalan kat kawasan perumahan orang Arab zaman dulu
Surau
Budak-budak paling bersemangat nak bergambar kat sana sini :p
Orang tua pun sakan jugak bergambar hahaha

Selain berposing di bahagian luar. Kat dalam muzium pun ada beberapa sudut bergambar. Dalam ni banyak replika senjata dan model Kaabah je. Pengunjung juga boleh cuba pakai pakaian tradisi Arab. Sebab kami semua sedang dalam ihram, yang laki-laki dia tak bagilah pakaian berjahit.

Gambar kiri: Replika kunci Kaabah. Gambar kanan: Kiswah Kaabah from inside
Nak cium Hajarul Aswad yang sebenar macam mustahil jekan. Dapat cium yang lukisan ni pun jadilahh
Replika pintu Kaabah
Boleh acah-acah jadi askar dan minah arab juga :p

Puas hati dapat ke muzium ni! Banyak benda menarik yang kita dapat tengok serta bergambar dengan props. Selain tu, kita sendiri dapat pelajari kehidupan orang Arab pada masa lampau dengan melihat keunikan mereka menghasilkan rumah-rumah, perkakasan, pakaian dan senjata.

25 comments:

  1. Muzium Alamoudi, bagus nya dapat ziarah dapat tengok bermacam benda walaupun ianya hanya replika. Seronok sangat dapat tengok perkongsian perjalanan Umrah dan ziarah Mazni. Moga kami diizinkan ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sebab boleh bergambar dgn replika yang ada

      Delete
  2. Alolo comelnya minah Arab tu.
    Suka lah tengok luar bangunan warna tanah tu... itu muzium ke rumah orang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minah arab celup :p
      memang dibuat khas utk muzium je ni

      Delete
  3. part posing ngan senapang tu tisya & husband ada juga gmbr kt situ..kemain masing2...eh si kecik pki bj arab tu...yg kami smua utk suami isteri depa panggil utk bergmbr pakai pakaian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak arab tu yg beria suruh kitorang bergambar. suruh bergambar kat situlah, sinilah haha

      Delete
  4. saya tak visit muzium ni masa my umrah (long time ago)..menarik la tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik dan budak2 pun suka datang sini!

      Delete
  5. Masjid Hudaibiyah tu akk pernah ziarah. Tapi Muzium tu tak pergi pula. Menarik nampaknya Muzium tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid tu kalau pergi rasa macam tak lengkap kan.. ada sejarah kat situ

      Delete
  6. Fascinating post and I love the photos. Thank you for sharing, I have never seen this before.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same, it's my first time seeing an old arab building

      Delete
  7. Akak tak sampai ke muzium ini masa trip umrah lepas. Pergi muzium dalam Clock Tower saja di Mekah, itupun sendiri, bukan TA yang bawa. Menarik muzium yang Mazni pergi ni. Hehe.. pandai orang tu cakap melayu ya, Mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak tak masuk muzium clock tower tu. nak naik atas clock tower pun tak kesampaian.
      diorang sangat fasih cakap melayu. siap tahu lagi lawak2 terkini atau isu semasa kat malaysia haha

      Delete
  8. Boleh sentuh ya senjata itu? Setahu saya kalau di muzium kita tengok sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best datang muzium ni sebab diorang memang bagi kita sentuh dan bergambar dengan semua benda :D

      Delete
  9. Bestkan dapat masuk muzium Alamoudi tu. Dapat tengok bekas air dari kulit unta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg saya punya dia cakap diperbuat dari kulit kambing. Qirbah namanya xD
      memang menarik tengok benda2 lama yg ada di muzium ni

      Delete
  10. itulah orang cakap, Bahasa Melayu adalah bahasa yang senang untuk dipelajari, tapi ada juga warganegara Malaysia yang tak reti cakap Melayu... hummmm

    ReplyDelete
  11. Cantik binaan rumah rumah lama di sana. Dapatlah kita tengok barangan replika zaman dulu. View cantik bukit padang pasir tu. Dah masuk muzium berposing sakanlah masing-masing. Dapat juga tambah ilmu sejarah.
    Dorang ni kalau dah belajar satu-satu bahasa tu, itu jelah yang dia sebut. hihi..mesti kelakar bunyinya kan. Bagusnya belajar macam tu je dah fasih.

    ReplyDelete
  12. Patut lah macam dah pernah kesini, saya visit museum ini juga 🤣😅😅. Setelah lihat foto2 di album, baru teringat. Tp memang lupaaa namanya 🤭. Cuma saya tak ingat yg tapak bekas mesjid tempat perjanjian 😔. Memang hrs ulang lah umroh lagi. Pas umroh kemarin tuh, seriously tak best travel nya. Benci sangaat 😅😅.

    ReplyDelete
  13. masa sekolah agama dulu belajar psl perjanjian hudaibiyah tak tahu laa kenapa kemain liatttt sy nak igt. asik terkeliru je dgn bai'ah ridwan hahahaha

    ReplyDelete
  14. ms masuk muzium ni sy tertanya2 jugalah berapa lama laa owner ni kumpul brg2 supaya dpt 'memenuhi tuntutan sebuah muzium'....

    ReplyDelete
  15. Aaaa nak pi siniii. Faa sangat minat dengan museum. Busy belek satu2.

    ReplyDelete
  16. Moleknya muzium banyak tempat untuk OOTD😅Bila udah tua ni baru faham hikmah Perjanjian Hudaibiyah. Ada kemenangan ambil masa yang panjang untuk dicapai

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~