6 Jul 2026

Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 1)


Sambungan dari --> Tiba di basecamp Prau

Kami mendaki Prau via Patak Banteng. Sepatutnya start naik pukul 3 dan anggaran tiba di puncak pukul 6 am. Tapi sebab beratur kat ojek tu lama, jadinya timing terlari sikit dari plan asal. Belum ditambah kitorang yang sekejap-sekejap suka berhenti ambil gambar kat setiap pelusuk alam ni. Agak-agak pukul berapa baru boleh sampai puncak Prau? :p

Ah lantakkan timing itu! Datang jauh-jauh dari Malaysia haruslah kita nikmati sepuasnya. Benda bukan senang-senang nak repeat kan? Mohon mas guide bersabar dengan kesiputan kami ini wahaha.


Pendakian bermula dari pos 2 yang aku sendiri lupa nak ambil gambarnya. Boleh dikatakan setiap pos aku lupa ambil gambar papan tanda sebenarnya so..... Tatap jelah mana yang ada yekk.


Pada awal pendakian, jalannya agak santai. Ada sekali-sekali mencanak, tapi masih boleh tolerate lagilah. Trek dia mengingatkan aku pada gunung Kinabalu pulak sebab ada some part tu bertangga-tangga.

Sambil berjalan mata tu ralit jelah tengok pemandangan sekitar. Memandangkan kita berada kawasan tanah tinggi Dieng, kami boleh nampak something like tasik/kawah serta bukit bukau dan gunung-ganang di sekitar. 

Misty morning in Dieng

Rupanya setelah di-google, aku percaya tasik tu namanya Telaga Warna sebab jaraknya memang tak jauh dari gunung Prau ni. Lepastu nampak macam ada asap-asap kawah jugak dari area situ, mungkin tu kawah Sikunir?

Next time kena repeat jalan-jalan sekitar Dieng Plateau ni sebab keindahan alam dia superb mantop! Maklomla kita ni trip hiking, tak sempat nak explore tempat-tempat menarik sekitar sini walaupun dah dekaaat sangat di mata huhu.

Setelah 1 jam 30 minit berjalan, kami tiba di Pos 3 Padang Ilalang. Lebih kurang pukul 6 pagi laa matahari pun baru start naik. Pos 3 ni tanahnya rata dan ada juga pendaki yang camping di sini. Kami rehat lebih kurang 20 minit untuk bergambar.

(pics credit to drone Akmal)
Gunung Sindoro dan Sumbing yang bagaikan kembar!
Posing acah-acah taknak pandang camera :p
Sambung menapak sampai next point

Setelah 30 minit, kami tiba di Sunrise Camp. Berada di ketinggian 2,590 meter dari aras laut, ia merupakan kawasan perkhemahan paling ikonik di Gunung Prau kerana menyajikan panorama indah dengan 2 puncak gunung Sindoro dan Sumbing. 


Namanya pun Sunrise Camp, mesti lagi cantik bila matahari baru nak terbit! Dengan awan karpetnya, cuaca sejuknya.

Sunrise camp ni juga merupakan jalur pertemuan utama pendaki dari pelbagai jalur pendakian yang berbeza misalnya dari Jalur Dieng, Igirmranak, Dwarawati, Patak Banteng dan beberapa lagi. Sebab tu kot ramai orang suka camping kat sini. 


Mula-mula aku ingatkan Sunrise Camp nilah puncaknya sebab ramai orang. Pastu guide cakap puncak tu atas lagi, lebih kurang 30 minit baru sampai kalau takde stop. So follow jelah kan walaupun kaki dah start malas melangkah.

Di mana-mana pun orang pacak khemah :D

All the way berjalan tu, aku surprised sangat treknya sangat landai, luas dan cantik. Di kiri dan kanan tu terbentang luas hamparan padang rumput yang dihiasi bunga-bunga kecil seperti daisy. Geram je tengok orang baring-baring kat situ sambil ambil gambar! Kau sabajap nanti aku guling-guling kat rumput tu bagai tiada hari esok!

Cewek-cewek memang sukalah posing baring-baring kat rumput camni :p
Dah cakap, trek dia memang landai!

Tengah jalan tu, eh tiba-tiba random pulak ada semacam tasik kat atas gunung Prau ni!


Ini namanya Telaga Wurung. Mengikut kata pak google, telaga ni muncul akibat takungan air hujan dan ianya bukanlah permanent. Bila musim kemarau mungkin keringlah airnya. Kalau ikutkan, telaga ni boleh dilihat bulan Disember hingga April sebab time tu kerap hujan. Tapi rezeki kami walaupun datang musim panas pun masih ada lagi airnya.

Tambah pulak cuaca helokk, memang cantiklah reflection dia!


Dari Telaga Wurung ni dah tak jauh untuk sampai ke puncak, sekitar 10 minit je. Tapi macam dah panjang sangat cerita ni kita sambung next entrylah. Ada banyak lagi gambar yang aku nak dump dalam entry seterusnya hehehe.

To be continued....


43 comments:

  1. Cantik view. Teringin nak hiking tapi tu la tak kental 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang segala penat bila nampak pemandangan cantik 😄

      Delete
  2. Uwaaaaaah maniiiiis, macam terharu saya lihatnya 😍😍😍😍. Bagi orang yg tidak mungkin mendaki gunung macam saya, bisa lihat cantiknya seperti apa dari tulisan teman2, dah cukup sangat. Langsung terbayang semuanya. Apalagi Dieng, ini kota TERFAVORIT saya di antara semua kota di Indonesia, sebab dingin 🤣🤣🤣.

    Dah plan dengan kak ret, nanti nak ke Dieng, menginap 2 malam, lalu lanjut Jogja. Tahun depan insyaallah. Kalau naik gunung memang tak. 🤣. Lihat dr jauh sajalah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kak fanny boleh la naik prau. Betul2 beginner friendly, banyak landai!
      Samalah, sudah jatuh cinta sama Dieng. Cantik, sejukkk 🥹🩷🩷 rasa terkilan betul dah nampak Kawah Warna tu, tapi tak pergi sana huhu.

      Wahh bestnya pergi Dieng! Saya masuk list dulu. Nanti plan nak pergi holiday dgn the whole family hehe

      Delete
  3. Subhanallah cantik sangatttttt!
    Tasik tu unexpected sangatkan...
    Meremut ye orang dekat sunrise camp tu.
    Mazni, nanti ada masa boleh share camne kalau nak terkucil masa mendaki ni? Akk dah lama curious 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantikk 😭♥️ tak sempat nak rasa penat sebab setiap pelusuk gunung Prau ni lawaaa.
      Boleh2, nanti bila entry hiking Merbabu saya cerita 😜

      Delete
  4. Cantiknya view kat atas tu 😍! Surprise sebab treknya landai dan luas mata memandang. Tetiba ada tasik pulak atas tu. Nak pergi tak tau la boleh ke tak dgn lutut skrg pun dah tak berapa kuat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutla orang cakap gunung Prau ni sesuai utk pemula, memang banyak landai :D

      Delete
  5. Seronok tengok trek dia, nampak kemas dan landai je bila dah lepas kawasan tangga tu. Rezeki korang juga dapat tengok Telaga Wurung ada air waktu musim panas, memang cun habis buat reflection gambar. Tak sabar nak tunggu sambungan Part

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas sampai sunrise camp tu trek dah tak penat sangat.
      Rezeki sangat cuaca masa kami datang ni lawa, langsung tak hujan. Kena tahan terik sikit jela hehe

      Delete
  6. nak hiking sendiri jiwa tak kental nasib baik mazni ada tolong bawa hiking,dapat la tengok view cantik

    ReplyDelete
  7. gambar semua cantik2!! esp gunung yg ada awan tu...subhanallah

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak hiking dan mendaki.. dulu selalu join, tp sejak kena hypertension dulu terus stop, mungkin faktor usia dan ketidakkemampuan Sis, so kita akur aje laa.. rindu bau alam dan view cantik dari gunung/bukit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, sekarang dah banyak gunung yg buat cable car, boleh naik guna kereta. Masih dapat tgok alam juga tu :D

      Delete
  9. Ramainya maknusia atas tu... Macam best je....!
    (komen uncle sambil peluk bantal dan tarik selimut)

    ReplyDelete
  10. Whuaaa jadi rindu dengan pergunung-gunungan dan segala suasana segar yang menyelimutinya. Apalagi dieng ni kan terkenal dengan cuaca dinginnya. bahkan beberapa kali pernah terjadi hujan pula.
    Tapi pas di puncaknya, oh ramai betul ya :D memang lagi musim di kalangan anak muda tuk pergi ke gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas kami balik tu, ada turun salji sikit (tengok kat ig) Cuaca dieng 0 celcius. Sayangnya tak sempat kami merasa huhu

      Delete
    2. Wah, baiklah, sekalian saya follow di IG ya mbak Mazni

      Delete
    3. Ehh "tengok kat ig" maksudnya; saya nampak orang local update keadaan Dieng yg turun salji selepas trip kami habis. Maaf ayatnya bikin pusing 🤣

      Delete
  11. Subhanallah.....cantiknya semua pemandangan sepanjang pendakian dan semasa di puncak gunung. Geram tengok awan tu. Healing bersama alam semulajadi memang molek sungguh. Tapi dari bawah sampai ke puncak memang jalannya agak landai ye. Untuk mereka yang tidak pernah hiking boleh cuba ke macam mana? Keep on sharing ye Mazni tentang aktiviti mendaki sebab boleh la KSarie menumpang kasih tengok view molek-molek macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh belum sampai puncak lagi tau 😂 tu puncak tipu2 je.
      Bagi saya, Prau ni sesuai utk pemula. Part yg penat sikit tu sebelum sampai Sunrise camp je (sebab banyak tangga). Tpi anggaran mendaki nak sampai puncak tak lebih 4 jam pun. Recommended!

      Delete
  12. cantik view bila smp kt puncak tu....husband akak ada ajk hiking kt bukit dinding dkt area umh ni...blum gigih lg haha

    ReplyDelete
  13. Cantiknya pemandangan gunung kembar tu. Ada tasik pula atas Gunung Prau. Ramai betul orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dpt tgok tasik yg bukan permanent tu. Ambil gambar kat situ nice betull

      Delete
  14. ramai betullll umat manusia yg mendaki pada hari tu....
    suasana ms tu senyap ke hingar bingar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat tempat yg ramai orang tu rasa macam kat pasar malamlah 🤣 tapi ok je, tkdela orang terlalu kepochi jerit sana sini

      Delete
  15. MasyaAllah cantiknya 😍
    Terpukau mata belek foto-foto alam terutamanya foto Gunung Sindoro dan Sumbing tu.
    Uniknya, boleh pulak dah dekat dengan puncak ada tasik. agaknya sebab kawasan tu landai jadi boleh terbentuk tasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sindoro Sumbing memang cantik. Dah aim nak buat triple S pulak lepasni hahaha (Sindoro + Sumbing + Slamet).
      Yaa tasik tu terbentuk sebab tadahan air hujan je. Kalau musim kemarau nnti boleh kering

      Delete
  16. kemain yaaa guling2 atas rumput tu
    tak rasa miang ke ke bila kena cucuk2 dek hujung rumput tuuuu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya miangla jugak hahaaha. Tapi demi nak gambar cantik, kita sanggupkan!

      Delete
  17. Subhanallah cantiknya view semua. Thanks for sharing Mazni.

    ReplyDelete
  18. Ramai gak eh hiking, x sempat nak risau

    ReplyDelete
  19. Lari timing tu biasalah kan. Ada je halnya. Paling penting nak ambil gambar tu. Jauh-jauh datang, takkan tidak ye nak ambil gambar. Menyesal rasa kalau tertinggal nak ambil gambar tu kan.
    Cantiknya trail dia, terang je. MasyaAllah cantik betul permangan dari puncak. Rasa macam dah berlamaan je kat atas tu. Memang mantap viewnya. Gunung Sindoro dah macam Gununf Fuji dah rupanya. Meriah betul ramai orang. Nampak macam senang je semua hiking sampai ke puncak. Dapat kat kita ni, tercungap² nak sampai atas. Tahniah atas satu lagi pencapaian hiking.

    ReplyDelete
  20. Cantikkk Gunung Prau ni. Teringin nak hiking lagi, haha. Takpe la, tengok entry Mazni je dah boleh bayang keindahan gunung ni.

    Btw, best juga tu kalau berkhemah di Sunrise Camp. Esoknya boleh tengok matahari terbit.

    ReplyDelete
  21. kawah2 tu.. kiranya kawasan gunung berapi la ye?? Subhanallah cantik nya.. ada pula kawasan landai, padahal naik gunung tu

    ReplyDelete
  22. Picture yang mula² tu pun dah cantik Maz...
    Nampak macam bersih dan lapang je laluannya. Bukan hutan yang akak bayangkan.
    Cantik sangat view semua... yang lagi 30 mins tu memang nampak landai, kiranya boleh berlari² anak lah kan nak sampai ke puncak😁

    ReplyDelete
  23. Seronok membaca perkongsian pendakian ini. Pemandangan sepanjang perjalanan dan suasana di puncak memang sangat cantik, rasa penat mendaki pasti terus terbayar. Laluan yang dikongsikan juga memberi gambaran kepada mereka yang ingin mencuba mendaki Gunung Prau. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan tip yang bermanfaat. Semoga ada lagi perkongsian pendakian yang menarik selepas ini.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~