6 Jul 2026

Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 1)


Sambungan dari --> Tiba di basecamp Prau

Kami mendaki Prau via Patak Banteng. Sepatutnya start naik pukul 3 dan anggaran tiba di puncak pukul 6 am. Tapi sebab beratur kat ojek tu lama, jadinya timing terlari sikit dari plan asal. Belum ditambah kitorang yang sekejap-sekejap suka berhenti ambil gambar kat setiap pelusuk alam ni. Agak-agak pukul berapa baru boleh sampai puncak Prau? :p

Ah lantakkan timing itu! Datang jauh-jauh dari Malaysia haruslah kita nikmati sepuasnya. Benda bukan senang-senang nak repeat kan? Mohon mas guide bersabar dengan kesiputan kami ini wahaha.


Pendakian bermula dari pos 2 yang aku sendiri lupa nak ambil gambarnya. Boleh dikatakan setiap pos aku lupa ambil gambar papan tanda sebenarnya so..... Tatap jelah mana yang ada yekk.


Pada awal pendakian, jalannya agak santai. Ada sekali-sekali mencanak, tapi masih boleh tolerate lagilah. Trek dia mengingatkan aku pada gunung Kinabalu pulak sebab ada some part tu bertangga-tangga.

Sambil berjalan mata tu ralit jelah tengok pemandangan sekitar. Memandangkan kita berada kawasan tanah tinggi Dieng, kami boleh nampak something like tasik/kawah serta bukit bukau dan gunung-ganang di sekitar. 

Misty morning in Dieng

Rupanya setelah di-google, aku percaya tasik tu namanya Telaga Warna sebab jaraknya memang tak jauh dari gunung Prau ni. Lepastu nampak macam ada asap-asap kawah jugak dari area situ, mungkin tu kawah Sikunir?

Next time kena repeat jalan-jalan sekitar Dieng Plateau ni sebab keindahan alam dia superb mantop! Maklomla kita ni trip hiking, tak sempat nak explore tempat-tempat menarik sekitar sini walaupun dah dekaaat sangat di mata huhu.

Setelah 1 jam 30 minit berjalan, kami tiba di Pos 3 Padang Ilalang. Lebih kurang pukul 6 pagi laa matahari pun baru start naik. Pos 3 ni tanahnya rata dan ada juga pendaki yang camping di sini. Kami rehat lebih kurang 20 minit untuk bergambar.

(pics credit to drone Akmal)
Gunung Sindoro dan Sumbing yang bagaikan kembar!
Posing acah-acah taknak pandang camera :p
Sambung menapak sampai next point

Setelah 30 minit, kami tiba di Sunrise Camp. Berada di ketinggian 2,590 meter dari aras laut, ia merupakan kawasan perkhemahan paling ikonik di Gunung Prau kerana menyajikan panorama indah dengan 2 puncak gunung Sindoro dan Sumbing. 


Namanya pun Sunrise Camp, mesti lagi cantik bila matahari baru nak terbit! Dengan awan karpetnya, cuaca sejuknya.

Sunrise camp ni juga merupakan jalur pertemuan utama pendaki dari pelbagai jalur pendakian yang berbeza misalnya dari Jalur Dieng, Igirmranak, Dwarawati, Patak Banteng dan beberapa lagi. Sebab tu kot ramai orang suka camping kat sini. 


Mula-mula aku ingatkan Sunrise Camp nilah puncaknya sebab ramai orang. Pastu guide cakap puncak tu atas lagi, lebih kurang 30 minit baru sampai kalau takde stop. So follow jelah kan walaupun kaki dah start malas melangkah.

Di mana-mana pun orang pacak khemah :D

All the way berjalan tu, aku surprised sangat treknya sangat landai, luas dan cantik. Di kiri dan kanan tu terbentang luas hamparan padang rumput yang dihiasi bunga-bunga kecil seperti daisy. Geram je tengok orang baring-baring kat situ sambil ambil gambar! Kau sabajap nanti aku guling-guling kat rumput tu bagai tiada hari esok!

Cewek-cewek memang sukalah posing baring-baring kat rumput camni :p
Dah cakap, trek dia memang landai!

Tengah jalan tu, eh tiba-tiba random pulak ada semacam tasik kat atas gunung Prau ni!


Ini namanya Telaga Wurung. Mengikut kata pak google, telaga ni muncul akibat takungan air hujan dan ianya bukanlah permanent. Bila musim kemarau mungkin keringlah airnya. Kalau ikutkan, telaga ni boleh dilihat bulan Disember hingga April sebab time tu kerap hujan. Tapi rezeki kami walaupun datang musim panas pun masih ada lagi airnya.

Tambah pulak cuaca helokk, memang cantiklah reflection dia!


Dari Telaga Wurung ni dah tak jauh untuk sampai ke puncak, sekitar 10 minit je. Tapi macam dah panjang sangat cerita ni kita sambung next entrylah. Ada banyak lagi gambar yang aku nak dump dalam entry seterusnya hehehe.

To be continued....


12 comments:

  1. Cantik view. Teringin nak hiking tapi tu la tak kental 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang segala penat bila nampak pemandangan cantik 😄

      Delete
  2. Uwaaaaaah maniiiiis, macam terharu saya lihatnya 😍😍😍😍. Bagi orang yg tidak mungkin mendaki gunung macam saya, bisa lihat cantiknya seperti apa dari tulisan teman2, dah cukup sangat. Langsung terbayang semuanya. Apalagi Dieng, ini kota TERFAVORIT saya di antara semua kota di Indonesia, sebab dingin 🤣🤣🤣.

    Dah plan dengan kak ret, nanti nak ke Dieng, menginap 2 malam, lalu lanjut Jogja. Tahun depan insyaallah. Kalau naik gunung memang tak. 🤣. Lihat dr jauh sajalah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kak fanny boleh la naik prau. Betul2 beginner friendly, banyak landai!
      Samalah, sudah jatuh cinta sama Dieng. Cantik, sejukkk 🥹🩷🩷 rasa terkilan betul dah nampak Kawah Warna tu, tapi tak pergi sana huhu.

      Wahh bestnya pergi Dieng! Saya masuk list dulu. Nanti plan nak pergi holiday dgn the whole family hehe

      Delete
  3. Subhanallah cantik sangatttttt!
    Tasik tu unexpected sangatkan...
    Meremut ye orang dekat sunrise camp tu.
    Mazni, nanti ada masa boleh share camne kalau nak terkucil masa mendaki ni? Akk dah lama curious 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantikk 😭♥️ tak sempat nak rasa penat sebab setiap pelusuk gunung Prau ni lawaaa.
      Boleh2, nanti bila entry hiking Merbabu saya cerita 😜

      Delete
  4. Cantiknya view kat atas tu 😍! Surprise sebab treknya landai dan luas mata memandang. Tetiba ada tasik pulak atas tu. Nak pergi tak tau la boleh ke tak dgn lutut skrg pun dah tak berapa kuat 😅

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok trek dia, nampak kemas dan landai je bila dah lepas kawasan tangga tu. Rezeki korang juga dapat tengok Telaga Wurung ada air waktu musim panas, memang cun habis buat reflection gambar. Tak sabar nak tunggu sambungan Part

    ReplyDelete
  6. nak hiking sendiri jiwa tak kental nasib baik mazni ada tolong bawa hiking,dapat la tengok view cantik

    ReplyDelete
  7. gambar semua cantik2!! esp gunung yg ada awan tu...subhanallah

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak hiking dan mendaki.. dulu selalu join, tp sejak kena hypertension dulu terus stop, mungkin faktor usia dan ketidakkemampuan Sis, so kita akur aje laa.. rindu bau alam dan view cantik dari gunung/bukit...

    ReplyDelete
  9. Ramainya maknusia atas tu... Macam best je....!
    (komen uncle sambil peluk bantal dan tarik selimut)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~