22 Jun 2026

Yogyakarta here we come - tiba di basecamp Prau

 

30 Mei 2026 - Sabtu

Haritu aku ada cerita pergi mendaki gunung Prau dan Merbabu. Boleh baca entry teasernya disini --> Misi mendera kaki - Jom teka gunung

Flight kami pukul 3.30 pm. Walaupun sampai airport pukul 1 pm, tetaplah kelam kabut dan kena berlari nak pergi boarding gate. Ini semua gara-gara lunch macam mak leha, pastu kelam kabut solat dan jadi antara passenger last call sebelum gate ditutup wahaha.

Avani Sepang Gold Coast from above

Perjalanan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Yogyakarta International Airport (YIA) memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Ini merupakan kali ke-4 aku ke Indonesia, tapi pertama kali menjejakkan kaki ke Yogyakarta.

Jogja ni terletak di Jawa Tengah dan kaya dengan keindahan alam, especially gunung ganang. Dari atas flight lagi dah boleh nampak beberapa gunung dan jadi excited pulak memikirkan nanti nak hiking kat salah satu gunung tu!

Tak sure gunung apa. Rasanya macam Gunung Slamet melihat pada bentuknya
Ni pun tak sure gunung apa, Saya tebak Merbabu lah :p
Cantiknya Jogja! Tanah subur penuh kehijauan dan dikelilingi bukit bukau
Touch down at Yogyakarta International Airport 6 pm waktu tempatan

Sebelum masuk Indonesia, kami dah isi arrival card di website All Indonesia. Nanti sampai sana tu hanya scan barcode yang diberikan melalui email. Ambil bagasi, pastu terus ke pintu ketibaan untuk berkumpul.

Airport dia dari luar pun dah lawa gais!

Seperti yang aku beritahu dalam entry teaser haritu, kami 6 orang ni kena scam dengan agent. So bulan April tu terpaksa cari backup plan sebab memang nak naik jugak Merbabu tu.. Kena tambah duit lebih sikitla dari bajet asal..

Ada peserta yang kena scam sama macam kami ni, ajak join trip DIY kawan dia (Akmal). Kebetulan Akmal and the gang pergi Merbabu tarikh sama macam kami, 30 Mei - 2 Jun. So tanpa berfikir panjang, kita selit jelah trip diorang ni.

Trip ni under Raung Trip Indonesia (guide lokal sana). Akmal yang akan keep in touch dengan guide, uruskan pembayaran, arrange transportation, makan minum semua lah. kami letakkan sepenuh kepercayaan pada Akmal untuk uruskan trip kalini dan harap beliau pun bukan scammer lah hahaha!

Bergambar dengan line up yang ceria! Mostly diorang ni is Sabahan
Deco yang diperbuat dari rotan. CANTIK!

Oh lupa nak bagitau, plan asalnya adalah akan naik gunung Merbabu, kemudian baru Prau. Tapi tarikh 31 Mei tu slot Merbabu dah penuh pulak, terpaksalah ditukar ke 1 Jun. So kita naik Prau dulu lah buat panas-panas badan.

Manjang diorang ni bukak lagu group Hindia sampai aku pun cucuk langit sekali, haha

Aku ingat van akan bawak kitorang pergi makan, rupanya bawak pergi Eiger. Pehh, awal lagi dia dah hasut untuk shopping ekk. Adik aku beli backpack 30 litre dengan harga Rp.700.000 (which is aku rasa berbaloi). Pastu kalau beli barang melebihi 800 ribu, dapat diskaun 100 ribu.

Rasanya geng kitorang yang paling sakan membeli kat Eiger ni. Diorang yang lain beli benda kecik-kecik je hahaha.

Mereka yang sakan bershopping. Iolls takde rasa nak mengeluarkan duit lagi time ni :p

Lepastu kami makan kat kedai Sate Bang Jo dengan tagline nya, Kambing Muda- Lebih Menggoda. Tibehhh!

Aku order sate kambing porsi besar. Ingatkan ada nasi impit ke, kuah kacang ke. Rupanya makan kosong gitu je. Ada disediakan nasi free flow, tapi malaslah nak makan nasi malam-malam ni. Pastu bising tak kenyang sebab satenya pun kecil je hahaha.

Tapi sate sedap, juicy dan lemaks! Tak cukup order 10 cucuk

Then kami singgah Indomaret untuk beli bekalan. Kemudian terus gerak pergi ke Basecamp Prau, kira-kira 3 jam perjalanan.

Mind you, masa naik van tu hampir pukul 11 malam. Lepastu pukul 2 pagi dah kena ready untuk hiking Prau. Korang rasa macam mana aku nak tidur dalam van tu dengan penuh ketidakselasaan? Dapat lelap mata sejam je you allzz.

31 Mei 2026 - Ahad (1.30 am)


Sampai je basecamp  terus letak barang, gosok gigi, cuci muka, tukar baju, pastu siap-siap untuk beratur naik ojek. Mandi? Tak mampu nak mandi sebab cuaca sejuk sangat. Dah alang-alang memang nak peluh busuk pun, mandi after balik nanti jelah haha. 

Anyway, aku ingatkan basecamp dia macam kat Rinjani, which is disediakan satu bilik untuk 2 orang, ada katil, ada personal toilet. Rupanya tidur bergelimpangan kat lantai dan kena sharing toilet. Agak takde privacy, tapi begitulah style basecamp di Jawa Tengah.

Ni kalau tidur 20 orang kat sini, memang tak muat beb!
Suasana dari luar basecamp

Kat sini ada banyak basecamp dan semuanya style macam rumah tumpangan gini lah. Ada disediakan fasilities surau, kedai makan, kedai cenderahati jugak. Di sekeliling area ni penuh dengan tanaman sayur, kebun penduduk tempatan. 

Sebelum naik Prau boleh makan-makan dulu

Jumlah pendaki pada hari itu sangat ramai, which is 3000 orang! Kebanyakan pendaki memang memilih untuk naik ojek bagi menjimatkan tenaga. Selain tu, dapat jimat 2 jam perjalanan dari pondok permit ke Pos 2. 

Gunung Prau ni ada beberapa jalur pendakian, dan kami naik via Patak Banteng. Ini adalah yang paling popular sebab mudah untuk akses ke basecamp, dan merupakan salah satu jalur yang paling cepat untuk sampai ke puncak Sunrise Camp.

Tiket ojek waktu pagi untuk seorang
Sangat macett

Pastu beratur lah kami kat luar sejuk-sejuk tu selama 2 jam dengan suhu 6 celcius. Dia punya lama Q tu sampai azan subuh pun dah berkumandang.

Oleh kerana manusia sangat ramai, kami kena naik ojek ni 2 orang sekaligus. I swear to God, nyawa dah dihujung tanduk dah waktu ni. Aku taulah mas-mas ojek ni bawak motor cam onggile, tapi tak sangka segila ini! The view was pitch black, jalan sempit. Tapi dia punya press minyak tu macam kita ni ada 9 nyawa. Sumpah brutal dan scary..

Sempat record video untuk 5 saat je, pastu terus simpan sebab takut melayang phone guwe.

Walau gelap tak nampak apa, tapi tetap cantik cuy!

Next.. Kita akan mula mendaki gunung Prau. Anggaran untuk sampai ke puncak ni dari pos 2, sekitar 2-3 jam. Tu pun kalau tak banyak berhenti lah...

To be continued


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~