Sambungan dari --> Muzdalifah & Mina - Sambung umrah kedua
9 Disember 2025 (Selasa)
Hari ketiga di Mekah, kami ada ziarah di dua tempat dan kemudian sambung umrah ketiga. Ni kira umrah terakhir kami lah kalau ikut tentatif dari Andalusia.
Ziarah haritu agak teruja sikit sebab nak jumpa unta!
Tak ingatlah apa spesifik tempat lawat unta ni. Dia duduk kat padang pasir, dan ada ladang unta yang lain jugak. Entah layak disebut ladang unta ke tak sebab kawasannya just tanah lapang dan takde apa-apa pagar pun. Unta bebas berkeliaran dan bermalasan dengan pegawasan pengembala mereka.
Aku expect tengok unta ni kotla ada jual makanan berasaskan unta macam sate ke, nasi unta kee. Tapi ustaz kata takde. Just rasai pengalaman naik unta dan berselfie dengan haiwan comel ni je.
First time jumpa unta dengan jarak yang dekat dan dapat sentuh unta ni. Bulu mereka agak kasar macam karpet. Tapi yang bestnya diorang ni friendly dan onz je bila ajak selfie! Muka pun fotogenik sebab asyik senyum je manjang.
![]() |
| Amboiii gedik sungguh nak lentik2 kat bahu pulak! |
Tapi kadang tu macam scary la jugak. Kita nak bergambar ngan dia, tau-tau je dia gi rapatkan muka kat baju lah, gigit tudung la. Fikir kamu tu kucing?
![]() |
| Gambar kiri - cubaan menggigit lengan baju. gambar kanan - dia gigit tudung |
| Sudahnya bergambar jauh sikitla.. Tapi budak 3 ekor ni tengah pandang apa? |
| Panjangnya bulu mata dik.. Nak pinjam boleh? |
Untuk naik unta pulak, dikenakan 20 riyal untuk 2 orang. Yang budak kecik dua orang tu diselit je sekali antara orang dewasa.
Mak dan ayah aku pun try jugak naik unta ni. Waktu diorang pergi haji dulu tak berkesempatan tengok unta sebab masa tu ada wabak. Rupanya seram jugak ye naik unta ni sebab dia kan tinggi, kaki panjang. Bila dia nak bangun dengan duduk tu, orang yang duduk kat atas unta macam nak terbalik je hihi. So takpela, iolls tak jadi nak try.. Maybe next time :p
Lagipun dia bawak pusing-pusing keliling situ je. Tak sampai 10 minit dah habis.
![]() |
| Ahmad Yahya kemain berani nak duduk bahagian depan :p |
![]() |
| Tengok pak haji tu seronok dapat naik onta! |
Kat sini juga boleh rasa susu unta yang fresh. Sebotol 10 riyal kalau tak silap. First time lah mencuba minum susu unta ni dan rasanya manis. Dia tak se-creamy lemak macam susu lembu, tapi lebih sedaplah berbanding susu kambing yang hanyir.
Memang kena trylah kalau jumpa susu unta ni!
Next entry... pergi muzium pulak.....






Seronoknya dapat rasa susu unta fresh kat sana? Sedap tak Mazni? Betul, ramai kata kalau kena yang kena gaya memang sedap dan tak berbau macam susu kambing. Berbaloi 10 riyal sebotol dapat rasa pengalaman baru. Next time kena repeat trip ni, boleh cuba naik unta pulak baru lengkap!
ReplyDeletesedap, rasa manis! kena repeat naik unta kat tempat lainla hehe
Deletekemain lagi yang sekor tu eh ajak selfie siap laga pipi
ReplyDeletemanjah kan?
DeleteBerani Mak Ayah Mazni naik ya 😀
ReplyDeleteTak sangka pulak unta sejenis haiwan yang manja. Tapi muka dia memang manis asyik senyum je ya 😆
Mata pun tak nak kalah, pakai maskara agaknya.
kitorang yg anak2 dia ni pun duduk tepi. takut terbalik nanti hahaha.
Deletemuka2 nak ngorat manusia tu :p
Merasa juga dulu Sis nak unta di jabal Magnet dulu.. punyalah takutttt hahahaha.. jadi pengalaman.. tapi tak minum susu unta hahahaha
ReplyDeletesaya nk try naik unta kt padang pasir lah next time. barulah feeling2 pengembara sikit hahaha
DeleteKalau kakcie ni memang seram nak dekat 😅
ReplyDeletetakut kena gigit!
DeleteBestnya. Kiteorg dulu takde pulak dibawa ke ladang unta, teringin sangat nak pergi tapi takde dalam itinerari. Semoga ada rezeki pergi ziarah ladang unta kalau pergi umrah lagi.
ReplyDeletesemoga dpt repeat trip ke ladang unta. tak masa buat umrah, kat tempat lain :D
Deletekalau susu hewan saya memang tak boleh minum mazni, apapun jenis hewannya hahahahaha.... pasti termuntah...
ReplyDeletesaya tak berani dekat unta saat umroh 2018, sebab isu wabah waktu itu masih ada... jd rombongan kami pun tak dibawa ke tempat unta..
aiiiih betul2 manja diorang yaaa ;p.
kemarin tuh kan, ada beberapa unta dibawa ke kebun binatang di jkt atau di bogor, saya lupa... trus setelah beberapa lama, punuk dia dah tak ada tahu ;p. jadi banyak yg bilang, iyalaaah, indonesia negara tropis, curah hujan tinggi, daun2 banyak... tak payah simpan cadangan air lagi si unta.. jd punuknya pun hilang :D
oohh kalau susu tu berperisa boleh minum tak? saya suka susu, cuma takleh minum laju2 sebab nanti cepat muak :p
Deletepunuk unta boleh hilang juga yaa. ingatkan tu memang bentuk semulajadi unta ada punuk tu hahaha
Friendly betul ye unta² ni.... Dah biasa jumpa orang :)
ReplyDeleteManja nampak untanya siap landing kepala dekat bahu masa bergambar tuh ye😅Istimewa pengalaman ke ladang unta ni ye. Ceria nampak ayah Mazni naik unta tu. Selalu kalau bulu mata lebat orang cakap macam bulu mata unta. Betul la tuh kan. Kalau ada dibuat satay ke kebab unta di situ lagi ngam
ReplyDeleteitulah elok pulak dia gedik2 yee.
Deletedulu adik beradik saya panggil bulu mata saya mcm unta gak sebab panjang, bangga lah jugak disamakan dgn unta wakaka
2 kali pergi umrah tak pernah rasa pegang unta... tgk dari jauh je huhuhu
ReplyDeletemoga ada rezeki kalau pergi umrah ketiga nanti
aminnn
ada rezeki repeat umrah ketiga, boleh tengok unta!
Deletemaaf cakap laa
ReplyDeletekenapa laa diaorang tak bersihkan kawasan sekitar tu...
memang tak ada tong sampah ke macam mana?
sakit mata juga laa tgk bekas2 botol tu...
Tula, terdetik jugak kenapalah tempat tu mcm tk terjaga... karang sakit unta2 tu, nayaa muncul wabak unta baru pulak
Deletetime ziarah tmpt unta ni mmg rmi la yg nk naik unta...kami bergambar je sbb tgk mcm mazni ckp tu la...mcm nk terbalik..seram...tk try susu unta tp ada jemaah yg beli
ReplyDeleteRasa gayat je kalau naik unta tu 🤣
DeleteApa yang nak digigit tu haha. Aduhai unta. Rindunya Tanah Suci
ReplyDeleteNakal unta2 ni 😜
DeletePeramah betul unta siap lentok leher.
ReplyDeleteWah Mazni boleh minum susu unta segar.
Dia cakap saya pun nak selfie gak!
DeleteBoleh jerr. Cuma takleh minum laju2 lah, nanti rasa nak muntah hahaha
unta tu nampak jinak dan manja hahahah muka pun senyummm ajer ..ehh ada ker pepatah senyum unta hahah rasa2nya senyum kambing jer kan
ReplyDeleteSenyum unta belum ada lagi 😜
DeleteTeringat quotes Sudin dalam cerita Pendekar Bujang Lapok... "Ku pandungil kiri kanonilk... wal sakhi bakhi... tumpuk-tumpuk... taik unta!"
ReplyDeleteWahh quotes legend ni! Saya tak ingat sangat hahaha
DeleteBeautiful photos!
ReplyDeleteThank you!
DeleteWahahaha, seruuu betul bisa naik unta macam tuu mbak mazni. Saya kalau di Indonesia sini, takde lah macam tu. paling kalau mau ya naik kuda je, yang seringkali mangkal di sekitar taman.
ReplyDeleteOya, funfact juga. Unta tu bisa mengunyah kaktus penuh duri tanpa kesakitan sama sekali :D
Dah lama tak naik kuda, still rasa gayat!
DeleteWahh baru tahu funfact ni! 😮
Sangat teruja dapat tengok unta live kan. Banyak pulak tu. Unta di sini tak perlukan kandang kot. Hidup bebas berkeliaran agaknya kan. Dapat jugalah bermesra dengan unta.Tapi tang gigit tu risau jugalah. Paling seronok ada peluang dapat naik unta tu. Baru tahu ada susu unta jugak.
ReplyDeleteTula, nampak bebas betul. Agaknya kalau waktu malam tidur situ jugak ke atau alih pergi tempat lain kan..
DeleteGigi dia dahla besauu
Seronok, dapat tengok unta dari dekat. Andalusia je ada buat lawatan ni. Akak punya trip umrah, tak ada pun. Lentik betul bulu mata unta. Ha ah, bila Mazni sebut, baru akak perasan, muka unta ni senyum jer, macam ikan pari pula. 😁
ReplyDeleteOh yeke.. ingatkan TA lain pun ada bawa tempat lawatan unta ni 😮
DeleteHaah kan. Ikan pari pun 24 jam asyik senyum jee
Bulu mata unta ni memang lentik. Nampak kat house of kambing. Fotogenik dia ya. Hehe.
ReplyDeleteRasa macam nak pakaikan celak arab!
DeleteSalam kenal Kak Mazni, saya Avi dari East Java-Indonesia.
ReplyDeleteSeperti apa rasa susu unta?
Terima kasih foto-fotonya, jadi merasakan vibes di sana juga. Umrah memang sangat berkesan dan membuat rindu baitullah.
Salam kenal bunda 😊
DeleteRasanya manis2 sikit berbanding susu kambing
Ok lah kiranya susu tu dah diproses dan dibotolkan. Akak ingatkan susu unta yang raw lepas perah huhu
ReplyDelete