22 Jun 2026

Yogyakarta here we come - tiba di basecamp Prau

 

30 Mei 2026 - Sabtu

Haritu aku ada cerita pergi mendaki gunung Prau dan Merbabu. Boleh baca entry teasernya disini --> Misi mendera kaki - Jom teka gunung

Flight kami pukul 3.30 pm. Walaupun sampai airport pukul 1 pm, tetaplah kelam kabut dan kena berlari nak pergi boarding gate. Ini semua gara-gara lunch macam mak leha, pastu kelam kabut solat dan jadi antara passenger last call sebelum gate ditutup wahaha.

Avani Sepang Gold Coast from above

Perjalanan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Yogyakarta International Airport (YIA) memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Ini merupakan kali ke-4 aku ke Indonesia, tapi pertama kali menjejakkan kaki ke Yogyakarta.

Jogja ni terletak di Jawa Tengah dan kaya dengan keindahan alam, especially gunung ganang. Dari atas flight lagi dah boleh nampak beberapa gunung dan jadi excited pulak memikirkan nanti nak hiking kat salah satu gunung tu!

Tak sure gunung apa. Rasanya macam Gunung Slamet melihat pada bentuknya
Ni pun tak sure gunung apa, Saya tebak Merbabu lah :p
Cantiknya Jogja! Tanah subur penuh kehijauan dan dikelilingi bukit bukau
Touch down at Yogyakarta International Airport 6 pm waktu tempatan

Sebelum masuk Indonesia, kami dah isi arrival card di website All Indonesia. Nanti sampai sana tu hanya scan barcode yang diberikan melalui email. Ambil bagasi, pastu terus ke pintu ketibaan untuk berkumpul.

Airport dia dari luar pun dah lawa gais!

Seperti yang aku beritahu dalam entry teaser haritu, kami 6 orang ni kena scam dengan agent. So bulan April tu terpaksa cari backup plan sebab memang nak naik jugak Merbabu tu.. Kena tambah duit lebih sikitla dari bajet asal..

Ada peserta yang kena scam sama macam kami ni, ajak join trip DIY kawan dia (Akmal). Kebetulan Akmal and the gang pergi Merbabu tarikh sama macam kami, 30 Mei - 2 Jun. So tanpa berfikir panjang, kita selit jelah trip diorang ni.

Trip ni under Raung Trip Indonesia (guide lokal sana). Akmal yang akan keep in touch dengan guide, uruskan pembayaran, arrange transportation, makan minum semua lah. kami letakkan sepenuh kepercayaan pada Akmal untuk uruskan trip kalini dan harap beliau pun bukan scammer lah hahaha!

Bergambar dengan line up yang ceria! Mostly diorang ni is Sabahan
Deco yang diperbuat dari rotan. CANTIK!

Oh lupa nak bagitau, plan asalnya adalah akan naik gunung Merbabu, kemudian baru Prau. Tapi tarikh 31 Mei tu slot Merbabu dah penuh pulak, terpaksalah ditukar ke 1 Jun. So kita naik Prau dulu lah buat panas-panas badan.

Manjang diorang ni bukak lagu group Hindia sampai aku pun cucuk langit sekali

Aku ingat van akan bawak kitorang pergi makan, rupanya bawak pergi Eiger. Pehh, awal lagi dia dah hasut untuk shopping ekk. Adik aku beli backpack 30 litre dengan harga Rp.700.000 (which is aku rasa berbaloi). Pastu kalau beli barang melebihi 800 ribu, dapat diskaun 100 ribu.

Rasanya geng kitorang yang paling sakan membeli kat Eiger ni. Diorang yang lain beli benda kecik-kecik je.

Mereka yang sakan bershopping. Iolls takde rasa nak mengeluarkan duit lagi time ni :p

Lepastu kami makan kat kedai Sate Bang Jo dengan tagline nya, Kambing Muda- Lebih Menggoda. Tibehhh!

Aku order sate kambing porsi besar. Ingatkan ada nasi impit ke, kuah kacang ke. Rupanya makan kosong gitu je. Ada disediakan nasi free flow, tapi malaslah nak makan nasi malam-malam ni. Pastu bising tak kenyang sebab satenya pun kecil je.

Tapi sate sedap, juicy dan lemaks! Tak cukup order 10 cucuk

Kami singgah Indomaret untuk beli bekalan. Kemudian terus gerak pergi ke Basecamp Prau, kira-kira 3 jam perjalanan.

Mind you, masa naik van tu hampir pukul 11 malam. Lepastu pukul 2 pagi dah kena ready untuk hiking Prau. Korang rasa macam mana aku nak tidur dalam van tu dengan penuh ketidakselasaan? Dapat lelap mata sejam je you allzz.

31 Mei 2026 - Ahad (1.30 am)


Sampai je basecamp  terus letak barang, gosok gigi, cuci muka, tukar baju, pastu siap-siap untuk beratur naik ojek. Mandi? Tak mampu nak mandi sebab cuaca sejuk sangat. Dah alang-alang memang nak peluh busuk pun, mandi after balik nanti jelah haha. 

Anyway, aku ingatkan basecamp dia macam kat Rinjani, which is disediakan satu bilik untuk 2 orang, ada katil, ada personal toilet. Rupanya tidur bergelimpangan kat lantai dan kena sharing toilet. Agak takde privacy, tapi begitulah style basecamp di Jawa Tengah.

Ni kalau tidur 20 orang kat sini, memang tak muat beb!
Suasana dari luar basecamp

Selain rumah tumpangan untuk berehat, sini juga ada disediakan fasilities surau, kedai makan, kedai cenderahati. Di sekeliling area ni penuh dengan tanaman sayur, kebun penduduk tempatan. 

Sebelum naik Prau boleh makan-makan dulu

Jumlah pendaki pada hari itu sangat ramai, which is 3000 orang! Kebanyakan pendaki memang memilih untuk naik ojek bagi menjimatkan tenaga. Selain tu, dapat jimat 2 jam perjalanan dari pondok permit ke Pos 2. 

Gunung Prau ni ada beberapa jalur pendakian, dan kami naik via Patak Banteng. Ia adalah yang paling popular sebab mudah untuk akses ke basecamp, dan merupakan salah satu jalur yang paling cepat untuk sampai ke puncak Sunrise Camp.

Tiket ojek waktu pagi untuk seorang
Sangat macett

Pastu beratur lah kami kat luar sejuk-sejuk tu selama 2 jam dengan suhu 6 celcius. Dia punya lama Q tu sampai azan subuh pun dah berkumandang.

Oleh kerana manusia sangat ramai, kami kena naik ojek ni 2 orang sekaligus. I swear to God, nyawa dah dihujung tanduk dah waktu ni. Aku taulah mas-mas ojek ni bawak motor cam onggile, tapi tak sangka segila ini! The view was pitch black, jalan sempit. Tapi dia punya press minyak tu macam kita ni ada 9 nyawa. Sumpah brutal dan scary..

Sempat record video untuk 5 saat je, pastu terus simpan sebab takut melayang phone guwe.

Walau dalam keheningan subuh yang gelap, tetap cantik cuy!

Next.. Kita akan mula mendaki gunung Prau. Anggaran untuk sampai ke puncak ni dari pos 2, sekitar 2-3 jam. Tu pun kalau tak banyak berhenti lah...

To be continued


44 comments:

  1. Weyh..nak naik gunung pun macet... Terbaik la mazni n team..hikers kental ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertengahan tahun ni cuaca cerah. Itu yg ramai orang naik gunung sampai jem jadinya 🤣

      Delete
  2. Gambar last tu macam poskad! Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelap2 pun cantik. Bila dah cerah bertambah lawa!

      Delete
  3. KakCie ni naik bukit pun mengah apetah lagi nak mendaki memang pengsan terus agaknya. Hahaa. Hebat betul Mazni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung prau antara level2 santai. Trek dia tak memenatkan sangat hihi

      Delete
  4. Boleh eh hiking pun macet 🤭 Tapi memang nice teruk view Gunung Prau ni.

    Baca pun scary tang naik Ojek tu. Alhamdulillah semua selamat. Take care, Mazni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3000 orang yang naik haritu. bercinterr que nak naik ojek xD

      Delete
  5. KSarie memang salute dengan orang yang minat hiking ni. Baca pengalaman Mazni naik ojek pun bikin berderau darah KSarie. Mujur Mazni ni orangnya come lote boleh muat naik ojek 2 orang sekali. Kalau KSarie dia caj untuk 2 orang tapi sorang sebab bulat naw. Yogjakarta ini memang cantik kan. Ramai betul 3000 orang hendak mendaki Gunung Prau. Tak sabar hendak tunggu cerita berikutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya yg duduk belakang tu rasa nak tercampak kat atas ojek tu. masa balik kami balik sorang2 je sebab merisaukan hahaha.
      memang ramai!

      Delete
  6. Nice view esp the last photo 😍
    Ramai bebeno ye... Semua gagah perkasa, larat naik gunung hehe

    ReplyDelete
  7. gmbr semua cantik. kagum la dgn geng2 hiker sbb hobby gini memang memerlukan survival mode yg sgt tinggi! waa suhu 6c yer..mcm winter kat europe/jepun dah tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suhu sejuk time subuh2. start pukul 8 am tu saya dah cabut jaket haha

      Delete
  8. Your photos are beautiful. Thank you so much for sharing your journey.

    ReplyDelete
  9. cantik view gunung di sebalik awan..deco rotan tu menarik

    ReplyDelete
  10. Gigih ye semua pendaki2 beratur sampai Subuh 😅 Ya Allah, pengalaman menaiki ojek di Indonesia mmg takkan dilupakan sampai bila2 🤣 mmg klu tak berpaut kuat2 mau terpelanting ke belakang kita dibuatnya hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, tak expect kena Q lama sampai 2 jam. guide kitorang pun cakap haritu memang ramai giler xD
      kawan saya duduk blakang mcm nak terloncat katanya

      Delete
  11. Gigih kome, nak naik gunung. Dengan tak cukup tidurnya. Dah beberapa blog kawan-kawan blogger cerita ojek semua bawa laju giler.

    ReplyDelete
  12. Frequent traveller tu.. flight jam 3.30, sampai jam 1 masih sempat lunch lagi 😁.
    Seram pula baca tagline sate kambing tu hehe
    Kiranya yang beratur tu tunggu ojek lah kan... ramai betul sampai 3k orang nak naik Gunung Prau.
    Dengan 1 jam je tidur... memang jiwa kental hiker ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan frequent, ni tak pandai manage masa hahaha!
      tagline dia sungguh sesuatu :p
      ikutkan saya nak tidur jelepas sampai basecamp tu. kepala pening2 lalat dah hahaa

      Delete
  13. Tidur dalam perjalanan tu kira macam tak tidurlah. Kalau akak dah pening lalat, dengan tak tidur proper lepas tu pukul 2 pagi nak hiking. Memang tak mampulah 😅

    Adeh..seram la baca pengalaman naik ojek ke atas tu. Memang tak berani la nak pegang hp, fokus berzikir 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak rasa macam tidur pun. sakit badan xD dengan sempit berhimpit-himpit, barang letak kat kaki hahaha

      Delete
  14. Cerita bab sate yang sedap tu saya pula yang terliur.
    Hebat cabaran bagi pendaki-pendaki. Kena kuat mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  15. Wahhhhh kalah betul ni saya dengan Mbak Mazni. saya yang hari-harinya di Indonesia saja, belum pernah menjajaki kaki di Gunung prau. Terakhir saya hanya bisa ke Gunung Ciremai saja, itupun tahun 2012, dan berangkatnya bohong ke orang tua. (maafkan ya)

    Next coba ke Semeru mbaaak. Biar macam film 5CM yang dulu sempat populer disini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya orang dekat memang tak sampai lagi. saya yg jauh di malaysia ni sampai dulu :p
      semeru dalam list juga. tapi baru2 ni dia meletus kan.. takut pula

      Delete
  16. Cantiknya view dari dalam flight nampak puncak gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kann. excited pulak nampak puncak2 gunung tu

      Delete
  17. Ya Allah sampai sana terus mendaki. Hehe ingatkan ada tidur di hotel ke baru bertolak keesokannya mendaki gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya tidur dulu. tapi sebab sampai lewat kan huhu

      Delete
  18. berani betul 2 jam sblm fly baru tiba airport
    sy dah penah kn sekali ckp las hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai airport terus settlekan luggage, pastu rasa santai sikit.
      tapi tula, terlebih santai sangat sampai makan mcm mak leha hahaha

      Delete
  19. boleh lena ke tu tidur ramai2 dgn org lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. melihatkan kepadatan basecamp prau ni, saya rasa tk dpt tidur dengan selesa kot. tapi kat BC merbabu dpt tidur nyenyak even bercampur2 hahaa

      Delete
  20. Fuh, baca bab naik ojek berteman waktu subuh tu pun dah boleh ikut berderau darah! Berani betul mas-mas ojek tu bawa dalam gelap pekat. Tapi gambar last tu memang lawa sangat, macam poskad! Tak sabar nak tunggu sambungan cerita mendaki pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk kawan2 saya yg tk pernah naik ojek ni, dorg sedikit terkezutt hahaha

      Delete
  21. Mazni, koreksi sedikiiiit saja ya 😉, Jogja ini bukan terletak di Jawa tengah sebenarnya. Jadi Jawa tengah itu salah satu propinsi di pulau Jawa. Dan Jogjakarta itu propinsi juga. So, dia berdiri sendiri, tidak masuk dalam Jawa tengah.

    Tapiii memang dekaaat lah, makanya sering dikira masuk dalam Jawa tengah , padahal tak 😁.

    Uwaaaaaah cantiiiik view dari atas yaaa. Krn selama ini saya ke Jogja selalu via darat. Naik mobil atau train. Pernah 1x naik pesawat, tp malam. Jadi memang tak kliatan apa2 😅. Itupun landing di bandara lama. Bandara yg Mazni turun, itukan bandara baru. Saya blm pernah samasekali.

    Eiger fav saya juga kalau nak cari ransel traveling, sepatu winter pun saya cari di Eiger 😁.

    Aiiiih tagline si bang Jo yaa, 😅. Tapi sayang lah kalau kecil potongan. Biasanya sate sana pakai lontong atau nasi impit. Sedang habis apaa.

    Lihat tempat istirahat di Basecamp, memang saya tak mampu juga utk tidur 🤣🤣.

    Terkejut baca ada 3000 yg mau naik 😱😱🤣🤣. Aiiiih apasal mereka ramai2 tuh 😅😅. Ada something nak dirayakan di bulan itu apa ya?

    Kalau ojek, wassalam aja Mazni 🤣🤣🤣. Saya dah hapal dengan kelakuan ojek di daerah pegunungan Indonesia 🤣🤣. Saya rasa memang nyawa mereka 9 😂😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahh betul juga tu, my bad. sebab haritu tour guide kami ada cerita Jogja ni dipanggil Daerah Istimewa Yogyakarta. mungkin sebab tu dia berdiri sendiri ya?

      oh bandara baru ke, patut cantik semacam! suka sebab banyak hiasan bercirikan jawa. pastu ada patung tokoh2 sejarah masa kami otw nk masuk ke boarding gate.

      haha kalau naik gunung, memang harus ketepikan keselesaan. tidurlah atas lantai dengan sleeping beg je xD memang ramai masa kami pergi tu sebab cuaca tengah tahun memang cantik utk mendaki!

      nyawa mas ojek 9, habis yg dibonceng ni 9 jugak ke hahaha seriauuu saya!

      Delete
  22. Akhirnya menjadi jugak plannya kan. Sedih betul kena tipu dengan scammer tu. Tak selamat hidup scammer tu aniaya orang. Macam tahu-tahu je orang nak shopping kan. Shopping dulu baru makan. hihi..
    Uishhh ramai betul pendaki tu. Mas mas ojek tu dah hari-hari ride tu yang menggila bawa motor. Tapi the view memang ohsem lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah dapat ke tak duit kitorang ni...
      Haha tulaa awal lagi dah racun shopping tauu!

      Delete

Nak komen apa? silakan~