Sambungan dari --> Umrah Wajib - Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram
8 Disember
Masuk hari kedua di Makkah, kami akan berziarah di beberapa lokasi sebelum buat umrah kedua pulak. Aktiviti ziarah haritu adalah melawat tempat-tempat ketika melakukan ibadah haji seperti di Arafah, Mina' dan lain-lain. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu di Jabal Thur atau Gua Thur untuk tengok apakah sejarah di sebalik tempat tersebut.
Gua Thur terletak kira-kira 4 km dari selatan Masjidil Haram serta mempunyai ketinggian 458 meter dari aras bumi. Permukaan gunung ni jenis berbatu dan memerlukan masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke atas.
Di Gua Thur inilah Rasulullah dan sahabat baginda, Saidina Abu Bakar bersembunyi selama 3 hari dari ancaman Quraisy. Ketika sedang bersembunyi, pihak Quraisy terdengar bunyi cicak dari arah gua tersebut dan beranggapan bahawa di dalamnya ada orang sedang bersembunyi.
Namun mereka berpatah balik lepas nampak sarang labah-labah serta burung merpati yang tengah buat sarang di hadapan pintu masuk gua tersebut. Maka Rasulullah dan Saidina Abu Bakar selamat daripada ditangkap oleh kaum Quraisy. Mereka pun meneruskan perjalanan ke Madinah.
Kalau ikutkan perisitwa di Gua Thur ni, ada banyak hero di sebalik tabir yang membantu persembunyian Nabi. Antaranya;
Ali bin Abi Talib - menukar tempat tidur dengan Nabi Muhammad sebelum baginda keluar dari rumah
Abdulullah Bin Abu Bakar (Anak lelaki Abu bakar) - memberi khabar dan berita terkini dari Makkah
Aisyah & Asma (2 orang puteri Abu Bakar) - menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka setiap waktu petang
Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. (sumber : Wikipedia)
Lepas selesai lawat Jabal Thur, kami meneruskan ziarah ke Arafah pula.
Seperti yang semua sedia maklum, padang Arafah merupakan lokasi yang sering sesak ketika musim haji kerana jemaah perlu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Pentingnya ibadah ni sampaikan Nabi bersabda ,"Haji itu adalah wukuf di Arafah" yang bermaksud tidak sah haji tanpa wukuf.
![]() |
| Matahari kata - hello sunshine~ |
![]() |
| Batu-batu yang orang selalu letak kat cincin, loket |
| Bendera Andalusia kami yang paling tinggi dalam banyak-banyak group :p |
![]() |
| Rangka khemah yang cuma guna time musim haji je |
![]() |
| Cam biasalah, sana sini mesti ada aiskrim :p |






Sejuk tekak dapat pekena aiskrim tu. Macam2 jenis baru permata.
ReplyDeletepanas2 memang seronok makan aiskrim hehe
Deletealhamdulillah. travel yg penuh dgn ibrah pastinya. aiskrim tu cute sgt sbb warna warni..moga2 MZ ada rezeki repeat ke sana...later2 one sweet day...aamiin
ReplyDeletekalau pergi umrah tak sah tak dibawa kesini kan?
DeleteKalau hari wukuf, Jabal Rahmah tu tak nampak dah, dipenuhi jemaah berihram, nampak putih je subhanallah mmg epic pemandangannya.
ReplyDeletetula, tengok gambar kat google je bukit tu terus jadi putih dgn jemaah!
Deletebab ziarah luar ni mmg best...aiskrim tu best sbb colorful kon nya
ReplyDeletedpt dapat gambaran musim haji hehe
DeleteSemoga kita dapat kembali ke Arafah, untuk tunaikan haji pula. 🤲 Seronok baca cerita Mazni, sebab dapat imbas kembali kenangan akak masa di tempat sama.
ReplyDeleteaminnn paling keras! menggamit nostalgia kan
DeleteBeautiful photos. ❤️ Thank you so much for sharing this lovely tour.
ReplyDeletethanks for reading linda <3
Deletemasing-masing rambang mata ke tu tengok batu warna-warni? hehehhe
ReplyDeletecantik2 kaler dia! nak beli, tpi rasa mcm tktau nak guna utk apa hahaha
Deletemudah-mudahan kita juga berpeluang berdoa pada hari arafah di tempat yang sebenar... aminnn
ReplyDeleteaminn!
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Allah untuk sampai ke tempat ini lagi.
Aminn. Semoga kita berpeluang ke sini lagi
DeleteMesti beli aiskrim kan..subahanallah ..
ReplyDeleteItu dah macam trademark kat mekah dah. Wajib aiskrim!
DeleteSaya ingat khutbah nabi di buku ahadiat akashah yg ttg PESURUH. Memang sedih baca part itu.
ReplyDeleteDulu pas kesini, saya dan suami lebih milih melihat2 barang jualan di bawah drpd naik ke atas 🤣. Tak sanggub rasanya.
Sedih kann..
DeleteHaha ramai orang kat atas tu. Ustaz pun cakap tak payah laaa naik, takde pape pun atas tu 🤣
Betul jugak pasal lebih mustajab berdoa kat depan Kaabah tu....
ReplyDeletesebab ada sesetengah org percaya kalau doa kat sini boleh dapat jodohla, apalah.. belum citer yg buat benda2 khurafat lagi
DeleteComelnyaaa kaler eskim.. Suka Faa baca entry berkenaan tanah suci. Semoga boleh jejakkan kaki ke sini satu hari nanti, amin.
ReplyDeleteColorful kan!
DeleteAminnn
Semoga ada rezeki untuk jejak kaki ke sana. Panjang umur selalu supaya dapat pergi ke sana berkali2. Aamin!
ReplyDeleteHehe amin paling kerasss!
DeleteDahulu panjat juga Jabal Rahmah itu. Kiranya Mazni tak panjaf eh?
ReplyDeleteHehe berwarna-warni kon aiskrim itu.
Haah tak panjat sbb kitorang tak lama pun kat sini hehe
DeleteRindu Arafah... Moga diizinkan ke sana lagi.
ReplyDeleteAminnn
DeleteEh gambar terakhir tuh paling menambat hati sebab dia colourful😋
ReplyDeleteCute kann 🤭
DeleteAkak doa dekat sini la untuk adik bongsu dapat jodoh orang Singapura. Balik dari umrah, masa raya tu dia bagitau tengah berkenalan dengan jejaka Singapura. Hujung tahun lepas dah selamat nikah dan jadi isteri orang Singapura 🤭
ReplyDeleteWahh alhamdulillah rezeki. Ni antara testimoni yg berjayala ni? Heheheh
DeleteHaha ye la kot. Tapi semuanya atas izin Allah semestinya 🥰
DeleteMasa kami ke sini, pintu pagar tutup sebab dah mula persiapan terima jemaah haji. Jadi tengok Jabal Rahmah dari kejauhan jelah.
ReplyDeleteOhh takde rezeki.. arafah ni memang banyak benda perlu diselenggara
DeleteSuka baca entri ni! Betul sangat cakap ustaz tu, kadang-kadang kita ni asyik terfikir pasal nak doa jodoh kat Jabal Rahmah, padahal ruang terbaik dan paling mustajab ada depan mata je kat depan Kaabah. Bab aiskrim tu memang tak boleh tinggal eh, kat mana-mana pun mesti nampak haha. Semoga dipermudahkan urusan umrah seterusnya
ReplyDeleteaiskrim dimana-mana saja sampai ustaz cakap orang mekah ni memang suka betul dgn aiskrim hahaha
Deletesemoga satu hari saya dapat jejak kaki kesini. aamiin x
ReplyDeletehttps://www.everydayereen.com
aminn!
DeleteKalau beli batu kecik tu ok la. Kalau shopping benda besar jenuh la kan....
ReplyDeletememula ingat nak beli batu tu. pastu fikir jap beli atas keperluan apa. last2 tak beli pun hahaha.
Deletedengan harga batu tu, saya boleh beli seketul shawarma
jumpa serbuk hijau tak kat arafah tu? ihiiii~
ReplyDeletealamak serbuk hijau apaa? tak perasan xD
Deleteaissikirimmmmm aisssikirimmmmm~ terus teringat lagu kat tiktok tu ehehehe
ReplyDeletealamak tak tau trend hahaha
Delete