6 May 2026

Short trip to Sekinchan

Cuti hari pekerja baru ni, kami saja jalan-jalan pergi Sekinchan dan menginap satu malam. Nak pergi bercuti luar dari Selangor, rasa semua tempat jem dan tak berbaloi nak drive jauh. Tu yang akhirnya membawa ke Sekinchan je, 3 jam dari rumah.

Sebut pasal Sekinchan je, mesti dalam kepala ni ingat sawah padi, pastu ikan bakar. Honestly percutian kami ni sekadar jalan jalan cari makan jerr sebab taktau tempat yang menarik kat sini.


Gerak dari rumah pukul 9 pagi pada hari jumaat. Sampai sana hampir pukul 12 tengahari, pastu terus pergi lunch. Singgah Restoran Abah Bonda Ikan Bakar sebab aku dari haritu lagi nak makan ikan bakar. Masa sampai tu tak ramai orang, selang 10 minit dah duduk, eh hampir penuh pulak kedainya.


Aku order ikan cencaru bakar sambal (RM13) makan dengan nasi dan ulam je. Abah kata kenapalah tak order ikan merah ke, pari ke. Ni pergi order ikan budak asrama yang murah tu. Hahaha iolls is okay je makan ikan murahan asalkan dia ikan bakar, terus jadi sedap :p

Beli coconut shake drive thru. Harga RM8 cup besar

Lepas makan, check in homestay dan tidur je. Pukul 5 petang baru keluar rumah dan pergi jalan-jalan, sekaligus cari tempat untuk makan malam. Punyalah plan nak pergi main basikal kat tepi sawah la, pergi ladang tebu lah, pergi pantai lah.. Last-last bergambar kat tepi sawah je.

Masa ni memang sawah tengah cantik menghijau, ada juga yang dah menguning. I don't know much about padi ni, tapi kalau dah kuning maksudnya boleh dituai la kan? Kitonya tahu nak bergambar je, ahakss!

kalau dah masak nanti, bakal dihidangkan di atas pingganku :p

Lepastu nak singgah Pantai Redang, the only pantai dekat Sekinchan ni. Bila sampai sana, ya ampunn banyak gila kereta sampai takde tempat parking! Tambah pulak kat situ ada tokong, so mereka ada buat sembahyang something kot, sebab ramai orang kat tokong tu.

Kami pun cancellah pantai ni dan mundar mandir taktahu lah nak pergi mana lagi. Kalau ikutkan kat Kuala Selangor ni ada Pantai Cermin, tapi yang itu perlu sewa bot dan sesinya pula dibuat waktu pagi je. Itu kena datang next time pulaklah.

Nampak bot-bot nelayan sebelum sampai ke Pantai Redang

Dah tak tahu sangat nak pergi mana, terpaksa lah cari jugak kedai makan walaupun masih kenyang dengan makanan tengahari tadi.

Untuk dinner, kami makan di restoran Abah ikan bakar if tak silap..  Malam ni nak try mentarang pulak sebab sepanjang jalan yang kami lalu, kemain banyak banner mentarang bakar sampaikan aku curious apakah menatang mentarang tu?

Mentarang bakar 2kg (20 pcs) - RM70

Ini mentarang. Ia merupakan sejenis haiwan cengkerang seperti lala, kerang, siput, etc. Isinya agak besar dan sedikit kenyal. Macam makan oyster, tapi rasanya lebih manis. Nak kata macam makan siput pun iye jugak. 

Lagi sedap bila dicicah dengan cili kicap tu. Kalau datang Sekinchan, bolehlah try makan mentarang ni!

Ikan siakap tiga rasa - tak ingat harga sekor
Sotong saiz besar ambil 3 ekor - RM117. Masak goreng tepung dan salted egg

Hurmm total harga makan semua ni, RM360 weyhh, sumpah mahal! Walaupun kat sini kaya dengan makanan laut, tapi restoran punya markup harga kawkaw betul! Padahal rasa makanan dia biasa-biasa je, sedap lagi seafood yang aku makan kat Sabah 3 tahun lepas.. Dahlah servis lambat, sejam tunggu makanan baru sampai. Aku banned kedai ni next time.

------------------------------------------------------------------------------------

Pagi esoknya lepas subuh, keluar rumah untuk pergi pasar awam Sekinchan sebab nak beli haiwan laut! Hasil laut yang dijual memang fresh dan harganya of course lah lebih murah dari pasar kat rumah aku.

Mari kita tengok harga seafood sini mahal sangat ke sampaikan kena cas RM360 makan kat restoran semalam? Aku bitter tauuu!


Kami beli ketam (RM24 sekilo), sotong (RM15 sekilo), ikan bawal (RM26 untuk 2 ekor), ikan merah, kerang (RM15) dan Mentarang (RM15 sekilo). Haha yang mentarang tu, kita makan kat kedai malam semalamnya kena RM70, beli kat pasar 2 kilo dapat RM28 je nokk. Gila banyak bezanya!

Lepasni kalau datang Sekinchan, idokler nak makan kat restoran. Beli je makanan laut kat pasar, pastu masak sendiri.

Sarapan pagi di warung tepi sawah
Lempeng cicah sambal bilis dan nasi lemak

itu jelah kisah percutian ringkas 1 Mei baru ni. 

60 comments:

  1. Jangan pegi subuh2 kat bot nelayan tu... nanti nampak orang mandi bogel je kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahaha nasib baik tak lalu situ time subuh2

      Delete
  2. Walaupun boleh kata laluan kak Linda balik kg dulu² tu...tapi, kak Linda pun tak pernah makan mentarang...
    Beli kat pasar memang murah banyak, kalau balik kampung.. kita bawa esbox, sebab nak letak lauk² dalam tu, bawak balik bandar ..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula harga sebuah kemalasan kan.. beli kat pasar 2kg rm28, makan kat kedai rm70. Padahal bakar biasa je pun huhu

      Delete
  3. Ika budak asrama la sedap hahahaa.. senang makan tak byk tulang.. seronok kalau ke sekinchan time padi tngh cantik tunduk macam tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula saya suka bila dia bakar sambal camtu! Kalau masak biasa2 mungkin tk minat kot heheheh

      Delete
  4. Mentarang tu istimewa sebab tak semua tempat ada, cuma di pantai berselut. Pertama kali akak makan mentarang di Perlis.

    Seram dengan harga mentarang dan sotong besar di restoran tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see. Patutla banyak betul org jual mentarang kat sekinchan ni!

      Hrga seafood memang seram 🤣

      Delete
  5. Bestnya tengok sawah padi. Teringat kampungku indah nun di sana 🎶🎶🎶

    Best dapat beli seafood fresh. Murah banyak dari tempat kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puashati bila beli seafood kat sini! Murah banyak sangatt 🥹

      Delete
  6. sedapnya tgk menu siakap ngan salted egg sotong tu...laparrr hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siakap tu okay, sotong salted egg tu je manis sikit kuahnya

      Delete
  7. akak scroll laju2..kang teringin anak tekak ni masalah plak...Haha! Setuju sangat, ikan cencaru bakar cicah air asam/sambal memang 'soul food' walaupun digelar ikan budak asrama. Janji fresh, memang bertambah nasi! Gambar kat sawah tu pun cantik sangat, kena betul timing padi tengah menghijau..akak pi hari tu sawah kosong..x cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seafood ni kena jaga2 makan jela, boleh kena gout 😅 tula rezeki dpt tgok sawah padi menghijau. Masa raya haritu katanya padi tgh tak lawa

      Delete
  8. Wah terkejut saat melihat ada Horshoe Crab, atau kalau di Indonesia biasa disebut Belangkas.
    Dijualbelikan untuk makanan juga kah? Ku penasaran rasanya seperti apa, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun panggil belangkas juga. Saya pun tak tahu sesuai masak macam mana... Nak siang dia pun macam susah cuyy

      Delete
  9. Saya pun suka ikan cencaru bakar.
    Mentarang tu waktu di kampung dulu, kami cari sendiri berkarung di Pantai Jeram. Balik rumah, rebus dan makan cicah air asam. Sekarang, harga kayangan sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya boleh cari sendiri je. Mentarang ni mmng sesuai bercicah dgn sos2 yg masam sbb rasa dia plain

      Delete
  10. Mahal jugak makan2 kat sana ya.
    Elok beli barang basah pastu masak sendiri lagi jimat.
    Tapi kalau nak buat rasa² tu boleh la sesekali..nak repeat memang idok ler kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time pergi lagi takdela nk makan kat kedai daa 🤣

      Delete
  11. kusss semangat tgk harga mentarang tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps pergi pasar dan tgok harga sebenar mentarang tu terus rasa murung sbb jauh gila perbezaan haha

      Delete
  12. org sana tahu kot kite ni bukan penduduk sekinchan. rasa harga2 tu mcm menekan-nekan.
    yap better gi pasar then msk sendiri. puas hati. sedap ke tak blkg cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa cmtu. Tapi ada je kedai yg okay. Makan kat abah bonda ikan bakar tu, okay je harganya. Cuma saya order ikan jaket jekan, tktaula kalau haiwan lain camne haha

      Delete
  13. Hahaha memang penangan tengok filem seram ni kadang sampai terbawa-bawa ke rumah 😅 Seronok baca review ni sebab gaya penceritaan santai dan relatable sangat. Lagi-lagi part rasa berdebar selepas habis tengok tu, memang ramai boleh relate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak macam salah komen je ni. Filem seram ni kat entry kak SA kan 🤣

      Delete
  14. Pernah nak singgah Abah Ikan Bakar tu tapi tengok orang kemain ramai, penuh kedai. Berapa orang tu makan sampai RM360.. nampak mahal pulak.
    Pantai Redang tu ada satu pokok besar untuk Chinese buat wish, depa gantung reben merah ada besi bulat kat hujung bawah.
    Lain kali boleh pergi lagi Sekinchan tu.. banyak lagi tempat menarik. Memang depa banyak buat promosi pelancongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan 8 orang jee, tapi rasa mahal betulll walaupun cuma order 3 jenis haiwan laut..
      Ohh haa betul ada diorang gantung reben2 and buat wish kat situ. Nanti hujung bulan 6 nak gi buat family gathering lagi kat sekinchan hehe

      Delete
  15. Mentarang ni kalau perut tak tahan boleh sakit perut kalau yang menyediakan tu tak basuh betul2 sebab banyak lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betull masa makan tu ada rasa lumpur2 sikit huhu

      Delete
  16. Mahalnya makan seafood di Sekinchan. Cantik pemandangan sawah padi kat sana. Cuti Hari Buruh hari tu, mana² memang penuh orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org nk keluar dri kota. Lagi2 time tu kat KL tgh buat rain rave merapu kan hahaha

      Delete
  17. Teringat dulu mak ayah buat sawah padi..begitulah indahnya..zaman tu tak ada apa2 segasla kenangan terkubur begitu sahaja..zaman kini dihujung jari kik ja dapat pemandangan yang indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan tu tetap tersemat di dalam hati :D

      Delete
  18. kat sekinchan tu kan ada kafe kapalterbang viral tak pergi ke., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi la pulak sebab rasa mcm tak menarik pun hahaha

      Delete
  19. Terima kasih share cerita tempat makan di Sekinchan ni sebab LZ bercadang nak pergi dalam masa terdekat.. Abah Ikan Bakar agak famous juga tapi tak sangka harga dia begitu.. Hurrrmmm agak pricey compare to Bagan Lalang atau tempat Mazni makan lunch.. Banyak beza. Apa pun pemandangan sawah padi sangat cantik, tu sebab teringin ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya abah ikan bakar ni ada beberapa branch kot. Yg saya pergi ni nama dia lobster (powered by abah ikan bakar). So technically branch diala kan? Tapi restoran abah bonda ikan bakar tu murah👍

      Delete
  20. Boleh tahan ye harganya, betul2 mark up harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🥲 itulah harga yg perlu dibayar bila mkan kat luar huhu

      Delete
  21. Curious dengan rasa mentarang tu.. Sedap betul makanan ni hasil kamera Mazni. Lapaaarree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pernah makan pepahat, rasa dia lebuh kurang camtu :D

      Delete
  22. Ohhh JD sekinchan ini penghasil padi dan dekat laut ya Mazni? Naaah saya tak habis pikir jika daerah dekat laut, seafood banyak, tp hrg mahal. Krn biasanya murah kaaan.

    Ntah2 Krn terlalu banyak turis kesana, jadi harga pun dah harga turis . Macam Jimbaran Bali 😂. Semua harga foreigners

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau harga makanannya range RM200 gitu, fahamla lagi. ni sampai RM360+ utk 3 jenis seafood huhu..

      Delete
  23. mahalnya u mkn seafood sampai RM360 tuuu!! masa i mkn kat sabah pun baru RM300 siap amik lobster dan ketam!! pantai redang tu tak best mana pun, time i gi sana pun (lama dh, zmn2 lps PKP), memang rasa kurang best sbb crowded dan mcm kotor jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyerr memang mahal! saya gi makan kat sabah haritu pun tk sampai 300 walhal order lobster..
      adala tgok gambar google, pantai redang tu kecik je

      Delete
  24. Bukan berdekatan Sekinchan ni ada pusat pendaratan ikan ke?. Mahal sangat harganya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. camtula harga makan kat luar kan.. padahal beli makanan laut kat pasar tu, murah je..
      cuma rasanya restoran markup tinggi sangat huhu

      Delete
  25. Sotong salted egg sedapnya. Mentarang bakar tu rasa camna ya. Belum pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentarang tu rasa cam siput2 sikit. atau kalau pernah makan pepahat, lebih kurang camtu laa

      Delete
  26. Memang betul2 markup harga tu. Agaknya sebab ramai pelancong singgah makan, dieorg pun ambik kesempatan caj harga tak masuk akal huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu cuti umum hari pekerja pulakk, kawkaw harga dia huhu

      Delete
  27. Wonderful photos. Prices for everything are very high now, it's terrible. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed. even basic thing as food is expensive nowadays

      Delete
  28. Menarik gambar haiwan dalam laut boleh makan enak setelah di masak..

    ReplyDelete
  29. Dasat naw pula harga seafood tuh sampai mentarang RM70. Mentarang tu biasa jumpa di Sekinchan dan Tanjung Karang je. Memang tekan harga ke apa kan? Bertuah betul. Tapi hidupan laut di pasar memang agak murah belah-belah Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan

    ReplyDelete
    Replies
    1. upah memasak dia memang mahal kot.. padahal kita order mentarang bakar je.. takde renyah2 kena masak lama huhu. kalau nk murah, memang kena beli n masak sendiri je

      Delete
  30. best juga sekinchan ni ea. pergi healing sambil grounding syok ni. jogging kat batas sawah, aaa gitu.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~