Sambungan dari --> Niat ihram di Bir Ali dan menuju ke Makkah
Sebelum memasuki masjid, kami diminta untuk bersihkan selipar terlebih dahulu. Aku just lalukan air guna wudhu spray je, kemudian tukar selipar bersih yang khas digunakan untuk tawaf.

Kami masuk melalui gate 79 kalau tak silap, yang boleh direct turun ke Mataf area tu. Kalau boleh masa tu, memang taknak terpisah dari ahli kumpulan langsung sebab sangat ramai orang walaupun hampir pukul 12 malam. Lagi-lagi kita ni first time sampai ke Masjidil Haram.
Sebaik turun ke kawasan Mataf, terus terkedu bila nampak kaabah..
Kaabah sentiasa menjadi impian bagi seluruh umat Islam. Yang selama ni kita lihat di sejadah, di buku-buku, di screen telefon kita, akhirnya dapat lihat langsung di depan mata. Dari zaman sekolah lagi bila tengok je gambar Kaabah mesti terfikir, bilalah nak pergi Mekah ni. Nak tunggu haji, time tu entah hidup ke tak lagi.
Alhamdulillah sebelum umur 30, dapat pun jejakkan kaki kesini.
 |
| Gambar diambil selepas selesai tawaf |
Selesai 7 pusingan tawaf ni lebih kurang sejam. Kemudian buat solat sunat tawaf dan minum air zam-zam sebelum ke tempat saie pulak. Tapi sebelum tu, kita ambil gambar berkumpulan dulu buat kenangan.


 |
| Berjalan menuju ke Saie area |
Kami buat Saie di tingkat paling bawah. Ibadah Saie ni sebagai simbolik memperingati usaha Siti Hajar yang berulang alik di anatara Bukit Safa ke Marwah bagi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail. Starting point bermula dari Bukit Safa ke Marwah, kemudian ulang alik sebanyak 7 pusingan. Walaupun ramai orang, tapi ruangnya tidak terlalu padat berbanding buat tawaf, berjalan santai-santai je~
 |
| Suasana tempat Saie. Ni dari Bukit Marwah lepas dah selesai 7 pusingan |
 |
| Lampu hijau adalah isyarat untuk berlari-lari anak bagi lelaki |
Kat sini, masing-masing berselerak bila dah tiba di lampu hijau. So aku jalan dengan mak dan kakngah. Lepastu entah macam mana, pusing belakang tengok mak dan kakngah hilang dari pandangan. Ah sudahhh, kita sorang-sorang je kat sini dalam ribuan manusia. Pastu jalan jelaa sampai settle 7 pusingan. At last jumpa pun semua ahli group kat Bukit Marwah.
 |
| Orang ramai di atas Bukit Marwah |
 |
| sejuk bila pijak atas nii |
Kami bertahallul selepas selesai Saie. Yang perempuan, pergi area hujung-hujung sikit dan mintak ahli keluarga guntingkan rambut. Alhamdulillah, maka selesailah umrah wajib bagi kami (kecuali mak & abah) sekaligus bebas dari 13 pantang larang ihram.
Ustaz dan ahli group yang lain-lain gerak balik dulu, sementara kitorang tunggu ayah aku yang tak muncul-muncul sejak dari lepas tawaf. Lepas dah berkumpul, yang laki-laki ni nak pergi botakkan rambut, kitorang yang perempuan gerak balik hotel dulu.
Otw berjalan tu nampak kedai aiskrim masih bukak. Mata masing-masing pun masih segar lagi, so kita makan aiskrim pukul 2 pagi. Kebanyakkan kedai di sini memang sentiasa buka je walaupun dah lewat malam. Mekah adalah bandar yang tidak pernah tidur dan tidak pernah sunyi.
 |
| Al Asemah ice cream. Manih leting xD |
Akan bersambung di next entry..
alhamdulillah rezeki dapat jejak kaki ke sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteDengar cite sekarang dekat area Kaabah tu dah takleh selfie macam dulu. Taktahu ler keluar arahan baru
ReplyDeleteSemoga satu hari menjejakkan kaki di sana.. aamin
Haah betul. Peraturan tu start dikuatkuasa utk musim haji tahun ni. Mungkin kena duduk jauh sikit dri area kaabah baru boleh bergambar
DeleteAduh, rindunyaaa 🥹
ReplyDeleteSentiasa rinduu
DeleteMasyallahh.. dah umrah ye.. mabruk
ReplyDeleteIyaa, tahun lepas 😁 alhamdulillah
DeleteSyukur, Alhamdulillah. Pengalaman paling manis kan Mazni, tengok Kaabah depan mata. Akak masa tawaf lagi sudah terpisah dengan ahli group. Ramai sangat manusia, walaupun tengah malam.
ReplyDeleteTergamam masa 1st time nampak kaabah. Hati bergetar, rasa sebak..
DeleteWow kalau kita jadi akak terus gabra agaknya as 1st timer terus terpisah, jehe
Teringat masa pertama kali menunggu saat mata menatap kaabah tu... Memang dup-dap-dup-dap jantung.... Bila dah nampak memang bertakung je air mata....
ReplyDeleteSamala uncle. Sepanjang tawaf tu memang ucap terima kasih kat Allah atas rezeki ni
DeleteKSarie suka baca perkongsian Umrah dan Haji sebab sejuk hati membaca setiap baris cerita dan tengok semua gambar yang dikongsikan. Aiskrim nampak sedap tu
ReplyDeleteSemoga ksarie pun akan smpai sini jugak one day, aminnn!
DeleteKat mekah ni berlambak betul aiskrim, dah macam signature lak 🤣
Ya Allah, merinding rasanya saat melihat foto kabah dari dekat. Hati rasa ingiiin sekali menyusul kesana.
ReplyDeleteUntuk umrah ni butuh fisik yang bugar ya mbak? Sebab sy baca-baca, memang perlu banyak berjalan, bahkan berlari.
Mudah-mudahan setiap dri kita dpt jejakkan kaki ke tanah suci, aminn.
DeleteYess, benar2 perlukan fisik yg mantap. Kami ambil masa sekitar 2 jam setengah utk selesaikan keseluruhan umrah ini
Alhamdulillah, direzekikan buat umrah sebelum umur 30. Bagus buat umrah masa muda lagi, tenaga banyak sikit boleh lagi pergi makan aiskrim lepas selesai umrah. Kiteorg arituh habis umrah je taknak cari apa2 lagi melainkan cari bantal sbb dah barai sangat mata nak tido je! 😂
ReplyDeleteNi baru umrah pun dah tak rasa tapak kaki. kalau haji lagi banyak berjalan..
DeleteHaha kitorg tidur lama dlm bas. Malam masih ada energy, tu yg terus makan aiskrim 😆
Tengok Kaabah di post ni pun dah sebak dada, rindunya.
ReplyDeleteSentiasa rindu..
DeleteAlhamdulillah rezeki Mazni dapat buat umrah pada usia muda, masih lebih bertenaga.
ReplyDeleteHarap2 kalau direzekikan haji, dpt buat pada usia yg sihat
Deletepertama kali nmpk kaabah..speechless...trus berjujuran air mata
ReplyDeleteSpeechless. Rasa masatu semua suara yg riuh tu terhenti..
DeleteAlhamdulillah, tumpang gembira baca perkongsian Mazni. Betul, perasaan bila pertama kali nampak Kaabah depan mata memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata, rasa sebak sangat. Rezeki Mazni dapat jejak kaki ke sana sebelum usia 30, masa tengah bertenaga ni la syok nak beribadah. Aiskrim pukul 2 pagi tu memang healing betul lepas selesai umrah
ReplyDeleteSelama ni tgok kat screen telefon je. Tiba2 nampak depan mata, auto sebak! Aiskrim ni dah macam benda wajib kat mekah. Sana sini jual aiskrim hahaha
DeleteMudah-mudahan dengan izin dan rezeki Allah, dapatlah kiranya nanti berkunjung lagi ke tanah suci Makkah.
ReplyDeleteAminnn
Deletesy x dpt buat sai kat tgkt bawah sbbasa tu laluan ditutup. so byk buat kat tgkt 1 or 2...
ReplyDeleteKadang2 tak tentu jugak masa dia nak tutup tu.. rezeki kami dpt buat yg kat bawah tu
Deletesi ayahnya terputus hubungan ke mcm mn? dpt call dia lps selesai umrah tu?
ReplyDeleteDia jalan laju sangat, pastu call tak angkat2 hahaha. Lps habis saie barulah dpt contact
DeleteYang Bukit Marwah tu memang batuan ye Maz atau ianya ada lah marmar bercorak batu.
ReplyDeleteTu sisa batuan asli dari bukit marwah 😁 pastu batu dia diletakkan lapisan mcm syelek supaya org tkleh cungkil2 structure batu
DeleteDulu tahun 2014, bila selesai umrah terus la melepek kat bilik. Penatnya tu.....
ReplyDeleteLetak je kepala kami terus tidoo
DeleteTeringat segala menjadi ingatan abadi..lazat beribadah kat mekah madinah..luar biasa
ReplyDeleteAlhamdulillah atas rezeki..
DeleteAlhamdulillah atas rezeki..
DeleteAlhamdulillah, rezeki Mazni jadi jemputan Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSaya sukaaa sangat eskrim di sana. Saat itu banyak kali kami beli eskrim juga 😄.
ReplyDeleteSaya pertamakali liat Kakbah, ntah kenapa tak menangis waktu itu Mazni.. mungkin saking capeknya... Baru menangis saat beberapa hari kemudian, ketika bisa pegang langsung Ka'bah. Baru berurai air mata...