Sambungan dari --> Temple of Heaven
6 April 2025
Hari kelima di Beijing, kita nak pergi tengok bunga-bunga sambil berbusana raya. Awas ye, entry kalini akan ada banyak gambar bunga untuk ditatap oleh you all muahaha! Saya tahu kat sini ramai peminat bunga kan?
Untuk kesini, kami book Didi Ride dari hotel sampai ke depan entrance Park. Sejak-sejak dah pandai guna DiDi ni, tak kosser lah nak naik train lagi. Jimat tenaga dan tak payah berjalan guna kaki sendiri. Naik DiDi saja pun dah hampir 30 minit, if travel by train berapa jauh pulak??
 |
| entrance masih tak ramai orang lagi yihaa |
 |
| tiket masuk cuma 10¥ je |
Sampai di Yuyuantan Park tu pukul 7.30 am. Target nak berjalan kat sini sampai tengahari sebab maklomlah, first time merasa musim spring kan. Pakai baju raya pulakk, mestilah nak berphotoshoot sakan! Family aku yang lain gigih sarung baju sejuk. Meanwhile i sanggup bersejuk-sejukan sebab nak tayang baju raya tau.
Biar orang local sini terkesima melihat gadis melayu ayu berbaju kurung. KAH!
 |
| masuk masuk je disambut oleh bunga-bunga yang comel! |
 |
| maps of Yuyuantan Park |
Yuyuantan Park mula dibuka pada tahun 1960. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 137 hektar, dimana 61 hektar daripadanya adalah air. Ada 2,000 pokok cherry yang ditanam di sini tau dan that is why, Yuyuantan Park ni dianggap sebagai the best spot to see cherry blossoms in Beijing.
Waktu terbaik untuk lihat cherry blossoms ni adalah pada penghujung March hingga April. Musim spring memang singkat dan kebiasaannya cuma mengambil masa sekitar 2 minggu saja untuk berkembang. Lepas dari tu, tinggal daun jelah.
 |
| campuran 4 warna termasuk langit |
 |
| taman menjadi tempat rekreasi jugak |
Masa tengah tengok group elder ni berjoget. Aku perasan pakcik yang macam AJK kebersihan kat situ senyum-senyum je pandang kitorang. Pastu dia ada datang dekat dan cakap something. Aku rasa dia nak puji baju kitorang cantik kot, haha perasan tak!
Aku bagitau jelah i'm from Malaysia. Pastu muka dia macam excited betul dan cakap 'Malaysia good'!
Tapi bukan nak cakap apalah, sepanjang kat Yuyuantan Park ni kitorang macam spotlight of the day yerr. Semua mata memandang ke arah kami. Ada sorang random lady ni secara tiba-tiba tarik kakak aku sebab nak ambil gambar. Sekali dia nampak kitorang satu family, dia panggil semua untuk masuk dalam frame. Nasiblah kalau muka kitorang viral kat douyin China, haha.
Eh perasan sekali lagi!
 |
| bukti random lady tu ambilkan gambar kami sekeluarga :p |
Friendly betul orang chinese ni. Atau boleh kata perangai selamba pun iye jugak haha. Tapi kami okay je diorang dok ambil gambar. Anggaplah yang diorang suka tengok baju raya kita yang colorful ni.
Apapun, tataplah gambar kami berposing sakan disini yerr!
 |
| central radio & tv tower beijing |
 |
| bunganya, |
 |
| orang di sebalik bunganya. yih! |
 |
| behind the scene |
 |
| the result! |
 |
| satu keluarga di bawah pokok peach blossom! Thanks tripod sebab tolong snapkan gambar, haha |
 |
| sempat bervideo call dengan cucu |
Selain boleh bergambar dengan bunga-bunga. Pelawat pun boleh buat aktiviti air misalnya seperti naik bot. Nampak seronok kalau naik bot ni sebab tasiknya besarr. Puas nak pusing mengelilingi tasik ni.
Kat sini ada jugak restoran, kedai cenderahati dan information center. Kami beli snek ceri yang aku lupa nak ambil gambarnya. Harga agak mahal tapi sedap jugaklah, rasa dia masam-masam manis! Ada jugak jual teh atau makanan yang berasaskan bunga.
Anyway, kan aku selalu kata mak tak larat jalan kan. Surprisingly, kat Yuyuantan ni mak merelakan diri untuk pusing habis-habisan di setiap pelusuk taman ni. Lihatlah penangan bunga ni membuat mak ku semangat untuk berjalan jauh. Dia yang paling excited nak bergambar. Dalam
DSLR tu penuh gambar mak dengan bunga-bunga saja :p
 |
| information centre kot.. tak masuk pun |
 |
| cotton candy yang harganya hampir mencecah RM20! Nampak macam bentuk bunga tak? |
 |
| acik-acik tengah praktis performance arts ke? |
 |
| tak tahu apa nama bunga pink tu |
If datang Beijing pada musim spring, silalah masukkan Yuyuantan ni dalam list sebab berbaloi sangat! Hampir 4 jam kami round-round dalam taman ni. Alhamdulillah, maka complete lah pengalaman aku untuk lengkapkan kesemua empat musim ni. Dimulai dengan
musim autumn di Korea pada tahun 2012, disudahi dengan musim spring di China tahun 2025 yay!
Kami pun book DiDi untuk pergi ke destinasi seterusnya. DiDi yang kami dapat kalini nampak agak mewah dan spacious. Setiap kali kitorang naik DiDi kan, semuanya guna kereta
EV canggih-canggih yang aku tak pernah nampak lagi kat Malaysia. Tak surelah kat sini masih pakai kereta petrol atau tak.
 |
| entah-entah bumbung kereta ni boleh bukak kan? |
Akan bersambung di next entry!
Macam2 bunga hado tu. Mesti orang sana rasa teruja tengok outfit kebangsaan kita segak berbaju melayu dan kurung.
ReplyDeleteTarikan utama mmng aim cherry blossoms je. Baju kitorang yg gegurls ni pulak corak munge-munge. Kena dgn tema melawat taman bunga 😆
Deletesebenarnya depa nak tahu kat mana uols beli baju raya cecantik cam ni... teringin juga nak sepasang dua hahahha
ReplyDeleteHahaha tula pasal 😛 kena datang malaysia beli baju ni
Deleteyg kaki bunga kalau dok layan kat kawasan ni... 4 jam pun tak cukup.... mmg cantik dan menakjubkan
ReplyDeleteNi pun kami tk pusing betul2 sampai hujung lagi. Tpi spot bunga tu kat bahagian2 tertentu. Lain2 tu pokok2 biasa
DeleteLawa sangat taman bunga ni, Mazni. Gambar semua cantik². Mak Mazni la paling happy ye, tengok bunga. Alhamdulillah. Akak tumpang gembira baca cerita travel Mazni sekeluarga.
ReplyDeletePunca mak ikut pegi beijing ni pun sbb musim spring. Kalau tidak, dia mmng tkmau gi sini 😛
DeleteThank you baca kak!
So lawa! Yang tak tahan tu semua sporting ye pakat pakai baju raya. Patutlah orang sana kagum 👍🏻
ReplyDeleteacah2 beraya perantauan.. walaupun masa tu dah raya ke-7 :p
DeleteEh eh eh... good idea la berbaju tradisional tu... Tak terfikir uncle!
ReplyDeleteTime musim raya lah kita tayang baju raya kat orang luar 😜
DeleteMeriahnya bunga pink. Macam taman Hello Kitty.
ReplyDeleteHaah kan mcm taman hello kitty!
Deletecantik bunga2 dlm park ni..bila posing dgn bj raya tu...bole buat ucapan raya di perantauan...dlu akak pernh share gmbr kt london feel2 mcm beraya di perantauan tp tkde la pki bj raya haha
ReplyDeletenak buat ucapan raya, tapi dah raya ke-7 time tu hahaha
DeleteSalam singah, terbangu awal pagi.hehehe ni lah bila Etuza awl tidur terbangun jam 2.00 pagi..klik blog kejap..
ReplyDeletecantik sekali..keindahan bunga di Cina luar biasa..memang tak ada dalam negara kita ni..
Awal cikgu bangun!
DeleteKat negara luar jelah dapat merasa musim bunga camni kan
Beautiful photos. ❤️
ReplyDeleteThank you! 🌸
Deletesaya suka bunga! bestnya dpt posing2 dgn pakai tema baju raya ;)
ReplyDeleteKita gegurlz memang minat bunga kan. Hehe pertama kali raya perantauan gitu. Flex sikit baju raya 🤭
DeleteWahhh cantik sangat semuanya berbaju kurung, di kelilingi pokok dan bunga2 yang mekar. Best..!!
ReplyDeletebaju raya pulak tema bunga2!
DeleteSuka tengok bergambar pakai baju raya di persekitaran bunga warna warni aneka jenis. Cantik semua gambar yang dikongsikan. Boleh masuk majalah ni🥰
ReplyDeletesebab tau nak beraya masa spring, kita belilah corak baju raya berbunga hehe
DeleteCantik ceria gambar 😍
ReplyDeletePengalaman akak pergi China, jarang jumpa orang lokal yang friendly. Agaknya diaorang excited tengok pakaian Mazni sekeluarga, terus jadi friendly 😀
nampaknya camtulah kot kak ujie. atau lagi satu, penjual friendly sebab nak kita shopping kat kedai dia xD
DeletePart mak tak larat nak berjalan tetiba gagah jalan dekat taman bunga tu sama dgn mak saya hahaha! Tapi serius la cantik giler Park Yuyuantan tu 😍 ok nanti nak study blog sis cara2 nak ke China sebab tak pernah lagi ke sana.
ReplyDeletetula, tiba2 dia pulak berjalan laju. hari2 sebelum ni lemah longlai je hahaha.
Deletekena datang yuyuantan park ni kalau pergi musim spring!
Tu dia berpakaian raya di tgh bandar raya Beijing.. mmg terbaik lah boleh menang idol busana keluarga melayu gitu hahaha.. btw mmg cantik view di situ mmg berbaloi..
ReplyDeletesekali sekala acah beraya perantauan hahaha. view memang superb!
Delete