Sambungan dari --> Kopi Payong & Pantai Penarik
Hari ahad, tibalah masa untuk pulang ke Selangor setelah 3 hari menikmati cuti bersambung. huhu mencik!
Ikutkan lepas balik dari Kuala Terengganu hari sebelumnya, petang dalam pukul 3 pm tu kami nak ke air terjun Sekayu. Tapi hujan lebat sangat, so it's a no no lah untuk ke waterfall. Kami tunda plannya ke pagi ni selepas check out daripada homestay. Tapi tanpa mandi kat situlah, sedihhh..
Nak masuk kesini, dikenakan bayaran RM2 seorang. Kanak-kanak pula RM1. Kami datang hari Ahad waktu hari bekerja di Terengganu. So, memang takde orang lah citernya. Nampak sebuah kereta je yang parking kat luar tu. Itu pun masa kami baru sampai, ada group budak laki yang mukanya macam student baru gerak keluar dari hutan lipur ni.
Antara facilities yang ada disini adalah tandas, surau, dewan awam. Kat sini jugak ada beberapa buah chalet untuk menginap. Banyak juga lebih kurang 10-12 buah chalet. Jaraknya dari pintu masuk pun tak jauh mana.
Kalau nak menginap, mungkin perlu buat tempahan melalui website atau whatsapp. Tapi rasanya chalet-chalet kat sini macam kosong je.. Orang lebih prefer untuk mandi balik hari daripada stay kat sini.
Aku datang siang pun rasa sunyi, kalau malam mesti lagi seram kot xD
![]() |
| dewan besar |
![]() |
| ada pokok-pokok yang ditulis dengan nama saintifik jugak |
Di sepanjang jalan tu, ada je air sungainya. Tapi kami saja nak pergi bahagian belakang sikit, sebab biasanya belah hujung-hujung ni lagi cantik. Lagipun bukanlah jauh mana. Straight je berjalan kaki dari pintu masuk. Tak sampai 1km menapak, dah sampailah.
![]() |
| nampak jernih betul airnya! |
Bila langsung takde orang kat sini, memang sakanlah bergambar tanpa ada kelibat manusia! Sumpah heaven betul kalau dapat mandi ye. Boleh buat kuak lentang dengan pelbagai gaya, hahaha.
Dekat paling hujung ni, ada 2 biji rumah rehat yang besar. Rumah ni sangat sesuai kalau nak duduk ramai-ramai sebab tengok dari rupanya macam boleh muat 10 orang atau lebih. Cuma sebab dia duduk paling hujung di antara chalet-chalet yang lain.... A bit creepy lah hahaha.
Air sungai kat sini cantik sangat! Warna kehijau-hijauan gitu. Eeee ruginya dah sampai sini tapi tak dapat nak mandi! Marilah tatap gambar-gambar kejernihan air sungai di Hutan Lipur Sekayu ni.
Sebenarnya di sini ada air terjun jugak. Tapi macam biasalah, kalau nak ke air terjun tu kena trekking ke dalam sikit. Lagipun, masa ni langsung takde orang di bahagian hujung tu... Tak berani lah nak buat pasal pergi kawasan yang takde orang.
![]() |
| lihatlah betapa cantiknya warna air ni! |
Next time kalau datang lagi, kita cuba explore sampai ke air terjun dan berendam lama-lama sikit kat sini! Kalau berani, bolehlah try tidur sini satu malam :p
















Sekayu ni memang tempatnya cantik tapi banyak kes lemas kat Air Terjun Sekayu ni. Mungkin ada tempat2 dia rasanya.
ReplyDeleteOh ada kes ye. Saya selalu baca air terjun yg lata2 je ada kes lemas. Takutt
DeleteAda...banyak Mazni. Masa sis belajar kat Dungun tahun 1994 - 1997 pun ada juga terdengar kesnya...kalau google boleh jumpa....
Deletenext time datang sini kena bawak pelampung lah kalau nk mandi area yg dalam sikit. air nampak tenang, tapi tak sangka ada kes jugak
DeleteJeram dia cantik laaa...tenang aje....
ReplyDeleteBersih je airnya!
DeleteNampak bersih dan terjaga persekitarannya . Best ni dapat sejukkan badan dlm air sungai gini
ReplyDeleteKan. Ishh kalaulah dapat mandi ni...
DeleteZaman belajar di UMT dulu 3, 4 kali juga pernah bermalam di sini
ReplyDeleteOkay tak tidur situ? Hehehe
Deletecantik betul view kat air terjun sekayu ni!
ReplyDeleteCantik sangat!
DeleteCantik airnya warna kehijauan. Bahaya kalau takde orang. Sungai best tapi tu la bahaya kalau ada kepala air.
ReplyDeleteTulah, risau jugak nak pergi dalam2 lagi. Dahlah takde orang langsung hahaha
DeleteCantik, tempatnya. Celup celup kaki pun, jadilah ye, Mazni.
ReplyDeleteTak dapat mandi, celup kaki jelah 🤣
DeleteBestnya. Cantik warna airnya. Duduk Kerteh 12 tahun, rasanya pergi sekali je kot. Aihh menyesal.
ReplyDeleteNext time datang ganu boleh kesini. Nak ke KT pun 40 minit je hehe
DeleteCantik terjaga tempatnya.
ReplyDeleteCantikk
DeleteThis is a beautiful place.
ReplyDeleteYess it is. Really refreshing!
Deletesronoknya tgk air sungai tu..tenang je...kl cuaca panas..dpt mandi sungai syok ni
ReplyDeleteTula, kalau dapat mandi memang bestt
DeleteHa ah cantik... Susah dah nak dapat sungai warna macam tu....
ReplyDeleteutk sungai rekreasi macamni, memang susah nak dapat. kat terengganu nampaknya ada banyak sungai2 yg cantik
DeleteTenang betul kawasan sekitar. Tapi macam sunyi je.
ReplyDeletesunyi sebab hari bekerja. saya je pelawat tak kerja hari ahad, haha
DeleteBetul tu kalau dah hujan tak yah la nak ke air terjun bagai.. masuk RM2 murah juga tu..
ReplyDeletenasib baik datang pagi ni cantik je air sungainya. takde warna keruh
DeleteChalet tu semua macam menarik bab creepy tu aduhaii memikir banyak kali juga.. tapi kalau dtg satu rombongan okla kot :D
ReplyDeletehaah, kena gi ramai2 kot. kalau sewa 1 chalet je pastu kiri kanan takde penghuni lain macam seram jugak xD
DeleteMenarik! Mesti sejuk je air sungai tu.
ReplyDeletesejuk bestt!
DeleteSelama jadi mak orang ni, dah lama tak pergi air terjun. Kena pergi jugaklah sekali sekala.
ReplyDeletetgh musim cuti sekolah ni, bolehla pergi sungai bawak anak2 skali :D
DeleteMasyaAllah cantik warna airnya...jernih kehijauan!
ReplyDeleteBaru nak kata, bestnya datang time takde orang ramai. Tapi agak seram pulak ek..
cantik sangat. memang best datang time orang tak ramai, tapi dah kalau kita je yg mandi kat situ time tu.... seram gak xD
Deletesedap berendam kat sini kalau musim panas2...
ReplyDeleteMemang surrr
Deleterumah tu kalau nak booking mcm mana?
ReplyDeleteboleh walk in terus ke?
agak besar juga tu...
kalau dtg ramai2 mmg ok sgt...
Tak sure boleh walk in ke tak.. sbb rumahnya mcm bnyk je yg kosong. Mcm tkkan effect apa2 pun kalau nk walk in.
DeleteRumah yg hujung tu mmng besar. Sesuai utk berkumpul beberapa buah keluarga
Wah, makan makan tepi sungai, seronok makan ramai2 sedap ja apa juga makanan..menikamti keindahan alam..kita lah manusia yang menikmati keindahan yang Allah ciptakan..alhmdulillah sungai masih bersih terjaga
ReplyDeleteKalau dapat makan2 kat sini memang seronok!
DeleteAir terjun kalau terjaga molek kawasannya memang seronok nak lepak lama-lama, berendam sampai kecut-kecut badan. Nak pula bawa makanan berpicnic bagai memang kadang-kadang tak perasan masa berlalu. Eceh. KSarie ni memang jenis penakut air walaupun kerja bahagian air😅Semoga ada rezeki bawa anak-anak ke sini satu hari nanti
ReplyDelete