14 Oct 2025

Hutan Lipur Sekayu, Ajil

 

Sambungan dari --> Kopi Payong & Pantai Penarik

Hari ahad, tibalah masa untuk pulang ke Selangor setelah 3 hari menikmati cuti bersambung. huhu mencik!

Ikutkan lepas balik dari Kuala Terengganu hari sebelumnya, petang dalam pukul 3 pm tu kami nak ke air terjun Sekayu. Tapi hujan lebat sangat, so it's a no no lah untuk ke waterfall. Kami tunda plannya ke pagi ni selepas check out daripada homestay. Tapi tanpa mandi kat situlah, sedihhh..


Nak masuk kesini, dikenakan bayaran RM2 seorang. Kanak-kanak pula RM1. Kami datang hari Ahad waktu hari bekerja di Terengganu. So, memang takde orang lah citernya. Nampak sebuah kereta je yang parking kat luar tu. Itu pun masa kami baru sampai, ada group budak laki yang mukanya macam student baru gerak keluar dari hutan lipur ni.


Antara facilities yang ada disini adalah tandas, surau, dewan awam. Kat sini jugak ada beberapa buah chalet untuk menginap. Banyak juga lebih kurang 10-12 buah chalet. Jaraknya dari pintu masuk pun tak jauh mana.


Kalau nak menginap, mungkin perlu buat tempahan melalui website atau whatsapp. Tapi rasanya chalet-chalet kat sini macam kosong je.. Orang lebih prefer untuk mandi balik hari daripada stay kat sini.

Aku datang siang pun rasa sunyi, kalau malam mesti lagi seram kot xD

dewan besar
ada pokok-pokok yang ditulis dengan nama saintifik jugak

Di sepanjang jalan tu, ada je air sungainya. Tapi kami saja nak pergi bahagian belakang sikit, sebab biasanya belah hujung-hujung ni lagi cantik. Lagipun bukanlah jauh mana. Straight je berjalan kaki dari pintu masuk. Tak sampai 1km menapak, dah sampailah.

nampak jernih betul airnya!

Bila langsung takde orang kat sini, memang sakanlah bergambar tanpa ada kelibat manusia! Sumpah heaven betul kalau dapat mandi ye. Boleh buat kuak lentang dengan pelbagai gaya, hahaha.


Dekat paling hujung ni, ada 2 biji rumah rehat yang besar. Rumah ni sangat sesuai kalau nak duduk ramai-ramai sebab tengok dari rupanya macam boleh muat 10 orang atau lebih. Cuma sebab dia duduk paling hujung di antara chalet-chalet yang lain.... A bit creepy lah hahaha.


Air sungai kat sini cantik sangat! Warna kehijau-hijauan gitu. Eeee ruginya dah sampai sini tapi tak dapat nak mandi! Marilah tatap gambar-gambar kejernihan air sungai di Hutan Lipur Sekayu ni.


Sebenarnya di sini ada air terjun jugak. Tapi macam biasalah, kalau nak ke air terjun tu kena trekking ke dalam sikit. Lagipun, masa ni langsung takde orang di bahagian hujung tu... Tak berani lah nak buat pasal pergi kawasan yang takde orang.

lihatlah betapa cantiknya warna air ni!

Next time kalau datang lagi, kita cuba explore sampai ke air terjun dan berendam lama-lama sikit kat sini! Kalau berani, bolehlah try tidur sini satu malam :p

45 comments:

  1. Sekayu ni memang tempatnya cantik tapi banyak kes lemas kat Air Terjun Sekayu ni. Mungkin ada tempat2 dia rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada kes ye. Saya selalu baca air terjun yg lata2 je ada kes lemas. Takutt

      Delete
    2. Ada...banyak Mazni. Masa sis belajar kat Dungun tahun 1994 - 1997 pun ada juga terdengar kesnya...kalau google boleh jumpa....

      Delete
    3. next time datang sini kena bawak pelampung lah kalau nk mandi area yg dalam sikit. air nampak tenang, tapi tak sangka ada kes jugak

      Delete
  2. Jeram dia cantik laaa...tenang aje....

    ReplyDelete
  3. Nampak bersih dan terjaga persekitarannya . Best ni dapat sejukkan badan dlm air sungai gini

    ReplyDelete
  4. Zaman belajar di UMT dulu 3, 4 kali juga pernah bermalam di sini

    ReplyDelete
  5. cantik betul view kat air terjun sekayu ni!

    ReplyDelete
  6. Cantik airnya warna kehijauan. Bahaya kalau takde orang. Sungai best tapi tu la bahaya kalau ada kepala air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, risau jugak nak pergi dalam2 lagi. Dahlah takde orang langsung hahaha

      Delete
  7. Cantik, tempatnya. Celup celup kaki pun, jadilah ye, Mazni.

    ReplyDelete
  8. Bestnya. Cantik warna airnya. Duduk Kerteh 12 tahun, rasanya pergi sekali je kot. Aihh menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time datang ganu boleh kesini. Nak ke KT pun 40 minit je hehe

      Delete
  9. Cantik terjaga tempatnya.

    ReplyDelete
  10. sronoknya tgk air sungai tu..tenang je...kl cuaca panas..dpt mandi sungai syok ni

    ReplyDelete
  11. Ha ah cantik... Susah dah nak dapat sungai warna macam tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk sungai rekreasi macamni, memang susah nak dapat. kat terengganu nampaknya ada banyak sungai2 yg cantik

      Delete
  12. Tenang betul kawasan sekitar. Tapi macam sunyi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunyi sebab hari bekerja. saya je pelawat tak kerja hari ahad, haha

      Delete
  13. Betul tu kalau dah hujan tak yah la nak ke air terjun bagai.. masuk RM2 murah juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik datang pagi ni cantik je air sungainya. takde warna keruh

      Delete
  14. Chalet tu semua macam menarik bab creepy tu aduhaii memikir banyak kali juga.. tapi kalau dtg satu rombongan okla kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kena gi ramai2 kot. kalau sewa 1 chalet je pastu kiri kanan takde penghuni lain macam seram jugak xD

      Delete
  15. Menarik! Mesti sejuk je air sungai tu.

    ReplyDelete
  16. Selama jadi mak orang ni, dah lama tak pergi air terjun. Kena pergi jugaklah sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh musim cuti sekolah ni, bolehla pergi sungai bawak anak2 skali :D

      Delete
  17. MasyaAllah cantik warna airnya...jernih kehijauan!

    Baru nak kata, bestnya datang time takde orang ramai. Tapi agak seram pulak ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat. memang best datang time orang tak ramai, tapi dah kalau kita je yg mandi kat situ time tu.... seram gak xD

      Delete
  18. sedap berendam kat sini kalau musim panas2...

    ReplyDelete
  19. rumah tu kalau nak booking mcm mana?
    boleh walk in terus ke?
    agak besar juga tu...
    kalau dtg ramai2 mmg ok sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure boleh walk in ke tak.. sbb rumahnya mcm bnyk je yg kosong. Mcm tkkan effect apa2 pun kalau nk walk in.

      Rumah yg hujung tu mmng besar. Sesuai utk berkumpul beberapa buah keluarga

      Delete
  20. Wah, makan makan tepi sungai, seronok makan ramai2 sedap ja apa juga makanan..menikamti keindahan alam..kita lah manusia yang menikmati keindahan yang Allah ciptakan..alhmdulillah sungai masih bersih terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat makan2 kat sini memang seronok!

      Delete
  21. Air terjun kalau terjaga molek kawasannya memang seronok nak lepak lama-lama, berendam sampai kecut-kecut badan. Nak pula bawa makanan berpicnic bagai memang kadang-kadang tak perasan masa berlalu. Eceh. KSarie ni memang jenis penakut air walaupun kerja bahagian air😅Semoga ada rezeki bawa anak-anak ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~