26 Aug 2025

Spring Raya : Beijing Olympic Park

 

Sambungan dari --> Berjalan di Mutianyu Great Wall

Sebaik saja habis tour di Great Wall, bas drop kami di stesen yang aku sendiri dah lupa apa namanya. Tapi Peter kata, jarak dari station tersebut nak ke Olympic Park Beijing tu cuma 3 km saja. 

Peter tanya "kenapa tak jalan kaki je? Kan dekat 3km tu". No, thanks Peter. Harini kan hari bermalasan? Selagi boleh jimatkan tenaga, why nak penatkan kaki? 3 km bagi rakyat China yang rajin berjalan ni easy lah. Tapi bagi warga asia tenggara, especially negara nasi lemak ni, jauhlah. Ahaks!

Kami perlu turun di Line 8 iaitu Aolinpike Gongyuan. Lepastu perlu berjalan sikit untuk ke birdnest stadium tu.

Sedikit pengenalan, Olympic Park ni adalah stadium yang digunakan untuk Olympic Beijing pada tahun 2008. Ia juga merupakan antara yang termahal pernah direkodkan serta merupakan the greatest opening ceremony bagi olimpik. Stadium utamanya atau dipanggil 'Birdnest stadium' tu, merupakan the World's Largest Steel structure yang mengambil masa dari tahun 2003 hingga 2008 untuk siap sepenuhnya.

"China's National Stadium, or the Bird's Nest, as it has become known, is the world's largest steel structure and the most complex stadium ever constructed. It is "one of the key engineering marvels in the world today."

gambar sebelum lampu dibuka

Aku ada baca, kerajaan China menanggung hutang yang sangat banyak gara-gara persiapan olimpik Beijing 2008 ni. Bila suatu negara dah jadi tuan rumah untuk acara besar, dia bukan setakat fokus pada stadium je. Semua infrastructure macam pengangkutan, jalanraya, airport pun akan dinaiktaraf bagi menerima kedatangan pengunjung yang ramai. 

Secara tak langsung, boleh boost ekonomi tempatan. Kira win-win situation lah.

Sebenarnya, kami tak pusing habis-habisan pun kat sekitar park ni. Cuaca makin sejuk dan tempatnya pun luas. Cuma kakak, abang dengan ayah je yang jalan masuk ke dalam sikit. Kita ni duduk tepi-tepi pun cukup dah, asalkan nampak si sarang burung tu.


Berhadapan dengan Birdnest ni ada juga Beijing Aquatics Center, Indoor Stadium dan lain-lain lagi. Stadium ni diletak setempat je. Tapi percayalah, aku tak pusing-pusing pun kat sekitar sini.

Bila malam makin gelap, maka lampu-lampu pada setiap bangunan pun mula dinyalakan dan lawa sangat!


Sebenarnya boleh juga nak masuk dalam stadium ni. Aku google harganya 50 yuan which is takdelah mahal sangat. Cuma kalau korang tanya orang Malaysia yang pernah sampai birdnest stadium ni, mesti 9 daripada 10 orang akan jawab sekadar bergambar kat luar je kan? hahaha

taktau ni bangunan apa. Bentuk macam sand glass bertingket-tingket
Indoor stadium
ada kedai dan pasaraya jugak kat sekitar sini. cantik sebab berlampu lampu macam funfair!

Takde buat apa pun kat sini selain bergambar. Cuaca pulak dah makin sejuk malam tu so nak cepat balik. 

Cuma yang letihnya, sebab tempat ni jauh betul dari rumah.. Jadinya kena banyak kali bertukar-tukar train.

lampu-lampu kat ceiling train station ni

Train station masa nak balik ni macam attach dengan event space/shoplot kecil-kecil. Masa lalu area situ, macam ada event cosplay anime pulak. Nampaklah beberapa budak-budak baru nak up (BBNU) pakai baju anime sambil selfie. Tapi perhatian kami lebih tertarik pada pokok cherry blossom pulak.

lampu kat sini boleh bertukar-tukar warna yang menaikkan seri pokok bunga ni

So, itu jelah cerita untuk hari ke-empat di Beijing. Dari pagi ke Great Wall, malam pulak ke birdnest. Macam biasalah, hari yang memenatkan tapi best sangat!

Kesimpulan yang aku dapat dari melawat Olympic Park Beijing ni, walaupun cost yang dibelanjakan oleh kerajaan cina sangat besar. Tapi acaranya belangsung dengan jaya dan gilang gemilang sehingga sering disebut-sebut sampai ke hari ni.

16 comments:

  1. 3km jauh jugak tu. Macam fun run dah kalau negara nasi lemak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah si peter tu cakap DeKAt JeRRrr. taknak kena scam!

      Delete
  2. Haha biasa kena banyak jalan. Tengok mak dan ayah Mazni nampak ok untuk jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah okay je, mak yg tak larat sangat huhu

      Delete
  3. Benda boleh naik train buat apa nak jalan kaki hehe.. lagipun pagi tu kan dah ke Great Wall mestilah sedikit penat.
    Lampu birdnest tu bertukar-tukar atau kaler oren tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kita ni malas nak menapak 😆
      Lampu memang satu warna gitu je

      Delete
  4. Cantiknya birdnest. Tak boleh lupa opening ceremony nya terutamanya masa deme bergendang tu. Kita rakyat nasi lemak memang suka santai. Kalau jalan-jalan pun nak leha-leha je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gendang tu paling goosebump kann. Seramai 2008 orang pegendang tu. Tabik spring!
      Jalan buat melecet kaki je kan? Hahaha

      Delete
  5. Saya pernah kesini juga. Dan betuuuuuul lah, hanya foto di luar saja hahahahaha. Tak nak masuk.

    Kalo bab jalan kaki, saya kuaaat. Tp dengan catatan mesti di waktu winter. Kalo summer, no sorry, meleleh badan nanti 🤣

    Saya ingat pas ke bird nest nih, ada semacam sungai kalo tak salah, yg membeku. Jadi saya dan suami berfoto di atas sungai beku 😂. Tapi tak berani sampai tengah. Ntah2 dah tak beku hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan betul ramai yg suka bergambar kat luar je 🤣

      Saya pun suka je jalan kaki. Tapi sebab ada mak saya sekali, tak sampai hatilah nak berjalan jauh. Kita naik train jelah, pastu kena jalan jugak nak ke park tu hehe

      Ada sungai ke?!! Wahh bestnya saya tk pernah rasa experience pijak sungai beku lagi

      Delete
  6. Orang Malaysia ni kalau boleh, tahu-tahu nak sampai terus di destinasi. Tak kuasa nak jalan kaki haihh...hihi..Betul tu, benda boleh jimat tenaga kenapa nak jalan. Kita ni kalau travel penat satu hal. Inikan nak jalan kaki. Melainkan kalau dah biasa dan fit untuk jalan kaki jauh dan lama. Atau jenis suka explore, yang tu sesuailah.
    Okaylah harga tak mahal sangat masuk stadium tu. Dapat bergambar di luar sarang stadium tu kira okay dah kan tanda hadir. Cantik suasana malamnya.
    Yelah kan, kalau jadi tuan rumah sukan ni kena sediakan semuanya untuk keselesaan tetamu. Bagus jugalah mereka buat macam ni tambah jana ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suka je jalan, tapi sebab dah nak malam, cuaca pun dah sejuk berangin lagi, rasa beku tangan 🤣

      Datang sekadar buat syarat. Ada baca kat sosmed dulu kenapa malaysia takleh jadi tuan rumah utk olimpik. Nohhh kang lagi banyak hutang negara hahaha

      Delete
  7. Cantiknya view malam. Tak sabar nak ke Beijing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik! Wahh kak mulan nak pegi beijing bilaa

      Delete
  8. Firs time uncle tengok stadium sarang burung di tv waktu olimpik dulu... memang wow! Boleh dikatakan terpukau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak siapkan stadium ni pun ambil masa yg lama. Design dia unik lain dari yg lain!

      Delete

Nak komen apa? silakan~