Assalamualaikum
Sambungan dari --> Mutianyu Great Wall part 1
Berdiri sepanjang 21,000 km serta merupakan binaan manusia yang paling terpanjang di dunia.. Ya, itulah dia Great Wall of China. Tapi tahukah anda, disebabkan binaan ini terlalu panjang, ia menyukarkan tembok ini untuk dipelihara. Mengikut hasil kajian, hanya 8.2% daripada bahagian tembok ini yang berada dalam keadaan yang baik. 74.1% daripadanya berada dalam keadaan yang teruk dan ada jugak yang sudah musnah. Dikatakan hanya 8851km daripada tembok ini yang berdiri teguh. (credit)
Antara beberapa bahagian tembok besar cina yang terpelihara dan sering mendapat kujungan pelancong adalah di Simatai, Badaling, Jiayuguan dan Mutianyu. Disebabkan aku pergi di bahagian Mutianyu, so kita highlight pasal Mutianyu jelah.
Di Mutianyu pass ni mempunyai 23 watchtowers yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu east, west dan middle section. Disebabkan kami ni takdelah beria nak jalan jauh sangat, kita explore di middle section je. Panjang keseluruhan bagi Mutianyu Great Wall ni adalah 5.4 km dimana ia merupakan the longest section of Great Wall. Tapi hanya 2.25 km saja yang boleh diakses untuk pelancong. (credit)
Bukan tu je, malah di section Mutianyu ni juga dikatakan antara Great Wall yang paling cantik selepas Jinshaling, terutama jika datang pada musim autumn!
![]() |
ni suasana waktu musim spring! |
Masa pertama kali pijak kaki kat Great Wall ni, rasa goosebump betul like, wow aku dah sampai dekat 7 Wonders of The World laa! View dekat situ menyajikan pemandangan gunung ganang yang sangat cantik, tambah pulak dengan langit yang biru dan cerah. Perfect untuk ambil gambar! Tapi terik dia tak rilek jugakla.. Rasa nak hangus je kulit aku.
Kami tak jalan jauh sangat pun sebabnya lagi jauh kita berjalan, nanti lagi jauh kena panjat tangga. So weolls malas. Sudahnya bergambar jela kat mana-mana ceruk pun untuk buat syarat, lantak jela backgroundnya ada orang lalu lalang pun, huhu.
Mehla tatap sikit gambar-gambar kat sini yepss.
makin jauh aku tengok Great Wall ni, makin tak boleh fikir macam mana manusia sanggup buat tembok yang panjang macamni dekat atas gunung? |
ni best spot area untuk bergambar. Haruslah dikerumuni manusia |
time kakak aku bergambar tiba-tiba semua manusia hilang ye.. Tak aci! |
![]() |
ni namanya posing acah. hahaha |
![]() |
Gunung-ganang di sekitar. Taktau kenapa, tapi bentuk gunung kat China ni mesti tajam bercacak macam kulit dragon.. |
fun facts, lebih kurang 3,873,000,000 bricks digunakan untuk bina keseluruhan Great Wall of China ni |
![]() |
di dalam salah satu watchtowers |
![]() |
again, posing acah |
![]() |
dik, warna kamu ni dah nak sebati dengan warna tembok pulak. Nak jadi tembok ke? |
![]() |
The Great Wall : a national Pride of China |
Aku sebenarnya nak je panjat jauh sikit sebab kita dah sampai sini kan.. Mestilah nak explore tempat ni seboleh-bolehnya. Tapi memikirkan kami hanya dapat spend 1 jam je kat sini, terpaksalah lupakan hajat murni tu...
Bayangkan lah, kitorang sampai atas ni pukul 1 pm gitu, lepastu pukul 2 pm dah kena start turun ye sebab nak kena que untuk toboggan pulak. Huaa serious tak puas duduk atas ni sejam je :( Memang timing haritu banyak dihabiskan dengan beratur je nyah!
![]() |
layan jem sambil tengok munge-munge |
Mak dengan abah turun guna cable chair je, so diorang sampai bawah awallah. Kitorang berempat ni agak melepetlah kena que sampai 40 minit semata-mata nak naik mende ni je, yihhh!
Oh lepastu taktaulah ni cerita sedih atau cerita lawak, tapi abah kena scam dengan penjual air kat Great Wall.
Kisahnya, abah pegi beli air kat pakcik ni, tapi dia tak reti guna alipay.. (kitorang yang anak-anak waktu ni dah takde dengan mak abah sebab tengah que untuk turun) Pastu dengan yakinnya abah bagi phone kat penjual tu suruh key in harga air. Penjual tu bantai harga sebotol sampai 30 yuan! Padahal dekat pasaraya yang kitorang selalu pergi tu boleh dapat harga 8 yuan je. Melampau betul engko markup harga ye pakcikk.
Disebalik ayah aku kena scam, kitorang yang anak2 dia ni tengah rancak ambil gambar sementara tunggu turn. hahaha
![]() |
anak-anak bertuah! |
![]() |
me + white peach blossom + instruction main benda ni |
Excited first time main toboggan! Nak kawal pun senang je, tolak handbrake kedepan untuk jalan, pastu kalau nak stop, tarik ke belakang saja. Yang penting kena jaga jarak, jangan sampai terlanggar orang depan pulak dah.
![]() |
bahagian corner camni yang paling best sebab dia menurun lajuuu |
Turun guna toboggan untuk sampai bawah, ambil masa lebih kurang 10 minit je.
Walaupun beratur lama, tapi worth it la untuk first experience. Kalau you all pergi Great Wall dan teringin nak merasa naik benda ni, pergi dekat Mutianyu ok. Great Wall section lain takde tau benda ni.
Kami sampai bawah belum pukul 3 lagi, macam terawal sangatlah pulak. Si Peter tu cakap pukul 4 pm baru boleh naik bas.
Abah dah pergi usha tempat sementara kitorang turun tu, so solatlah kami kat tempat buang sampah yang takde orang ni haha. Tapi ni sampah daun kering dengan kotak-kotak je, bukan sampah sarap busuk berbau tu.
![]() |
berjalan kaki pergi balik tempat bas |
Ohh baru tahu tak semuanya terjaga. Hanya sikit je yang OK. Payah juga ye nak jaga buat maintainance semua. Tapi kalau dapat buat semuanya terjaga, mesti lagi bagus dan pelawat dapat jejalah semua tempat sepanjang Great Wall ni.
ReplyDeleteBila dah ramai-ramai, kita bantai je bergambar di mana-mana. Yang penting port menarik dan pandai ambil gambar di sudut yang cantik. Cantiklah nanti gambarnya. Eh eh si kucing tu kenapa comel sangat duduk situ. Montel! Penduduk tetap dah tu dia.
Aduh, tak pasal kena scam. Tak baik betul peniaga tu scam ayah awak. Berganda-ganda dia charge. Tak berkat rezekinya.
Mujur juga ada toboggan ni kan. Cepat sikit turun bila kejar masa. Nampak gaya kena datang lagi kalau nak explore jauh lagi. Mana cukup 1 jam tu kan.
Alhamdulillah dorang tak kacau masa solat. Syukur Allah permudah urusan ibadah kita.
Saya pun baru tahu lepas google. Ada tgok sebahagian great wall yg sampai dh tumbuh hutan n runtuh dah. Memang sayang bila tak terjaga, tapi apakan daya.. panjangnya pun sampai 21 ribu km memang tak mampulerr.
DeleteTurun pakai toboggan tu laju, nak beratur tu yg jenuhhh hahaha
China memang kuat scam. Akak masa pi guangzhou beli buah laici kat apek tepi jalan dia bagi duit baki duit lama rupanya duit tak boleh guna. Nasib baik tak banyak. Hampeh sungguh
ReplyDeleteEeee dah tua pun keji! Nasib baiklah tak kena scam ribu riban..
Deletecantiknya view atas tembok sana.. kucing tu pun so comel and gebuss.. nak peluk.. ^^
ReplyDeleteGebu gebas kannn. Penjaga dia tu hahaha
DeleteBest nya dapat ke Great Wall. Tumpang seronok baca trip ni. Moga kami sampai jugak nanti.
ReplyDeleteInsyaAllah tahun depan sampai!
Deletehebatnya maz dah sampai great wall, geram tengok bunga blossom tu.....banyak betul bunganya
ReplyDeleteMasa sampai ni bunga2 tgh kembang. Rezeki jalan mana2 je mesti nampak pokok bunga lawa 😁
DeleteHah? 3,873,000,000? Uncle pun tak tau macam mana nak sebut ni... banyak nau!
ReplyDelete3 billion 873 juta ke sebut dia ek? 🤣
DeleteWAH1 menarik sekali..seronok tegok blogger jalan-jalan di Cina...bawa olehole ya,..hehehe gurau saja
ReplyDeleteAlamak ole2 dah habislah cikgu!
DeleteJauh berjalan luas pengetahuan..subahanallah..
ReplyDeleteDapat belajar sejarah great wall ni sikit :D
DeleteOoh..ingatkan kita boleh jalan sepanjang tu. Rupa-rupanya cuma sebahagian kecil je yang masih dipelihara dan dibuka untuk pengunjung. Tapi kalau akak pun bukan larat nak jalan jauh-jauh, dengan terik matahari lagi. Entah-entah 1km pun tak mampu pergi 😆
ReplyDeleteComel betul dak bulu tu, boleh pulak warna sama dengan tembok 😂
saya pun selama ni ingat seluruh great wall boleh diteroka, rupanya ada yg dah musnah.
DeleteKerja dia sunbathing bawah matahari, tidoq ja!
Seronoknyaaaa Mazni satu family dah sampai GWC ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronokk
DeleteBelum ada rezeki lagi nak explore temboh besar china ni.. walau dah 3 kali ke china... teringin sangat nak ke sana. Betul panjang dia dari hujung ke hujung china. kalau nak explore semua mmg tak tahu pernah dibuat org ke tidak.. Bab solat di china ni kalau kawasan luar bandar tu ok je curi curi solat.. kalau d;m bandar jgn buat huhuuu..
ReplyDeleteKan, mesti best kalau ada orang yg pernah jalan kaki sepanjang 21 ribu km ni. tapi kena tanya askar zaman dulu2 lah pulak hahaha
DeletePernah baca org share, nnti boleh kena soal dgn polis sebab dianggap menyebarkan fahaman gitu.. huhu solat kat bilik jelaaa
Aiiih , kasiannya Abah terkena scam yaa. Memang lah seller tuh , mentang2 orang asing langsung dikerjai pula 🥴.
ReplyDeleteSaya kalo bisa ke great wall lagi, sebenarnya ingiiiiiin sangat melihat ujung dari great wall kak. Yg betul2 ujung. Saya pernah ada kartupos nya, bagian ujung dia ada di pantai gitu. Tapi tak tahulah macam mana nak kesana 🤣🤣. Belum browsing lagi. Ntah bisa divisit atau tidak.
tak baik kan peniaga sana suka ambil kesempatan, yihhh!
Deletehaaa saya ada tengok orang share haritu. penghujung great wall nya bertemu pantai. tapi semestinya bukan di beijing lah. tak silapnya boleh visit tu
Seronok kan travel. lagi tpt yg penuh dgn sejarah. auntie dulu takat naik 12 mata kot. teringin nak jauh lagi. apa kan daya, ada anak kecik yg tgh lasak, plus late hubby gayat. adoiii. tp mmg kenangan lah.
ReplyDeleteAt least dah sampai buat syarat pun okay. Kita ni bukan beria nak jalan jauh2 sangat hehe 😜
Deleteseronoknya dpt melihat keajaiban dunia di depan mata. sy ni cuma mampu tgok foto n video aje lah..
ReplyDeleteTakpe, insyaAllah nanti boleh sampai jugak 😁
DeleteIsteri dah sampai sini semasa kerja di Kedutaan Msia dulu.. abe kie je yg belum. huhuhu...
ReplyDeleteKena tunggu cuti sekolah hujung tahun ni, boleh jalan2 cina abang kie
DeleteMesti rasa macam tak percaya je kan dah sampai ke situ. Seronoknya.
ReplyDeleteSeronok sangat walaupun tak lama. Bolehla buat2 syarat tanda dah smpai kanzz
DeleteAkak pun rasa kagum dengan orang dulu yang pandai dalam bina membina. Macam Great Wall of China ni, dan Piramid. Kesian abahnya, kena scam. Cantik gambar-gambar Mazni sekeluarga.
ReplyDeletemmg best dpt naik great wall ni...oh skarang dh ada toboggan!...syok tu
ReplyDelete