2 Jun 2025

Pelawangan Campsite to Danau Segara Anak

 Assalamualaikum

Sambungan daripada entry --> Summit Attack Gunung Rinjani

Sebaik sahaja semua ahli group sampai ke campsite, kami mula turun ke Danau Segara Anak pukul 2.30 pm. Jarak dari Pelawangan nak ke danau pula cuma 4 km, masa ni cuaca dah start hujan renyai dan jalan berkabus. Menurun ke Danau Segara Anak ni treknya agak berbatu, maka setiap langkah perlu careful kerana batunya licin.

Okay ini agak memalukan, tapi starting dari menurun ke Danau ni aku jadi sloww sangat dan antara group yang kebelakang...  Kelemahan aku adalah ketika menuruni gunung, lagi-lagi treknya mempunyai langkahan yang besar (misalnya ketika nak turun kat kawasan berbatu). Sumpah barai lutut dengan kaki guwee.

Rupanya penderitaan Rinjani aku bermula saat menurun, bukan ketika menaik. Kahkah!

Kawan aku, Sahira pun dah jauh kedepan. Aku tak boleh nak catch up dengan orang-orang yang duduk depan sebab nak jaga kaki dan lutut, makanya jalan slow jelah. Alih-alih sakitnya bawa sampai ke hari esok jugak. Balasan sebab tinggalkan Sahira masa hari pertama, dua hari menurun Rinjani ni member tinggalkan aku pulak, lolz!

Trek masa menurun ni sebenarnya cantik sangat, lebih kurang macam jalur Sembalun ketika hari pertama kami mula mendaki Rinjani. Kalau cuaca tak kabus, boleh nampak view danau sepanjang menurun tu.  

Selain berjalan dengan beberapa orang kawan, kami ditemani oleh seorang guide dan 2 orang personal porter. Salah satunya porter aku. Mula-mula aku suruh porter jalan je dulu, tak payah tunggu saya. Saya lambat. Rupanya baru aku tahu personal porter di Rinjani ni selain tugasnya angkat beg pendaki, mereka juga akan jadi sweeper kita hingga selamat sampai ke destinasi. 

Pengalaman aku masa mendaki di Kinabalu, tugas porter hanya angkat beg je. Mana ada diorang berjalan sekali dengan pendaki, itu kerja guide. Kiranya personal porter di Rinjani ni merangkap sekali tugas jadi guide. Bagus kan? They never leave you behind.

jalan yang berbatu
tak nampak apa woi!

Standard menurun dari Pelawangan ke Danau Segara Anak ni sebenarnya ambil masa 3 ke 4 jam sahaja. Patutnya boleh sampai pukul 5 petang. Tapi....... sebab kami ni kesiputan, makanya sampai malam lah. Mas guide pun kata "ini kalau setiap kali jalan mahu berhenti rehat, memang sampai campsitenya udah gelap". Haha sorry mas, kami ini ada yang injured. Nggak bisa dipaksakan kakinya :p


Start pukul 5.30 petang ke atas macam tu, kabus-kabus pun mula hilang dan menampakkan view disekitar. Rupanya depan kami tu punya besar view gunung Sangkareang. Gunung nilah yang boleh nampak berhdapan dari campsite Pelawangan tu. Porter aku, Mas Nopal kata gunung ni tak setinggi Rinjani, tapi trek dia lebih susah. Sebab tu tak ramai yang mendaki di situ.

Even Mas Nopal orang kelahiran pulau Lombok pun tak pernah mendaki Sangkareang ni lagi.


Sampai je jambatan kayu ni, jalan dah kurang downhill sikit. Lebih kurang sejam setengah nak sampai ke danau. Tapi biasalah, leha-leha ni semua takde maknanya nak sampai sejam setengah tu. Pantang boleh rehat kan. Kesian guide dengan porter kena sabar jelah jadi sweeper kami ni.

porter aku sampai menonggeng dah sambil mengomel dalam hati, bila budak-budak ni nak start jalan eh?
sikit sikit jalan, sikit sikit tu jugaklah stop ambil gambar haha

Dah start gelap tu, kami semua pakai headlamp dan cuba percepatkan langkah. Guide jangka kami akan sampai pukul 8.30 malam. Alhamdulillah, kami sampai 30 minit awal dari jangkaan. Tapi still gelaplah citer dia hahaha! 

Boleh pulak before nak sampai tu, kaki aku jelly tahap takde tulang sampai terpeleot, tak memasal mas Nopal kena tolong aku.. Ya Allah sumpah this is not me, i'm so lemah kali ni! Serbasalah betul rasanya menyusahkan orang yee. Tapi apapun, semua selamat sampai ke campsite.

Ugh, what a long day.. Bangun dari pukul 1 pagi untuk summit attack, kemudian straight turun ke danau sampai malam. Total perjalanan untuk hari kedua ni hampir 18 jam! Patutlah aku macam orang gila, mengantuk punya pasal.

Musnahlah harapan guwe yang pengen mandi air panas di danau ni. Sampai pun dah lewat dengan kaki injured, tak fikirlah pasal mandi ke cuci muka ke apabenda. Makan pun tak lalu langsung rasa nak terkeluar jee.

campsite Danau Segara Anak (gambar keesokan pagi)

Cerita menyedihkan, khemah kami tak dapat sleeping bed. Aku fikirkan semua orang pun tak dapat juga, makanya kami tidur merengkot macam udanglah. Malam tu hujan pulak, memang mantaplah dia punya sejuk tu. Emergency blanket pun macam tak function je. Cemburu betul dengar orang khemah sebelah siap berdengkur lagi meanwhile aku tak boleh tidur.

Esok pagi tu tanyalah member lain, diorang kata dapat je sleeping bed. Mengadu kat mas porter yang kami tak dapat sleeping bed, dia kata kenapa tak minta. Laah sumpah tak tahu sebab ingatkan semua orang pun tak dapat jugak. Hm malu bertanya, bekulah kau dalam khemah.

29/4/2025 -  Selasa

Disebabkan semalam sampai lewat tak nampak apa-apa, pagi tu keluar khemah terus excited tengok danau yang sangat cantik ni. Amazed tau Danau Segara Anak ni berketinggian 2,004 meter dari paras laut serta merupakan tasik kaldera kedua yang tertinggi di Indonesia. Dahlah di tengah-tengah tu terdapat gunung berapi yang masih aktif lagi.

Ingatkan air danau tu sejuk macam air sungai, bila celup tangan rasa suam-suam sikit. Tak terlalu sejuk dan takdelah terlalu panas, just nice macam suhu bilik. Oh kat sini juga ada kolam air panas, tapi kena menurun ke bawah sikit dalam 100 meter macam tu. Aku tak rasa ada ahli group kami yang pergi sana sebab malas nak turun jauh.

Gunung Barujari yang masih aktif. Letusan terakhir adalah pada tahun 2015 (pics by Sahira)

Banyak orang-orang lokal yang memancing kat sini. Tak tahulah ikan spesies apa yang hidup dalam danau ni, tapi aku ada tengok ig reels, besar jugak saiz ikan-ikan di sini. 


Danau Segara Anak mempunyai kedalaman setinggi 230 meter serta luasnya adalah 11.3 km persegi (4.4 sq mi). Danau ini diberi nama Segara Anak kerana warnanya yang biru seperti air laut. Segara itu maksudnya laut dalam bahasa Jawa, manakala anak bererti anak. Dengan kata lainnya, ia bererti 'Anak Laut'. (Kredit)


Rasa bersyukur betul dapat menjejakkan kaki ke sini, walaupun tak merasa mandi kolam air panas. Hari sebelumnya kita nampak danau ni dari view atas je, know-know esoknya dah turun dan camping di sini pulak. Jauh perjalanan nak ke danau ni sampai sakit-sakitlah kaki aku. Worth every steps bila dapat lihat keindahannya di depan mata!

Stay tuned for next entry!

34 comments:

  1. Seronok tengok orang hiking. Dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Tapi tu la diri sendiri nak pi hiking tu macam tak mampu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiking ni mmng buat kita dekat dgn alam 😁

      Delete
  2. Subhanallah cantiknya view. Thanks for sharing Mazni. Seronok baca trip ni. Tumpang bangga dengan semangat Mazni dan Sahira. Terikut rasa sakit dan penat bila baca post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah start sakit2 kaki dari turun summit lagi, pastu kena turun pulak pegi danau ni. Longgar betul lutut 😂

      Delete
  3. Merinding saya lihat fotonyaaaa .. macam berasa perjuangan berat mazni kesana, sampai sakit kaki, tp akhirnya bisa melihat depan mata. ❤️❤️❤️❤️

    Sebelumnya saya lihat foto dr atas kan. Kali ini pula jarak dekat..

    Kereeeeen sih kalian . Bersyukur sangat tak menyerah ❤️❤️.

    Tertawa pula saya baca Omelan dalam hati si porter 🤣. Sabar2 lah dia yaa, baik hati sangat kayaknya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau menyerah tak boleh balik kak 🤣 kita ada lagi sehari setengah sebelum nak keluar gunung ni

      Beginilah bila jadi personal porter. Kena follow pendaki punya pace, sabarnya perlu banyak 😛

      Delete
  4. Best baca pengalaman u. Priceless sgt!!

    ReplyDelete
  5. Subhanallah cantiknya view pepagi tu! Berbaloi la kan sampai sini wpun sakit kaki segala bagai. Nampak pun sejuk kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik! Dinding kawah tu warna oren kemerahan masa matahari baru nak naik

      Delete
  6. Cantik sangat view kat atas dan bawah tu tapi akak memang tak berani tinggi2 ni sebab gayat....jadi sanggup tengok lagi gambar orang lain dari mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni sebab kabus, tak nampaklah benda yg gayat hehe

      Delete
  7. Bagus juga ya tugas porter juga sebagai sweeping Mbak.
    Mbak, fotonya keren-keren,,,dan Danau Segara Anak itu benar ya airnya berwarna biru, seperti air laut. Pantas saja dinamakan danau Segara (= Laut) Anak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mereka jaga pendaki baik2 pula tu, saya pula rasa serbasalah sebab porter asyik tunggu.

      Mula2 tau nama danau ni, saya tertanya kenapa namanya bukan segera (cepat). rupanya baru tahu segara itu maksudnya laut

      Delete
  8. Tu la tu... uncle pun pernah dengar... turun lagi seksa dari naik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tapi kawan saya lebih suka turun!

      Delete
  9. ikan apa yang banyak kat situ? nak tahu juga ikan yg hidup kat kawasan gunung berapi ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure jugak ikan apa. Haritu tgok kat ig reels salah satunya ikan tilapia :D

      Delete
  10. sy suka tengok batu2 bertaburan tu...
    sbb dlm kepala asik teringat khasiat batu batuan gunung berapi utk pertanian hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah2 kat sini memang subur agaknya. Kat area kaki gunung tu pun banyak kebun2!

      Delete
  11. MasyaAllah indah sungguh pemandangan!
    Seronok baca ayat demi ayat sambil membayangkan situasi. Kalau nak lalui sendiri memang tak kot, ambil pengalaman Mazni jelah.

    ReplyDelete
  12. Akak pun kalau naik bukit, turun lebih slow dari naik. Nak jaga lutut. Orang kata nak laju turun, turun cara zig zag, jangan terus straight je. Alhamdulillah, selamat sampai juga ye, ke camp site. Boleh bayangkan kaki jelly tu. Bagus betul ada porter yang bertindak sebagai sweeper juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun turun zig zag jugak, tapi ada sesetengah trek tu jalannya sempit, memang takdela zig zag tu huhu

      Delete
  13. Nah sama kan ya.. Kalo turun tu ternyata susah jugak😁kaki berasa lentur kayak enggak ada tulang hehehe.. Cakep"hasil fotonya.. Keren banget deh... Kapan ya bisa ke sana... Membayangkan aja perjuangan susah banget😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa saya tak suka menurun! 😭 lembik kaki

      Delete
  14. Yang downhill tu nampak curam betul... yang tengok ni pun terasa gayat.
    Bagus betul guidenya tu bertindak sebagai sweeper.. hiker pun rasa lebih selamat.
    Best tu campsite betul-betul tepi danau dikelilingi gunung ganang. View cantik 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curam jugak, jalan pun baru lepas hujan. Kena careful dgn setiap langkah. Nasib baikla ada porter jaga haha

      Danau tu memang cantik!

      Delete
  15. Begitulah kalau mendaki. Nak sampai ke atas perah tenaga, turun pula lutut dan betis kena kuat. Apa pun setelah selesai naik dan turun, kepuasannya tidak terkata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu betul, kena kuat betis dgn lutut. Menggigil betull!

      Delete
  16. Alhamdulillah dalam kesiputan dan kaki udah menjadi jelly selamat sampai di campsite walaupun capet mas porter nya menunggu ye. Membaca pengalaman Mazni ni memang molek benar la KSarie yang udah terpleot lututnya walaupun tidak hiking ke mana pun menumpang kebahagiaan tengok gambar-gambar yang dikongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kesian mas porter kena tunggu anak2 yg lambat ni. Sabar jelah dia 😜
      Walaupun terpeleot, selamat sampai tu yg paling penting

      Delete
  17. Bila sebut kaki jelly.. teringat masa 4km lagi nk turun Gunung Kinabalu.. tak berdaya kaki check, pijak je nk terpeleot pijak batu2 😂😂😂 last itulah Gunung Kinabalu October 2023 kahkahkah. Igt 2027 nk naik ABC. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun kinabalu memang kaki jelly, banyak sangat tangga 🤣 wahh bestnya ABC! My wishlist juga tu 😍

      Delete

Nak komen apa? silakan~