Assalamualaikum
Sambungan daripada entry ---> Naik ke Pelawangan Campsite
28/4/2025 - Isnin
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pendaki yang berada di Gunung Rinjani, menaklukkan puncak yang berketinggian 3,726 meter dari paras laut (MDPL). Kami akan mula summit attack pada pukul 2 am, so pukul 12.30 camtu para porter ni dah kejut bangun sahur.
Cuaca pagi tu serious sejuk tahap max. Aku cuci muka dan gosok gigi dengan penuh seksa sambil ditampar angin dingin. Nak keluar khemah pun rasa macam kena seksa. Di sini aku mendapat perkhabaran sedih bahawa kawan aku, Sahira tak dapat nak ikut untuk summit attack kerana dia kesejukan yang melampau.
 |
sesi briefing oleh guide sebelum memulakan pendakian
|
Aku pujuk Sahira, suruh dia ambil hotpack dan tampal banyak-banyak kat badan. Offer juga ambillah glove dan emergency blanket aku untuk dia pakai, tapi member memang tak berganjak dari sleeping bed tu, nak keluar khemah apatah lagi. krem kaki katanya, menggigil tahap kritikal.
Minta mas porter pujuk Sahira, tapi mas cakap "tak apa kalau taknak summit. Puncak itu bonus saja". Ah sudah, mas ni pulak menggalakkan Sahira untuk tak naik pun takpe. Manakah semangatmu yang sebelum ini mahu pastikan kita berdua sampai ke puncak Rinjani wahai Sahiraku??
Setelah dipujuk, akhirnya aku terpaksa akur dengan keadaan Sahira yang tidak mengizinkan untuk beliau summit attack. Dia suruh aku wakilkan diri dia je untuk naik atas tu. Tapi sebenarnya, aku pun macam agak tergoda juga untuk sambung tidur kat khemah je sebab aku tak rasa mampu sampai atas tu. Sedar diri kitanya not well prepared, lagi-lagi naik tanpa menggunakan stick. Dahlah sedih member tak dapat naik sekali.. *nangis tepi bucu khemah*
Cuma aku cakap kat diri aku, "Lebih baik mencuba dari tak tak mencuba langsung". Andai kata tersadai kat mana-mana dan tak boleh teruskan lagi then it's okay, at least i've tried my best!
2.30 am, kami start gerak untuk menuju ke puncak. Awal-awal lagi agak pacaklah, perlu lalu di kawasan berakar pokok sikit. Tak lama lepastu, masuk ke kawasan pasir yang sedikit jerlus dimana pasir tu 'makan' kaki kita. Peh trek berpasir yang awal-awal ni serious macam suweyy. Mengikut kata orang, trek berpasir awal-awal ni namanya 'Letter L', umpama persiapan mental sebelum kita memasuki 'Letter E' yang jauh lebih teruk tu.
Guide cakap 'two steps up, one step down'. Awal lagi aku dah mental bergaduh dengan pasir licin ni.
.jpg) |
excuse my gambar art berat ni, tapi macamni lah jalannya.. |
Lebih kurang 2 jam jugaklah untuk melepasi stage pertama ni. Banyak kali berhenti sebab tak cukup nafas, dengan sejuknya, pewainya. Nasib baikla jalan sekali dengan member dari Gunung Hub, dapatlah koyak mental bersama-sama haha.
Sesambil melayan pewai tu, pandanglah atas tengok bintang sekali. Terubat sikit rasa penat tu.
 |
naik gunung pun jem jugak |
 |
masing-masing tengah rehat sambil makan biskut |
.jpg) |
bintang-bintang otw to summit (credit pics by Zul) |
Aku meneruskan perjalanan sambil tidakku tahu apakah pemandangan di kiri dan kananku. Tapi guide bilang, jangan jalan terlalu ke kanan sangat. So tahulah aku belah kanan tu gaung. Kiri pun gaung juga sebenarnya ihiks.
 |
matahari sudah menunjukkan masuknya waktu subuh |
 |
credit pics by Samuel |
Matahari dah naik, tapi belum nampak lagi kelibat Letter E yang azab tu. Sampailah aku jalan kedepan sikit dan nampak view Danau serta puncak. Ada lebih kurang 40 minit lagi perlu berjalan sebelum memasuki Letter E. Puncak tu jauuhh lagi!
 |
Tu haa puncaknya kat atas tu je |
 |
view danau yang masih kesamaran di hening subuh |
Dapat lihat sunrise dari ketinggian 3000 meter dari aras laut adalah satu kepuasan bila dah penat-penat mendaki sejak pagi buta. Tambah pulak nampak shadow gunung Rinjani di belakang tu, serious cantik! Lagi bersemangat aku nak sampai puncak. Rugilah kalau tersadai di pertengahan jalan kan.
 |
Selfie berlatarbelakang kan view Danau + bayang-bayang Rinjani |
Akhirnya, stage terakhir untuk tiba di Rinjani adalah melalui Letter E. Jarak dari permulaan Letter E nak ke puncak ni cuma 800 meter je, tapi dia punya azab tu.. condong hampir 70 degree!
Dari tadi asyik cakap Letter E jee, apa kebenda tu dan kenapa namanya sedemikian rupa?
Jalur pendakian ini berbentuk huruf E jika dilihat dari atas. Ia merupakan jalur pendakian terakhir yang agak mencabar kerana jalur ini panjang dan penuh dengan batu dan pasir halus, sehingga memerlukan tenaga yang cukup besar untuk dilalui. Asal naik je terus melorot setapak. Inilah yang digelar where you take two steps forward and slip one step backward. Sangat exhausted dan rasa macam bila nak sampai kalau berterusan macam ni wehh!
Anggaran masa standard untuk melepasi Letter E ni sahaja adalah sekitar 2 jam.
Di sinilah sesetengah pendaki akan terkandas dan memutuskan untuk tidak terus ke puncak. Ada yang tidur, ada yang bertungkus lumus memerah tenaga, ada yang jatuh. Lagi stress bila kita ni tengah susah payah nak naik atas, pastu nampak orang lain dah start turun. Rasa macam... Lambat sangat ke aku ni?
Walaupun di Rinjani tidak ada Cut Off Time (COT), aku akan makesure sampai sebelum pukul 10 am. Kalau tak sampai jugak, terpaksa patah balik sebab kita perlu kejar timing untuk turun ke Danau pulak, taknak terlalu lewat sampai ke campsite.
 |
look la the pasir, sangat halus dan berdebu! |
 |
brader tengah tidur, letih layan jalur yang tidak berkesudahan ni |
 |
nampak campsite jugak dari sini. Rasa ngeri membayangkan kita tidur kat lereng-lereng gunung nii |
Sebenarnya view dari sini pun dah cukup cantik! Bagi aku, kalau dah sampai Letter E ni pun kira dah berjaya menawan gunung Rinjani sebab viewnya lebih kurang sama macam kat peak. Cuma rugi sikitlah if dah sampai Letter E ni tapi tak push sampai summit kan, tak dapat bergambar dengan papan tanda.
Dia dekat di mata, tapi jauh di kaki. Walau apapun jadi, aku gagahkan diri nak sampai atas jugak. I've come this far kot, nak pengsan ke nak tidur ke semua tu kat atas nanti. Layan jela trek mencanak ni, know-know sampai jugak kanss?
Bila dah sampai kat batu-batu berlekuk ni, tandanya memang kita dah dekat sangat. Aku pun dah boleh nampak orang-orang yang berada di peak dari jarak dekat. Fuhh one last push and finally......
Pada pukul 8.30 am, aku berjaya tiba di puncak Gunung Rinjani berketinggian 3,726 MDPL! Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia serta merupakan gunung paling tercantik di Indonesia. Kalau di Gunung Kerinci kita gelar 'Atap Sumatera', di Rinjani kita panggil 'Atap Nusa Tenggara Barat', ataupun 'Atap Pulau Lombok'! Alhamdulillah, rasa macam tak percaya boleh sampai jugak walaupun pada awalnya tak yakin.

 |
Gunung Agung di Bali can be seen from here! |
Rupanya nama puncak Gunung Rinjani ni turut digelar sebagai puncak Dewi Anjani. Bagaikan Dewa dan Dewi yang terpisah, saling kelihatan dari jauh namun tidak bisa bersama. Kedua-dua gunung berdiri teguh menjaga pulau masing-masing. Satu berada di Lombok, pulau seribu masjid. Satu lagi di Bali, pulau seribu pura.
Rinjani memandang gagahnya Agung manakala Agung melihat Rinjani yang sangat indah bagaikan bentuk crown dari kejauhan! Eh, tiberr bercintan cintun lak! Satu hari nanti, aku akan panjat Gunung Agung pulak sebab nak tengok Rinjani from Agung. Aaagiteww!
 |
Anak Malaysia kan, haruslah bergambar dengan bendera |
 |
macam mana monyet ni boleh duduk kat atas ni?! |
Pemandangan di atas puncak ni menyajikan view 360° yang sangat indah. Kelihatan Gunung Barujari yang berada di tengah-tengah Danau Segara Anak yang membiru, bukit bukau yang saujana mata memandang, laut samudera yang mengelilingi pulau Lombok, langit biru cerah yang memancarkan mentari terik serta gaung yang menakutkan tapi punya keindahan tersendiri.
Sebenarnya hampir semua yang naik pagi tu berjaya sampai ke puncak, tapi time bergambar ramai pulaklah yang hilang. Nasib engkorang lah kan kerugian tak dapat masuk frame haha. Total yang berjaya sampai puncak adalah 25 orang include 2 crew GunungHub. Semua power-power belaka!
 |
mission accomplished! |
Aku tak duduk lama pun kat atas tu, dalam sejam bergambar tu terus turun bagi peluang kat orang lain untuk bergambar pulak. Turun ni sebenarnya ambil masa dalam sejam setengah ke 3 jam je sebab boleh slide macam main ski gitu.
Masa turun tu jangan cakapla berapa banyak kali aku terjatuh persis nangka busuk. Sampai mat salleh pun tanya are u okay? Haha i'm good miss. It's just my lutut and kaki penat asyik kena brake sebab tak berani nak turun laju-laju. Risau nanti terslide sampai ke alam barzakh. Kawan aku ada yang turun seret guna ontot je sebab lagi mudah katanya. xD
Tiba-tiba ada brader dari Malaysia ni offer hiking stick dia kat aku. Memang tak mampulah nak menolak rezeki dari langit ni hihi. Ingatnya nak pulangkan stick tu lepas habis turun dari Letter E je tapi brader tersebut tidak kelihatan lah pulak, makanya aku mengambil kesempatan untuk bawak lari sampai ke campsite. Harap bro tu okay jelah turun menggunakan 1 stick je. Terima kasih, jasamu akan ku kenang!
 |
oh ni rupanya jalan yang aku lalu masa gelap gelita tu.. |
 |
bergambar dengan Letter E. Makin jauh puncak aku tinggalkan, sobss.. |
Yang kecik tulah Gunung Barujari. Dulu Rinjani ni namanya gunung Samalas, meletus dengan sangat d
ahsyat pada tahun 1257 sehingga puncaknya hancur. Makanya terhasillah Gunung berapi yang setinggi 2296 mdpl serta Danau Segara Anak akibat dari letusan tersebut. Gunung Barujari, dikatakan tidak akan ada tanpa Gunung Rinjani. Sementara Gunung Rinjani masih akan ada walau tanpa Barujari. Gunung Barujari itu gunung berapi di dalam kaldera Gunung Rinjani. (credit)
Last meletus pada tahun 2015 tau. Masih aktif lagi volcano nya.
Otw turun ni, aku memang jalan sorang-sorang je. Bateri handphone pun dah nak mati. Motivation untuk sampai campsite dengan kadar segera adalah sebab nak pegi tandas. Bayangkan hampir 9 jam aku tahan nak pergi tandas.....
Aku perasan ada signboard AWAS! BAHAYA sebelum nak turun ke kawasan berpasir yang awal-awal kena tempuhi pagi tadi tu. Dah berjalan dengan penuh hati-hati, tapi akhirnya jatuh terlentang sampai terbaring. Faham tak perasaan bila jatuh atas tanah berbatu keras tu? Sakit tahap dewa langit ke-7 ye pinggang aku. Memang Jisbauk trek ni!
Jatuh kat Letter E pun tak sesakit ni tau.
 |
trek berpasir punca yang buat aku terjatuh. Tapi aku jatuh belah atas sikit yang ada batu-batu |
Pukul 12 pm, aku sampai di Campsite. Terus kemas-kemas barang, makan solat apa semua. Tak sempat nak tidur sebab pukul 2 pm tu kita nak turun pergi ke Danau Segara Anak pulak. Masalahnya, kaki aku dah start sakit tau effect daripada menurun tadi, macam mana ye nak turun dan sambung keseksaan kakiku?
 |
last view at campsite |
 |
toilet berlatarbelakang kan puncak. Kali terakhir tengok view ni sebelum turun ke Danau |
Akan bersambung di Next Entry
Wah, tahniah berjaya mendaki hingga ke puncak! Indah sungguh pemandangan di atas tu.
ReplyDeleteTerima kasih! Rinjani ni dari bawah sampai atas cantik, rasa terbayar penat lelah tu 😆
DeleteKalo dilihat pada bentuk muka buminya...tobat x naik ni...cukup la gunung kinabalu...
ReplyDeleteAgak curam dan bahaya sikit. Tapi worth every steps okeyy!
DeleteTahniah!
ReplyDeleteKagum dgn orang yg mampu tawan puncak gunung ni 👍🏻
Berbaloi ye sampai ke puncak, mmg magnificent view nya tu.. subhanallah
Terima kasih! Hehe gunung yg diidamkan sejak tahun 2022, akhirnya tertunai hajat di tahun 2025 🥰
DeleteWahhh tahniah sampai juga di puncak ye....walau macam macam hadapi rintangan... Sahabat tak dapat ikut sekali memang terasa juga kan.... Sebab kawan semangat berborak tiada.
ReplyDeleteSedih jugakla kawan tak dapat naik sama2, kita plan ni dah berbulan dgn dia huhu.
DeleteCantiknya bintang di langit. Bila tengok mendaki tu automatik kaki rasa panas je sebab seram....terasa macam mendaki sama. View dia ya allah cantik sangat.
ReplyDeleteNaik time gelap tak nampak apa. Bila dah cerah tiba2 rasa gayat 🤣
DeleteView mahal yg tak boleh dapat kat tempat lain ni!
Berbaloi redah gelap gelita cam tu... tapi hasilnya sangat wow!
ReplyDeleteYess memang berbaloii 😁
Deletedia dah main gunung oversea sobattt.. hahaha trek berpasir dgn trek berlumut memang barai.. haha
ReplyDeleteHahaha! I'm in love with gunung2 kat indonesia walaupun pertama kali pergi. Merajuk ngan gunung malaysia sebab trek susah gila and takde view 🤣
DeleteSaya rasa trek berpasir okay lagi kalau nk dibandingkan trek lumut....
Gimana... Puas bangett kan😍capek tapi enggak rugi kalau sudah sampai puncaknya ya 😄👍
ReplyDeletePuas banget kakk! 😆 gunung wishlist sudah ku tawan, syukurr!
DeleteMasyaAllah indah mempesona view dari puncak 😍
ReplyDeleteTahniah Mazni 👏🏽
MasyaAllah awak hebat!
Baca je pun terasa seksa mental part trek berpasir tu.
Juga 9 jam tak buang air. Yelah, bukan ada banyak pokok-pokok nak nyorok buat urusan 😄
Terima kasih kak ujie! Masa nak sampai puncak tu rasa mixed feelings betul. Rasa macam tak percaya, rasa nak nangis terharu, tapi still sedih sbb member saya tkde sekali. Alhamdulillah 🥰
DeleteTk sure jugak macam mana saya boleh tahan nk buang hajat utk tempoh yg lama macamtu.. bila penat sgt, kita tak terasa nak membuang kot. Tapi bnyk je 'periuk api' saya jumpa otw nak ke puncak tu kikiki. Entahla diorg ni membuang time org tgh lalu lalang ke camne 🤣
Wahh hebatnya awak and the gang. Alhamdulillah..dapat pengalaman yang best. Tahniah impian berrjaya dan berjaya sampai ke puncak. MashaAllah permandangan dia memang memukau. Hilang segala penat lelah yang mencabar sepanjang hiking.
ReplyDeleteTerima kasih!! Starting dari sunrise sampailah nak turun memang viewnya superb! 😍
Deletecongrats sbb dh sampai puncak rinjani! saya sgt kagum dgn semua yg fit utk naik gunung sbb saya memang sgt2 tak fit laa...zmn2 uni dulu pernah lah sekali gi hiking dekat bukit/hutan area uni, terus kaki cramp hahah then lps tu serik ala2 trauma :p
ReplyDeleteTerima kasih MZ! Faham :p saya awal2 hiking dulu pun sakit2 kaki ngn badan, amik masa seminggu jugak nk recover. Tapi tetap tak serik mendaki
DeleteYa Allah, akak tengok gambor pun ada rasa gayat, Mazni. Tabik spring la, kat Mazni. Tahniah sekali lagi, sebab berjaya tawan puncak Rinjani, walaupun kawan tak ikut sekali. Kuat semangat Mazni ni. Syabas! :)
ReplyDeleteTerima kasih kak nur! Dh jatuh cinta dgn gunung2 kat indonesia hihi 🥰
DeleteTahniah Mazni, wah ada gak geng blogger yang minat mendaki..akak last mendaki sblom PKP...tapi x banyak experienced la...x tau bila nak start semula..Dania dah sibuk ajak dah..respect la Mazni dah jejak Rinjani...
ReplyDeleteTerima kasih kak SA! Akak area2 shah alam tryla pergi tasik cermin, situ santai dan lawa tasik dia. Cuma lebih kepada trekking la, tkde naik2 bukit sangatt
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah Mazni...!!!! You rock..!!! Bangga sangat2. Thanks for sharing semuanya.
ReplyDeleteTerima kasih kak mulan 🥰 banyak lagi entry rinjani ni hehe
DeleteKak mazniiiii, saya bacanya saja ikut merinding 🤣🤣🤣😍👍. Memang lah kak, give up langsung saya... Biarlah saya seolah ikut menikmati jalan kesana dari cerita dan foto2 kakak saja 🤣😁. Bersyukur sangat ada banyak foto dan detiiiil pula ceritanya 👍👍. Saya seolah ikut sama.
ReplyDeleteBaru tadi siang saya lihat di reels IG, ada orang yg terpeleset di Letter E. Nasib baik dia sempat pegangan dengan edelweis. Lalu dibantu naik lagi. Ya Allah seraaam. 😔
Lihat medannya seperti itu, tak heran saya kalo banyak yg menjadi korban saat naik atau turun di sana.
Congrats kak 🎉🎉. Atap Lombok sudah tercapai. Nanti nak gunung Agung pula yaa 😁
Masuk banyak foto utk diabdikan dalam blog ini, nanti rindu boleh baca lagi 😆
DeleteOh saya pun ada tengok reels tu, agaknya pendaki penat sangat kot sampai boleh tersalah lalu jalan padahal treknya udah jelas turun kebawah, dia malah straight keluar dari jalur. Untung saja masih panjang nyawanya..
Doakan tahun depan dapat ke gunung agung pula hehe! 🤭
Saya jadi penasaran nak tahu gunung tersulit di Indonesia. Setelah di browsing 10 gunung tersulit jalur pendakiannya, ternyata Rinjani belum termasuk .. ya Allah seperti itu tracknya blm masuk 10 besar, tak berani saya bayangkan yg paling sulit kayak apa 🤣🤣🤣
ReplyDeleteCarzten pyramid di apua sudah pasti nomor 1 paling susah, lalu gunung Latimojong, gunung Semeru, gunung Leuser, gunung Binaiya, gunung Raung, lalu Kerinci.
Saluuut betul2 dengan semua pendaki gunung yang memang sanggub menaklukkan puncak setiap gunung 👏👏👏. Tabik lah..
Oohh baru tahu kerinci lebih susah dri rinjani ya, nak kena cuba ni 🤣 hanya gunung leuser dan gunung binaiya je yg saya belum pernah dengar lagi namanya
DeleteTerima kasih kak! Walaupun sampai longgar2 lututlah saya, yg penting selamat turun dan naiknya 🤲🏻
Leuser di Aceh, Binaiya di Maluku tenggara. Saya Krn lama tinggal di Aceh, 20 tahun jadi tahu ttg gunung Leuser.
Delete2-2 gunung ini sulit jalurnya karena curam sangat. Tp yg paling lama di daki Leuser. Butuh 16 hari untuk naik dan turun.
Kalo Binaiya butuh seminggu utk naik dan turun. Tapi apapunlah, semua gunung bagi saya sulit 😅😅
Ya Allah jangankan Rinjani. Saya pernah naik ke puncak Sikunir di Dieng, yg tingginya tak ada apa2 dibanding gunung lain di Indonesia, langsung macam kena asma 🤣🤣🤣
Ada 3 pos. Awalnya saya sombong bilang sanggub sampai pos 3. Ternyata menyerah di pos 1 😂😂😂
i see, nama macam english2 sikit xD
Deleteuish dahsyat 16 hari untuk turun naik. kalau tgok gmbar gunung tu, lebih kepada banyak hutan tebal. mesti trek dia banyak selut dan trek dia jauhh
awal sangat menyerah tu kak fanny hahaha!
kat letter E tu tak boleh berselisih ya?
ReplyDeletetgk laluannya mcm sempit juga tu
boleh je. luas jugak jalurnya tu
Deletetapi kena hati-hati lah masa menurun tu jangan tergolek langgar orang bawah pula haha
cantik betul view dalam kawah tu...
ReplyDeleteyelahhh sebelum ni kalau tgk kawah gunung berapi warna merah je kan....
ni siap ada 'tasik membiru' lagi...
kalau di kawah ijen pun airnya warna biru jugak. rasanya air gunung volcano ni mmng biru-biru kott
Deletecukup mendebarkan ...namun inilah aktiviti yang menjanjikan kepuasan hati dan jiwa...saya pun wife juga kaki hiking...saya jer yang tak gemar sangat aktiviti lasak begini
ReplyDeletewahh wife kaki hiking juga ya, bagusnya!
DeleteTahniah Mazni💪💪💪💪KSarie tumpang happy. KSarie memang salute betul orang yang hiking ni. Perjalanan penuh berliku tetapi berbaloi dengan pemandangan yang tak semua orang ada rezeki hendak tengok in real.life
ReplyDeletebetul tu, rasa terbayar segala kepenatan bila dah sampai atas :D
DeleteWuih,,, Mbak keren sekali sampai ada waktu dan kesempatan mendaki Gunung RInjani...
ReplyDeleteDan foto-fotonya aduhai cantik sekali. Apalagi foto saat sunrise itu...indahhh sekali.
Ah mana kuat di usia saya mendaki gunung saat ini. Jadi membaca tulisan ini dan melihat foto-fotonya sudah puas rasa hati ini.
Salam,
Sudah 2 tahun berangan mahu menaklukkan rinjani, akhirnya dapat juga kesini. Pemandangannya dari atas indah sekali!
DeleteTabik banyak kali!
ReplyDeleteSemangat juangmu sangat tinggi untuk capai hasrat mendaki. Pemandangannya cantik belaka. Ikutkan hati memang teringin menawan puncak Rinjani. Namun apakan daya usia dan kudrat menjadi penghalangnya.
Terima kasih!! Pemandangannya memang cantik tak terkata. Puas hati bila dah berjaya tawan puncak rinjani ni 🥰
Delete