10 Jun 2025

Jalur Torean Rinjani - Hari terakhir di gunung

 Assalamualaikum

Sambungan daripada entry --> Pelawangan Campsite to Danau Segara Anak

29/4/2025 - Selasa

Ini merupakan hari terakhir kami di gunung. Untuk hari terakhir ni, kita akan melalui jalur yang namanya Torean hingga keluar ke kampung Torean. Ia akan menjadi hari Yang agak panjang kerana kebiasaannya akan mengambil masa 9 hingga ke 12 jam.

Jalur Torean ni MasyaAllah, aku tak pernah lagi lihat view macam ni di Malaysia! Dia macam vibes jurassic Park. Sangat terpegun sepanjang jalan dan tak habis-habis mulut ni meratib perkataan cantik dan bertasbih tengok ciptaan indah dari-Nya. 

yang bulatan merah tu, kami nak menuju ke situ untuk makan tengahari. Kuss semangat nengoknya

Start turun dari Danau Segara Anak pukul 8.30 am, walaupun masih pagi tapi matahari sangat terikk nak terbako otak. Kaki aku yang sakit sejak semalam masih tak recover lagi, so redha jelah apa nak jadi pun. Awal-awal lagi aku dah beratur kat lineup yang hujung dan eh, bertemu lagi dengan muka-muka yang sama sejak semalam. Team keluar malam lagilah kita harini ye, haha.

Setelah sejam berjalan, kami jumpa dengan kolam air panas untuk berehat. Sangat syok rendam kaki untuk legakan otot. Aku celup tangan jelah sebab malas nak buka kasut dan stokin. 

jalan turun ke kolam air panas
tengokla matahari duduk tegak atas kepala

Kami meneruskan perjalanan sambil dibakar matahari terik. Adalah juga sambil-sambil tu stop bergambar sebab macam mana kita taknak ambil gambar kalau setiap pelusuk view di sini sangat cantik?! Tataplah sekejap gambar-gambar ni yepss. 

belum 3 jam jalan, dah terbakar segini..
berjalan tengah panas sambil lihat pemandangan macamni? Saya rela terbakar sampai rentung
this is the view
but i am the view. Tibahh

Ok target kita sekarang adalah nak turun sampai ke sungai yang bawah sana tu. Nampak je macam dekat kan? Tapi sebenarnya suatu keseksaan jugaklah nak menurun sampai bawah sana sebab akan melalui banyak tangga, lalu di trek berbatu yang curam supo rock climbing. Peh bersepai lutut weii! 

Mas Nopal lah (porter) yang paling banyak tolong aku especially bila kena turun di kawasan yang curam. Memang all the time aku berjalan dengan dia je because my lutut kenot take it anymore. Aku tak pernah menyusahkan orang masa hiking tau, tapi kalini memang perlukan pertolongan and i feel ashamed for that hahaha dasar lemah!

mas Nopal porter aku dan Sahira. Tapi dia cakap Nopal tu nama anak dia, so aku pun tak tahu apa nama sebenar dia, lolz

Porter aku ni kecik je orangnya, tapi kuat betul tiap-tiap minggu naik gunung angkat beg pendaki yang berat-berat. Mas Nopal cakap beg aku dengan Sahira ni ringan sebab dia pernah bawak beg sampai 25kg, itu yang paling berat dia pernah pikul. Kalau lagi berat beg, lagi susah nak tolong pendaki katanya. Ada hikmahnya beg kami tak berat sangat, bolehlah mas towing saya sampai ke pangkal jalan kan? Hikss.

Btw seronok tau borak dengan mas ni sambil tanya pengalaman beliau sepanjang jadi porter. Pernah dia cerita 11 hari direct tak balik rumah sebab trip back to back. Kebiasaannya porter-porter ni akan naik gunung 2 kali seminggu. Katakan dia naik gunung dari hari ahad hingga selasa, khamis atau jumaat tu dia kena naik gunung lagi untuk trip lain pulak. Fuhh letihnya dengar..

Semoga semua porter-porter dan guide di gunung Rinjani ni murah rezeki selalu. They are the real definition of membanting tulang 4 kerat bagi mencari rezeki.

turun Torean ni bukan setakat kaki je kena kuat, tangan pun kena kuat juga sebab banyak kena pegang tangga, pegang tali
sikit lagi nak sampai sungai. Wait for me!
yay dah sampai!

Rasa happy sikit sebab jalan dah mendatar je kat bawah ni. Rehat-rehat kaki sambil makan biskut jap. Btw nama sungai ini ialah Sungai Kokok Putih, airnya mengalir dari Danau Segara Anak. Sangat bersih dan menyegarkan tau!

setiap kali berhenti, setiap kali tulah porter and guide ngerokok. Pam energy katanya haha
menggigil-gigil aku nak seberang sungai ni. Alirannya deras

Korang ingat kat Torean ni menurun saja ke? Tidak okay! Kat sini sekejap turun, sekejap naik, sekejap lagi tu kena rock climbing atau panjat tangga pulak. It's like never ending punya turun naik ya, menyirap aku!

kena panjat pula bukit ni untuk ke tempat mata air
panjat tangga lagi
panjat lagi sampai penat!

Setelah 10 minit jugaklah memanjat, kami tiba di Banyu Urip dimana ianya adalah tempat mata air semulajadi. Lain sangat rasanya air fresh gunung dengan air botol Aqua yang aku beli kat Indomaret tu hahaha. Mas Nopal pun geleng kepala je tengok aku sakan topup air, padahal dalam beg tu ada je lagi air botol yang belum dibuka.

Sorry mas, saya pun nak rasa jugak air dari Gunung Rinjani. Bukan selalu datang sini :p

tak tahulah apa masalah aku tak ambil gambar mata air tu, tapi sebaliknya pergi selfie pulak. Motif??

Selesai rehat dan topup air, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paliiinng viral dan paling curam di Torean ni. Di sini jugalah berlaku kes maut pendaki dari Malaysia pada awal Mei haritu, Innalillah..

Guide banyak kali pesan jangan sibuk merakam, jangan pegang tongkat tapi peganglah tali. Laluan tu memang cukup untuk seorang saja lalu, salah langkah memang sadaqallah lah citer dia. 

But the view is really chef's kiss!

Lepas melalui tebing yang viral tu, stop lagi di spot bergambar wajib. Cuma sayang, awan mendung sangat makanya gambar sedikit gloomy.

Cuba bayangkan belakang tu ada dinosaur bergaduh, mesti epic gila!

Pukul 2.08 pm macam tu kami tiba di Pos Kebon Jeruk untuk makan tengahari dan solat. Ini juga merupakan makanan terakhir kami di gunung.

Dahlah makan Indomie yang menjadi favourite semua manusia, boleh pulak takde selera makan. Aku jamah sikit je, selebihnya makan buah. Nasib baiklah ada kawan yang sorang ni tolong habiskan mie aku, nampakla pinggan kita licin licau tak membazir kan?

Indomie dan nenas yumzz

Daripada Kebon Jeruk, kami menuju ke Air Terjun Penimbungan untuk bergambar lagi. Serious memukau sangat viewnya! Kat Rinjani banyak sangat air terjun, tapi yang paling cantik memang di Penimbungan ni lah.

Ini juga merupakan last stop open view kami.

close up sikitt
mas Cika ambil gambar memang on top!
porter yang angkat bebanan up to 20kg

Untuk trek terakhir ni banyak lalu kawasan hutan je, no more tebing curam yang menyajikan view cantik lagi sobs.. Ingatkan dah hujung-hujung ni mendatar sikitlah jalannya, ternyata tidak. Masih banyak kena turun naik jugak. Masa ni aku jalan bertiga je dengan mas Nopal dan sorang lagi kawan, Acap. Hanya diorang je yang tahu betapa nak meninggalnya aku waktu ni sebab literally out of energy dah. Jalan pun terhuyung-hayang sampaikan mas Nopal cakap aku mabuk ketum lah, suruh buang lutut lah haha siot tau porter aku ni.

pos Birisan Nangka. Pinjam gambar group first yang sampai awal jap

Lepas dah jumpa dengan Birisan Nangka ni, perlu berjalan lebih kurang sejam lagi sampailah kita jumpa Pos permit. Disini perlu tunjuk slip keluar hutan dan declare sampah.

Kami sampai di pos permit ni pukul 8.10 pm gitu. Dari pos permit ni, perlu berjalan lagi 20 minit untuk sampai ke pos ojek pulak. Kemudian dari pos ojek nak ke kampung Torean tu pula perlu berjalan kaki 30 minit jika taknak naik ojek.

geng seret kaki

Jauh betul perjalanan nak keluar dari sini. Sejak daripada Birisan Nangka aku asyik kena scam je kononnya nak sampai dah, ternyata belum nampak lagi pintu keluarnya. Memang taklah aku nak berjalan kaki pergi kampung Torean tu, jauh okayy. Untuk naik ojek pula, harganya Rp80k sebab dah malam. 

Finally hampir pukul 9 pm macam tu, kami sampai pun di pintu Torean dan gerak ke homestay dalam pukul 12 am lepas pendaki last dah selamat sampai. Bebas sudah penderitaan kakiku sepanjang 3 hari di Rinjani ni, Alhamdulillah! Total perjalanan menuruni Torean ni adalah 13 km, manakala total perjalanan kami selama 3 hari 2 malam ni lebih kurang 26 km!

pintu gerbang kemenangan!

Aku ucapkan terima kasih pada mas Nopal dan kasi extra tip juga sebab banyak tolong aku. Korang kalau upah personal porter, jangan berkira nak bagi extra tip tau sebab porter kat Rinjani ni memang jaga kaw kaw baik punya. 

Tamat sudah misi pendakian Rinjani. Terima kasih kepada semua local guide, porter yang dah sediakan khemah, masak sedap-sedap, towing pendaki, layan je kerenah kami semua ni. Tak lupa juga pada crew dan team Gunung Hub yang sporting semuanya! Kenangan manis betul 3 hari 2 malam duduk dengan diorang semua ni dalam keadaan sama-sama busuk tak mandi hampir 3 hari, muka serabai. I'll treasure this memories forever! Gituhh

Next entry, pergi main air terjun!


54 comments:

  1. Subhanallah cantiknya view. Thanks for sharing semuanya Mazni. Yes you are the view..!!

    Salute dan bangga kawan blogger dah sampai. Baik sangat nampak Mas Nopal tu. Moga murah rezeki dia dan pada yang memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mulan!! 💖💖

      Mas nopal n porter2 kat sini semua baik belaka. Diorang takde pun merungut atau marah2 bila kena hadap pendaki yg lambat, serious the best!

      Delete
  2. gmbr2 semua breathtaking! kagum nya dgn ur fitness level. terbaek laaa...kalau i, the first km tu pun i dh fengsan hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah kagum kak MZ, saya antara orang2 yg sampai lambat sebab injured ni. Malu tauu 🤣

      Delete
  3. Ye ye... sebijik la macam scenes dalam jurassic park...
    Harap tak jumpa dinasor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah2 satu ketika dulu ni tmpt dinosaur kan? Ahakss

      Delete
  4. Kaaaak, saya serius baca dari atas sampai terbaca pula dinosaurus bergaduh, memang auto terbahak 🤣🤣🤣🤣.

    Padahal yaa kalo lihat foto saja, macam flat, atau tak curam alur nya. Tapi saya tahu itu tipuan kamera. Aslinya pastilah tinggi, curam, berbahaya dan maut. Apalagi yg torean. Memang terkadang harus lihat dengan mata sendiri utk tahu extreme nya 😱😱

    Congrats kak mazniiiii... Hebaaat sangaaaat. Lihat si porter mas nopal, langsung malu saya, dia pakai sendal swallow weeey 🤣🤣🤣. Tak putus yaa itu sendal tengah jalan atau dia bawa cadangan? 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setiap kali pandang lembah2 ni terbayang ada dinosaur terbang lah, dino berjalan lah. Kita kat jurassic park kan hahaha 🤣

      Banyak tebing2 curam, tidak di semua tempat ada tali pengaman makanya harus waspada. Lagi2 jalan di atas tebing tu ada sesetengahnya berlubang.

      Sandal local porter disini semuanya jenis nipis tu. Tali sandalnya tak putus kak, hebat betul 🤣

      Delete
  5. Hebat la... tumpang tgk gambar pun dh best, cantik sgt view!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. View kat sini memang cantik sangattt nak nangis tengok 😭💖

      Delete
  6. air terjun tu memang cantikkkkk
    boleh ke kalau nak turun smpi ke bawah air terjun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kann tinggi betul!
      Rasanya tak boleh. Macam. takde jalan yg proper utk turun kebawah tu

      Delete
    2. org yg dah biasa mendaki (org tempatan) mesti tahu cara nak turun ke bawah air terjun tu kan...

      Delete
    3. Local guide mungkin tahu. tapi biarlah waterfall tu tidak diteroka. Bak kata porter, air terjun ni macam isteri orang. Cantik tapi tak bisa dimiliki hahaha

      Delete
  7. tak dinafikan pemandangan kat sini sgt menakjubkan... segar mata tgk kehijauan alam...
    macam mana rasa air panas tu? panas betul or suam2 je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segar mata jap tengah2 penat ni nampak benda menghijau je
      Dia suam2 je, sedap nak legakan kaki

      Delete
    2. suam2 tu laa yg sedap... boleh rendam kaki sampai kecut2 hehehe

      Delete
    3. Kitonya malas nak bukak stokin 🤣 ada yg siap mandi lagi kat situ tau

      Delete
  8. MasyaAllah... Sungguh indah cipta an Allah.. Wah ternyata lama bangett perjalanan sampe 13 jam 😯.. Entah sudah kayak apa itu capeknya badan.. Tapi saya salut banget bisa bertahan... Syukurnya mas Noval juga sabar ya 😄.. Mungkin dia sudah paham banget kalau perjalanan ini enggak mudah.. Jadi kalau sampai waktunya lama buat pendaki ya gak apa-apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh perjalanannya, boleh kurus kalau berlama duduk sini 🤣 saya sampai bilang ke mas nopal tanam aja saya disini sebab penat berjalan hahaha. Sebelum2 ini juga dia pernah sweeper orang sampai malam, jadi udah faham ragam pendaki

      Delete
  9. Viewnya mirip seperti gunung di kampung halamanku, Ciremai.
    Duh, jadi kangen ingin mendaki gunung lagi seperti muda dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah digoogle, eh betullah agak mirip! Ciremai tinggi juga ya atas 3000mdpl

      Delete
  10. Ya ampun Mbak...perjalanan nya sangat meletihkan ya...tapi terbayar dengan pemandangan yang sangat sangat indah...
    Porter itu kuat juga ya bawa beban. Dan saya perhatikan foto mas Nopal itu, dia tak pakai sepatu hanya pakai sandal jepit saja...luar biasa ya perjuangan hidup mereka...
    Cerita perjalanan yang sangat menarik Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan local porter disini semuanya pakai selipar saja, ada yg berkaki ayam juga. Mereka lebih selesa macam tu
      Makasih pak asa sudi baca yaa 😁

      Delete
  11. Kalau akak ni...confirm pewai dan mintak dukung..hahahahaha....view sepanjang yang Mazni share tu semua cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba gagahkan diri jangan sampai kena dukung 🤣
      View dia memukau!

      Delete
  12. Memang kena kuat semangat betul kan nak ke sini. Tapi worth it la kan... Dgn view yg subhanallah cantiknya, pengalaman yg dapat semua tu pasti akan kekal di memori sampai bila². Terbaik 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mental kena kuat memikirkan 3 hari 2 malam sepanjang disini mmg sangat banyak berjalan.
      Memang akan jadi memori yg terindah sangat 🥰

      Delete
  13. Cantiknya view kat atas tu.....

    ReplyDelete
  14. Perjalanan yang sangat mencabar
    Hasilnya menakjubkan

    ReplyDelete
  15. Fuhhh.. 13 jam jalan turun naik gunung... memang tinggi tahap kesabaran dan kecergasan Maz. Akak yang baca ni bukan rasa semput je tapi rasa nak tercabut nyawa. Dah lah menegak tangganya tu.. yang tebing curam tu betul-betul ngeri.
    Nengok gambar porter yang ngerokok tu kebanyakannya berbadan kecik sahaja. Mesti semua fit tu, ye lah.. kerja mereka pun dok hiking je.
    View semua memang cantik.. cukuplah akak tengok sambil memuji kebesaranNya. Nak memanjat memang taklah 😁. Terima kasih Maz kongsi gambar2 yang super awesome.
    Ehhh.. boleh hantar gambar kat FB "Edit Apa Hari Ini" masukkan dinosour belakang tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak berapa cergaslah kita keluar malam. Ini my longest hike ever lah 11 jam lebih 🤣
      Pelik jugakla tengok biasanya org yg kuat hiking ni jaga kesihatan, tk merokok. Tapi memang fit lah diorang ni.

      Hahaha cadangan yg bernas tu! Entah apa rupalah kalau orang editkan nanti 🤣

      Delete
  16. MasyaAllah terpukau mata membelek satu persatu gambar view cantik 😍
    Penyeksaan yang berbaloi nih Mazni 😀

    Alamak…kalau akak macam tak mampu nak lalu jambatan titi kayu gitu. Gayat.

    Paling lama akak duduk dalam hutan selama 4H 3M masa hiking Gunung Stong dan Gunung Ayam. Tapi ada jugak mandi di sungai. Celup-celup badan sabun sikit, kira mandilah tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes penyeksaan yg berbaloi! 🥰

      Saya tak berani pandang bawah masa seberang titi tu, pikir nak cepat je. Pastu menyesal sebab tak ambil gmbar kat atas titi ni sebab ni antara spot ikonik di torean 😭

      Bestnya naik stong, tringin nak pegi sana! Okayla tu ada mandi2 boleh sabun badan. Kami ni nk dekat 3 hari tak mandi 🤣

      Delete
  17. Jadi pengen naik gunung ... udah lama ga mendaki.
    boleh spill tripnya kak
    Salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah kak, di indonesia itu kan banyak gunung yg cantik2. Tinggal pilih saja mau naik yg mana :p

      Delete
  18. Gak nyangka ternyata secantik ini saya orang indonesia saja belum kesampaian ini, dulu sering banget fyp rijani tapi spotnya gk sehijau ini momentnya pas banget ya lagi musim merekah alamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantes aja rinjani merupakan jalur pendakian paling indah di indonesia, cantiknya on another level!
      Bulan april sampe oktober antara bulan terbaik mendaki rinjani 😁

      Delete
  19. Errkkkk 9 hingga 12 jam... Perjalanan nak smpai kg torean tu? Dari gmbe tu jun jauh tak nampak di sana.. apakah.. hahaha.. ni boleh mental ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah anggaran masa standard utk smpai kg torean kalau yg laju sikit bolehla buat 7-8 jam 😂 mental terukk tapi best!

      Delete
    2. Memang pewai habis la ni haha.. kalau 7-8 jam jer pun.. Nak try search harga kalau naik heli pulak hahahaha

      Delete
    3. Heli takleh masuk sini lah pulak. Nak taknak pakai kaki sendiri jugak 😜

      Delete
  20. View cantik betul tpi bila kata panas tu aduhhh ... Kolam air panas di tgh panas.. mencabar sungguh.. 😅

    Disebalik melihat gambr view yg awesome ada nyawa yg dipertaruhkan utk sampai sejauh 13 km.. laluan tebing dgn titi kayu yg menakutkan huhu.. apa pun tahniah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trek open view takde canopy, bertabah jelaa. Tapi sedap rendam2 kaki dalam tu, awal je rasa melecur. Dah lama sikit mcm taknak angkat kaki hahaha

      Betul, laluan dia mmng cantik tpi maut jugakla kalau tk careful. Terima kasih!

      Delete
    2. Sama lah naik gunung rajah.. banyak tempat best tapi kalau nak buat trip balik hari mmg kena lupakan banyak keseronokan huhuu..

      Delete
    3. Belum pernah naik rajah lagi. Tapi kawan pernah gi sana, pergi pukul 4am, keluar 8pm. Boleh tahan barai katanya

      Delete
  21. Masya-Allah, lawa betul, view, macam dalam movie. Jauh tu, trail 13km. Kalau akak, mesti ketor lutut lalu part tebing yang kena pegang tali tu. Hebat porter, pakai selipar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ketar2 lutut dah kak nur, literally mengesot masa lalu kat death zone tu hahaha

      Porter pakai selipar pastu berjalan hujung2 tebing je dgn angkat load. Kita pulak ngeri tengok 🤣

      Delete
  22. Allah....cantik sungguh pemandangan. Suka sangat dengan semua gambar yang dikongsikan. Sama kosa kata dengan cousin KSarie yang panjat Rinjani tahun lepas 'pemandangan seumpama dalam movie Jurassic Park' katanya. KSarie ni memang dari dulu menumpang tengok gambar orang hiking sebab cantik-cantik pemandangannya. Rasa nak pergi lagi tak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam jurassic park! Tak jemu mata memandang tempat penuh kehijauan ni 😁

      Mulanya taknak repeat sebab peritt, tapi kawan saya ajak repeat lagi before umur 30. Agak tempting la pulak hahaha

      Delete
  23. MasyaAllah cantik sangat. Memang tak berhenti lah kita rakam video dan gambar. Dengan cantiknya kehijauan gunung, awan kepul-kepul dan ada pula sungai. Indah betul dapat menikmatinya depan mata. Apa-apa pesan guide kenalah kita ikut. Risau keseronokan jadi sebaliknya. Safety first.
    Tahniah berjaya tawan Rinjani. Awak hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat macam mana pun saya kat sini tetap gagah jugak ambil gambar, ambil video sbb susah nak sampai sini kan hehe

      Terima kasih!

      Delete

Nak komen apa? silakan~