6 Jun 2025

LIMA 2025

 Assalamualaikum

Penghujung Mei haritu, kami sekeluarga pergi ke LIMA Langkawi yang berlangsung dari 20 - 24 Mei 2025. Sampai harini aku masih bitter kenapa dia tak buat hari terakhir LIMA tu 25/5/2025? Kan tarikh cantik tu?


Walaupun kami dah banyak kali pergi ke Langkawi, tapi sekalipun tak pernah tengok LIMA yang berlangsung setiap 2 tahun ni. Maklumlah kampung abang ipar aku kat Langkawi, so senanglah sikit sambil tengok LIMA, mak dengan abah bolehlah singgah rumah besan dia. 

Paling best sebab kampung abang ipar aku ni betul-betul duduk sebelah airport je. Dari belakang rumah lagi dah boleh nampak jet show di udara.


Disebabkan kami datang pada hari terakhir, motif utama dia mestilah sebab nak tengok persembahan jet. Tapi pagi tu lebat sangat hujan, makanya jet show ditangguh sehingga hujan reda. Pastu semua manusia ramai-ramai ni masuk dalam dewan exhibition lah.

Abang ipar aku cakap tahun ni punya LIMA macam suram sikit sebab ada beberapa negara yang tak ambil bahagian. Misalnya UAE, Korea Selatan. Aku masuk ruang exhibition tu pun macam sunyi sikit.


Dalam ni adalah dia tunjuk missile, senjata, replika kapal dan jet, satellite dan benda-benda yang berkaitan dengan teknologi perang ni.

Adalah beberapa negara yang terlibat dalam exhibition ni antaranya Russia, Indonesia, Germany, Turkiye, Singapore, Iran. Itu jelah yang aku perasan. Aku pun tak berapa go through sangat kat semua booth, kita pergi kat booth yang menyerlah je. 

satellite glass, tapi aku nampak macam bola dragon ball. hehe

Aku rasa booth yang paling menarik adalah Republic of Iran. Kat situ banyak replika jet, jenis-jenis missile dan berapa jauh jarak dia boleh pergi. Yelah Iran ni kan negara yang berperang, makanya aset ketenteraan diorang pun power-powerlah. 

Missile kat situ distance range sekitar 13-30 km je. Kalau yang boleh pergi jauh sampai beribu kilometer tu dia tak bawaklah pulak datang sini, mesti besar sangat tu.


Di bahagian luar ni ada kereta kebal, helikopter dan jet-jet. Pengunjung boleh masuk sendiri dalam helikopter atau mana-mana jet yang dibuka untuk orang awam untuk bergambar. 

Bagi aku first time yang masuk dalam helikopter dan jet pejuang ni, fuhh feeling-feeling macam dalam movie army US pulak.


Bila hujan dah slow sikit, semua pun berbondong-bondonglah tengok jet show. Aku tahu jet nama Sukhoi, Russian Knights, Hornet Pikachu by TUDM, Jupiter Indonesia.

Risau betul tengok jet-jet ni terbang rapat betul membentuk formasi. Tapi memang mantaplah pertunjukan udara ni, dia main terbalikkan jet lah, pusing-pusing kat udara lah. Pilot steady je tak pening. Aku dengar bunyi jet yang bingit ni pun dah sakit telinga.. steady cipp!

pilot Sukhoi SU-30MKM dari Malaysia! Anak kelahiran Langkawi ni.
jet above us!
Jupiter Indonesia tak silap
Russian Knights

Bagi aku, seronok je pergi LIMA ni. Sekadar nak ghaso-ghaso je, cukuplah sekali sebab jalan di Langkawi masa musim LIMA ni waduhhh jem betul. Cuma sedih sikit sebab tahun ni takde pertunjukan jet dari UAE yang keluar asap warna-warni tu. Kalau tak, mesti lagi menarik.

Untuk next LIMA pula akan berlangsung pada tahun 2027 pula. Kalau korang tak pernah ke LIMA, bolehlah try pergi sekali. Harapnya tahun 2027 tu lebih banyak participants dari negara-negara lain lah.


39 comments:

  1. Tak pernah pergi LIMA. Jauh nun di Langkawi. Last pi Langkawi rasanya 2010 pergi kursus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla datang tahun 2027 pula 😁 sesambil tu jalan2 langkawi borong cekelat hehe

      Delete
  2. thn ni LIMA tk brp menarik sgt ...tp dpt pegi tu merasa la juga...kita tgk org share je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kurang sikitla huhu. Tapi sbb saya 1st time pegi sini, kira okayla tak rasa perbezaan hambar dia tu haha

      Delete
  3. Uncle pun tak pernah xperience LIMA...
    Bila tengok jet2 tu rasa macam top gun la pulak!

    ReplyDelete
  4. Senang sekali ya Mbak dapat mengunjungi pameran begini.
    Ini semacam pameran pertahanan ya Mbak yang menampilkan kemampuan pertahanan dari negara-negara yang ambil bagian dalam pameran itu.
    Wah ada juga rupanya peserta dari Indonesia...

    Saya belum sempat hadiri pameran seperti begini Mbak.

    Btw, selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, pameran pertahanan internasional pak. Menarik dapat lihat aset2 ketenteraan dari negara lain 😁

      Salam idul adha pak asa sekeluarga!

      Delete
  5. Menarik ni, Mazni, dapat pergi LIMA. Akak tak pernah merasa pergi. Sekali-sekala tengok TUDM sini praktis naik turun helikopter kat padang pun, akak dah cukup rasa kagum. Inikan pula tengok jet terbang di udara sambil buat pelbagai aksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak, tujuan utama nk tgok jet je hehehe. Tapi tahun ni takde jet asap kalerful mcm tahun 2023 huhu cedihh

      Delete
  6. Dah lama bercita² nak pergi LIMA ni tapi tak pergi² huhu...
    Tapi best event camni, lain dari yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, kami ni pun barulah pergi setelah sekian lama hehe
      Best dpt merasa masuk dlm jet2 besar n masuk helikopter 😁

      Delete
  7. Jet show tu ada pada hari terakhir atau setiap hari?
    Pasti itu yang ditunggu² oleh para pengunjung.

    ReplyDelete
  8. Selalu dengar pasal LIMA di Langkawi. Sayangnya dari dulu sampai hari ini belum lagi jejak Langkawi hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tiap2 tahun memang buat kat langkawi je hehe

      Delete
  9. Frust nya tak dapat pergi tahun ni. Tak plan betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, 2027 nanti ada lagi 😁 harap next LIMA lagi meriah

      Delete
  10. Wah, keren sekaliii.. Ada tenant dari Indonesia juga yaaa. Masya Allah, kerennya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya adaa. Indonesia setiap tahun join LIMA ini hihi

      Delete
  11. my boys suka la benda2 LIMA ni..moga2 ada rezeki kami nak tgk LIMA cuma tak tau tahun bila la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boys suka tgok kereta kebal, jet2 ni. Manatau boleh memupuk minat yg nak jadi askar ke, pilot jet ke 🤭

      Delete
  12. Kak, lima ini selalu di Langkawi atau pindah? Nak jugaaaa 2027 nonton ini lah. Selalu bulan may kah?

    Menariiik. Ini anak saya pasti sukaaa kalau menonton hal2 berkaitan dirgantara. ❤️. Apalagi ada jet show.

    Saya pun sama, seraaam lihat pesawat2 tuh rapat. Macam mana mereka latihan ya 😱😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang di langkawi. Tarikh dia tak tetap juga, dulu pernah bulan mac. tapi sejak 2023 tu dia buat bulan may. Mereka pilih bulan ganjil.😁

      Kann? Berpusing-pusing dan terbang rapat mcm nak langgar kawan sebelah. Memang hebat mereka ni!

      Delete
  13. berapa harga tiket masuk sini sekarang?

    ReplyDelete
  14. berapa harga tiket masuk sini sekarang?

    ReplyDelete
  15. penah laa sekali pergi ke LIMA ni 10 thn lepas... tp time tu panas betul... pertunjukkan udara pun best best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami haritu pegi tak panas, tapi hujan manjanggg. Tapi kalau panas sangat pun tak tahan jugak 🤣

      Delete
  16. Kak SA memang x pernah pi LIMA...tapi rasa nak pergi...cuma tu la..segala mak nenek tiket flight ke apa mahal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik flight memang mahal gila, haritu check smpai nak dekat rm400. Dgn nk sewa homestay lagi, kereta sewa lagi. Kami naik feri jela jimat sikit round trip baru rm55 dari kuala kedah

      Delete
  17. Last pergi Langkawi dah lama dah
    Tak pernah pergi tengk LIMA, dalam family takde siapa berminat nak pergi sebab masing2 dah tua tak larat😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least pernah merasa sekali okayla tuu 🤣
      Fahamm. Yela LIMA ni tmpt crowded, kne banyak jalan jugak. Orang2 tua tk larat sangatlah

      Delete
  18. Kitrg patut pergi tapi last minute ada masalah teknikal bagai.. terus cancel tak jadi pergi LIMA huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, 2027 ada lagi! Lagipun tahun ni mcm biasa2 je ahakzz

      Delete
  19. Dari tahun ke tahun teringin hendak tengok LIMA ni tapi belum ada rezeki untuk merealisasikannya. In sya Allah kita cuba usahakan pergi 2027 kalau ada umur dan masih ada kerajinan😅. Booth pameran aset ketenteraan selalunya mengundang terkesima sebentar sebab canggih dan unik biasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak faham sangat pasal teknologi perang ni, datang tengok2 ambil gambar pastu gi tempat lain pulak haha. tapi menariklah tengok aset ketenteraan dari negara luar ni 😁

      Delete
  20. Teringin juga nak pergi LIMA ni. Tapi tulah malas nak pergi tempat ramai-ramai ni. Tengok dari video orang share je lah. Kalau tengok dari rumah abg ipar tu jelas tak? Untung orang dekat-dekat dapat tengok tak perlu pergi event. Tapi okaylah merasa pengalaman sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dari rumah abang ipar jelass, jet tu terbang rendah. Kalau nak lagi best, kami duduk kat tepi2 airport je. Lagi better dari duduk dalam kawasan LIMA tu

      Delete

Nak komen apa? silakan~