16 May 2025

Mendaki Rinjani - Naik ke Pelawangan Campsite

Assalamualaikum

Previous entry --> DI SINI

Amaran : Entry kalini sedikit panjang sebab banyak gambar. Kita dah penat naik gunung amik gambar banyak-banyak kot, memang dump kat sinilah! Tatap jelah yerr


Kami tiba di Kandang Sapi untuk memulakan pendakian. Sebenarnya dari sini pendaki boleh pilih sama ada mahu berjalan kaki yang mengambil masa 2 jam perjalanan ataupun menggunakan cheatcode, iaitu naik ojek selama 20 minit. Semestinya kitorang semua pilih ojek untuk jimat masa dan tenaga. Yang suka berjalan ni kebanyakkannya mat saleh je, bagus betul ek. Kita ni tak suka berjalan di bawah matahari terik. Selagi ada option yang memudahkan, haruslah aku pilih yang paling mudah.

Kat sini kami perlu bayar harga ojek (Rp200k) dan boleh beri beg kepada porter, bayarannya boleh buat pada hari terakhirlah (Rp1 juta 50k).

Walaupun aku dan Sahira upah porter, tapi kerana beg yang kami sharing tu limitnya boleh muat 10-11 kg sahaja, baki selebihnya kena bawa sendirilah. Aku punya berat beg dalam 4 atau 5kg jugakla kena pikul sendiri. Taktaulah apa benda yang rasa macam banyak sangat barang kami ni hahaha. Tiba-tiba rasa bersyukur pulak sebab selalu training bawa load sebelum nak ke Rinjani.. So bahu aku dah prepare lah untuk angkat beban.

guide suruh kumpulkan semua beg yang nak diberi pada porter

Kat previous entry aku ada mention dapat perkhabaran buruk kan? Ceritanya adalah aku dan beberapa orang yang lain sewa hiking stick kat sini, memang tak bawa dari Malaysia lah sebab malas nak beli checked in luggage semata-mata nak bawak mende alah tu 2 batang je. Berita buruknya adalah hiking stick yang nak disewa tu dah habis

Crew pun dah bagitahu awal yang musim kami pergi ni memang ramai orang, so hiking stick tu macam 50/50 availability laa. Aku pun cam husnuzon mesti ada kott, sebab kita dah inform awal sebulan. Tapi reaksi guide pulak macam tak tahu menahu langsung yang kitorang ni ada sewa stick... Ko lupa kan mas Jeff? 

Makanya, aku akan panjat gunung Rinjani dalam keadaan tidak ada apa-apa support... Semua orang tahu yang Rinjani ni treknya berpasir licin halus. Stick tu macam benda wajiblah kalau nak naik Rinjani ni sebab kita akan trekking kat sini selama 3 hari kot?? Macam tak berapa confident jap nak naik ni takde stick, lol.

apa-apa pun group photo dulu!

Pastu apa lagi? Rempit lah! Brader ni bawak motor macam nak terkeluar roh aku, laju beb! Dengan jalan yang berbatu-batu, rasa nak patah pungkoq! Mas ni sejenis ramah ajak berborak pulak, ha memang saya dengar bunyi angin jelah mas.

padang savannah
hei sapi watpe tuuuu!

Kemudian sampai di ojek drop point. Kena jalan ke depan sikit untuk sampai ke signboard pos 2. 

baru sampai pos 2 pun viewnya udah cantik segini

Di pos ni lah last checkpoint yang ada proper toilet. So bolehlah buang apa yang patut dulu. Kat sini kitorang tunggu semua orang sampai termasuk guide. Aku tak sure la guide berjalan kaki ke apa, tapi yang pasti crew Gunung Hub si Saad tu berlari dari Kandang Sapi nak ke Pos 2 ni. Dia tu lain macam sikit haha.

monyet dan sapi
Mas guide dah suruh jalan!

Lepas semua dah berkumpul, pukul 11.45 am camtu kami pun start la trekking dari Pos 2 ke pos 3 yang mengambil sekurang-kurangnya 1 jam perjalanan. Untuk awal-awal trek ni masih okay lagilah, tak mencanak teruk, landainya pun banyak. Aku taktau nak tulis apa dah, maka tatap dululah gambar view nak ke pos 3 ni yepss.

stress lah pandang atas tengok orang-orang yang laju ni
*pandang bawah* wehhh cantiknyaaaa!
porter pakai selipar jamban je... Dia punya grip selipar macam lagi hebat dari grip kasut aku je
Sahira dah pewai ke tuu?
jalan batu-batu sikit camni je

Setelah sejam lebih menapak, akhirnya kami tiba di Pos 3 sekitar 12.50 pm. Kat sini tempat untuk makan packed lunch yang diberi before naik tadi. Aku dengan Sahira tak lalu nak makan sebab kitorang kenyang dengan nasi goreng breakfast pagi tadi. Lagipun aku kalau hiking, memang tak boleh makan nasi sebab nanti badan jadi berat dan cepat mengah. 


Dalam 10 minit rehat, aku dengan Sahira gerak dulu sementara ada yang lain masih makan dan ada yang dah naik. Kitorang ni taknak sampai lambat sebab sedar diri pace macam leha-leha je, tu yang kalau boleh gerak awal, kita jalan je. 

Dari pos 3 ni jalan dah start mencanak sikit. Anggaran sampai ke pos 4 dalam sejam jugalah. 

rasa macam dah berjam aku jalan, pastu masih nampak pos 3 lagi. Ceiiitt baru naik sikit dah ngomel nape tak nampak pos 4!
eh know know sampaii

2.13 pm kami sampai di pos 4 dan rehat lagi. Di sinilah last pos sebelum sampai ke Pelawangan Campsite. Kitorang ambil nafas dulu sebab sebentar lagi akan panjat bukit yang bagaikan tiada penghujung tu, nama dia Bukit Penyesalan hahaha.

Aku cakap kat Sahira, 2.30 pm kita gerak terus!


Tak sure lah yang awal-awal ni dah masuk Bukit Penyesalan atau tak. Yang pasti, jalannya semua pacak tanpa discount! Aku berselisih dengan akak dari Malaysia group lain, aku tanya dia menyesal ke tak? Jawabnya tak menyesal sebab dia yang nak datang sini. Hm bagusnya akak tu bersemangat betul. Aku tengah menyesal tau sepanjang jalan ni hahaha.


Anyway kenapakah nama dia Bukit Penyesalan?

Sebab bila tengok dari bawah nampak macam nak sampai jee. Bila dah naik, eh ada lagi. Naik lagi, laaah ada lagi! Dahla masa tu kabus tau, aku macam tak nampak di manakah pengakhiran dia. Mengikut kata guide, bukit ni ada 3 atau 4 puncak gitu tapi baca blog orang katanya ada sampai 7..

Lantakla berapa bukit pun, ingat kita ni ada tenaga nak kira? Yang aku tau nak mintak nyawa je tau.


Setelah sejam berjalan, aku dah start mental sikit kerana trek di hujung-hujung ni berpasir licin. Biasalah, lagi nak sampai lagi menguji keimananlah trek dia.

Adalah beberapa kali hampir tergelincir sebab pasir licin. Dahlah jalan berpasir tu literally botak takde pokok atau apa-apa yang boleh dipegang, merangkak jugaklah guwe. Tapi orang-orang kat sini sangatlah baik. Nampak cam aku struggle nak naik tu, diorang hulur kayu ke tangan ke sebab Mazni hanya menggunakan saki baki tenaga je ni.

gambar terakhir Bukit Penyesalan dari phone aku sebab takde energy dah nak ambil gambar

Finally, pukul 4.20 pm aku pun sampai di camspite Pelawangan. Tapi ku sangkakan memang dah sampai, rupanya kena berjalan sikitt lagi untuk pergi ke Pelawangan 2 pulak. Perghh rasa macam kena tipu beb... Tak baik tau bagi harapan kat orang yang pewai....

baru je nak happy dah sampai campsite, rupanya kena harapan palsukk

Nak menuju ke Pelawangan 2 ni perlu naik bukit sikit. Aku memang dah tak larat dah time ni, rasa macam susah nak bernafas sikit. Mungkin sebab terlalu penat baru gaduh dengan Bukit Penyesalan tu, tambah pulak dengan cuaca yang start sejuk. 

Total perjalanan hari pertama ni adalah 4 jam 30 minit. Meanwhile kawan aku Sahira sampai lambat sikit around 5 pm camtu. Sorry my friend, aku tinggalin lo, haha. Nasib baik ada mas porter temankan Sahira jalan.

Pelawangan 2
(credit pics by Iman Syamir)

Lega rasanya dah sampai. Kat campsite Pelawangan ni memang takde sumber airlah. Tapi memang tak terasa nak mandi pun sebab sejuk bak hang! Nak dekat maghrib tu, semua kabus-kabus dah nyahh serta menampakkan view yang maha cantik.

jelas nampak peak, seram sejuk....
solat with a view. Alhamdulillah
Gunung Sangkareang. Porter kata gunung ni lagi susah dari Rinjani
nasi + sup ala-ala kuah lodeh. Makanan porter masak semua sedap-sedap

Dah camping atas gunung yang jauh dari light pollution, janganla tidur awal sangat, pergilah stargazing. Weather is on our side betullah harini, cuaca baik dan tak hujan. Rezeki dapat tengok milky way dan bintang-bintang di langit. *cries*

*insert lagu A Sky Full of Stars by Coldplay*
(pics by Sahira & Aina Firzana)

Malam tu, seawal pukul 9 malam paksakan diri untuk tidur sebab esok nak summit attack seawal 2 pagi. Kita akan tidur dengan baju yang nak dipakai untuk summit esok. Aku tak sure suhu malam tu berapa, tapi rasanya below 10°C.  Memang sejuk gilalah tidur dalam khemah berselimutkan sleeping bed yang tak berapa tebal tu.


To be continued...

60 comments:

  1. Dah sampai kat atas tu dah hilang kot penyesalannya 🤭 view tu Ya Allah very rewarding kan... Stunning!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang segala penyesalan! ni baru view dari campsite, kat atas lagi stunning!

      Delete
  2. bila dah sampai terus tak menyesal...
    ada kawan tu, anak dia sek rendah tak silap..dah naik puncak kinbalu...
    linda?? bukit beruang dekat melaka tu pun tak pernah sampai puuncak... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh hebat sekolah rendah dah tawan kinabalu. bakal hiker tegar in the making!

      Delete
  3. Pengalaman yang luar biasa... Gimana, menyerah enggak ketika gak sampai-sampai ke puncak😃tidur nyenyak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram ok geram! sudahlah cuaca kabus, tak nampak berapa jauh lagi perlu berjalan. tapi kaki harus melangkah walau dah penat xD tidur tak nyenyak sangatla kak, sejukkk

      Delete
  4. Mmg penat mendaki ni...tapi dah sampai x menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. walaupun baru halfway before smpai puncak, dah rasa berkobar-kobar!

      Delete
  5. Alhamdulillah. sampai ke puncak dgn jayanya. teruskan mendaki gunung2 yg lain pulak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe belum sampai lagi ni, baru kat campsite

      Delete
  6. ehhh Rinjani ni kan lokasi yg pendaki malaysia ada meninggal baru-baru haritu? yg abg ipar pelakon Rizman Khuzaimi tu? kan? kan?

    ReplyDelete
  7. gambar2 semua cantik! esp view waktu senja tu!! kagum dgn those yg all out utk hobi2 gini sbb byk benda kena expert/tolerate part2 survival skills tu (cthnya i ni fussy bab2 toilet dan mandi2 hahahah).lain org lain pe'el dan hobbynya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bab toilet ni mmng pasrahlah jadi orang busuk utk 3 hari. tak mandi pun kat sana xD buang air pulak gali tanah jela hehe

      Delete
  8. Subhanallah cantiknya semua view. Syabas Mazni...!!!! Thanks for sharing. Seronok baca trip ni, actually paling laju tengok foto sebab terpegun sangat. Lepas tu scroll baca dengan laju2, tengok foto lama2. Porter tu kan, aihhh sempoi sungguh dengan selipar tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak mulan! saya pulak yg risau tengok porter tu sebab jalan berbatu, diorang pulak angkat bebanan, risau terpeleot haha. tapi tula, porter ni selamba je potong kita, boleh main lumba2 lagi dgn kawan diorang hahaha

      Delete
  9. Hahaha sumpah terhibur baca kisah “Bukit Penyesalan” tu. Memang betul-betul penyesalan berlapis! 😂 Kagum dengan semangat gigih walaupun hiking stick pun tak dapat, siap rempit naik ojek lagi. View cantik gila, tapi yang paling real “rasa nak mintak nyawa je” tu aku rasa semua pendaki pernah rasa hahaha. Good luck summit attack nanti! 💪🌄

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam "amendelah aku buat kat sini di pagi ahad ni, patutnya tidur!". terpaksa mengigihkan diri wlaupun tk konfiden naik tanpa hiking stick, saya tgh risau utk hari summit attack je ni hahaha

      Delete
  10. Rugilah kalau tak ambil gambar banyak-banyak kan. Terima kasih kongsi bersama untuk tatapan kami.
    Memang cantik semuanya. Alhamdulillah sampai ke puncak dan turun dengan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda takkan repeat dah, haruslah ambil gambar banyak2 ahakss
      alhamdulillah!

      Delete
  11. Dengan kita yang membaca ni pun turut rasa 'penyesalan' kepenatan tu.. biasalah, bila deme kata dah tak jauh atau dah dekat sampai, usah percaya.. hahaha.. tapi bila dah sampai, Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan kat atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanya guide, berapa jauh lagi jalan. dia kabo 5 minit. tapi 5 minit tu nak sampai kat batu yg nun depan sana tu je. haha ciskek betul!
      view sangat rewarding kann

      Delete
  12. Kat Pelawangan 2 tu view pun dah cantik sangat. Kiri kanan camp tu dah kira cam gaung lah kan.
    Masa Stargazing tu memang nampak langit tu hitam dan biru eh. Nampak jelas bintàng² tu. Guna kamera atau HP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa kiri kanan gaung. bila saya dah halfway nak ke peak, nampak jelas campsite tu dari atas n rasa ngeri pulak tgok kitorg bermalam di tmpt yg seram camtu hahaha
      gmbar stargazing yg hitam tu pakai phone, yg biru tu guna kamera. dua2 tu gmbar sedekah dri diorang2 yg dalam group ja

      Delete
  13. Subhanallah cantik sungguh pemandangan menghijau, gunung dan kabus, stargazing, etc. Pendek kata molek belaka semua pemandangannya. Mazni tuh pace leha-leha pun dapat panjat Rinjani tanpa hiking stick. Gamaknya KSarie ni kira pace siput sedut gamaknya ye sebab naik tangga dari tingkat 12 ke 13 pun udah minta nyawa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan dia terbayar segala penat lelah.
      haha saya pun tak sangka gak dpt sampai puncak rinjani ni sebab asalnya tak yakin dgn diri sendiri. tapi ksarie taktau betapa aibnya saya masa menurun tau xD

      Delete
  14. wahhh cantik nye suasana ...tengok sekeliling lus terbentang. mula-mula tengok gambar macam kepulan asap tapi tengok banyak kali rupa-rupaya awan...

    ReplyDelete
  15. seram pulak sy tengok porter pakai selipar mcm tu je
    ta ye laa kan
    diorang dah terbiasa pakai mcm tu...
    tp ada kesan juga kan pada ms akan dtg pd kaki kaki kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure la ada kesan ke tak, tapi kaki dorg bukan kaleng2 kak. berurat teroxx
      diorang pandai jaga kaki tu

      Delete
    2. ye laa barangkali itu pekerjaan turun temurun
      macam malim kinabalu tu kan...

      Delete
    3. Haah betull. Diorg tak sama macam kita 🤣

      Delete
  16. pelawangan 2 tu entah kenapa sy rasa view tu mcm ada kat machu pichu pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudiaa jauh terbayang machu pichu sana ek xD

      Delete
    2. bayang je duluuuu
      pergi tak tahu lagi
      hahahahaha
      ke... mazni yg smpi sana dulu?

      Delete
    3. Saya aminkan jela doa ni hehehe. Wishlist jugak sebab one of 7 wonders of the world

      Delete
  17. Kalau uncle jalan 10 minit dah ketaq lutut!.Apatah lagi nak sampai tempat berkabus tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ketaq lutut dah uncle. paksakan jugakla diri berjalan 4 jam stengah haha

      Delete
  18. Cantik gila view! Penat tapi berbaloi
    Tapi tak berbaloi bagi Cuya sebab Cuya tak suka daki! Hahaha
    Tak sanggup nak ketar lutut hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha fahamm. saya pun dlm otak fikir, mende lah aku buat kat sini. dah smpai campsite terus tak rasa menyesal dah :p

      Delete
  19. terbaiklahhh...tapi klu akak naik, mmg dalam mimpi jela

    ReplyDelete
  20. Cantiknya pemandangan waktu siang dan malam. Bestnya, beruntung Mazni dapat sampai sana. Kalau lain kali nak naik gunung lagi tinggi, cer try minum air elektrolite macam bonk proof tu ke. Sebab akak bila marathon, kalau rasa nak habis gas je, minum tu, terus boleh go on, sampai habis. Lagi satu, akak rasa kasut getah adalah terbaik, macam porter tu pakai. Akak naik bukit pun, pakai kasut potong getah yang hitam tu je. Sangat grip, tak pernah tergolek lagi. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh thankyou kasi tips! saya kalau naik gunung slalu minum energy drink mcm 100 plus, pocari sweat je. sesambil tu kunyah himalayan salt utk tenaga.

      tulah, kasut getah mmng saya tau terbaik. tpi ni hat selipar nipis tu haa, kalau tersangkut kat akar pokok habis terpeleot. tapi mmng powerlah porter2 ni

      Delete
  21. Kiranya, sepanjang hiking tak guna hiking stick lah kan?
    Aduhai..kalau akak rasanya boleh hilang mood jugak pasal kita dah inform awal, dia boleh lupa pulak.
    Susah jugak takde hiking stick dengan laluan berpasir gitu.

    Cantik view dengan kabus-kabus gitu. Syahdu sungguh dapat solat dengan view lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa tak guna hiking stick huhu. Nak marah pun tak boleh jugak, sbb crew pun dah inform awal yg bulan 4 ni mmng ramai orang. Redha jelah 🤣

      Kalau tak kabus boleh nampak view danau hehe. Alhamdulillah, solat dgn view yg mahal smbil mengadap ciptaanNya

      Delete
  22. bestnye panjat gunung rinjani., hehe

    ReplyDelete
  23. Kak mazniii, tergelak juga saya baca part ojek dan porter tuh 🤣🤣🤣. Memang kak, ojek yg di tempat2 ekstreme macam begini, bawa motor dah macam jalan nenek moyang dia. Lajuuuu sangat. Saya pernah saat nak trekking ke air terjun, jalannya berbatu, tanah, lubang sana sini, tapi dihajar semua Ama dia. Saya mau tak mau hrs pegang jaket si Abang ojek kalo tak nak terpelanting 🤣🤣

    Kalo porter di gunung, mungkin Krn dah biasa yaa, JD pakai selipar begitu pun santai jam mereka 🤣. Malah waktu itu ada anak2 kecil yg memang stay di gunung, tak pakai alas kaki mereka turun naik. Pendaki gunung yg lihat langsung macam malu nak mengeluh 😂.

    Saya cukup senang bisa baca tulisan kakak saja. Kalo disuruh mendaki, no thanks... Pingsan pula belum sampai puncak 🤣.

    Memang2 betul2 bukit penyesalan tuh 😅😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak, macam nak meloncat saya 😭 lajunya bukan main! Sudahla jalan tu pun ada yg lalu di sebelah jurang, saya pulak yang risauu. But bro is professional mat rempit 🤣

      Di sana pun saya ada jumpa porter yg tidak pakai selipar!

      Ayo dicoba kak. Kalau belum naik rinjani, naik dulu bromo lee 😛😛

      Delete
  24. selamat mendaki gunung...slps ni cuba daki gunung Everest ye... Done following your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau everest, risau saya menambah jumlah angka korban kat atas sana je 🤣 terima kasih follow!

      Delete
  25. Aduh, tak ada hiking pole dah buat risau dah kan. Kena kuat mental dan fizikal ni. Susah juga ye awal-awal kena motor sampai drop point. Bagus jugalah ada kemudahan toilet dan pondok pun luas dan selesa. Tengok lalang lalang tu teringat Bukit Broga yang cantik dulu. Di Indonesia banyak permandangan sebegini. Seronok dapat hiking permandangan cantik. Lupa sekejap penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada motor tulah yg jimat tenaga, takyah berpenat kena jalan 2 jam hehe.
      Gunung indonesia bnyk yg view savannah menghijau cmni. Mungkin sbb tanah dri gunung berapi 😁

      Delete
  26. Biasanya bila dah sampai peak...confirm hilang segala rasa penyelasan dan rungutan...hilang segala penat kan...cantik sungguh pemnadangan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak SA. Rasa nk tarik balik ayat yg kita dok ngomel2 menyesalnya hiking kat sini hahaha. End up it was one of my best memories and I have no regrets!

      Delete
  27. Nak tny dekat pelawangan 2 tu klu sakit perut mcm mn memerut or kencing 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Porter akan buat khemah tandas, lubang pun dah siap digali. lepas dah berak, tutup pakai tisu haha. Tapi kalau saya nak berak, sanggup pergi ke pelawangan 1 sebab situ ada proper toilet (tapi takde air)

      Delete
  28. Kt pelawangan 2 tu mcm mn klu sakit perut or kencing emm.. Sy panik klu takda tndas proper n air😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada khemah tandas porter yg porter buat. tapi kalau nak toilet yg proper, boleh je lari pegi pelawangan 1, dalam 5 minit je dri P2.

      Utk air, silalah bawak portable bidet ya. Pakai tisu rasa tak bersih 🤣

      Delete

Nak komen apa? silakan~