28 Oct 2024

Taiwan Last minit - Qingjing Farm, Nantou County

 Assalamualaikum

Untuk entry lepas boleh baca kat sini --> Arrived at Taiwan - Taichung

10/6/2024

Pagi tu kami bangun pukul 4 am sebab dah subuh. Sementara nak tunggu gap masa untuk naik bas tu lambat lagi, kami pun pergilah jalan-jalan di sekitar hotel. Jumpa Taichung Park tempat pakcik makcik bertaichi je haha. Tapi park ni lawa dan bersih je. Jadilah kan pergi melawat taman riadah je. 

2 gambar di atas ni diambil pada pukul 6 am. 6 am kat sana umpama dah pukul 8 pagi dah. Tapi aku still bitter sebab diorang ni tak bukak kedai awal. Macam mana orang nak cari sarapan?

Dalam pukul 8 am kami terus ke Taichung Main Station untuk ambil bas menuju ke Qingjing (sebutannya Cinjing). Taichung Main Station ni sangat besar. Station ni menjadi tumpuan kerana disini merupakan salah satu stop HSR. Biasanya orang yang nak ke Nantou County akan stop di sini untuk ambil bas.

Macam biasalah, tiket apa semua dah book online. Cuma perlu pergi booth untuk collect kad ala-ala touch n go sepanjang menaiki bas ke Qingjing. Kat perhentian bas ni ada lah bas yang pergi ke tempat-tempat yang famous seperti di Sun Moon Lake.

Pukul 9.30 am bas pun sampai dan kami pun terus bertolak. Sedikit info, Qingjing ni merupakan kawasan tanah tinggi di daerah Nantou dan antara famous spot bagi pelancong melawat ladang biri-biri. Tempat ni ala-ala Cameron Highland atau Kundasang lah. 

Perjalanan sekitar 2 jam menaiki bas. Dalam pukul 11.40 camtu kami sampai di Qingjing Farm. Sepanjang perjalanan tu ada juga nampak ladang-ladang strawberry dan boleh melawat rasanya. Cumanya kami susah sikit nak ke sana sebab naik bas je. Sini public transport dia cuma bas atau teksi sahaja. 

Cakap pasal teksi, aku ada cerita lawak pasal ni. Nanti aku cerita.

Kat Qingjing Farm ni biri-biri berkeliaran merata. Ada yang friendly, ada yang introvert. Aku baru ingat nak benamkan muka dalam bulu biri-biri yang gebu ni, tapi bulu diorang kotor sikit. Maklumla Qingjing ni selalu hujan, aku syak diorang ni dok berguling-guling kat tanah sampai melekat kekotoran pada bulu putih diorang tu. Yih.

Oh btw kat Farm ni ada disediakan locker letak beg tau. Free sikitlah bahu ni sebab dah trauma kejadian semalamnya usung beg dari pagi sampai ke malam.

So tataplah gambar farm ni serta biri-biri yerr.

Pusing-pusing kat ladang ni lebih kurang sejam dah settle sebab takde buat apa sangat. Masuk pukul 12, habis 12.50 pm. Sebenarnya, antara tarikan farm ni adalah show biri-biri & friends. Tapi show nya lambat, 2.30 pm baru start. Kami ni malas nak tunggu lama sebab tak buat apa-apa. So terus jelah turun sebab nak pergi Skywalk Bridge. Nak kesana perlu keluar dari farm dulu.

Ngam-ngam sampai bawah tu, hujan pulak. Cerita kelakar pertama, kitorang ada payung dalam beg, tapi semua tak teringat nak bawak, maka berteduhlah kat kedai-kedai sekejap. Kat bawah ni ada jual-produk-produk makanan, buah. Kalau tengok buah-buah dia, semua nampak fresh. Kami beli glutinous corn. Cantik jagung ni, dia campuran warna kuning dan purple.

Rasa jagung ni sedikit sticky dan rasa pulut2 sikit. Bila gigit tu, isi jagung tu rasa padat-padat macam makan sticky rice. Dia tak manis macam jagung biasa. Aku tak berapa suka sebab agak muak dan rasanya terlalu plain.... Tapi selalunya benda yang tak sedap camni baik untuk kesihatan kan? Korang boleh search purple waxy corn untuk health benefits :p

Lepas hujan dah berhenti, kami terus pergi ke Skywalk tu. Tapi aku rasa macam dah panjang sangat entry ni, so aku akan sambung dalam next entry ye. Stay tuned!

28 comments:

  1. Bestnya Taiwan! Comel alpaca tu. Ingat nak pergi nanti next year for a short trip sebab dengar senang nak cari makanan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. biri-biri kak, alpaca takde situ hehe xD yess, please go! kalau around taipei banyak je makanan halal. taichung pun ada jugak

      Delete
  2. Gebu je nampak bulu biri2 tu...
    Jagung makan panas2 baru sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pegang sebenarnya takla lembut sangat 🤣

      Delete
  3. Dan harga jagung ini mahal kalo dah masuk Indonesia 😄. Teman saya pernah beli. Tp dia bilang manis, dimakan mentah dah sedap. Apa rasanya beda2 ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung ni jagung yg sihat, mungkin sebab itu bila diimport pergi negara lain harganya mahal, tapi kat malaysia saya tak pernah jumpa lagi. Oh manis ya? Saya makan tak manis sangat macam jagung biasa xD

      Delete
  4. Belum pernah sampai China / Taiwan dan seangkatan dengannya lagi. Bestnya jalan jalan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun my first time pergi negara yg cakap cina. Cantik nature diorang ni. Kalau belah2 cina tanah besar sana mesti lagi cantik

      Delete
  5. p/s nnt respon tau😀✌️

    https://aniesandyou.blogspot.com/2024/11/october-for-blogger-mazni-munawar.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg tenkiuu kak anies! Nanti saya baca :p

      Delete
    2. ada link kat situ. nnt respon ya

      Delete
    3. Done whatsapp! Sorry saya terlupa betull

      Delete
  6. Replies
    1. Hahah takpee. Saya pun hair weekday tak sempat sgt be blog orang

      Delete
  7. Pemandangan tu sejuk mata memandang. Mesti seronok boleh tengok view macam tu depan-depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Tapi kalau cuaca tk berkabus mesti lagi lawaa

      Delete
  8. lawa dah taichung main station
    sy dulu tggu bas tepi jln dpn shop lot
    sbb ms tu stesen ni under construction...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sekarang besar sangat. Train line pun bnyk berkumpul kt sini jugak. Siap ada muslim prayer room tau kt sini 😁

      Delete
  9. kitorang penah plan laa nak guling2 atas rumput kat situ. sekali tgk tahi biri2 bersepah2 trs x jadi nak posing2 nak guling2🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAAHHAAH ni betul sangatt. Saya tgok grass dia tu mcm lembut jee, tringin gak nak golek2. Pastu nmpk ketulan taik 🤣 lagipun baru hujan, so tanah mmng kotor

      Delete
  10. Geram laa tengok biri² ru . rasa mcm nak peluk .heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi diorang tak peramah. Saya dtg dekat pun dia lari. Kena ada makanan baru dia nak kawan

      Delete
  11. Bestnya dapat ke Qingjing. Kami tak sempat.

    ReplyDelete
  12. qinjing jauh sikit dri taichung, dlm 2 jam perjalanan

    ReplyDelete
  13. View gunung tu sangat cantik. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. tapi sayang sebab cuaca gloomy. kalau tak, lagi cantik

      Delete
  14. Jagung pulut agaknya nama dia. UPM macam ada tanam. Permandangan kat atas bukit tu ya allah....saujana mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun taktau namanya, tpi so far belum pernah jumpa org jual kat pasar sini, rasa mmng berpulut sikit

      Delete

Nak komen apa? silakan~