26 Aug 2021

Kerana virus, hilang segalanya

Assalamualaikum

Gambar tiada kena mengena

Minggu lepas, aku ditimpa musibah yang aku rasa agak dahsyat. Laptop aku masuk virus ransomware dan virus tu sangat bahaya. Semua file aku dalam laptop ni corrupted, langsung tak boleh buka. File Jpeg, PDF, Words, music atau apa-apa file yang aku dah save, formatnya dah bertukar jadi hoop

Okay contohnya, aku ada gambar dan biasanya kalau gambar dia akan save file as jpeg kan? (eg: Gambar1.JPG) Tapi bila virus ni masuk laptop, file tersebut akan jadi macam ni, (Gambar1.jpg.hoop). Dan paling best sekali, masa virus tu masuk laptop aku, hardisk kesayangan aku yang simpan bermacam khazanah pun terkena sekali. 

Dalam hardisk tu ada beribu-ribu gambar dari zaman aku sekolah sampai degree, video yang aku edit sendiri, gambar dengan family masa pergi melancong, gambar dengan orang yang aku sayang, dan file kerja work from home pun ada dalam tu. And zzuuppp! Hilang camtu je.

Untuk laptop tu aku redha je sebab nasib baik dalam laptop tu takde benda-benda penting. Tapi dalam hardisk tu memang paling koyak sebab semua benda dalam tu penting pada aku. Mati akal gila masa jadi camtu. Rasa marah kat diri sendiri sebab cuai.........

Aku menangis macam orang gila cari mana-mana kedai yang boleh selamatkan hardisk tu. Semua kedai yang aku tanya, semua cakap memang tipis harapan nak recover balik corrupted file tu. Tapi aku ada hantar kat satu kedai ni, dia je yang ambil hardisk tu untuk check. Taktaula diorang boleh tolong recover balik atau tak, tapi masih berharap........... Sekarang still ada dengan diorang lagi, tapi taktaulah :')

Mungkin bagi sesetengah orang anggap file hilang masuk virus tu benda biasa, tapi tak bagi aku. Sebab kali ni bukan biasa-biasa. Virus ramsomware ni daripada hackers, dan diorang dapat semua data-data aku.


Benda paling takut adalah ada orang dapat masuk instagram aku, dia tukar profile picture, follow entah siapa-siapa. Berderau darah aku. Aku terus private instagram, tukar semua password yang link dengan google account. Bila aku check kat gmail, ada suspicious activity yang guna google account aku. 

Password google account semua kena tukar. Semua password yang aku pernah buat autosave kat google ni aku delete dan tukar. Sangat scary..... Nasib baik tak pernah autosave password bank dekat google ni. 

Tapi account YouTube aku tak dapat diselamatkan. Kena suspended sebab hackers tu upload video yang langgar YouTube punya guidelines. Bila check kat gmail trash, baru perasan ada orang comment dekat YouTube aku untuk video yang aku tak pernah upload. Bawah ni adalah salah satunya.


Ni last activity yang dapat detect kat YouTube aku. Lepastu terus kena suspended

Maka tamatlah riwayat YouTube saya yang mempunyai 350 subscriber serta 5 video yang gigih di-edit sendiri walaupun tak pandai buat video ni :'D Nak reupload balik, semua video-video tu aku simpan dekat hardisk yang kena virus tu. Entahlah duniaaaa.

Ni kalau blog aku tiba-tiba terdelete, lagi pedih gila kot.

Bukan laptop aku je diserang virus, badan aku pun kena serang dengan virus covid ni. Aku dahlah ada pergi tempat kerja sekejap sebab nak ambil balik file baru untuk WFH. Tapi syukur orang sekeliling semua negative, even family aku pun semua negative. Ujian besar tahap tertinggi sungguh sepanjang minggu lepas. Sampai langsung tak boleh bersangka baik dah :'D 

Aku selalu rasa setiap benda yang aku buat tak pernah dipermudahkan, rasa cam tak adil kenapa jadi kat aku. Negative mood dah datang. Tapi bila bukak sosial media, tengok ramai lagi orang alami benda yang sama. Malah yang lebih teruk pun ada. Tapi tak bermakna aku nak invalidate rasa sedih aku hanya semata-mata tengok orang lain punya ujian tu lagi teruk. Cuma sekadar rasa bersabar jelah dan jangan terlalu salahkan takdir untuk semua yang jadi ni.

Aku cam okay sikit lepas kakak aku dah reset balik laptop ni, dah selamat. Kawan aku sudi menadah telinga dengar je luahan hati, diorang tolong aku punya kerja masa tengah serabut. Pastu ada kawan kirim makanan sebab aku kuarantin takleh keluar rumah. 

Yang sekarang ni aku hidup je macam biasa~ Pasal hardisk kesayangan aku tu.... Kita tunggu jelah kot-kot ada keajaiban ke kan. Apa pun semoga brain fog after covid nanti tak teruklah, aku ni dahlah blur memanjang, kena brain fog taktaulah jadi macam mana pulak

Thanks for reading!

37 comments:

  1. tak sangka ya, bukan takat dia hack social media google apa semua tu. dengan laptop2 sekali dia hack. saya punya laptop pun mcm tu, tapi tak ada virus cuma hardisk tak boleh reading. so kakak saya suggest hantar dekat cybersecurity untuk recover balik hardisk. memang sayang kot sebab banyak benda kita simpan segala macam. ye betul dunia ni memang mudah dengan adanya teknologi, tapi cybersecurity tu yang penting.

    btw mazni, stay strong what ever you do it okay :) semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya dan takut gila bila orang dapat data kita. belum pernah lagi ada hackers yang dapat masuk sosial media saya. Nasib baik masa dia masuk haritu tak tukar password :(((( yang hardisk saya tu jelah belum tau cerita lagi. thank you :(

      boleh tahu tak kat mana tempat cybersecurity tu? saya pernah dengar pasal cybersecurity ni tapi susah kan nak jumpa? i mean dia takde kedai2 macam kedai komputer kan?

      Delete
    2. cybersecurity malaysia. agensi dibawah kerajaan kementerian komunikasi dan multimedia

      Delete
    3. wow i don't know that. mesti agak susah prosedur kalau dgn agensi kerajaan tapi thank you! saya kena try email dulu

      Delete
  2. Dulu masa belajar, pernah kena satu virus ni. Tapi takde lah terok kena sampai kena hacked bagai.10 tahun lepas ada satu virus ni attack satu UiTM. Tak ingat virus apa. Semua folder tak boleh bukak & jadi temporary file. Then UiTM ada buat satu antivirus kalau tak silap (logo antivirus tu lambang UiTM) bila scan guna software tu semua folders dapat recover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau virus yg dapat recover tu biasanya malware, virus dia boleh recover data. Tapi kalau virus yang serang laptop saya ni jenis ransomware, virus dari hackers. Memang bahaya sebab boleh dapat data peribadi.. i quickly reset my laptop dan tukar semua password yg dah link dengan google account

      Delete
  3. pernah kena serang virus jgk laptop sy.. tu pon sbb kesalahan sndiri..
    abs sume bnde dlm laptop ilang sekelip mata.. nangis bucu katil.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sedih bila takde backup :'( memang marah kat diri sendiri sebab tak berhati-hati

      Delete
  4. pernah kena ransomware virus ni jugak tapi dia tukar semua file jadi orz. memang habis la semua dalam laptop nasib baik gambar2 ada backup dalam external hardisk lain. kena run malwarebytes software baru virus tu hilang tapi file yg dah tukar format tu takdapat recover then ada notepad suruh email bayar la kalau nak balik data tu semua.

    pernah jugak kena youtube accounts kena hacked, dorang upload benda langgar guidelines jugak sampai kena suspended. nasib youtube je sebab lain accounts ada 2 step authentication. sedih jugak sebab youtube acc tu dah lama walaupun takbanyak follower tapi ada video lama2 T^T

    semoga dapat balik semua gambar2 kenangan tu T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh serious samaaa! saya pun dapat notepad yg suruh bayar tu kalau nak dapat balik file-file. mungkin virus yg BV kena lebih kurang sama macam kita, cuma format file je dalam bentuk berbeza. Saya risau jugak, sebab pergi 5 kedai, semua cakap virus camni memang tak boleh recover data :'(

      tapi saya taktaulah kedai yang terakhir tu dapat recover ke tak, harap yg baik-baik jelah :(

      Delete
  5. I have no words for this. *virtual hugs
    I'm so sorry that this happened to you.😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too :') rasa kosong habis. nak redha macam mana pun taktahu sebab semua benda berharga yg saya sayang ada kat dalam hardisk tu. buat backup pun kat laptop tapi kena virus..... :')

      Delete
    2. Semoga Allah permudahkan semuanya. Please stay strong. In shaa Allah ade hikmahnye di sebalik setiap kejadian yg berlaku tu.

      Delete
  6. zaman dahulu virus cuma gurau gurau rosakan pc sahaja...sekarang banyak virus yang boleh curi data dan duit lagi...zaman berubah..semua perlu hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. teknologi zaman sekarang memang menakutkan. Silap langkah sikit je habiss TAT masih bersedih ni..

      Delete
  7. Walaupun saya student IT, ketahuilah bab ni saya masih lemah. yaAllah bahaya betul. Disebabkan posting awak, esok pagi saya dah kena bermula menukar semua password email - email saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni dahlah buta IT, bila jadi benda macamni memang gabra sangat, terpaksa minta tolong kakak sebab dia je pandai sikit bab2 komputer ni. Just make sure takde virus2 pelik je masuk kat laptop kita, insyaAllah selamat :(

      Delete
  8. Allahu,, Syafakillah Mazni... Moga diberi kesembuhan oleh Allah SWT. Moga Mazni sihat semula dan takde sakit lg slps itu. Aamiinnn.. Aamiinn... Kuat semangat ya Mazni.. InsyaAllah semoga dipermudahkan juga urusan Mazni.. Tak salah utk validate perasaan kita. Apa yg kita rasa, jujur dgn diri kita. Dgn hati kita, jgn kita biarkan tanpa kita sedar sbnrnya memakan diri dan hati kita. InsyaAllah, moga semakin baik semuanya. Always berdoa pd Allah. Minta Allah permudahkan urusan Mazni. Setiap kesedihan, kemahuan yg terlintas di dlm hati, panjatkan doa letak sepenuh pergantungan pd Allah. Selain kita ikhtiar dan usaha, serahkan selebihnya pd Allah. InsyaAllah hati akan semakin tenang :) Love you dear. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak fadhi!! Kita cat 2 je, takde simptom teruk sangat cuma batuk je tak berenti sampai sekarang hahah. Dia rasa devastated masa ujian ni jadi serentak, masa laptop masuk virus pastu tiba2 saya tested positive. Rasa bersalah kat semua orang yg saya pernah kontak tu :') tapi alhamdulillah, family saya n tmpt kerja saya semua negative je. Harap orang lain pun sama

      Delete
  9. Oh, terlupa satu lg. Tp mmg seramnyaaaa bila acc kita kena hack mcm tu. Mmg bahaya dunia skrg niii. Walaupun kita ni bukanlah sesiapa pun, tp still bahaya bila data kita kena amek. Medsos kita digunakan utk post benda2 tak elok. Allahuuu. Moga dijauhkannnn. Alhamdulillah Mazni perasan kena hack tu cpt juga. Kalau takk... Hmmmm, stay strong ya Mazni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik perasan awal.. bayangkan saya bukak lambat sikit tiba2 password dah kena tukar n post dah deleted lagi haruu. Aw thank you, dah malas nk stay strong :')

      Delete
  10. Allahu...bahaya betul virus ransomware ni. Habis hilang semuanya. Harap ada keajaiban lah harddisk tu masih boleh diselamatkan lagi. Teringat kes laptop kena virus zaman study dulu. Menangis bila hilang semuanya especially projek fyp. huhu..Mujur ada backup yang boleh cover sikit sikit walaupun tak up to date.

    Zaman sekarang ni kalau kena hacked, kejap je dorang boleh buat macam macam. Risau betul. Semoga Allah permudahkan segala urusan awak. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update terbaru, memang tak dapat diselamatkan huhu. I really hope magical happens dimana saya pernah buat backup dekat mana2 pendrive. Sekurang-kurangnya ada daripada takde langsung. It means a lot to me sebab saya sayang sangat2 kat hardisk tu :')

      Thank you akak!

      Delete
  11. Ni memang benda paling menakutkan Dalam dunia lepas virus covid. harap bertabahlah!

    ReplyDelete
  12. Aaaa sayangnya hardisk, kalau hilang semua benda dalam hardisk memang sedih TT Baca entri ni terus rasa macam nak tukar semua password yang ada sekarang ni TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih sangat. sampai sekarang sedih tu tak hilang2 lagi huhu
      kena extra hati2 sikit, sosial media tu kalau boleh guna 2 face authentication TT

      Delete
  13. Syafakillah, Mazni. Seramnya kena hack dan dugaan Covid lagi..Allahu, awak kuat ye..Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh, Aamiin.

    ReplyDelete
  14. salam kenal.

    alahai kesiannya... kalau i lah langsung tak tau nak buat apa. org lama lah katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa jadi camtu pun saya dah taktau nak buat apa. berpusing sana sini, takleh fikir apa dah

      Delete
  15. Sedihkann.. sama lah phone baru lps kena hacked bln lps. Habis gambar dlm fon hubby. Fon sendiri nasib sempat diselamatkan.

    Sedih bila kenangan dan hasil usaha hilang begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedih... lagi2 bila saya ni sejenis memory keeper, simpan banyak gambar2 kenangan :')

      Delete
  16. Moga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya, Mazni. Harap dapatlah diselamatkan hard disk tu. Sekarang ini penyangak-penyangak cepat sangat buat kerja.

    ReplyDelete
  17. aaaa besarnyaa dugaan..stay strong huwaa scarynyaa sya bacaa huhu

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~