Hari isnin baru ni, ada terima hadiah dari Blogger Cie sempena menang contest teka day trip! Boleh baca kat entry ni --> Pemenang Teka Contest Day Trip 29 Mei 2026. Kita teka suka-suka je, tak sangka betul pulak jawapannya hihi.
![]() |
| Mak aii. Agak besar jugak saiz bungkusan ni.. Kak Cie bagi apalah agaknya |
Bungkusan dibungkus dengan sangat elok. siap berkotak-kotak! Ini kalau Kak Cie jadi seller Shopee ni, comfirm dapat 5 stars sebab pembungkusan helokk sangat hahaha.
Bukak je plastik parcel, wahh siap dapat bekas plastik container lagi! Semua hadiah dimasukkan dalam box tu supaya tak kemek atau pecah. Nanti bekas tu saya boleh guna untuk simpan barang2.
1. Kotak teh dengan pelbagai perisa (ada perisa strawberi, lemon, oren dan lain-lain2 lagi!)2. Fridge magnet Cameron Highlands3. Keychain bentuk strawberry Cameron Highlands4. 4 ketul brooch tudung (tau-tau je saya selalu hilang pin tudung :p)5. 2 ketul sudu berbentuk love6. Purse coin dari Cameron Highlands (Corak cantik!)7. Mug shaklee yang didatangkan dengan lid
Hadiah-hadiah ni semuanya sangatlaa comel, dan berguna. Semua saya suka! Fridge magnet dah selamat dilekatkan pada peti ais. Teh tu pun dah selamat minum perisa strawberi satu sachet, ada lagi balance yang belum minum. Kitorang memang suka teh berperisa, especially perisa strawberi lah.
Dah lama sebenarnya tak beli teh berperisa camni kat rumah.. Tup tup Kak Cie bagi ni, alhamdulillah rezekii.
Tapi paling iolls nak flex is, cawan shaklee ni lah :p
Cawan ni nampak macam kaca, tapi sebenarnya plastik jenis tebal. Suka sebab dia ada lid, sebab saya takde cawan yang ada lid camni, haha. Bila orang bagi ni, rasa speciallah sikit.
Terima kasih Kak Cie untuk hadiah yang cantik-cantik ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta! Saya suka baca blog Kak Cie sebab beliau banyak share entry tentang makanan yang cukup zat dalam setiap hidangan (ada karbo, protein dan sayur). Maklumla, orang kerja bidang pemakanan dalam KKM kan~
Anyway kepada pemenang Jom teka gunung yang saya buat baru-baru ni, hadiah dah dipos semalam tau. Mungkin by hari ini atau esok dah sampai rumah anda semua. Blogger Syuhada Salleh mungkin dapat lambat sikit sebab duduk di Sabah. Harap semua suka dengan hadiah saya yang tak seberapa tu :D




Wah, Tahniyaaaah mbak Mazni.
ReplyDeleteSemakin keren saja yaa blogger malay ni. bertukar hadiah tu sudah menjadi sebuah tradisi :D
Di blogger Indo, jarang betul nampak hal serupa.
Alhamdulillah, blogger2 kat sini semuanya pemurah. Saya yg kadang2 segan tak pernah bagi apa2 huhu
DeleteMungkin cara blogger Indo pergi meet up sama2 😁 itu pun sudah seruu
Tahniah, Mazni. 👏👏 Semoga murah rezeki Cie, banyak Cie bagi hadiah. 🤲
ReplyDeletemeriah mcm2 gift dpt tu...parcel mazni dh dpt smlm..akak br update entry arini ni
ReplyDeleteTahniah mazni...banyak tu hadiahnya....kak SA pun suka kalau dapat banyak hadiah..keronsang tu escpecially..selalu hilang...hahahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah hadiah dah selamat sampai. Risau takut pecah. Kakcie kalau balut parcels memang gitu la selagi boleh balut. Dulu2 selalu la bungkus parcels Shaklee masa buat biz. Sekarang tak buat dah. Skill membungkus parcels tu masih berbisa la. Hihi
ReplyDeleteTahniahh Mazni.. Comel2 hadiahnya, banyak pula. Semoga diberikan rezeki melimpah lagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Mazni. Penuh sekotak hadiahnya tu, best!
ReplyDeleteAkk dah terima hadiah, tqsm 🌹
Nanti Akk buat entry ye, nak rasa carica tu dulu & buat review :p
Meriah hadiahnya! Maciam-maciam! Tahniah!
ReplyDeleteTahniah Mazni, wow bnyk hadiahnya. Murah rezeki pemberinya
ReplyDeleteTahniah dapat hadiah...
ReplyDeleteSama. Kak Linda pun suka teh berperisa. Tapi takde la sampai buat stok.. hahaha