Last week, kembali hiking semula lepas dah sedap menternak lemak raya. Kalini pergi ke Bukit Dinding, yang merupakan kali kedua aku kesini.
Sebenarnya Bukit Dinding ni ada banyak cabang serta trail nya. Ada yang panjang serta yang pendek. Macam aku, cuma follow Kazumi Trail sebab last time pergi pun memang lalu jalan ni je.
Sebaik masuk di entrance, nanti akan jumpa dua junction. Satu tu signboard oren bertulis Kazumi Otai, satu lagi warna kuning bertulis Mini Tahan. Untuk nak hike santai-santai, ambil belah kanan lah.
Mini Tahan merupakan trail yang paling panjang di Bukit Dinding ni, sejauh 7.2km!
Kawan yang pernah pergi sini pun cakap Mini Tahan memang hazab. Walaupun ketinggian dia cuma 200 meter, tapi trek dia betul-betul menguji keimanan. Sebab tulah orang samakan dia dengan Mini Tahan, gunung paling tertinggi di Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan tahap kesukaran yang dahsyat.
![]() |
| Kalau dia dah bubuh patung tengkorak tu maksudnya GG lah |
Aku teringin nak lalu sini, tapi paling kurang pun akan berpusing 4 jam, up to 6 jam untuk lengkapkan keseluruhan trail.. Kalau tak tahu jalan, rasanya agak bahaya sikitlaa.
Untuk siapa-siapa yang nak pergi Gunung Tahan, trylah hadap Mini Tahan ni dulu. Kalau rasa tak tahan tu, boleh la fikir 2-3 kali untuk proceed rancangan anda, hihihi.
![]() |
| Jumpa air terjun pertama sebelum trek dah mula mencanak naik |
Sepanjang jalan yang kami lalu ni, jumpa lebih kurang 3 air terjun. Airnya takdelah deras mana, bolehla buat basuh tangan or muka. Di awal dan pertengahan trek jela dapat jumpa air terjun ni. Kemudian jalan dah start turun dan naik.
Walaupun trek banyak mencanak, tapi selamat je sebab banyak disediakan tali.
![]() |
| Daun ni warna contrast dengan dedaun yang lain! |
Dah nama pun Bukit Dinding, mestilah kena panjat dinding! Nilah part yang paling menjadi highlight. Trek kat sini memang banyak yang curam dan some part tu kena rock climbing sikitlah. Kalau naik aku okay lagi, tapi bila turun agak bahaya sikit.
Awal tahun haritu ada lelaki pakai sut spiderman jatuh setinggi 20 meter kat Bukit Dinding ni lah. Bahaya kalau silap steps especially kat area berakar kayu dan berbatu.
![]() |
| Kebanyakkan trailnya berupa seperti ini |
![]() |
| Jumpa lagi waterfall kecik |
Kazu Trail ni adalah last menanjak sebelum sampai ke view point.
Cuma view point ni tak nampaklah menara-menara ikonik kat KL. Ada satu lagi viewpoint namanya KL See See, tapi yang tu kena jalan jauh sikit. Weolls masing-masing dah malas, so cukuplah dapat viewpoint area rumah orang ni je, haha
![]() |
| Kotaraya yang jerebuu |
![]() |
| Hutan hijau yang mendamaikan |
Dari viewpoint Kazumi ni nak ke puncak lebih kurang 15 minit je. Total kitorang hike haritu ambil masa 2 jam sebab pace santai-santai je. Rehat makan aiskrim pun kemainlah lama, haha.
Peak dia ni berjalan tar, dan tak nampak apa-apa view pun kerana tertutup dek pokok. Kereta pun boleh naik sebab atas ni ada stesen TNB. Abang-abang TNB jelah yang boleh naik sini guna kereta. Awok orang awam ni jalan lah guna kaki sendirikk.
Oh selain orang suka hiking kat sini, cyclist pun suka juga ke Bukit Dinding ni sebab telah disediakan trek khas untuk cylist. Trek mereka takkan bercampur dengan pejalan kaki, so jangan risau kena langgar ke apa.
Turun mengambil masa sekitar setengah jam je (2.5km). Ramai juga orang yang naik dari sini sebab ia merupakan pintu masuk dari jalan Setiawangsa. Jalannya pun sesuai untuk bawak budak-budak sebab tak bahaya pun.
![]() |
| Entrance Coconuts |
![]() |
| Tengah fikir nak jalan kaki atau naik grab |
Selepas tiba di bawah, perlu berjalan lebih kurang 2km lagi nak ke tempat kami park kereta di perumahan Waizuri 1. Last time pergi, memang gigihlah aku jalan kaki sejauh 40 minit haa. Kali ni memutuskan untuk naik grab je sebab nak jimat masa.
Lagipun kitorang kan princess, takleh kena panas.
![]() |
| Soto bihun di Warung Merdeka. Sedap! |
Setelah bersusah payah bakar lemak selama 2 jam, akhirnya tambah semula lemak dengan makan soto lah, nasi lemak, lontong dan teh tarik, haha. Perut dah lapar, nak dekat tengahari dah waktu ni :p
So tu jela kisah hiking kat Bukit Dinding last week. Overall memang best sangat! Cuma banyak lagi yang aku belum explore. Tahap kesusahan jika lalu guna Kazumi Trail ni easy to moderate je. Seronok sebab trek dia santai, yang susah pun ada.













.jpg)



Seronoknya masuk hutan hiking lagi. Bau pokok2 memang best. Ada tak hiking trail yang lagi santai2 hehe.
ReplyDeleteDatang pagi2 masih sejuk lagi, seronok masuk hutan.
DeleteBukit guling ayam antara yg santai. 10 minit dah sampai atas :p
Mazni memang jenis yang lasak ya sebab minat hiking ni. Memang salute! Kalau saya memang idok ler, lebih baik bagi saya nyanyi atas stage drpd hiking 🤣. Kekeke
ReplyDeleteFuyoohh menyanyi atas stage, i could neverrrrr 🤣 cakap depan orang pun tak suka
DeleteIngatkan hiking santai² je Bukit Dinding ni, rupanya mencabar jugak ye.
ReplyDeleteDia banyak loop sebenarnya, ada jugak yg santai tak payah memanjat camni
DeleteNampak cantik suasana di Bukit Dinding ni.. ada air terjun bagai huhu.. ntah bila nak sampai sini huhu..
ReplyDeleteTaktaulah layak ke nak panggil air terjun. Sebab boleh basuh tangan je pun hahaha. Air bukit kott
DeleteWaaaah, mantap betul jalur trekkingnya ya mbak. Saya jadi rasa ingin ikut ber-trekking ria pula. Kemarin februari sempat hampir terlaksana, tapi gagal karena cuaca hujan.
ReplyDeleteIndah betul mbak melihat suasana disana ya, serba hijau. Lalu treknya pun ada yang lumayan tinggi dan ekstrim, jadi harus memanjat macam spiderman, hihihi
Sekarang sudah bulan april, cuaca yg cocok utk trekking kerana kurang hujan kan.
DeleteTangan harus kuat utk memaut pada tali2
Suka tengok orang hiking tapi diri sendiri tak suka. Hihi
ReplyDeleteMak saya cakap aktiviti memenatkan diri hahaha
Deletesuka tgk org hiking! my zharfan pun ada jugak gi hiking dgn kwn2 dia..ada jer kami plan nak hiking sama2 cuma tak tau bila laaa...sbb ada spot hiking near our perumahan ni
ReplyDeleteYg dekat dgn uia tu nama dia bukit guling ayam. Saya beberapa kali sampai situ, view cantik
DeleteMencabarnya, yang kena daki dinding batu tu. Akak pun kalu turun, slow-slow je. Naik okay lagi. Itu pun lama sudah tak naik bukit.
ReplyDeleteSaya pun turun slow je. Takut terperosok kat mana2 akar kayu, and nak jaga lutut jugak :p
DeleteSeronoknya...lama gila tak hiking..rindunya...tapi, kita hiking bukit² je.. time ada program hari diri je.. hahaha...
ReplyDeleteSaya pun bnyk hiking bukit je. Gunung banyak yg berbayar hahaha
DeleteMemang mencabarlah kalau dikaitkan dengan dinding ye Mazni. Nak turun pun macam seram juga tu.
ReplyDeleteSebab tu kami tak turun ikut jalan yg sama, sebab tahu masa naik tadi dah cukup susah 🤣
DeleteTengok sayup hendak panjat. Alhamdulillah Mazni selamat mendaki.
ReplyDeleteFeeling2 macam Spiderman hehe
DeleteHah? Nak kena paut-paut pada tali la bagai?
ReplyDeleteNo thank you... nanti kasar la kulit tangan uncle...
Hehehehe
Upss lupa, uncle ni pwincess takleh lasak2!
DeleteMacam best je! Nak ajak encik suami ke sini jugak la. Asyik2 hiking kat Taman Tugu, sampai dah hafal trail dalam tu hehe
ReplyDeleteDatangla sini, bestt! Saya lak tak sampai2 lagi Taman Tugu, sebab memanjang ramai orang je
DeleteOke, setelah baca deskripsi , memang tak sesuai lah buat saya track dinding ini 🤣🤣🤣. Agaknya saya memilih gym 3 jam drpd trekking dengan Medan dah macam wall climbing 😂😂. Salutlah Mazni, ini memang butuh passion kalau nak mendaki seperti ini 😄👍👍
ReplyDeleteSeram nya sampai ada yg jatuh. Tinggi tuh 20m. 😔. Bagaimana laki2 yg jatuh itu ya? Aduh tak tega byangkannya 😭
Kalau gym 3 jam, saya yg tak tahan agaknya 🤣
DeleteMangsa tu cedera tulang belakang dan kaki. Nasib baik dpt rescue awal
Tengkorak lepas tu Mazni kata GG. Errr GG tu apa maksudnya?
ReplyDeleteGG ni ayat gaming sebenarnya, Good Game. Tapi kalau slang budak2 sekarang, something bad about to happen. Contoh ayat dia cam 'habislaaaa' 😆
DeleteTumpang seronok baca kegembiraan Mazni hiking bersama kawan-kawan. Kalau KSarie part makan soto dan lontong segala itu je la kot yang akan cemerlang😅KSarie rasa paksaan kena panjat Gunung Ledang 2 kali masa zaman silam terus buat KSarie tidak berjodohan dengan aktiviti hiking ni
ReplyDeleteni pun tengah paksa diri utk rajin je ni, bulan 5 nanti ada trip!
Deletesaya punya wishlist nak pergi gunung ledang jugak. entah bilalah nak sampai
masa panjat 'dinding' tu ada terasa tak macam tgh masuk sukan ekstrem wall climbing? ;-)
ReplyDeletebolehlaaaa feeling2 tgh wall climbing. nasib baik rendah jewps
Deletebuat serammm je bila ada tengkorak kat situ hehehe
ReplyDeletedia dah bagi amaran tu!
Deleteaduh, bestnya masuk hutan.. kena betul dengan jiwa saya. tengok mini tahan tu, auto teringat naik gunung tahan zaman muda2 dulu..
ReplyDeletekalau pernah sampai gunung Tahan ni dah level lain macam!
Deletekak da kena berjinak dgn aktiviti ni, baiklah. minggu depan kita stat dgn briswalk dulu.
ReplyDeletekita tengok minggu depan ada up entry briskwalk tak hehe
DeleteMampu memandang je hehehe
ReplyDeleteMaz, cer check email 27/3/26
kalau taknak yg panjat2 dinding ni, ada lagi route yang santai :p
Deleteada email ke.. nanti saya check