11 Apr 2026

Hiking Bukit Dinding @ Kazumi Trail

 

Last week, kembali hiking semula lepas dah sedap menternak lemak raya. Kalini pergi ke Bukit Dinding, yang merupakan kali kedua aku kesini. 

Sebenarnya Bukit Dinding ni ada banyak cabang serta trail nya. Ada yang panjang serta yang pendek. Macam aku, cuma follow Kazumi Trail sebab last time pergi pun memang lalu jalan ni je. 

Sebaik masuk di entrance, nanti akan jumpa dua junction. Satu tu signboard oren bertulis Kazumi Otai, satu lagi warna kuning bertulis Mini Tahan. Untuk nak hike santai-santai, ambil belah kanan lah.


Mini Tahan merupakan trail yang paling panjang di Bukit Dinding ni, sejauh 7.2km! 

Kawan yang pernah pergi sini pun cakap Mini Tahan memang hazab. Walaupun ketinggian dia cuma 200 meter, tapi trek dia betul-betul menguji keimanan. Sebab tulah orang samakan dia dengan Mini Tahan, gunung paling tertinggi di Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan tahap kesukaran yang dahsyat.

Kalau dia dah bubuh patung tengkorak tu maksudnya GG lah

Aku teringin nak lalu sini, tapi paling kurang pun akan berpusing 4 jam, up to 6 jam untuk lengkapkan keseluruhan trail.. Kalau tak tahu jalan, rasanya agak bahaya sikitlaa.

Untuk siapa-siapa yang nak pergi Gunung Tahan, trylah hadap Mini Tahan ni dulu. Kalau rasa tak tahan tu, boleh la fikir 2-3 kali untuk proceed rancangan anda, hihihi.

Jumpa air terjun pertama sebelum trek dah mula mencanak naik

Sepanjang jalan yang kami lalu ni, jumpa lebih kurang 3 air terjun. Airnya takdelah deras mana, bolehla buat basuh tangan or muka. Di awal dan pertengahan trek jela dapat jumpa air terjun ni. Kemudian jalan dah start turun dan naik. 

Walaupun trek banyak mencanak, tapi selamat je sebab banyak disediakan tali. 

Daun ni warna contrast dengan dedaun yang lain!

Dah nama pun Bukit Dinding, mestilah kena panjat dinding! Nilah part yang paling menjadi highlight. Trek kat sini memang banyak yang curam dan some part tu kena rock climbing sikitlah. Kalau naik aku okay lagi, tapi bila turun agak bahaya sikit.


Awal tahun haritu ada lelaki pakai sut spiderman jatuh setinggi 20 meter kat Bukit Dinding ni lah. Bahaya kalau silap steps especially kat area berakar kayu dan berbatu.

Kebanyakkan trailnya berupa seperti ini
Jumpa lagi waterfall kecik

Kazu Trail ni adalah last menanjak sebelum sampai ke view point. 

Cuma view point ni tak nampaklah menara-menara ikonik kat KL. Ada satu lagi viewpoint namanya KL See See, tapi yang tu kena jalan jauh sikit. Weolls masing-masing dah malas, so cukuplah dapat viewpoint area rumah orang ni je, haha

Kotaraya yang jerebuu
Hutan hijau yang mendamaikan

Dari viewpoint Kazumi ni nak ke puncak lebih kurang 15 minit je. Total kitorang hike haritu ambil masa 2 jam sebab pace santai-santai je. Rehat makan aiskrim pun kemainlah lama, haha.

Peak dia ni berjalan tar, dan tak nampak apa-apa view pun kerana tertutup dek pokok. Kereta pun boleh naik sebab atas ni ada stesen TNB. Abang-abang TNB jelah yang boleh naik sini guna kereta. Awok orang awam ni jalan lah guna kaki sendirikk.


Oh selain orang suka hiking kat sini, cyclist pun suka juga ke Bukit Dinding ni sebab telah disediakan trek khas untuk cylist. Trek mereka takkan bercampur dengan pejalan kaki, so jangan risau kena langgar ke apa.


Turun mengambil masa sekitar setengah jam je (2.5km). Ramai juga orang yang naik dari sini sebab ia merupakan pintu masuk dari jalan Setiawangsa. Jalannya pun sesuai untuk bawak budak-budak sebab tak bahaya pun.

Entrance Coconuts
Tengah fikir nak jalan kaki atau naik grab

Selepas tiba di bawah, perlu berjalan lebih kurang 2km lagi nak ke tempat kami park kereta di perumahan Waizuri 1. Last time pergi, memang gigihlah aku jalan kaki sejauh 40 minit haa. Kali ni memutuskan untuk naik grab je sebab nak jimat masa.

Lagipun kitorang kan princess, takleh kena panas.

Soto bihun di Warung Merdeka. Sedap!

Setelah bersusah payah bakar lemak selama 2 jam, akhirnya tambah semula lemak dengan makan soto lah, nasi lemak, lontong dan teh tarik, haha. Perut dah lapar, nak dekat tengahari dah waktu ni :p

So tu jela kisah hiking kat Bukit Dinding last week. Overall memang best sangat! Cuma banyak lagi yang aku belum explore. Tahap kesusahan jika lalu guna Kazumi Trail ni easy to moderate je. Seronok sebab trek dia santai, yang susah pun ada.


42 comments:

  1. Seronoknya masuk hutan hiking lagi. Bau pokok2 memang best. Ada tak hiking trail yang lagi santai2 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang pagi2 masih sejuk lagi, seronok masuk hutan.
      Bukit guling ayam antara yg santai. 10 minit dah sampai atas :p

      Delete
  2. Mazni memang jenis yang lasak ya sebab minat hiking ni. Memang salute! Kalau saya memang idok ler, lebih baik bagi saya nyanyi atas stage drpd hiking 🤣. Kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyoohh menyanyi atas stage, i could neverrrrr 🤣 cakap depan orang pun tak suka

      Delete
  3. Ingatkan hiking santai² je Bukit Dinding ni, rupanya mencabar jugak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia banyak loop sebenarnya, ada jugak yg santai tak payah memanjat camni

      Delete
  4. Nampak cantik suasana di Bukit Dinding ni.. ada air terjun bagai huhu.. ntah bila nak sampai sini huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktaulah layak ke nak panggil air terjun. Sebab boleh basuh tangan je pun hahaha. Air bukit kott

      Delete
  5. Waaaah, mantap betul jalur trekkingnya ya mbak. Saya jadi rasa ingin ikut ber-trekking ria pula. Kemarin februari sempat hampir terlaksana, tapi gagal karena cuaca hujan.
    Indah betul mbak melihat suasana disana ya, serba hijau. Lalu treknya pun ada yang lumayan tinggi dan ekstrim, jadi harus memanjat macam spiderman, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah bulan april, cuaca yg cocok utk trekking kerana kurang hujan kan.
      Tangan harus kuat utk memaut pada tali2

      Delete
  6. Suka tengok orang hiking tapi diri sendiri tak suka. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya cakap aktiviti memenatkan diri hahaha

      Delete
  7. suka tgk org hiking! my zharfan pun ada jugak gi hiking dgn kwn2 dia..ada jer kami plan nak hiking sama2 cuma tak tau bila laaa...sbb ada spot hiking near our perumahan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dekat dgn uia tu nama dia bukit guling ayam. Saya beberapa kali sampai situ, view cantik

      Delete
  8. Mencabarnya, yang kena daki dinding batu tu. Akak pun kalu turun, slow-slow je. Naik okay lagi. Itu pun lama sudah tak naik bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun turun slow je. Takut terperosok kat mana2 akar kayu, and nak jaga lutut jugak :p

      Delete
  9. Seronoknya...lama gila tak hiking..rindunya...tapi, kita hiking bukit² je.. time ada program hari diri je.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bnyk hiking bukit je. Gunung banyak yg berbayar hahaha

      Delete
  10. Memang mencabarlah kalau dikaitkan dengan dinding ye Mazni. Nak turun pun macam seram juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kami tak turun ikut jalan yg sama, sebab tahu masa naik tadi dah cukup susah 🤣

      Delete
  11. Tengok sayup hendak panjat. Alhamdulillah Mazni selamat mendaki.

    ReplyDelete
  12. Hah? Nak kena paut-paut pada tali la bagai?
    No thank you... nanti kasar la kulit tangan uncle...
    Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upss lupa, uncle ni pwincess takleh lasak2!

      Delete
  13. Macam best je! Nak ajak encik suami ke sini jugak la. Asyik2 hiking kat Taman Tugu, sampai dah hafal trail dalam tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datangla sini, bestt! Saya lak tak sampai2 lagi Taman Tugu, sebab memanjang ramai orang je

      Delete
  14. Oke, setelah baca deskripsi , memang tak sesuai lah buat saya track dinding ini 🤣🤣🤣. Agaknya saya memilih gym 3 jam drpd trekking dengan Medan dah macam wall climbing 😂😂. Salutlah Mazni, ini memang butuh passion kalau nak mendaki seperti ini 😄👍👍

    Seram nya sampai ada yg jatuh. Tinggi tuh 20m. 😔. Bagaimana laki2 yg jatuh itu ya? Aduh tak tega byangkannya 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gym 3 jam, saya yg tak tahan agaknya 🤣

      Mangsa tu cedera tulang belakang dan kaki. Nasib baik dpt rescue awal

      Delete
  15. Tengkorak lepas tu Mazni kata GG. Errr GG tu apa maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. GG ni ayat gaming sebenarnya, Good Game. Tapi kalau slang budak2 sekarang, something bad about to happen. Contoh ayat dia cam 'habislaaaa' 😆

      Delete
  16. Tumpang seronok baca kegembiraan Mazni hiking bersama kawan-kawan. Kalau KSarie part makan soto dan lontong segala itu je la kot yang akan cemerlang😅KSarie rasa paksaan kena panjat Gunung Ledang 2 kali masa zaman silam terus buat KSarie tidak berjodohan dengan aktiviti hiking ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun tengah paksa diri utk rajin je ni, bulan 5 nanti ada trip!
      saya punya wishlist nak pergi gunung ledang jugak. entah bilalah nak sampai

      Delete
  17. masa panjat 'dinding' tu ada terasa tak macam tgh masuk sukan ekstrem wall climbing? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlaaaa feeling2 tgh wall climbing. nasib baik rendah jewps

      Delete
  18. buat serammm je bila ada tengkorak kat situ hehehe

    ReplyDelete
  19. aduh, bestnya masuk hutan.. kena betul dengan jiwa saya. tengok mini tahan tu, auto teringat naik gunung tahan zaman muda2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pernah sampai gunung Tahan ni dah level lain macam!

      Delete
  20. kak da kena berjinak dgn aktiviti ni, baiklah. minggu depan kita stat dgn briswalk dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengok minggu depan ada up entry briskwalk tak hehe

      Delete
  21. Mampu memandang je hehehe
    Maz, cer check email 27/3/26

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau taknak yg panjat2 dinding ni, ada lagi route yang santai :p
      ada email ke.. nanti saya check

      Delete

Nak komen apa? silakan~