15 Feb 2026

Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Telaga Rauha' & Telaga Syifa

Petang hampir ke maghrib, kami tiba di tempat yang menjadi highlight of the trip, iaitu Masjid Al-Areesh.

Sebelum kita cerita lebih lanjut pasal masjid ni, jom masuk pasal sirah perang Badar dulu lah. Refresh sikitt subjek sirah, hiks.

Perang Badar berlaku pada tarikh 17 Ramadan, 2 hijrah bersamaan dengan tahun 624 masihi. Ini merupakan perang pertama yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW. Angka tentera yang join perang ketika ini sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan tentera kafir quraisy yang dipimpin Abu Jahal. Tentera muslimin ada 313 orang je, manakala tentera quraisy waktu ni ada 1,000 orang.

Hebat sungguh keimanan tentera muslim kan. Bulan puasa pun pergi berperang demi memerangi musuh Islam, especially Abu Jahal yang nauzubillah punya jahat tu.

Okay habis bab sirah, kita sambung balik pasal masjid tadi.

Kalau tengok dari luar, rupanya nampak macam masjid biasa je. Di Saudi ni pergi mana-mana pun berlambak masjid, jadi apakah keistimewaan masjid ini?

Masjid Al-Areesh dibina di atas tapak perkhemahan Nabi yang didirikan semasa perang Badar.  Perkataan 'Areesh' itu bermaksud dahan kurma dalam bahasa arab. Sa'ad Bin Mu'adh yang mencadang untuk membina tapak perkhemahan tersebut. 

Beliau sampaikan berkata pada Rasulullah SAW,

Jika tentera muslim memperoleh kemenangan dalam perang ini, tapak perkhemahan ini memenuhi fungsinya. Tapi jika kalah, maka Rasulullah SAW boleh mundur ke Madinah dengan selamat. Di sana lebih ramai orang yang akan melindungi Rasulullah daripada ancaman.

Rasulullah SAW memuji Sa'ad dan mendoakan keberkatan keatasnya.

Suasana dalam masjid agak luas

Malah, Rasulullah SAW juga bermunajat panjang semasa berada di sini. Antara doa Nabi adalah; "Ya Allah berikanlah kemenangan kepada umat Islam. Jika kami kalah dalam perang ini, maka tidak adalah yang akan menyembah-Mu".

Dan Allah pun mengabulkan doa baginda dengan menghantar pertolongan dari malaikat.

Aku sajalah tawaf sekeliling masjid ni nak tengok apa yang ada. Di sekitar perkarangan masjid ni ada peniaga yang jual makanan dan air. Pastu ada jual macam souvenir jugak. Adik aku beli air dengan roti sosej ke apa benda entah. 

Lokasi Perang Badar berlaku kat area kawasan lapang nilah. Sekarang dah naik rumah-rumah

Masa tengah ambil-ambil gambar kat kawasan lapang ni, aku perhati ramai orang turun kat bawah sana. Curious pulak ada apa benda.. Macam nak turun pergi sana, tapi ustaz tengah takdelah pulak. 

Rupanya ustaz cakap, kat bawah sana tu dikatakan ada telaga yang telah dihumban mayat-mayat tentera kafir di dalamnya, termasuk Abu Jahal. Tempat tu dah tak rupa telaga dah pun lepas dikambus dengan tanah dan batu-batu. Seramai 70 tentera kafir Quraisy terbunuh semasa perang Badar.

Bila dah gelap nampak lagi seram pulak, haha

Ustaz pernah turun bawah tu, dia cakap memang ada bau busuk. Cuma nak kata bau busuk datang dari telaga tu Wallahualam lah. Entah betul ke tak itulah telaganya sebab bentuk muka bumi zaman dulu dengan sekarang bukan sama. 

Apapun kita ambil kisah ni sebagai iktibar, dimana begitu ngeri pengakhiran manusia yang paling memerangi Allah dan Rasul-Nya. Sampaikan kematiannya pun dihina.

View Masjid Areesh waktu malam

Next, menuju ke Maqbarah Syuhada' yang disemadikan 14 orang tentera muslim yang syahid ketika perang. 6 orang daripadanya merupakan kaum Muhajirin, manakala 8 orang dari kaum Ansar.

Nama-nama para syuhada' yang gugur

Dalam 14 nama ni, ada 1 nama yang aku ingat ustaz ceritakan kisahnya. Diorang ni 2 orang remaja berani yang bernama Muaz dan Muawwiz. Siap tanya lagi kat Abdullah bin Mas'ud, Abu Jahal ni yang mana satu, kitorang nak sangat bunuh dia pleaseee.

Lepas dah tahu kedudukan Abu Jahal, Muaz dan Muawwiz terus meluru ke arah dia dan berjaya menebas kaki Abu Jahal sampai cedera parah. Anak Abu Jahal, Ikrimah (waktu tu belum Islam lagi), terus melindungi bapanya dan berlawan dengan 2 remaja tersebut.

Tangan Muaz ditebas sehingga hampir putus, manakala Muawwiz mati syahid di tangan Ikrimah. Lepas Muaz bagitahu Rasulullah yang mereka berdua berjaya cedarakan Abu Jahal sampai nyawa-nyawa ikan, Abdullah bin Mas'ud pun terus meluru ke sana dan memenggal kepala Abu Jahal.

Matinya ketua kafir tu, means a victory to tentera muslim. 14 mereka yang gugur ni merupakan lambang kekuatan iman dan jihad dalam menegakkan agama. 

Sorrylah gambar gegar... Ni je sempat snap

So itulah sedikit sebanyak sejarah untuk kedua-dua tempat ni. Ada lagi satu tempat terakhir ziarah Badar ni, kita story mory untuk next entry okehh.

45 comments:

  1. Beautiful photos! Thank you so much for sharing this lovely tour!

    ReplyDelete
  2. Tq kongsi Maz... Akk tak ke sini dulu. Harapnya ada rezeki utk ziarah juga 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time pergi umrah, boleh tanya mutawwif kalau boleh ziarah ke badar

      Delete
  3. Cantik view masjid areesh waktu malam

    ReplyDelete
  4. Nampaknya itinerary Andalusia dulu dan sekarang sudah berbeza. Banyak tempat ziarah tak sama seperti dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini ziarah tambahan, jemaah kena bayar lebih sikitla. tmpt yg include dalam program andalusia cuma taif, uhud, hudaibiyah je

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian Mazni. Refresh balik memori tentang perang Badar. Hebat orang dulu, berperang di bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kalau kita ni, tgh puasa mcm nak bermalasan kat rumah je haha

      Delete
  6. Betul kata kak Amie... Waktu saya umroh dulu, tak ada dibawa ke tempat ini lah. Makanya nanti nak cari travel umroh yg akan bawa ke tempat2 sejarah juga.

    Ingat cerita perang badar, dari buku yg dikasih uncle. Mendetiiil sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kami pergi badar ni tak banyak clash dgn jemaah dari negara lain pun. kebanyakkannya travel agency buat as ziarah tambahan agaknya

      Delete
  7. Uncle kalau jalan2 jumpa peniaga macam tu mesti cari aiskrim... batuk pun batuk lah...

    ReplyDelete
  8. Menarik, ada tempat baru tahu iaitu Masjid Al-Areesh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi ziarah badar, TA memang akan bawa ke masjid ni

      Delete
  9. Memang luar biasa bila membaca perjuangan para sahabat Nabi ini. Kita berpuasa beberapa jam sahaja sudah terasa letih dan lesu… sedangkan mereka, dengan penuh semangat berjuang dalam peperangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan. Semangat orang dulu sungguh luar biasa

      Delete
  10. Cantik semua gambar kat sini. Rindu bertandang kembali di tanah suci.

    ReplyDelete
  11. Telaga yang mana tentera² kafir dihumban tu macam ada batu/tiang putih. Itu bukan bstu nesan lah kan..

    ReplyDelete
  12. Belum pernah sampai lagi ke kawasan perang Badar ni. Harap dapat ke sana nanti. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next umrah boleh request kat mutawwif utk ziarah badar ni.
      Selamat berpuasa encik faizal

      Delete
  13. lawa view masjid areesh time malam. sabtu lepas kami sampai dekat nak zuhur. panas giler masa tu

    ReplyDelete
  14. Cantiknya masjidnya. Terima kasih atas perkongsiannya Mazni. Semoga satu hari nanti KSarie ada rezeki untuk jejak kaki ke sini. Sedang molek post ni up semasa bulan Ramadan. Perang Badar berlaku pada bulan Ramadan. Semoga banyak iktibarnya kepada kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah, kena pulak entry umrah ni waktu bulan ramadan kan. Best sangat melawat badar ni. Benda yg kita baca dalam buku sirah, dpt tgok kat depan mata

      Delete
  15. Berdiri di tapak sejarah sambil mengenang kisah silamnya, tentu rasa lain macam kan. Lebih sampai ke hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangatt. Sebelum ni igt2 lupa, bila dah sampai sini ha jangan lupalah sejarah perang badar ni

      Delete
    2. Betul sangatt. Sebelum ni igt2 lupa, bila dah sampai sini ha jangan lupalah sejarah perang badar ni

      Delete
  16. takutnyaaaa... dah mati pun masih 'berada dalam keadaan hina'
    nauzubillah!

    ReplyDelete
  17. kiosk2 kecik macam tu tampak lagi sesuai kat lokasi berdekatan dgn masjid mcm ni... tampak kemas pun yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi mana2 masjid diorang mesti adaa je org jual2 kan

      Delete
  18. Thanks for sharing semuanya Mazni. Moga dapat kembali dengan pengalaman berbeza macam Ziarah Badar ni.

    ReplyDelete
  19. wah banyak juga ye lokasi bersejarah yang mazni pergi. Terima kasih perkongsian ni kalau tak akak pun tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badar ni memang tak ramai sgt jemaah pergi sbb jauh tempatnya. Kena request dgn TA hehe

      Delete
  20. cantik sgt masjid ni! zmn2 MZ umrah thn 2012 dulu, tak byk sgt pun tmpt yg kami ziarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun mcm banyak penambahbaikan yg saudi buat. Especially kat telaga badar

      Delete
  21. Tentu hebat mutawwifnya beri penerangan kepada jemaah umrah. Jelas alur kisahnya.
    Rasa lebih bermakna apabila kita dapat memahami sejarah ditambah dengan bukti ke tempat lawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mutawwif kami mmng rajin bercerita.
      Betul tu. Rasa mendalami sangat kisah pada zaman Nabi

      Delete

Nak komen apa? silakan~