19 Feb 2026

Ziarah Badar - Makan Nasi Arab Talam & Jabal Malaikat

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'

Sejurus ziarah makam Syuhada' Badar, kami pergi makan malam dulu sebelum ziarah ke lokasi akhir. Maklomla, muka semua jemaah dah kelaparan. 

Ustaz bawa kami ke restoran yang menghidangkan nasi arab dalam talam. Kami perlu membentuk 5 orang dalam satu bulatan, dan makan sambil duduk bersila. Honestly, agak susah untuk aku sebab kepala dengan badan nak kena bongkok2 pulak.

Hampir-hampir aku makan macam kucing ye, sebab rasa susah benau makan tak berpinggan ni. haha.

Makanan akan dihidangkan di atas plastik ni. Kosep ala-ala shellout gitu

Hidangan kami pada malam tu agak special sikit, sebab makan nasi arab seafood! Orang Arab ni selalu kan makan nasi arab kambing, ayam, unta. Okay ni bunyinya macam kesian, tapi aku tak pernah tahu pulak kewujudan nasi arab yang berlaukkan seafood macam ni ye. Sebab kat Malaysia pun kita asyik makan nasi arab kambing atau ayam je kan. 

Seafood yang dihidangkan pada malam tu adalah udang dan ikan tilapia. Kemudian ada hiasan sayur yang macam ulaman gitu. Didatangkan juga dengan smbal tomato.


Portion dia sangat banyakkk. Aku dah import abang untuk masuk group kitorang pun, still tak berjaya habiskan semua. Group sebelah ni pulak semua lelaki, diorang yang pertama dapat clearkan nasi tu. Licin licau uii, haha.

Group perempuan kebanyakkannya makan tak habis xD

Bagi aku, rasa dia okay je. Cuma aku lebih prefer makan nasi arab kambing kot. Sebab seafood ni mereka goreng, jadi rasannya sedikit kering.

Kalau kambing, biasanya nasi akan dimasak sekali dengan kambing dalam satu pot. So teksture nasi tu rasa basah-basah sikit dan lebih sedap. Ikan pulak tak sesuai kalau dimasak sekali dengan nasi, nanti bau hanyir pulak kan.

Bye ikan, dah selamat menari-nari dalam perut :p

Seterusnya, kami ke Jabal Malaikat, iaitu bukit yang menjadi saksi turunnya ribuan malaikat yang membantu pasukan Rasulullah SAW ketika Perang Badar.

Para Malaikat ini diketuai oleh Jibril. Allah menurunkan Malaikat seramai 1,000 pada permulaan, kemudian jumlah naik ke 3,000 dan akhirnya menjadi 5,000. (credit)

Oleh kerana pertolongan malaikat nilah, tentera muslim menang besar dalam peperangan ni. Jumlah ribuan malaikat tu memang takkan mampu ditandingi oleh tentera Quraisy pada ketika tu. Kisah turunnya Malaikat dari langit ketika perang Badar ni ada dalam surah Ali-Imran ayat 123 - 127;

credit: Dr. Zulkifli Al-Bakri

Uniknya Jabal Malaikat ni, bukit-bukit disekitar dia semuanya jenis berbatu tau. Tapi Jabal Malaikat ni je yang berbentuk pasir putih halus. Aku cuba juga nak panjat sampai atas tu, tapi mengah komerr. Setiap kali menapak naik atas tu, kaki tenggelam dalam pasir.

Dah lah baru lepas makan.. Berjaya naik halfway jelah yekk.

View halfway
Abang ipar dengan anak buah aku yang berjaya sampai atas
Berposing sambil berlatarkan Jabal Malaikat dan rembulan malam
Di sebalik senyuman, ada auntie yang sedang struggle nak naik bukit ni
Pasir yang halus mulus sampai meninggalkan bekas tapak kasut dengan begitu detail sekali, hehe

Peristiwa di Jabal Malaikat mengajar kita untuk bersabar ketika menghadapi kesulitan, especially pada waktu kita rasa nak putus asa. Rasulullah SAW meletakkan sepenuh pengharapan dan menyerahkan diri kepada-Nya di saat yang genting. Maka Allah pun menurunkan pertolongan yang tidak disangka, sehinggakan pihak lawan pun tak mampu menepisnya.

Maka tamatlah ziarah Badar kami pada hari tu.

Seronok sangat ziarah ni sebab banyak ibrah yang kita dapat. Masa mak dan ayah aku pergi Haji dulu, diorang tak pergi Badar ni pun. Puas hati lah kalini dapat ziarah tempat bersejarah yang penting dalam Islam.


Esoknya hari Sabtu, sambung aktiviti ziarah kat tempat lain pulak. 


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~