25 Oct 2025

Spring Raya : Solat dan lunch di Niujie

 

Sambungan dari --> Yuyuantan Park

Dari Yuyuantan Park, kami nak makan tengahari dan sekaligus solat di masjid tertua di Beijing. Iaitu di Niujie. Beberapa kali jugaklah kami singgah kat Niujie ni walau hakikatnya tempat ni tak dekat dari hotel pun. Datang untuk solat sambil-sambil cari makanan.

Street food yang sentiasa padat dengan manusia

Selalu kalau datang Niujie ni, asyik tapau street food je. Kali ni first time nak makan sini. Banyak pilihan restoran halal, masuk je mana-mana yang anda mahu. Tapi tulah, bila banyak sangat, sampai tak tau nak makan mana pulakk.

Mula-mula ingatkan nak makan steamboat, tapi sebab harga per person hampir RM70, takpela makan mi tarik jelaa, hahaha. Kami pun random jela masuk satu kedai ni sebab nampak dia jual sate, dan dalam tu pun ada pilihan mi tarik.

Masuk dalam tu, ramai jugak orang sebab kedainya pun tak besar mana. Seat pun terhad, kami terpaksa pecah duduk 3 orang untuk satu meja. Problemnya di sini, menunya cuma ada kat papan tanda je, takde buku menu disediakan. 


Macam aku senang je, tunjuk gambar mi tarik dengan sate kambing yang ada kat menu tu je. Tapi ayah dengan abang aku pulak nak makan nasi, ambil masa sikitla untuk diorang nak scan translation kat setiap menu tu.

Kedai ni pun macam serabut sebab ramai orang. Waiter dia pulak datang kat meja asyik push push tanya "kenapa tak order lagi, nak makan apa". Geram betul ye sebab kitorang mana lah faham bahasa dia. Pastu bebel-bebel macam muntot hayam. 

Dia nampak ada customer lain tengah menunggu turn, dia nak suruh kita cepat-cepat makan dan cepat keluar gitulah kot. Eh sukati aku laa, orang baru sampai, nak tengok-tengok menu and ambil masa nak fahamkan tulisan menu tu. Tiba-tiba kena marah pulak.

Last-last parents dengan abang aku keluar dari situ sebab menyampah dengan waiter tu. Makanan yang kami 3 orang order dah selamat sampai kat meja dah. Terpaksa makan cepat-cepat sebab rasa macam kena pressure je sepanjang duduk kat kedai ni, yihhh! Dislike nya dia punya service!

mi tarik dan sate kambing

Keluar kat area street food tu, pergi cari makanan untuk diorang bertiga yang kena 'halau' tadi. Kami beli street food yang macam roti daging, sate kambing gitu-gitu jelah. Membeli kat sini pun mencabar jugak. Kalau kita lambat translate sikit je, terus kena bebel dengan pekedai.

Binawe betul orang-orang kat sini. Sangat tidak berbudi pekerti dengan tourist clueless seperti kami ni, haha. Sorry lah sebab tak pandai cakap cina..

mesti best kalau duduk kat Orange Hotel ni, senang nak cari makanan halal

Abang aku terjumpa kedai yang jual nasi, dia pun tak sempat nak translate nasi tu berlaukkan apa.. Dia cakap kedai tu tak ramai orang, so dia main beli je. Pastu dia beli jugak air yang disangka soya. Turns out, 2 makanan yang dibeli abang aku tu merupakan makanan paling aneh yang kami pernah makan di dunia ni.

nasi lauk kurma

Dia ingatkan nasi ni lauk daging sebab warna hitam-hitam, tu confident main beli je. Bila try makan rasa manis, rupanya nasi ni berlaukkan kurma! Yang warna oren dengan kuning aku taktau apa benda, tapi manis. Menggigil kami nak habiskan sebab serious tak boleh masuk betul makan nasi, tiba-tiba lauknya benda yang manis?? Aku taktau lah benda ni sebenarnya dessert ke apa. Ngeri bila ingat balik rasa makanan ni.

Bukan nasi ni je pelik, dia pun terbeli air berwarna hijau yang disangkakan soya perisa pandan. One sip, terus rasa nak tersembur minuman tu sebab rasanya BUSUK GILA! Aku pun google lah apakah nama air pelik ni, rupanya itu adalah fermented mung bean.

Si bertuah tu pergi beli sampai 2  cup, serious tak mampu nak telan. Kami terpaksa siram air tu kat tanah sampaikan tanah tu pun berbau busuk, hahaha. Sangat malang sungguh lunch kali ni. Nasib baiklah ada beli roti daging dengan sate kambing. Ada jugaklah makanan yang normal untuk dimakan.

roti daging sebagai penyelamat. tapi rasa roti ni biasa-biasa je dan berminyak sikit
Aiskrim harga 5¥ je

Lepas dah makan, kami pun pergi solat di Masjid Niujie. Tapi sayang, masjid tu tengah renovation pulak. Tak dapat solat di dalam ruang solat utama

akan ambil masa 3 tahun untuk siap proses baikpulih di masjid ni

Sedikit info, masjid Niujie merupakan masjid paling tertua di Beijing. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 ketika pemerintahan Dinasti Liao. Akan tetapi, masjid ni pernah musnah ketika diserang oleh askar Gengis Khan pada tahun 1215 dan telah dibina semula pada tahun 1443 ketika dinasti Ming.

Nama masjid ini disebut sebagai Lǐbàisì yang diberikan oleh Maharaja Chenghua pada tahun 1474. Memandangkan masjid ini terletak di Ox Street (Niú bermaksud Lembu dan jiē bermaksud jalan), maka melekatlah namanya sebagai Niujie. Ia kini merupakan salah satu masjid utama di utara China.

ruang solat alternatif bagi jemaah lelaki

Kalau tengok gambar ruang solat utama kat masjid ni, lagi luas tau. Boleh memuatkan 1,000 jemaah. Memang sayang sangat tak dapat tengok suasana asal masjid ni. Kena repeat lepas 3 tahunlah nampaknya.

walaupun bukan di main prayer hall, tapi interior dalamnya tetap cantik!
pintu luar masjid

Masa tengah ambil gambar depan pintu masjid ni, tiba-tiba ada chinese muslim lady berhijab ajak ambil gambar. Dia dok cakap pioliang, pioliang. Hehe thanks puji kak! Aku lah tukang tolong snapkan gambar. Tapi silap sebab lupa nak ambil gambar tu guna phone sendiri. Kalau tak, dapatlah buat gambar kenangan dengan chinese muslim yang friendly ni huhu.

Semoga lepas diselenggara, rupa asal masjid ni masih kekal sama seperti dulu. Memang tak mudah nak maintain bangunan yang usianya dah beratus-ratus tahun. Pastinya masjid ni akan sentiasa jadi tarikan utama di Niujie oleh kerana sejarahnya yang dah lama bertapak di sini!

18 Oct 2025

Spring Raya : Yuyuantan Park

 

Sambungan dari --> Temple of Heaven

6 April 2025

Hari kelima di Beijing, kita nak pergi tengok bunga-bunga sambil berbusana raya. Awas ye, entry kalini akan ada banyak gambar bunga untuk ditatap oleh you all muahaha! Saya tahu kat sini ramai peminat bunga kan?

Untuk kesini, kami book Didi Ride dari hotel sampai ke depan entrance Park. Sejak-sejak dah pandai guna DiDi ni, tak kosser lah nak naik train lagi. Jimat tenaga dan tak payah berjalan guna kaki sendiri. Naik DiDi saja pun dah hampir 30 minit, if travel by train berapa jauh pulak??

entrance masih tak ramai orang lagi yihaa
tiket masuk cuma 10¥ je

Sampai di Yuyuantan Park tu pukul 7.30 am. Target nak berjalan kat sini sampai tengahari sebab maklomlah, first time merasa musim spring kan. Pakai baju raya pulakk, mestilah nak berphotoshoot sakan! Family aku yang lain gigih sarung baju sejuk. Meanwhile i sanggup bersejuk-sejukan sebab nak tayang baju raya tau.

Biar orang local sini terkesima melihat gadis melayu ayu berbaju kurung. KAH!

masuk masuk je disambut oleh bunga-bunga yang comel!
maps of Yuyuantan Park

Yuyuantan Park mula dibuka pada tahun 1960. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 137 hektar, dimana 61 hektar daripadanya adalah air. Ada 2,000 pokok cherry yang ditanam di sini tau dan that is why, Yuyuantan Park ni dianggap sebagai the best spot to see cherry blossoms in Beijing.

Waktu terbaik untuk lihat cherry blossoms ni adalah pada penghujung March hingga April. Musim spring memang singkat dan kebiasaannya cuma mengambil masa sekitar 2 minggu saja untuk berkembang. Lepas dari tu, tinggal daun jelah.

campuran 4 warna termasuk langit
taman menjadi tempat rekreasi jugak

Masa tengah tengok group elder ni berjoget. Aku perasan pakcik yang macam AJK kebersihan kat situ senyum-senyum je pandang kitorang. Pastu dia ada datang dekat dan cakap something. Aku rasa dia nak puji baju kitorang cantik kot, haha perasan tak! 

Aku bagitau jelah i'm from Malaysia. Pastu muka dia macam excited betul dan cakap 'Malaysia good'! 

Tapi bukan nak cakap apalah, sepanjang kat Yuyuantan Park ni kitorang macam spotlight of the day yerr. Semua mata memandang ke arah kami. Ada sorang random lady ni secara tiba-tiba tarik kakak aku sebab nak ambil gambar. Sekali dia nampak kitorang satu family, dia panggil semua untuk masuk dalam frame. Nasiblah kalau muka kitorang viral kat douyin China, haha.

Eh perasan sekali lagi!

bukti random lady tu ambilkan gambar kami sekeluarga :p

Friendly betul orang chinese ni. Atau boleh kata perangai selamba pun iye jugak haha. Tapi kami okay je diorang dok ambil gambar. Anggaplah yang diorang suka tengok baju raya kita yang colorful ni.

Apapun, tataplah gambar kami berposing sakan disini yerr!

central radio & tv tower beijing
bunganya,
orang di sebalik bunganya. yih!
white cherry blossom
behind the scene
the result!
satu keluarga di bawah pokok peach blossom! Thanks tripod sebab tolong snapkan gambar, haha
sempat bervideo call dengan cucu

Selain boleh bergambar dengan bunga-bunga. Pelawat pun boleh buat aktiviti air misalnya seperti naik bot. Nampak seronok kalau naik bot ni sebab tasiknya besarr. Puas nak pusing mengelilingi tasik ni.


Kat sini ada jugak restoran, kedai cenderahati dan information center. Kami beli snek ceri yang aku lupa nak ambil gambarnya. Harga agak mahal tapi sedap jugaklah, rasa dia masam-masam manis! Ada jugak jual teh atau makanan yang berasaskan bunga.

Anyway, kan aku selalu kata mak tak larat jalan kan. Surprisingly, kat Yuyuantan ni mak merelakan diri untuk pusing habis-habisan di setiap pelusuk taman ni. Lihatlah penangan bunga ni membuat mak ku semangat untuk berjalan jauh. Dia yang paling excited nak bergambar. Dalam DSLR tu penuh gambar mak dengan bunga-bunga saja :p

information centre kot.. tak masuk pun
cotton candy yang harganya hampir mencecah RM20! Nampak macam bentuk bunga tak?
acik-acik tengah praktis performance arts ke?
tak tahu apa nama bunga pink tu

If datang Beijing pada musim spring, silalah masukkan Yuyuantan ni dalam list sebab berbaloi sangat! Hampir 4 jam kami round-round dalam taman ni. Alhamdulillah, maka complete lah pengalaman aku untuk lengkapkan kesemua empat musim ni. Dimulai dengan musim autumn di Korea pada tahun 2012, disudahi dengan musim spring di China tahun 2025 yay!

Kami pun book DiDi untuk pergi ke destinasi seterusnya. DiDi yang kami dapat kalini nampak agak mewah dan spacious. Setiap kali kitorang naik DiDi kan, semuanya guna kereta EV canggih-canggih yang aku tak pernah nampak lagi kat Malaysia. Tak surelah kat sini masih pakai kereta petrol atau tak.

entah-entah bumbung kereta ni boleh bukak kan?

Akan bersambung di next entry!

14 Oct 2025

Hutan Lipur Sekayu, Ajil

 

Sambungan dari --> Kopi Payong & Pantai Penarik

Hari ahad, tibalah masa untuk pulang ke Selangor setelah 3 hari menikmati cuti bersambung. huhu mencik!

Ikutkan lepas balik dari Kuala Terengganu hari sebelumnya, petang dalam pukul 3 pm tu kami nak ke air terjun Sekayu. Tapi hujan lebat sangat, so it's a no no lah untuk ke waterfall. Kami tunda plannya ke pagi ni selepas check out daripada homestay. Tapi tanpa mandi kat situlah, sedihhh..


Nak masuk kesini, dikenakan bayaran RM2 seorang. Kanak-kanak pula RM1. Kami datang hari Ahad waktu hari bekerja di Terengganu. So, memang takde orang lah citernya. Nampak sebuah kereta je yang parking kat luar tu. Itu pun masa kami baru sampai, ada group budak laki yang mukanya macam student baru gerak keluar dari hutan lipur ni.


Antara facilities yang ada disini adalah tandas, surau, dewan awam. Kat sini jugak ada beberapa buah chalet untuk menginap. Banyak juga lebih kurang 10-12 buah chalet. Jaraknya dari pintu masuk pun tak jauh mana.


Kalau nak menginap, mungkin perlu buat tempahan melalui website atau whatsapp. Tapi rasanya chalet-chalet kat sini macam kosong je.. Orang lebih prefer untuk mandi balik hari daripada stay kat sini.

Aku datang siang pun rasa sunyi, kalau malam mesti lagi seram kot xD

dewan besar
ada pokok-pokok yang ditulis dengan nama saintifik jugak

Di sepanjang jalan tu, ada je air sungainya. Tapi kami saja nak pergi bahagian belakang sikit, sebab biasanya belah hujung-hujung ni lagi cantik. Lagipun bukanlah jauh mana. Straight je berjalan kaki dari pintu masuk. Tak sampai 1km menapak, dah sampailah.

nampak jernih betul airnya!

Bila langsung takde orang kat sini, memang sakanlah bergambar tanpa ada kelibat manusia! Sumpah heaven betul kalau dapat mandi ye. Boleh buat kuak lentang dengan pelbagai gaya, hahaha.


Dekat paling hujung ni, ada 2 biji rumah rehat yang besar. Rumah ni sangat sesuai kalau nak duduk ramai-ramai sebab tengok dari rupanya macam boleh muat 10 orang atau lebih. Cuma sebab dia duduk paling hujung di antara chalet-chalet yang lain.... A bit creepy lah hahaha.


Air sungai kat sini cantik sangat! Warna kehijau-hijauan gitu. Eeee ruginya dah sampai sini tapi tak dapat nak mandi! Marilah tatap gambar-gambar kejernihan air sungai di Hutan Lipur Sekayu ni.


Sebenarnya di sini ada air terjun jugak. Tapi macam biasalah, kalau nak ke air terjun tu kena trekking ke dalam sikit. Lagipun, masa ni langsung takde orang di bahagian hujung tu... Tak berani lah nak buat pasal pergi kawasan yang takde orang.

lihatlah betapa cantiknya warna air ni!

Next time kalau datang lagi, kita cuba explore sampai ke air terjun dan berendam lama-lama sikit kat sini! Kalau berani, bolehlah try tidur sini satu malam :p