19 Jun 2022

Graduated with selempang pink!

Assalamualaikum

Lamanya tak menulis di blog tercinta ni. Memang sengaja diabaikan kot agaknya. Muncul pun bila ada cerita-cerita yang menarik dalam hidup sajalah xD Terima kasih pada yang masih sudi melawat blog yang segan hidup tapi takmau mati ni hahaha.


Okay seperti yang ditulis pada tajuk, I'M FINALLY GRADUATED WITH DEGREE! 

Sepatutnya konvokesyen kami ni diadakan pada November 2020, tapi disebabkan pandemik, terpaksa tunda beberapa kali. Masa bulan Februari haritu kononnya UiTM nak adakan konvo bagi sesi-93 (sesi akulah tu). Aku dan kawan-kawan dah ambil jubah tau. Lepastu tiba-tiba ditangguhkan lagi sebab masa tu tengah naik kes omicron oktacron petron jadah jadah tula. Tapi tengok universiti lain, elok je diorang buat konvokesyen masa bulan Mac tu. 

Takpela, jubah konvo tu simpan jela sampai diumumkan tarikh konvo yang baru. Tak kuasalah cheq nak ulang alik pergi Shah Alam tu pulangkan jubah. Bolehlah aku preconvo lama-lama sikit dengan jubah ni kan.

Oh untuk pengetahuan, scroll/transcript tu aku dah ambil awal-awal lagi. Sebab ingatkan memang takkan ada konvo pun, dah putus harapan dah. Setelah 2 tahun tunggu barulah merasa nak konvo ni. Alhamdulillah diberi peluang kali kedua untuk menghadiri istiadat konvokeseyen.


Tibalah hari yang ditunggu-tunggu setelah 2 tahun menanti. 16/6/2022 adalah tarikh konvokesyen bagi graduan sidang 4. Fakulti Senilukis dan Senireka ada 520 graduan, Fakulti FiTA (Filem, teater & animasi) seramai 337 orang dan fakulti muzik 132. Sekarang FSSR, FiTA dengan muzik dah digabungkan dalam satu nama iaitu College of Creative Art. Sebab kami ni orang lama, so kita stick jelah dengan Department of Art & Design yedok.

Faham tak dia punya excited nak konvo tu sebab gembira dapat jumpa balik semua kawan-kawan masa belajar. Rindu gelagat masing-masing, perangai pelik-pelik masa kat kelas dulu. Sekarang semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang datang siap bawak suami/isteri, bawa anak lagi. Saya disini kesenduan melihat rakan-rakan bahagia dengan pasangan masing-masing. xD

Sebenarnya masa hari kejadian tu chaos sikit tau, kitorang excited sangat nak duduk dekat dengan geng masing-masing sampai tak ikut urutan nama. Akibatnya aku dan 2 orang lagi kawan kena heret pegi tepi. Padahal setakat terlari susunan sorang dua boleh je kitorang adjust kat dewan nanti, mende takde hal sangat pun. Asalkan nama still duduk dalam kelompok course sendiri kan. Tak pasal-pasal pulak dah kena duduk jauhh gila dari coursemate aku. Sedih sebab dah plan dah nak bergambar banyak-banyak dalam dewan. Geram bila pikir balikk.

Penyampaian skrol pada graduan bagi istiadat konvokesyen kalini disampaikan oleh Tengku Permaisuri Norashikin, isteri kepada Sultan Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM. Beliau juga merupakan bekas pembaca berita. Bila beliau beri ucapan tu kan, fuhhh rasa macam dengar berita. Lenggok bahasa dan suara memang sedap je dengar~ Dahla cantikk!



Hehe okay ni yang excited nak cerita ni. Aku dan lagi 3 orang kawan merupakan penerima Anugerah Naib Canselor (ANC). Untuk mendapatkan ANC ni, student kena skor dean list tiap-tiap sem (3.50 cgpa keatas) barulah boleh pakai selempang pink ni. dan Alhamdulillah, kami maintain DL every sem.

Jujurnya aku tak berapa yakin dengan diri aku untuk dapatkan ANC ni. Sebab dulu masa diploma pun aku target juga selempang pink ni, tapi terslack 1 sem maka melepas. Pastu kita fikir degree punya level lagi susah dari diploma, mampu ke nak DL setiap sem ni? Dengan nak menghadap FYP lagi, buat thesis lagi. Nak tercirit youuu.

Aku pernah cerita dulu yang aku tak semangat sangat nak sambung degree ni, tapi masa sem 3 tiba-tiba dapat dekan pulak, sem 4 pun sama. Pastu bila fikir balik, tinggal lagi 2 sem sem je why not kita cuba dapatkan selempang pink. Oh btw aku lompat setahun ye sebab potong credit hour dari diploma.

Ingat lagi waktu lepas PMR, nak kata result aku barai sangat takdelah sampai gagal pun. Cuma dapat 1 A je. Tapi aku sedih ya. Sebab abang kakak aku punya PMR semua bagus2, sampai ke aku hampeh. Aku kena letak kat kelas seni. Orang kalau pandang kelas seni ni, memang kena label budak kelas-kelas belakang jelah kan.

Awal-awal memang aku rasa macam tu, tapi sebenarnya tu titik permulaan untuk aku skor dengan lebih baik masa SPM. aku takde subjek addmaths, bio, fizik yang susah-susah pecah otak tu. I suka subjek seni, ekonomi rumahtangga. Subjek yang santai-santai yang kau boleh apply dalam kehidupan seharian je. Classmate semua okay je sebenarnya. Diorang suka meloyar buruk dengan cikgu, cikgu pun loyar buruk balik dengan diorang xD Not bad pun duduk kelas seni. Santai you knoww. Sejarah pun tercipta bila cikgu kata ni first time kelas kami takde sorang pun yang gagal SPM! 

Dulu aku pernah tanya dengan cikgu, 

"Cikgu rasa saya boleh ke masuk universiti?"

Cikgu kata boleh, semua orang boleh masuk universiti. Awak jangan rasa rendah diri, jangan rasa awak kurang dari orang lain. Yang penting SPM ni belajar bersungguh-sungguh, dapatkan result yang baik.

Fast forward, result SPM turns out okay. Happy bukan kepalang. Aku pun nak masuk universiti yang diiktiraf, aku nak merasa konvo kat pentas uni jugak! So aku pilih course Art & Design, sebab aku bukan otak suka belajar, aku otak kreatif hahaha!

Finally, budak selalu gagal time sekolah, pernah masuk kelas pemulihan, yang dulunya tak pernah yakin dia boleh masuk masuk universiti ke tak, dah ada Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kelas pertama! I jarang buat mak & abah bangga dengan result exam masa zaman sekolah lagi. Now mak abah, i give you this first class degree, Anugerah Naib Canselor :) Terima kasih pada Allah sebab dengar setiap doa-doaku. Dari diploma aku doa nak pakai selempang pink. Doaku terkabul masa degree hehe.


My geng-geng pink dan housemate terchentaaa! 

Tahniah untuk semua kawan-kawan guwe. Kita berjaya grad on time! Haru betul bila ingat balik moment zaman belajar. Terutama masa hujung-hujung sem. Duit dah kering, mental koyak, tidur tak cukup, kelas dah bersepah macam tongkang pecah, stress macam nak gila but we managed to overcome it!

Masa final year memang penat, terutama preparation untuk degree show lah. Tapi classmate semua memang pulun habis bagi kerjasama yang baik. Tengah-tengah busy pun sempat lagi main kad dalam kelas, play lagu dangdut kuat-kuat, classroom tu pulak memang dari pagi sampai petang reserved only for us je. Lecturer pesan korang buatlah apa-apa yang patut dalam kelas ni yang penting kerja semua siaplah ye xD Haihh rindu pulak suasana busy belajar dulu, nampakla macam ada life bergaul dengan ramai manusia.

Terima kasih pada lecturer, rakan-rakan, staff printech yang banyak membantu kami tamatkan degree ni. Dan pada yang pernah menjadi sebahagian dari perjalanan degree ini tapi akhirnya terputus di tengah jalan, aku ucapkan terima kasih juga sebab sekurang-kurangnya pernah ada suatu masa dahulu jadi tempat aku luahkan segala cerita :)

Last but not least, nak sambung belajar ni ambil je benda apa yang kita minat dan kita boleh score. Kalau minat Art & Design, pilihlah UiTM sebab sini course art dia bersepah dan banyak choice. Ramai je alumni AD sendiri yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa. Bak kata Tengku Permaisuri sendiri, seni merupakan asas kepada sesuatu ketamadunan yang hebat. Bangga jadi sebahagian daripada alumni AD! Of course, bangga jadi alumni printing technology, department aku sendiri.


Done degree!

Thanks for reading!

12 comments:

  1. wahh tahniahnyer.. welcome to career life pulak pasni.. aminn

    ReplyDelete
  2. tahniah maznii

    ReplyDelete
  3. Congrats Mazni! Bukan senang nak dapat DL every semester.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak rasya! Alhamdulillah, blood sweat and tears gitu xD

      Delete
  4. tahniah! alhamdulillah. BV pun rindu zaman belajar, memang zaman bergaul dengan kawan2 sebaya la kiranya sambil mengenali life kononnya. sekarang dah dewasa semua jauh2 dan busy kerja T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Zaman belajar ni start kenal dgn pelbagai ragam manusia. Kenal ramai kawan2 dari berlainan negeri sobs sobss... T^T sekarang tetiba rasa dah tua hahaha

      Delete
  5. serius la simpan jubah dari march haritu sampai la june? hahaha seronoknya.. btw tahniahhh!! art & design ni memang best kalau dapat studio mate yang best. dapat studio mate yang puak-puak ni tak syiok.. dulu saya diploma seni terjun ke degree sains.. haruuu :') ingatkan boleh score. rupanya biasa2 je, at least environment dan course tu pun kita minat..

    saja nak bagitahu saya batch 94.. haha "wujud mu disini ditanah anak merdeka...."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yess 2 bulan simpan jubah. Kita jadikan jubah tu as tebusan. Asyik2 cancel je xD

      Kitorang pun ada je geng n puak2. Tpi bila dah hujung2 sem semua okay sangat. Sebab nak degree show sama2 kan hehe. Wahh jauh tu lari bidang dari seni ke sains! Tapi kalau suka dgn environment n subjek okay jee

      Okay next konvo koranglah pulakk. Maybe hujung tahun ni :p

      Delete

Nak komen apa? silakan~